Thursday, December 31, 2009

Good bye to all shattered dreams..

Tak sabar...beberapa jam lagi bakal meninggalkan 2009. Tahun yang tak begitu cemerlang. Tak banyak yang boleh dibanggakan. Masih banyak yang belum tercapai. I tak akan berbicara tentang azam...itu common topic! Sebab I seorang yang akan berazam tiap-tiap pagi. Yang ada cuma resolusi yang tak akan disebut disini. Insyaallah, kalau resolusi tu dapat achieve di 2010...I'll share the good news here! :-) okeh...??? tak okeh..?? okeh jugak...u have no choice! Kerana kekuatan semangat menempuh 1431H/2010..maka nya I dengan berani nya mengambil risiko, berhijrah ke template yang baru. Agak kekok at the very first. Insyaallah, will get used to it. Apa kata u all...?

Petang semalam, ma bawak pulang 'bubur asyura', hasil kerja tangan gotong-royong dengan workmate beliau kat Politeknik Seberang Perai. Yummy...I suka juadah sinonim di bulan Muharram ni. Pic ni I upload kat sini untuk yang tak kenal 'bubur asyura' versi utara semenanjung. As far as I'm concern, juadah ni berbeza ingredients & rasanya untuk tiap-tiap negeri. Orang cakap, di sebelah pantai timur, juadah ni agak berempah & kadang-kadang dicampur daging. Ada yang kata, macam bubur lambuk.



Lambang pemuafakatan! Yelah, nak buat bubur ni kena gotong-royong..masing2 contribute tenaga, masa & wang juga! Paling penting, penghayatan tentang nilai2 di bulan Muharram ni. Dulu, masa kat kampung, terasa sangat kemeriahan nya...tengok semua jiran2 pakat berkumpul...sambil kacau bubur, sambil berceloteh. Suasana tu dah lama tak dapat I rasa....rindu!!



P/s: Happy new year 2010 untuk semua rakan-rakan blogger & tetamu blog..semoga 2010 membawa yang terbaik, kesihatan & keceriaan pada kita semua hendaknya.amin.

Tuesday, December 29, 2009

Strictly for those who loves food..

Rutin biasa menjelang hujung bulan, semalam kena bawak my mom memborong 'sundries'. Shopping barang2 keperluan rumah yang just once in a month. Tak perlu buang masa & petrol berulang-alik ke pasaraya. Pay belum masuk, terpaksa la slide kad hutang dulu. Bulan ni aktiviti memborong di Giant, Prai. Normally, tiap-tiap bulan kami akan bertukar-tukar hypermarket, kadang2 ke Tesco dan paling jarang ke Carrefour (sebab queue panjang, I paling tak suka beratur lama2). Semasa kalut ber'shopping' tak sempat nak snap pic.

Selesai memborong I bawak mom & bro santap di Kapitan. Budget setakat tu sahaja, last
kopek kan..huhu. Apa pun alhamdulillah...:-)

Kita kat Malaysia ni mewah dengan makanan. Tak ada masalah kebuluran seperti di Afrika Timur dan negara-negara miskin lain. Sebak bila tengok anak-anak kecil yang tak mengerti apa-apa terpaksa mengutip butir nasi di jalanan. Bersyukurlah kita tak mengalami apa yang di lalui anak-anak ini.


U all layan je pic semalam yang tak seberapa ni. Urm..pada yang rasa "balik-balik crita pasal makan..pasal bf...makan..bf..." -- untuk orang2 yang ada berfikir macam ni, u may stop reading this post. Pada I..cara seseorang berblogging & meluahkan apa yang dalam fikiran tu tak sama, depends pada selera & citarasa masing-masing. Selagi itu hormati lah idea setiap individu, okeh! (membebel jap!). At least, entry I nih, original bukan 'copycat'.

Pic ma tengah termenung sewaktu menunggu meehoon goreng beliau. Entah ke mana menerawang fikiran tu.


Menu dinner semalam...maggi goreng for me, roti john for my bro & meehoon goreng for my mom. (saja I nak bagi u all kecur air liur..okeh!)


Firman Allah (SWT) yang bermaksud: Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah (SWT) kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah (SWT) jika kamu benar-benar menyembah Allah (SWT). Sesungguhnya Allah (SWT) hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah (SWT). Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah (SWT) maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah al-Nahl, ayat 114-115)

Petikan hadis, credit to: http://khuzaifah.hadithuna.com

Sunday, December 27, 2009

Kembara di Tanah Gersang


Kembara berjalan bersendirian
Mencari jalan pulang
Bilakah masanya embunkan menjelma
Di tanah gersang yang membakar

Alangkah pedihnya nasib kembara
Ditengah khatulistiwa
Tak siapa yang dapat menghilangkan dahaga
Namun tetap ia bertahan


Kami semua senasib dengan mu
Wahai kembara di tanah gersang
Mencari kebahgian dalam hidup
Menempuh berbagai rintangan yang ada
Namun bahgia masih impian

Kau masih berjalan dibawah sinar
Bulan bintang yang membimbing mu
Suatu hari kau kan bertemu
Sungai mengalir di taman indah
Nanti di suatu masa

p/s: kembara dan terus kembara..aku kah???

Tak boleh tido...

I can't sleep, it's already 1.24am..hurm..kes terlajak minum kopi? erm, maybe not. I dah immune dengan kopi. Probably, some worries..:-(

Now tengah layan youtube. Boleh..dok layan 'Kain Cinta Putih', 'Bunga Angkasa', 'Harum Subur di Hati' dan seangkatan dengan nya...ahaks! Sejak bila la I jiwang ni...hihi. Layan jer...tengah malam. Nak kacau kawan2 semua dah tido. Yang tak tido sama ada tengah bersantap di restoran nasi kandar 24jam sambil layan bola atau pun sedang bersantai menghirup udara malam Gurney Drive. Huh...lama tak lepak Gurney..rindu zaman remaja!

Rindukan Gurney, bukan kenangan di Gurney..

Ouh, hari ni dah 3rd day I bertapa kat rumah, masih on replacement leave. Jemu. Plan nak bercuti ditangguhkan dulu, seperti yang I mention sebelum ni. Mana tahu, ada rezeki tahun baru..kot2 boleh tukar destinasi ke bumi mahsuri pulak..hihi.:-)

Finally, akibat jemu yang teramat sangat maka petang tadi menyeberang Selat Melaka lagi lah. Visit my auntie. At first bercadang nak buat facial treatment tapi disebabkan keta I, cik biru tu buat perangai lagi hari ni, terus hilang mood memanjakan diri. Yelah, dah manjakan cik biru..terbang RM 190/-..tukar bateri dry cell. Dah lewat petang baru sampai Relau. On the way balik, singgah santap di 'Kayu', Bukit Jambul. Arrived home around 10 sampai la sekarang..huhu...tak boleh tido!!!

pic credit: penangfaces.chanlilian.net

Tuesday, December 22, 2009

Mendung tak bererti hujan..

Mood mendung.

Maaf kalau I tak dapat menjenguk blog kawan-kawan. Sekiranya cuaca hati bertukar baik menjelang malam, insyaallah, dapat lah melepak-lepak di blog kalian.

Bangun tidur dengan wajah sebam. Semalam sebaik Isyak sehinggalah jam 7.00am tadi. Terlebih rehat. Normal scenario, kalau jiwa kacau bilik saja tempat I melepak. Baca novel sampai tertidur. Gawat! Perlu cari aktiviti lain. Tak boleh terus-terusan macam ni. Makan, golek2 & tidur. Lepas ni, confirm makin bertambah berat badan.

Cerita makan lagi..makan tengahari biasa-biasa hari ni di Dataran Semilang, Juru. Tapi sengaja tempel kat sini...

Koay Teow Hailam..menu ringan sebab pagi tadi dah ambil Nasi Goreng as breakfast

Air surut, tengok pokok bakau & belacak melompat-lompat dari dasar lumpur. Kalau air pasang dapat la tengok anak ikan. 'Beruk makye' pun ada kat sini..hihi..monyet dalam erti kata lain.

P/s: alam tenang...tapi hatiku?siapa tahu?


Saturday, December 19, 2009

Berakhirnya sebuah pencarian..

Berakhirnya sebuah pencarian..

Berhari-hari I mencari sepasang kasut yang ideal. Dari satu shopping complex..ke satu shopping complex. I paling tak suka beli kasut, because..everytime I berkenan a pair of it, mesti salesman/salesgirl tu akan cakap.."sorry, no more in 7 or 8.." Itulah dilema seorang perempuan yang kaki nyer bersaiz 7 & sometimes 8 (depends pada kasut & brand okeh...!) plus dengan sifat I yang sememangnya choosy, tak nak heels tinggi, nak pakai for certain places/purpose, dont want this color, dont want that color...erk..my sis pun tak suka temankan I bila I cakap nak beli kasut..sian I.

Finally found a pair of this at Jusco SPC. Erm guess can define it as 'ballerina flats', my always favourite & comfy.

'Ballerina flats' and 'mary janes' in white yang I sayang sangat tu, dah rosak tapak nya. Tu pasal la kena cari yang baru. Yang tinggal hanya sepasang 'french heels' & 2 pairs of loafers yang I biasa pakai ke office.

P/s: Month end punye pay..nak cari running shoe pulak.




Friday, December 18, 2009

Today I was at the kitchen..

Mood cuti, lambat bangun tido pagi tadi. 'Brunch' di McDonalds, Seberang Jaya at around 12 tadi. Juga sebagai ganti meraikan birthday my bro, Aji, yang sepatutnya celebrate semalam, but have to cancel sebab kak ngah nyer...dik na tak dapat balik, ade sikit emergency. Hurm...sebab dah lewat sangat semalam..so postpone la ke hari ni. Sian adik I, nasib baik la dia pun jenis yang tak kisah sangat pun, cuma seronok dapat berkumpul satu family je. Hari ni celebrate pun without dik na. Understood, orang dah berkeluarga.

Ma n Ajie opt for 'prosperity', I amik McNugget jer. Cukup la alas perut sampai petang nanti. Hari ni dah berjanji dengan ma...I kena masak. Dah lama tak masak...so, ada sesetengah benda tu macam dah ingat-ingat lupa camne nak buat. I siap pesan kat ma, hari ni masak simple je tau...menu biasa yang I suka. (Hihi...tak mencabar langsung!) Kitorang terus ke Tesco, beli sayur, ayam, udang & some fruits.

Selesai memborong, ma merungut dahaga pulak. Hurm..tau dah...peberet dier...ais kacang kat food court tu. My mom ni satu je pe'el dier...tak makan saman. Hurm berkali-kali dah ingatkan jangan amik ais...I yang muda2 ni pun selalu telan minuman panas ngan air suam jer. Asal makan kat luar je mesti tak lepas order teh ais, teh o ais...ais bandung, abc...hurm..(geleng2 kepala). Tapi, faham2 je la..orang tua2 ni kalau teringin, tak boleh nak dihalang.

Balik dari Tesco, singgah jap rumah bapa saudara kat blok sebelah. Lama tak melawat tok & wan kat sana. Kebetulan kena hantar baju yang orang kirim untuk adik sepupu I. Lepak sekejap sebelum mencari excuse nak balik. (tok I selalu sedey bila kitorang nak balik..cam tak puas je jumpa cucu dia yang nakal nih!!hihi)

Sampai umah, terus masuk dapur..(bersemangat betul...!! ada makna ni...;p) Hurm, finally ini la dia...masakan simple yang I suka..

Ikan kerisi goreng, sambal tumis & sayur bayam..

Ma kata, "LULUS"!!! (hihi....buruk benor perangai I..baru masak simple camni siap upload kat blog...tah pe2...hihi) Actually, memang tak susah pun...main baling2 je dalam periuk..pastu siap lah! Dari segi teori memang diakui, I takde masalah. But when comes to practical, especially bila masuk bab siang ikan..itu memang mencabar. I tak tahan tengok perut ikan, rasa nak uwekkk!! (mesti ada yang dok gelak kan I neh...takpe..takpe)

p/s: Normally, Ms. Writer hanya akan turun ke dapur & belajar memasak apabila ada sesuatu 'agenda' di sebalik nya....:-) Her mom pun dah sedia maklum..

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Letih tersangat-sangat hari ni..hurm. Sepagi di bilik mesyuarat. Walaupun ada 2 org staf yang tak attend, meeting proceed jugak. Kat my office ni semua pakat takut bila tiba hari meeting. Usually, weekly meeting scheduled every monday -- unless otherwise mentioned by the boss laa...like today's case. Ni semua ISO punya pasal. Bila ada 2 org yang tak attend meeting pagi tadi, maka bertambah lah jugak item dalam minit untuk I follow-up..menyampah!! Padahnya, replacement leave setengah hari today yang dah approve oleh bos, terpaksa la I cancel. Postponed sampai cuti hari natal je la jawab nya.

Pic tidak ada kena mengena dengan ini cerita..:-) Hazel Cheese Cake from Secret Recipe yang di sponsor oleh Ms. Project Manager cum Management Rep...hihi..menu tea-break hari ni.

Rancangan nak bercuti-cuti 1Malaysia pun macam kena fikir kan balik -- ade few things nak settle dulu..nak 'settle down'...hehe...banyak ler I punye 'settle down'. Actually, sedang dalam proses apply housing loan, selagi tak settle urusan jual beli rumah ni..tak aman rasa nya nak gi holiday. Baik selesaikan apa yang patut dulu.

Hurm.....weekend ni kena kembali bertugas di office. Yang seorang lagi pulak...will be away to Genting dengan family. Meaning that, temporarily apart selama beberapa hari sehingga coming monday. Berjauhan menguji kerinduan...mende la I dok merapu ni. ;p

Esok cuti sempena sambutan Maal Hijrah. Diharapkan semoga tahun baru ini memberi keberkatan kepada seluruh umat Islam sejagat...

Sedikit firman-Nya untuk renungan bersama...

'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'

(Ali ‘Imran:103)

credit to: www.islam.gov.my/e-rujukan



Monday, December 14, 2009

From yesterday, it's coming..

Kisah semalam..

Menghabiskan cuti hujung minggu di rumah baru my sis, dik na. So, minggu ni kena 'over the sea' lagi la...menyeberang selat melaka. Yela..dik na kat island...I dengan ma di seberang. Minggu ni I cuma cuti on sunday, last saturday kena stayback kat office sampai petang. Sunday je yang ada untuk family.


Pic semalam, me & my mom. My bro, Aji yang capture pic ni. Ni tah pic ke berapa dalam feri, hihi...ngada tahap dewa2 betul..mcm tourist lak nak posing segala bagai...hikhik.

Cuaca cerah, nampak Penang clear skali..:-)

I siap 'betting' dengan Aji blok apartment manakah yang didiami oleh kakak tengah beliau..ngeee...of course la I menang..walaupun first time visit tapi alhamdulillah, nak mencari tempat kat penang memang tak ada masalah. Memang memalukan lah kalau guna Garmin!!! :-)

Hajat nak beli apartment sendiri masih belum kesampaian. Both my sis dengan hubby beliau dah banyak komitmen so, terpaksa simpan dulu hajat memiliki rumah sendiri. Sebelum ni my sis yang baru kawen ni stay dengan mertua. Well, stay dengan family in law ni tak sama situasi nya macam stay dengan mak sendiri kan..hehe.


So, ini lah dia...Blok 11, Macallum Street...kuarters kediaman my sis. I ada snap some pic dalam rumah dia..tapi memandangkan rumah baru pindah, tak teratur & belum cukup lengkap. So kalau I upload kat sini confirm akan di maki oleh tuan rumah..hikhik.

Makan tengahari ringkas & sebelum lewat petang we all melengkapkan hari ni dengan meronda-ronda sekitar Georgetown. Temankan dik na beli sikit household di Mydin & singgah sekejap di CTY Aquarium. I yang sebenar nya teringat nak survey aquarium set..projek pengindahan kediaman..hihi. Dulu pernah ada aquarium. Masa tu dik na study di UITM. Disebabkan dia jarang balik rumah, nasib ikan2 dalam aquarium tu tak terbela dibuatnya. I suke tengok ikan2 tu..tapi bab nak maintain, awal2 I surrender..hehe..kejam I ni kan. Sekarang rasa macam dah ada sifat penyayang sikit dalam diri I..tiba2 minat tu datang. Nak survey benda lain ter'berkenan' dengan persian cat kat situ lak, tapi...RM 500++ kalau tak silap I (telan air liur dulu). Ikutkan hati nak snap banyak2 pic kat dalam tu tapi 'no photo shoot' la pulak...frust!

Went home around 6 something, selepas pekena cendol pulut Chowrasta! Next weekend...hanya kisah di office barangkali. Daaa..dulu:-)

Friday, December 11, 2009

I & tips-tips menceriakan kehidupan...

First thing first, I wish to thank u all, my dear friends for ur comments on my previous entry, terima kasih berbanyak untuk tips & nasihat2 tu.:-) I appreciate it.


Hurm, even things not settled until today..I rather stay calm & biar lah macam ni. Tak mahu membebankan kepala sampai migrain. Semalam, I dah ambil few steps to live things up! Shopping! :-) ngeeee....perempuan dgn shopping, memang tak boleh dipisahkan. Cuma semalam I tak la shopping baju, shoes or what...


Ni ler yang I shopping semalam...borong chocolate kat Jusco. After work semalam, singgah Jusco next to my home. Bila tension..ini la yang I buat, consume more chocolate. Makan coklat boleh memulihkan mood, maybe sebab kandungan theobromine & alkaloid dalam koko tu..& tah apa-apa je lah science phrase yang I tak tau. Yang I tau, happy makan coklat semalam. :-p





Cerita makan jugak lagi..saja I letak pic menu lunch tadi...nasi putih + sup cendawan. Makan tengahari di Dataran Semilang with my office mate tadi. Sempat cuci mata lagi....hihi...ramai pulak abang2 Dell lunch buffet kari kepala ikan kat situ tadi. :-) Tapi I malu la nak snap gambar abang2 tu....ouh, tak mungkin menjatuhkan saham I sendiri. Actually, ni pun satu lagi steps I take to cheer myself. Orait kot...hihi. I dont care what ppl say...as long I'm happy with it.

Thursday, December 10, 2009

Living unhappy life...

Living unhappy life..! Love is painful..apart & alone..:-(


Sedang frust, kuciwa!! Nak nanges, tapi semalam dah nanges sampai bengkak mata. Sekian lama simpan, akhir nya pecah berderai di pipi. Bukan I yang sentimental, sensitif, saksofon atau sebagai nya tapi sudah tidak tertahan. Ternyata, memang semua nya dah berubah. Sebab -- distance & spaces. Apart...kenapa berasingan jadi masalah..? Enough said...anybody ada tips menggembirakan hati??? I need them now sebab dengan mengambil 'painkiller' kesedihan ku tetap juga tak berakhir.
I dah letih denial..pretend that I don't have any problem when I do. Semalam I've tried a new phase, cuba confront dengan issue dan cuba menjadi realistik but ended up..in tears! I want to be strong, when I woke up this morning. So friends, give me some tips to cheer up. I'm tired carrying this extra luggage when I dont need those in my new journey..! I penat membawa kesalan & masa lalu...mana I nak tinggalkan bendalah ni semua..help me!!!!!!

Monday, November 30, 2009

True love?

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

- Saidina Umar Ibnul Khattab –




True love...rasanya susah nak jumpa. Agaknya bercinta selepas kahwin is still another option..yang agak praktikal. Hati tak sakit.

During Aidiladha last friday, sempat I sms bertanya khabar to one of my best buddy. Kurang sihat katanya, hurm..I fikir sendiri..orang 'workaholic' macam dia, tak pelik kalau sesekali tak sihat. Lepas berbalas sms, jelas sekali, bukan setakat tak sihat fizikal, malahan mental pun kurang sihat.

I addressed her as 'Z'. Z mengadu kat I, she met someone..calon bakal suami. I senyum sendiri..alhamdulillah, kawan ku sorang ni, tak lama lagi bakal mengakhiri zaman solo! At the end of her sms, dia bagitau I calon dia ni 'nerd' orang nya tapi very kind-hearted. Bila keluar dating, cukup time pegi solat sampai Z ni termalu sendiri, solat nya tak berapa nak cukup. Even keluar dating dengan orang lain, she admit that dalam hati dia cuma ada bekas tunangan dia..urm, first love dia. Putus sebab orang ke3. I gelak sendiri.. sambil geleng2 kepala.

I advise Z slowly, "u nak yang macam mana lagi, baik, tak tinggal solat, sayang u, even parents dia pun dah jumpa family u, everythings ok.buat apa u nak kenang yang lepas2 tu." (cheh! confidence jer kasi advise...diri sendiri..?!huh..cam hampes). Statement dalam bracket tu pun I admit kat Z...dia gelakkan I balik!

Siap I pesan...dont be like me, dah terlambat! Z tanya kenapa, I jawab, "yala..masa orang nakkan I, I jual mahal. Now, the one that I want tak mau kawen pulak, nak loving2 saja. Tak tau la sampai bila nak tunggu, kepala dah botak pun tak mau kawen lagi!" (sedap je I membantai dato'...hihi..dia bukan tau pun! Kalau dia tau pun, aci kerat jari, dia buat tak tau je!)

I rasa Z confuse, merasakan cinta pertama itulah her true love, cinta sejati. Sementelah, bekas tunang masih merayu nak berbaik, sedangkan family masing-masing dah tak sehala tuju. I yang frust berkali-kali ni boleh lagi bagi nasihat kat dia, layak ke I?ish..ish..the most important thing I nak Z tahu..cinta tu tak semestinya berakhir dengan perka`hwinan. Kalau cinta tu betul2 sejati, pasti cinta itu kembali. Siap berpesan-pesan pada Z, beri peluang pada diri sendiri. Insyaallah jika sudah ada compatibility, sayang tu akan berputik dengan sendiri nya.

P/s: Sedang mencari-cari my true love..cinta sejati dari-Nya.

petikan kata2 saidina Umar Ibnul Khattab credit to: www.rediesh.com


Tuesday, November 24, 2009

Makan: Ubat tension paling mujarab

Tension dah kurang sikit. Semalam puas tido. Bangun pun a bit late hari ni..ala-ala malas nak ke pejabat, simptom demam seperti bersin pun tiba-tiba muncul. All of sudden, teringat.."hurm, I dah janji dengan Ms. Project Manager nak tapau breakfast untuk dia". Baru la dapat capai towel ke bilik mandi. Dasar anak dara pemalas! (mengaku ok!)

Probably keliru, pening & tension ni kurang sebab I asyik makan since petang kelmarin. Sungguh tak sedar diri, dah put on weight & now reaching 53kg. Cuma makan saja yang dapat mengubat hatiku yang lara ni.

On the way ke pejabat, I tapau 2 bungkus nasi lemak 70 sen for myself & 4pcs of karipap + kuih ape nama tah untuk Ms. Project Manager kongsi dengan Mr. Vicky. Makan tak seberapa minah tu..memenatkan I je.

Lunch time...bersantai di Homestyle Kopitiam kat Tmn. Inderawasih.


curry mee yang penuh kalori..for lunch.

Tea time..kirim teh tarik & roti canai banjir from Zamrud Nasi Kandar. Ouh..betul2 melantak ni.

My workmate, Vicky, once ask me, "kak siti, u tengah sedih pun masih ada selera makan ya?"
This is my answer, "Of course, the more I geram or upsat, the more I makan. U bayangkan ur meal as things/people yang buat u geram..kunyah puas2 & telan. Puas hati kan..?" Hurm..tah tok guru mana yang ajar I...

Buat yang sedang berdiet, tolong jangan ikut I...contoh tak baik!

Monday, November 23, 2009

Restless mind

Bak kata Mr. William Penn (an English founder who died from stroke) True silence is the rest of the mind, and is to the spirit, what sleep is to the body, nourishment and refreshment.

Mind needs to rest, too, and there's no better cure for heavy energy than lots of laughter. Memang betul-betul restless mind..banyak sedang bercelaru di fikiran.

At office, sejurus lepas meeting pagi tadi, tak ada satu benda pun yang boleh masuk melekat dalam otak ni. Hurm...counting for holidays by end of the week..itu la yang terbaik untuk I buat masa ni. Ni semua 'rama-rama' tu punya pasal...(huhu...sian rama-rama yang tak bersalah tu).


menu tea time..cappucino to keep me refresh.

And now, I sedang menikmati tea-break sambil menghadap koleksi draft email yang nak dihantar kepada bos (juga dalam keadaan sedang keliru). Dalam hati I..."dear sir, I need to go for long long break..I'm really tired & sick of doing nothing at the office which ended up forcing me to think think & think about everything I'm scared of thinking." (u all faham ke atau u all jugak dah kekeliruan??huhu)

The real situation akan diperjelaskan..insyaallah suatu masa nanti.

Thursday, November 19, 2009

Rama-rama..

Seumpama rama-rama terbang bebas di udara
tanpa ada halangan aman damai suka-suka
riang ria tanpa ada rasa duka sengketa
rama-rama

Ekspresi dirimu menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu
melihat kerenah melihat telatah
manusia yang sering telagah

Ekspedisi ini bagai tiada henti kan menjadi antologi diri
terhentilah mimpi terhapuslah sepi
sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti salju fitrah hati
kerna yang sejati tiada gentar lagi
terbanglah ke sini mencari abadi
terbanglah ke mari mencari hakiki
*lirik lagu "Rama-Rama"- Ella

Rama-rama tu camnilah..tadi gi tanya pakcik google.sebab pagi tadi tak sempat snap dier.

Hari ni nak cerita-ceriti tentang rama-rama..atau nama lain nyer kupu-kupu..okeh murid-murid..!!hehe...macam dalam bilik darjah plak! Sungguh tak kuasa melayan....

Sengaja je I tempek lirik lagu Ella tu. Ni dialog 3 beranak at home yesterday evening..

Ma: Murni, hang pi qeja pagi tadi perasan dak ada rama-rama kat dinding tepi pintu tu?
I: (dengan wajah blur, sambil menghadap PC) ha?rama-rama...?dak pun? awatnya?
Ma: la...punya la besaq rama-rama tu. Kaler hitam..orang tua-tua suka la kalau tau rama-rama masuk qumah..
I: awat pulak dah...(semakin blur)
My bro: ha la...kak murni tak tau ka...tu la tanda ada orang nak mai masuk minang mak...(sambil gelak terkekek-kekek)
I: (dengan nada terkejut..) ait...betui ka...haish...jangan...
Ma: ada ka mai minang mak..mai minang kak ang la..!! (dengan nada separuh marah..)
I: (dalam hati..erm..mungkin tidak..terus terbayang someone)..heheh...mimpi la mak oi...

Actually, banyak version cakap orang tua-tua berkenaan rama-rama masuk rumah ni. Ada yang kata, sebab ada tetamu nak datang. Ada jugak yang kata, bawak musibah. Tapi, pada my mom dia kata 'happy things will happen'..masuk meminang. I...erm #%@!*&^

Cakap-cakap orang dulu2 ni pada I, ada yang boleh diterima & ada kalanya tak masuk akal. Sebagai menghormati orang tua, I dengar je la. Rama2, makhluk kejadian Allah SWT yang sangat indah rupa bentuk nya. Yang pastinya, I tak kisah dengan kehadiran rama2 tu dalam rumah. Harmoni ape kan??

Semalam I tak nampak rama2 tu, but only this morning masa tengah rushing siap-siap nak gi kerja ternampak rama2 tu dok bertenggek kat curtain ruang tamu. Bila I pegi dekat terus dia nyorok kat belakang TV. I senyum sendiri teringat dialog semalam. Kesian kan dia sebab mungkin tak dapat cari jalan keluar, terus I buka pintu kat balkoni. 15min lepas tu, I dah hilang jejak sang kupu-kupu, hurm, dah keluar ikut pintu agaknya.

p/s: ms. writer tak mengharapkan apa-apa dengan kehadiran rama2. kalau ada..mungkin sudah rezeki & jodoh. kalau tak ada..redha. Bersabar lah Ma..

Tuesday, November 17, 2009

Berpantang maut sebelum ajal

Ini cerita semalam yang masih segar dalam ingatan, yang membuatkan I fobia driving petang kelmarin sampai lah pagi tadi..huhu.

Alkisah gini kronologi nyer..
  • pagi kelmarin terlewat bangun, a bit rushing, badan less energize & mcm takde mood nak gi office.
  • Start dari rumah, ade la satu myvi ni, women driver jugak, mcm sial asyik nak cepat je. Sibuk cucuk bontot satria I, tak menyempat-nyempat. Masa tu speed dlm 60-70km/h. Normally, I akan drive even more 'lembab' kalau org dok cucuk2 tu. Tapi pagi semalam mmg mood I tak baik, takde mood nak relax2 sambil layan Joanna Wang dalam keta.
  • Myvi overtake I kat traffic light Bukit Tengah, I buat bodo lagi. Pastu sampai 3rd traffic light myvi dia tak lepas..so, laju punya laju dok kt depan I je. I gelak setan la jugak dalam hati ni.
  • When the light turns green, punya la semangat I tengok myvi tu, mmg confirm tekan pedal smp abes. Uish...tercabar ni..I pun overtake ke kanan sebab depan I ade lori slow.
  • Terer la konon, from the right lane, I overtake ke lane tengah then zassssss terus kat dpn myvi tu..lane paling kiri.
  • I notice ada treler panjang kat depan, lane tengah. Bagus punye speeding, around 90km/h (speed kat jln biasa okeh..) suddenly treler ni dgn slow motion & tanpa rasa bersalah, suke suki je dia masuk simpang kiri, cement plant dekat Bayu Mutiara. Signal tak kasi, okeh!! Ape lagi...laju zassss...brek pun zassssss la...
  • Berasap jalan..berpusing-pusing stereng, memang horror experience for me. Masa tu, I sempat ingat Tuhan je dalam hati ni...ingat memang ni la my last drive.
But alhamdulillah...I tak cedera, my lil satria pun takde apa..nasib I pusing stereng ke kanan sikit & boleh handle the situation. Kalau tak mungkin satria I either masuk bawah treler tu or I dengan keta I terbabas ke longkang sebelah kiri & semak kat kiri jalan. Myvi sial tu lalu sebelah I dengan perasaan tak bersalah...pastu slow je..harap la lepas ni pempuan dalam myvi tu tak buat dah perangai suke mencucuk orang dari belakang. Padah nye I la..huhu. Admit la...I tak cukup alert & sikit ego pagi kelmarin. Tanak buat camtu dah lepas ni...

Petangnya, memang takut nak pegang stereng, but I have to..kalau tak sape yg nak drive I balik kan...?? Terus gi servitekar..check brake, tyre & etc. yang patut. Actually, memang plan nak pegi pun..ini dah 'kejadian' lagi2 la menguatkan tujuan.


Cik biru..2jam I tunggu, buat alignment & balancing. Brake & tyre masih in good condition


Rack end & steering boot cover kena tukar, dah pecah. Padan la bunyi bising.

Abis RM 200++ semalam. Takpe..yang penting keselesaan & keselamatan semasa memandu. Buat korang yang baca entry blog I ni...tolong jangan jadi macam I okeh..ingatlah orang yang tersayang. I tengah fobia lagi ni & sampai detik ini..I tak bagitau apa2 kat my mom, dia risau nanti I jugak yang susah.

Saturday, November 14, 2009

Mee Udang & Queensbay Mall

Not like any other saturday, walaupun kena bekerja 1/2 day hari ni tapi saturday ni lebih santai dari biasa. Most probably sebab I have to pay a little more attention to Ms. Project Manager..hehe. (confirm akan kena dimarah* oleh beliau bila beliau membaca blog i ni..haha *her favourite sentence). Sudah menjadi kebiasaan, I akan dibuli oleh beliau bila saja beliau datang untuk membuat lawatan tapak di Juru.

By lunch time, I teman kan Ms. Project Manager menghantar pump kegunaan site ke island. Pendek kata nya, I telah mencuri waktu office sebanyak 1 jam untuk keja yang tak sepatutnya I buat. Actually, boleh je dia pegi sorang..saje gatal I nak escort dia sebab dia pun gatal ajak I..hihi. (mentang-mentang la tak ade paperwork hari ni)

Sambil tu terus ber'appointment' dengan our counterpart di Teluk Kumbar, project site -- Mr. Tan. Harus...dia kena belanja makan mee udang Teluk Kumbar. Part makan la yang paling best..ngeh3x. (pree pulak tu)



Dah sampai, ni le restoran mee udang yang dicadangkan oleh Mr. Tan

Kat luar tulis AYU MEE UDANG, kat dalam tulis MEE UDANG CANTIK. Amende tah..?@%

Perghh...delicious siot! Udang lagi fresh compare dengan udang kat Kuala Juru.5 ekor for 1 plate. 3 ekor tidak kelihatan kerana bersembunyi di bawah mee akibat ketakutan yang amat sangat!
(cepat masing-masing telan air liur..meleleh dah tu)

Heran yer, pandai bos pilih projek..dua2 projek site ada famous mee udang spot. Hurm..hari ni baru I terfikir. Unik restoran ni sebab ada signage "BE SILENT", tapi kitorang bantai gelak & sembang kuat2 lagi. Tak logik...datang makan, kena bayar tapi kena senyap..huhu.

Alhamdulillah..kenyang. Lepas drop Mr. Tan dekat site, kitorang melencong terus ke Queensbay Mall. Actually, Ms. Project Manager yang nak membeli di Esprit, tapi tak jadi and end-up I yang kononnya nak 'bershopping tingkap' pulak kena keluar fulus...tak tahan godaan melihat-lihat di Body Shop. Beli seasonal pack 'wild cherry' yang tengah ada promotion. Itu yang malas nak merayau, ada je nak beli..nyamfah jugak jadi perempuan ni!


Ms. Project Manager..ajak I singgah kiosk fruit world.

Merayau sekejap kat QB..then heading home. Best kalau boleh claim overtime hari ni...:-P (ahaks..!! banyak cantik muka I)


Friday, November 13, 2009

Wednesday until Friday

Rindu nyer...dah 3 hari baru sempat nak update blog. Hurm..kiranya entri 3 in 1 la kali ni.

11.11.09 'Witness Day'

My birthday. Pagi I dikejutkan dengan sms birthday from 'montel..hihi. Dari time I bangun capai towel sampai la ke tempat keje, dengan senyum meleret gara2 sms 'montel' (pandai ambik hati I...ada kemajuan..hihi).

Took half day leave di sebelah petang. Rushing to Fiona Fashion at Permatang Pauh because can't wait to collect my new purple kebaya..hadiah sepersalinan from adik ipar. Pastu rushing driving home pulak because sis I tanak tunggu lama-lama sebab nak celebrate birthday I petang tu..(kesian hubby dia tak makan sebab tunggu dia balik...well orang baru kawen..u know lah!:-P)

Wait for mom & bro back from work then my sis drive we all ke KFC, dia cakap I drive very slow..mcm siput b**i..ish2..tak slow pun sebenor nye..dia tu yg racer..hikhik. Celebrate kat KFC pun dah cukup..tahun ni tak mau potong kek. Protes tu! Dalam dia rushing nak balik Bayan Lepas, sempat lagi dia redah butik tudung..shopping shawl! Gile minah ni..I gak yang penat!


Kebaya ungu baru..spesel utk raya haji & novel hadiah hari lahir dari my sis..dik na. Thanx mucuk!


12.11.09 'Thirst Day'

Very western mood..makan tengahari di Manhattan. :-P
Tak boleh macam ni selalu..bankrap la. Tekak mat saleh la konon, tak sempat pukul 4 dah lapar balik..huhu.

Tomato Soup, Dory Fish Fillet n Chips & Iced Lemon Tea from Manhattan Fish Market

13.11.09 'Fry Day'

Agak busy di pejabat, takde masa untuk 'mengulat', merayau-rayau di facebook & berjalan-jalan dari satu blog ke satu blog. Sebab musabab nyer: 1. memang banyak paperwork (bukan acting ok!) 2. big bosses are around for monthly consultant meeting 3. asyik attend phone call dari pagi sampai tengahari.

Tuesday, November 10, 2009

Menjelang 29th...

Nak tido awal!!!!

Bengang kah? Hurm...sikit bengang dengan someone. A few hours left sebelum hari bermakna untuk I. Sudah dapat early wishes..uh..dah nak tua lagi setahun..huhu :-(

Wishes dah dapat, I nak hadiah. 'montel'kata..belanja makan. I cakap..jauh..!!!

The truth is..I have a dream gift.I know 'montel' pun know whats the dream gift is. Tapi 'montel' buat tak tahu. I merajuk ni!!!!

Last year 'montel' lupa my birthday (or don't care..i don't know), this year 'montel' wish a day before the date. Firstly, I macam proud giler, "ooo..tahun ni dia tak lupa my birthday.." Punya la kembang kempis hidung baca email dari 'montel', walhal tak la romantik sangat pun..hehe. But I appreciate kesungguhan 'montel' menghargai I..(thanx montel...mucuk2!!) I bukan material sangat, sehingga tergila-gilakan hadiah. Cuma...I hope, my dream will come true during the day. Hurm, unfortunately...masih belum rezeki & jodoh I agak nya.

Speaking about the day, baru je sms masuk...ada lagi makhluk Tuhan ni. (masih tak reti-reti nak terima hakikat mamat ni, eii..bosan!!) Beria-ia invite I lunch esok tengahari. Well...taktik lama la incik..cakap je straight forward kamu tu tak nak kasi I celebrate birthday dengan orang lain.
I mintak maaf je kat incik tu nanti..have to declined sebab bukan 'montel' yang ajak.


1st birthday gift for this yr..from my lovely sis..belum bukak lagi sebab nak tunggu esok:-)


P/s: Sakit yang ditimbulkan oleh kata-kata yang melukai perasaan tidak dapat dibayangkan rasanya.

Friday, November 6, 2009

ISO & Posmen

Have to woke-up a little bit early today kerana telah dipaksa oleh Ms. Project Manager untuk attend ISO 9001 briefing di Sales Office, Helang Perdana. Huh..sungguh menyamfah sekali. Sudah la pagi ni hujan renyai that I can see from my window next to my bed...huhu..sayu nak meninggalkan katil..cejuk!! Terpaksa pulak bangun awal sebab minyak keta dah tak sampai suku bar, confirm tak sempat sampai Kulim. Kena fill up petrol, kena tekan duit kat ATM..nak tapau breakfast pun tak sempat taw!!

I bukan malas nak training, menambah knowledge tentang ISO nih cuma I tak nampak relevance dengan my job sekarang. Project ISO 9001 ni sebenarnya untuk audit our construction project di Kulim. Me myself just seorang kakitangan pentadbiran untuk projek syarikat yang lain..erm..bukan construction tau..tapi project developer, another sister company. Uish..sungguh tak aci!! I'm sure Ms. Project Manager sedang merangka satu 'conspiracy theory' untuk melambakkan I dengan ISO documentation..ouh..tidak mungkin terjadi. Sebab I dah ade 2 times experience di syarikat sebelum ini yang melaksanakan ISO 9001..sangat2 la rumit & komplikated. Tak dinafikan..prosedur dalam program ISO ni akan melancarkan urusan sebab semua nya standardize & teratur..but not me again..!!

I jugak sedang merangka satu conspiracy untuk mengelak 2nd briefing next friday...ya Allah ya Tuhanku, kau jauhi lah aku dari bencana beban kerja ini..aminnnn!!!

~~~~

Ni nak lepas geram...dah banyak hari I dok bebal dengan posmen yang bertugas kat area umah I ni! Masuk ni dah kali ke3 posmen ni mengepos surat orang lain masuk ke mailbox I. Sungguh tak komited & tak efisien sama sekali. 1st time, katalog membership dari Metrojaya yg di alamatkan ke Kondo Mutiara..(satu township tapi lain blok da pakcik posmen!). 2nd time, surat dari CELCOM (blok lain jugak!) and the 3rd time..I rasa posmen ni tak kenal blok G dengan blok S agaknya. Huish..hilang sabar. Macam nak buat koleksi pastu hantar balik ke pejabat pos. Pelik la posmen buat keja camni...dah tugas camtu, jalankan la dengan penuh tanggungjawab, janganlah sekadar melepas batuk di tangga. Takkan la keja I pulak nak kena gi hantar dekat tuan punya surat tu...bengang ni..aaa!! Entah2 surat2 I pun terima nasib yang sama..sebab tu la asyik frust tunggu surat cinta...(erk....takde mende layan surat cinta...YM ade..FB ade..sms n col lg senang!!)



Thursday, November 5, 2009

Life after marriage...


Orang baru kawen kalau merajuk cam pelik jer bunyi nyer kan...?? Tapi it happens. Berbuih-buih jugak mulut I bagi advise kat orang tu...lagi pelik bila orang yang belum kawen macam I ni pulak yang bagi nasihat.

Hurm..benda2 macam ni sebenarnya menakutkan I untuk menempuhi alam perkahwinan (bunyi mcm dah ade calon sangat...hehe). Sungguh pun I belum nak kawen lagi dalam waktu terdekat ( I rasa la..), but hakikat nya I memang takut..kalau2 selepas kawen, ape yang I harap ada pada my life partner tak seperti yang I bayangkan sebelum kawen..

Sebelum kawen..tido sorang..best je tak payah berebut comforter, tak kedengaran orang sebelah berdengkur atau ngigau. Kalau nak mengeliat atau tertonggeng-tonggeng bila bangun tido, takyah control2, bukan ade orang tengok pun. Nak bangun, mandi, masak or ape2..at any time pun takde orang nak bising..kdg2 ma bising tu normal la. Get used to it kan...hehe. Dah kawen, ndak2 pulak ber'kehidupan' dengan mertua...uish..lagi la cabaran nya!!

The way we spend before marriage, before we get into new family would be different after we get married..hurm..ni le masalah orang tu. Bila I dengar orang tu meluahkan perasaan kat I..(macam kaunselor la pulak I ni) I rasa, both of them lack of understanding, lack of discussion on what, when & how to spend...(time & money). Sorry to say, both hubby and his wife masih belum matang. They should learn & calm..bukan si wife merajuk, avoiding each other and hubby pretend innocent!

I takde experience..sebab I belum & tak pernah kawen. Tapi Insyallah, I rasa kalau I di tempat diorang tu, I would handle it in different way! Oops...I tak pasti tentang pendirian & the way I think in future, cuma hopefully, I boleh maintain cara I berfikir ni.

My wish, both hubby & his wife will sort out the matter. Hubby dengan si wife sedang mencari-cari 'istana idaman' diorang sendiri..bagus la..cepat2 la pindah. Hidup la sebagai suami isteri dengan sendiri nya. Jangan biar pihak ketiga mencampuri urusan rumah'lif' kalian...(hehe...sudah tukar...bukan rumahtangga lagi!!)


P/s: Ms. writer ni pandai bercakap sebab tak kena batang hidung dier lagi...


Monday, November 2, 2009

Anjung Spa (lagi...)

Seperti biasanya..bila tiba weekend I akan mencari program bagi mengisi detik-detik bosan di rumah. So semalam, I pay my second visit ke 'Anjung Spa' yang diusahakan sendiri oleh my lovely auntie.

Biz baru...I support la. Lagipun murah..adik beradik punye pasal I bayar kos produk je. Second treatment semalam I buat sauna, scrub tamarind, scrub bengkoang & green tea. Hurm...fresh jer badan lepas treatment..:-) Facility alhamdulilah, I tengok semua dah ada cuma part deko tu masih dalam progress. Spa ni berkonsepkan bali, menggunakan rempah ratus nusantara..:-)

My auntie buat biz spa ni kat apartment dia je..dah peruntukkan one room special utk customer yang nak buat treatment. Disebabkan biz ni baru je nak bertapak, belum establish lagi so...I pun turut teruja...banyak idea dalam kepala otak I untuk expand Spa ni..(cheh...!macam ada syer pulak!!) Problem modal je yang masih limited. Insyaallah 'Anjung Spa' will grow soon!

Ouh, pic kat bawah ni I amik lepas buat treatment semalam. View from 'Anjung Spa' . Pemandangan hijau kat bawah tu ade lah..Pusat Pertanian Relau...terletak opposite dengan blok apartment nih. Sape cakap wat Spa kat aparment takde 'calming effects'..takde 'tranquility'..hehe. Inside the apartment itself macam dok dalam hutan hujan tropika...hehe...takde la gurau!! My auntie penuh kan apartment dia dengan 'green plants'..sejuk mata memandang.


cejuk mata memandang...I like!!
From this point of view la, my mom suke dok menung jauh...layan blues!


By end of this month, I nak gi buat facial pulak. FYI, 'Anjung Spa' also provides make-up, manicure & pedicure.

So..untuk sesape yang nak tau further info, pricing, products or package, leh la pay a visit to:- 06-15-05, Desamas Melur Apartment, Lintang Relau 1, 11900 Bayan Lepas, Penang. Email pun boleh... anjungspa@yahoo.com

P/s: semalam bawak mak & tok, jangan tak tau diorang pun sauna jugak....hehe. My autie cakap, sauna tak kira peringkat umur tau..banyak benefit nyer, tak payah susah payah gi jogging, dapat buang toksik dalam badan indirectly dapat mengurangkan risiko darah tinggi & kencing manis. I...dapat buang lemak...hehe

Friday, October 30, 2009

Kegiatan masa lapang...

My mood swing tak berapa menentu lately. Bengong pun ada sebab takde keja nak buat kat opis ni, asyik ngantuk, bancuh kopi, layan FB..waaaa...fed-up macam nak nanges jer.

Dok sebut pasal fed-up ni, alhamdulillah..kat rumah I tak terbawa-bawa perangai fed-up tu..dah pandai mengisi masa terluang. Current activity kat rumah...(sebelum tu nak warning slow2..jangan ketawakan I ok...!!)...menelaah buku-buku agama yang dah lama ditinggalkan. Ada jugak hikmah nye 'lappy' ada kat my sis, dik na. Kalau ada 'lappy' sure liat je I nak selak2 buku-buku kat rak tu. Bukan ape, kadang-kadang psychologically & emotionally kena warm-up dengan membaca buku-buku keagamaan tu, macam enjin keta la jugak. Banyak hari tak start, mesti sejuk..hehe. Macam lepas raya ritu, I jeles ngan 'montel' sebab dia berjaya buat puasa 6..I? huh...sadis! Puasa ramadhan pun tak cukup...(kamu tu pempuan, of course la tak cukup, mengong!!)

Contoh jer...
My worries, bila I dok umah dengan membaca & tengok tv, I tend to eat, eat & eat...peyot dah buncit daaa!! Semalam masa I dok tengok buku (sebelum buku tengok I la) ..I dah rasa berdosa sangat-sangat kerana telah melanggar pantang larang. Boleh je I melantak 'chicken sandwich' (sanggup turun dapur..) sedangkan petang tu I dah kekenyangan dengan nasi & sup ayam. Betul..rasa berdosa pada peyot I..huhu. Disebabkan pagi tadi, I dah telan 2 bungkus nasi lemak 60 sen & jap tadi lunch 'koay teow kerang' kat Tesco, ampun..malam ni I amik egg tart je as dinner. Camne nak kempiskan peyot eh..I bab exercise dah semakin malas..dulu rajin jugak. Sejak takde activity partner ni, semua nya dah malas. Nak kuar dating malas, nak kuar movie, nak kuar 'coffee' malas, nak gi jogging...lagiiii la malas!!! Any idea..cmne nak kempiskan peyot tapi masih boleh bermalas-malasan..???


Ni bukan la chicken sandwich yang I buat tu..gambar sekadar hiasan okeh!



Monday, October 26, 2009

Announcement!!

Announcement..announcement..!

Blog title I dah bertukar nama...'Sister's Little Diary'. Ini kali kedua nama blog ni ditukar. Fikir punya fikir...hurm, this title should be okay! Sesuai menggambarkan I sebagai seorang 'kakak'...always a sister & friends to everyone, okeh!

Since last few days I tak update blog..hurm, due to my hectic schedule (even during weekend). My sis, dik na went home dengan hubby beliau. So I terpaksa la surrender laptop kat beliau yang sedang kempunan nak online. Katanya akses internet kat pejabat beliau telah disekat..hurm..tu lah dispute sangat!!

Actually, I'm not feeling very well since last nite. Not enough sleep because I asyik woke up every hour just to take a sip of 'air suam'...sakit tekak & kena ulser. Probably due to unconsistent wheather..or probably it's just me, less water consumption! Asyik telan kopi je...!


Lunch time @ Oldtown, terpaksa la skip white coffee & opt to honey lemon juice!



Birthday cake untuk my office colleague. Mini jer..ini pun mama tiri meja sebelah dier yang sponsor.



Before lunch time tadi ade mini gathering, just to celebrate one of our staff, Mr. Vicky..who turns 27 today! (P/s: Happy birthday bro!). Kek comel...pandai 'mama tiri' dier pilih. Mine...tak lama je lagi..next month! turns...erm..berape ek..nanti la! (terus takde mood, macam dah tua jer..!)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails