Sunday, November 8, 2009

Cinta Pertama

It's weekend..!! Selamat berjalan-jalan & meronda keliling kampung untuk semua..cuma I je yang dok melangut kat rumah hari ni. I lepas geram agaknyer...ade orang sedang bersenang lenang di Langkawi. I jeles yang amat sangat sebab orang yang I gelarkan 'montel' tu sikit pun tak ajak I ikut..huhu. I bukan nak ikut sangat pun..I nak dia ingatkan I jer. Tak la dah sampai Langkawi baru bagitau..huh..harap 'montel' tak nakal2 kat sana sebab I pun tak nakal2 kat sini..ehem..ehem.

So, I telah mengurungkan diri I sendiri di rumah. Ape I buat..? Housekeeping bilik tido I yang dah ber'spider-web'..hehe. Biasa la, hari keja malas yang amat sangat nak mengemas. Dah berhari-hari asik bertangguh. Dalam I dok mengemas tu, seperti biasanye la..jumpe la segala harta karun yang I peram jauh di dasar almari..(sebab tanak jumpe bendalah tu). Bagaikan halilintar, dengan pantas nya I mencapai henpon..snap la harta pusaka nenek kebayan yang I jumpa tu dan seterusnya meng'edit'kan nyer supaya nampak lawa bila di'post'kan kat sini..

Diari tahun 1997 - 2000, greetings card yang dia buat/beli & our photo album

Ni ler hasil nya..hari ni tergerak hati I nak post menatang ni kat sini. I masih simpan diari lama..zaman dengan cinta pertama yang ala2 beruk gitu.Hehe...ngata kat diri sendiri dulu sebelum orang ngata I, okeh! Diam tak diam dah 11 tahun rupanya cerita bermula..& tak pernah berakhir. Bercinta macam nak rak, tapi tak ada jodoh. Hurm, ape nak buat..I bukan perempuan yang sempurna & terbaik untuk dia kan..? Dah berlalu semua nya ada hikmah & I terima dengan redha. Baru beberapa bulan yang lepas I terserempak 'cinta pertama' dekat restoran nasi kandar Nasmir..dia dengan family. Memang I terkejut beruk (beruk lagi...maklum la lahir tahun beruk!). Bagai terkena renjatan elektrik sebab dah lama tak berpandangan camtu. I maintain..sebab masa tu I dengan my sis sudah bertemu janji di tingkat atas restoran..nasib baik tak sama floor, kalau tak..tobat I patah balik kat keta. Tak rela I...dag dig dug kat situ walaupun I sedar & terima hakikat diri I ni lebih meletopppp berbanding zaman bersama dia dulu. (hehe..perasan tak sudah2)

Pic dengan mak mertua yang tak jadi, pic bercuti kat Taiping, Bukit Merah & Genting..

My sis tak perasan dia..kalau tak, tak tau lah ape jadi, al-maklum sajalah tahap temper sis I tu memang sentiasa membuak. Lebih marah dari I..ade sejarahnya tu.

Now on, I dah positif sikit. Tak kisah la apa orang buat pada I..yang penting I tau siapa diri I. I tak akan bercerita buruk & I tak akan puji2 dia kat sini..sebab semua nya dah berlalu. Ma I pun dah selalu sangat bising nyer, "hang ni bila la nak pi tauk ka..bakaq ka..gambar2 tu. Esok2 hang kawen dah tak buleh simpan dah..marah laki hang nanti.." I kata nanti dulu, sampai masa nanti I demolish ler harta karun tu. (fuyooo...demolish ngkau!!)
Walau I simpan sekali pun bukan nye I dok belek menatang alah tu..takde mende nya..baik blog-walking...lagi banyak pekdah nye!!

Chow!

P/s: Ms. Writer sangat sayang pada mak mertua yang tak jadi, Pn. Hajah Rohani. Ms. Writer jugak pernah menjadi kesayangan beliau, selalu dia hadiahkan tudung, kain & kerongsang untuk Ms. Writer. Walau di mana bonda berada...Ms. Writer mengharapkan bonda sentiasa berada dalam keadaan sihat & dirahmati Allah.Aminn.

Friday, November 6, 2009

ISO & Posmen

Have to woke-up a little bit early today kerana telah dipaksa oleh Ms. Project Manager untuk attend ISO 9001 briefing di Sales Office, Helang Perdana. Huh..sungguh menyamfah sekali. Sudah la pagi ni hujan renyai that I can see from my window next to my bed...huhu..sayu nak meninggalkan katil..cejuk!! Terpaksa pulak bangun awal sebab minyak keta dah tak sampai suku bar, confirm tak sempat sampai Kulim. Kena fill up petrol, kena tekan duit kat ATM..nak tapau breakfast pun tak sempat taw!!

I bukan malas nak training, menambah knowledge tentang ISO nih cuma I tak nampak relevance dengan my job sekarang. Project ISO 9001 ni sebenarnya untuk audit our construction project di Kulim. Me myself just seorang kakitangan pentadbiran untuk projek syarikat yang lain..erm..bukan construction tau..tapi project developer, another sister company. Uish..sungguh tak aci!! I'm sure Ms. Project Manager sedang merangka satu 'conspiracy theory' untuk melambakkan I dengan ISO documentation..ouh..tidak mungkin terjadi. Sebab I dah ade 2 times experience di syarikat sebelum ini yang melaksanakan ISO 9001..sangat2 la rumit & komplikated. Tak dinafikan..prosedur dalam program ISO ni akan melancarkan urusan sebab semua nya standardize & teratur..but not me again..!!

I jugak sedang merangka satu conspiracy untuk mengelak 2nd briefing next friday...ya Allah ya Tuhanku, kau jauhi lah aku dari bencana beban kerja ini..aminnnn!!!

~~~~

Ni nak lepas geram...dah banyak hari I dok bebal dengan posmen yang bertugas kat area umah I ni! Masuk ni dah kali ke3 posmen ni mengepos surat orang lain masuk ke mailbox I. Sungguh tak komited & tak efisien sama sekali. 1st time, katalog membership dari Metrojaya yg di alamatkan ke Kondo Mutiara..(satu township tapi lain blok da pakcik posmen!). 2nd time, surat dari CELCOM (blok lain jugak!) and the 3rd time..I rasa posmen ni tak kenal blok G dengan blok S agaknya. Huish..hilang sabar. Macam nak buat koleksi pastu hantar balik ke pejabat pos. Pelik la posmen buat keja camni...dah tugas camtu, jalankan la dengan penuh tanggungjawab, janganlah sekadar melepas batuk di tangga. Takkan la keja I pulak nak kena gi hantar dekat tuan punya surat tu...bengang ni..aaa!! Entah2 surat2 I pun terima nasib yang sama..sebab tu la asyik frust tunggu surat cinta...(erk....takde mende layan surat cinta...YM ade..FB ade..sms n col lg senang!!)



Thursday, November 5, 2009

Life after marriage...


Orang baru kawen kalau merajuk cam pelik jer bunyi nyer kan...?? Tapi it happens. Berbuih-buih jugak mulut I bagi advise kat orang tu...lagi pelik bila orang yang belum kawen macam I ni pulak yang bagi nasihat.

Hurm..benda2 macam ni sebenarnya menakutkan I untuk menempuhi alam perkahwinan (bunyi mcm dah ade calon sangat...hehe). Sungguh pun I belum nak kawen lagi dalam waktu terdekat ( I rasa la..), but hakikat nya I memang takut..kalau2 selepas kawen, ape yang I harap ada pada my life partner tak seperti yang I bayangkan sebelum kawen..

Sebelum kawen..tido sorang..best je tak payah berebut comforter, tak kedengaran orang sebelah berdengkur atau ngigau. Kalau nak mengeliat atau tertonggeng-tonggeng bila bangun tido, takyah control2, bukan ade orang tengok pun. Nak bangun, mandi, masak or ape2..at any time pun takde orang nak bising..kdg2 ma bising tu normal la. Get used to it kan...hehe. Dah kawen, ndak2 pulak ber'kehidupan' dengan mertua...uish..lagi la cabaran nya!!

The way we spend before marriage, before we get into new family would be different after we get married..hurm..ni le masalah orang tu. Bila I dengar orang tu meluahkan perasaan kat I..(macam kaunselor la pulak I ni) I rasa, both of them lack of understanding, lack of discussion on what, when & how to spend...(time & money). Sorry to say, both hubby and his wife masih belum matang. They should learn & calm..bukan si wife merajuk, avoiding each other and hubby pretend innocent!

I takde experience..sebab I belum & tak pernah kawen. Tapi Insyallah, I rasa kalau I di tempat diorang tu, I would handle it in different way! Oops...I tak pasti tentang pendirian & the way I think in future, cuma hopefully, I boleh maintain cara I berfikir ni.

My wish, both hubby & his wife will sort out the matter. Hubby dengan si wife sedang mencari-cari 'istana idaman' diorang sendiri..bagus la..cepat2 la pindah. Hidup la sebagai suami isteri dengan sendiri nya. Jangan biar pihak ketiga mencampuri urusan rumah'lif' kalian...(hehe...sudah tukar...bukan rumahtangga lagi!!)


P/s: Ms. writer ni pandai bercakap sebab tak kena batang hidung dier lagi...


Tuesday, November 3, 2009

Mood jiwang & sesi dialog..


1. Mood jiwang....

Sedang kerinduan kat 'montel'..(windu sampai meleleh airmata..huhu). Actually, a bit sensitive hari ni..without a reason. Maybe terlalu banyak observation terhadap benda2 yang happens within my surrounding.

2. Dialog susulan kerinduan I pada 'Montel'..
I tanya 'montel' tadi.."montel...u sayang I sebab ape?"

Hurm...tau 'montel' jawab ape..."kebaikan u.."

3. Dialog dengan diri sendiri...

Berkali-kali dah I dapat pengakuan tu dari 'montel'. I ni baik eh..?hurmmm...alhamdulillah. Biarlah sifat-sifat baik I ni terus berkekalan.

Besides 'montel', 2 orang abang angkat I pun cakap I benda yang sama. Abang angkat I yang dok kat gua tu...(hehe..nickname dier tu) selalu cakap..."sis ni baik la..family ok..rupa not bad..keja ok...tapi...(tang tapi ni yang I tak berkenan)..nape la tak nak kawen2 lagi ni...????" Ahh...sudah!! topik kawen pulak!

Sampai sekarang I wonder..tang mana la 'baik' I ni...actually, pada I..tiap2 manusia ni ada gak 'evil side' nyer..ye la..kite ni manusia biasa, tak lepas dari buat silap. 'evil side' I..I memang sedia tahu. One of them, I seorang yang sangat2 cemburu, bukan setakat cemburu ngan 'montel' jer..!! I jugak tak boleh tengok orang terlebey2 success dari I..(ade positif side jugak kat sini, hehe...yang lain2 tu takyah cerita lebey2 kat sini..!!)

Orang kata..buat baik dibalas baik..harap2 begitu la untuk I walaupun selama hidup I ni dah ramai insan baik yang I jumpa tapi bernasib kurang baik. Isteri baik yang ditinggalkan terkontang-kanting oleh sang suami, ibu yang ikhlas berkorban, menyara nasib anak-anak tapi dibalas dengan kata-kata durhaka si anak, 'lelaki ini' yang setia pada kekasih yang curang, suami bertanggungjawab & penyayang yang diabaikan sang isteri..mohon dijauhkan. I wish one day...insan-insan baik ni akan beroleh kebahagiaan...insyaallah. ( I pray for me too..)

P/s: Ms. Writer says, entry ni bukan entry angkat bakul masuk sendiri. Sila maklum..

Monday, November 2, 2009

Anjung Spa (lagi...)

Seperti biasanya..bila tiba weekend I akan mencari program bagi mengisi detik-detik bosan di rumah. So semalam, I pay my second visit ke 'Anjung Spa' yang diusahakan sendiri oleh my lovely auntie.

Biz baru...I support la. Lagipun murah..adik beradik punye pasal I bayar kos produk je. Second treatment semalam I buat sauna, scrub tamarind, scrub bengkoang & green tea. Hurm...fresh jer badan lepas treatment..:-) Facility alhamdulilah, I tengok semua dah ada cuma part deko tu masih dalam progress. Spa ni berkonsepkan bali, menggunakan rempah ratus nusantara..:-)

My auntie buat biz spa ni kat apartment dia je..dah peruntukkan one room special utk customer yang nak buat treatment. Disebabkan biz ni baru je nak bertapak, belum establish lagi so...I pun turut teruja...banyak idea dalam kepala otak I untuk expand Spa ni..(cheh...!macam ada syer pulak!!) Problem modal je yang masih limited. Insyaallah 'Anjung Spa' will grow soon!

Ouh, pic kat bawah ni I amik lepas buat treatment semalam. View from 'Anjung Spa' . Pemandangan hijau kat bawah tu ade lah..Pusat Pertanian Relau...terletak opposite dengan blok apartment nih. Sape cakap wat Spa kat aparment takde 'calming effects'..takde 'tranquility'..hehe. Inside the apartment itself macam dok dalam hutan hujan tropika...hehe...takde la gurau!! My auntie penuh kan apartment dia dengan 'green plants'..sejuk mata memandang.


cejuk mata memandang...I like!!
From this point of view la, my mom suke dok menung jauh...layan blues!


By end of this month, I nak gi buat facial pulak. FYI, 'Anjung Spa' also provides make-up, manicure & pedicure.

So..untuk sesape yang nak tau further info, pricing, products or package, leh la pay a visit to:- 06-15-05, Desamas Melur Apartment, Lintang Relau 1, 11900 Bayan Lepas, Penang. Email pun boleh... anjungspa@yahoo.com

P/s: semalam bawak mak & tok, jangan tak tau diorang pun sauna jugak....hehe. My autie cakap, sauna tak kira peringkat umur tau..banyak benefit nyer, tak payah susah payah gi jogging, dapat buang toksik dalam badan indirectly dapat mengurangkan risiko darah tinggi & kencing manis. I...dapat buang lemak...hehe

Friday, October 30, 2009

Kegiatan masa lapang...

My mood swing tak berapa menentu lately. Bengong pun ada sebab takde keja nak buat kat opis ni, asyik ngantuk, bancuh kopi, layan FB..waaaa...fed-up macam nak nanges jer.

Dok sebut pasal fed-up ni, alhamdulillah..kat rumah I tak terbawa-bawa perangai fed-up tu..dah pandai mengisi masa terluang. Current activity kat rumah...(sebelum tu nak warning slow2..jangan ketawakan I ok...!!)...menelaah buku-buku agama yang dah lama ditinggalkan. Ada jugak hikmah nye 'lappy' ada kat my sis, dik na. Kalau ada 'lappy' sure liat je I nak selak2 buku-buku kat rak tu. Bukan ape, kadang-kadang psychologically & emotionally kena warm-up dengan membaca buku-buku keagamaan tu, macam enjin keta la jugak. Banyak hari tak start, mesti sejuk..hehe. Macam lepas raya ritu, I jeles ngan 'montel' sebab dia berjaya buat puasa 6..I? huh...sadis! Puasa ramadhan pun tak cukup...(kamu tu pempuan, of course la tak cukup, mengong!!)

Contoh jer...
My worries, bila I dok umah dengan membaca & tengok tv, I tend to eat, eat & eat...peyot dah buncit daaa!! Semalam masa I dok tengok buku (sebelum buku tengok I la) ..I dah rasa berdosa sangat-sangat kerana telah melanggar pantang larang. Boleh je I melantak 'chicken sandwich' (sanggup turun dapur..) sedangkan petang tu I dah kekenyangan dengan nasi & sup ayam. Betul..rasa berdosa pada peyot I..huhu. Disebabkan pagi tadi, I dah telan 2 bungkus nasi lemak 60 sen & jap tadi lunch 'koay teow kerang' kat Tesco, ampun..malam ni I amik egg tart je as dinner. Camne nak kempiskan peyot eh..I bab exercise dah semakin malas..dulu rajin jugak. Sejak takde activity partner ni, semua nya dah malas. Nak kuar dating malas, nak kuar movie, nak kuar 'coffee' malas, nak gi jogging...lagiiii la malas!!! Any idea..cmne nak kempiskan peyot tapi masih boleh bermalas-malasan..???


Ni bukan la chicken sandwich yang I buat tu..gambar sekadar hiasan okeh!



Blog Widget by LinkWithin