Sunday, August 30, 2009

Adik Ipar & Bazar Ramadhan

Me 'demam frust' hari ni & migrain too sebab nangis, nangis & nangis last night..huhu. Lepas sahur, makan ubat & terus sambung tido sebab badan rasa lemah sangat. Sedar-sedar dah masuk zohor. Nasib baik lah badan dah rasa ok balik & fresh sikit berbanding semalam. Online kejap..baca buku & golek2 depan TV sampai petang dik na balik ngan Achey (nama bucuk bakal hubby dier...). Mak mentua punya la seronok bakal menantu datang tolong fix lampu kat dapur..hehe. Belum apa2 lagi dah sayang sangat kat Achey..untung btul adik ipar kite ni. :-)

Settle keja kat umah tu, dik na beria-ia ajak join diorang gi bazar ramadhan Bandar Perda (sebelah umah je..) Walaupun malas-malas kucing jer nak pegi tapi sebab bosan terperuk kat umah, finally ikut jugak la.

Pic curik2 snap dik na (& tocangnyer..) ngan Achey.


Achey beli 'Gulai Batang Pisang' untuk mak dier & bakal mak mentua dier..bodek ek??? (isk isk..ape punye kak ipar..tak bagi moral support langsung!) Hehe..saja suka nyakat dier, malu sangat2 dier ni. Ada jugak dok sembang2 dengan dik na pasal tunang dier ni..sok2 lepas kawin dah tak boleh malu2 & senyap sepi macam sekarang ni, sebab family kite kalau berkumpul memang riuh rendah..nasib ngko ler adik ipar..kena la pandai menyesuaikan diri ye.

Saturday, August 29, 2009

Belajar terima kenyataan

Saat ini kite baru lepas bersahur. Sedang blur walaupun dah habis sepinggan nasi bersama gulai lemak nangka & tomyam campur. Mata masih ngantuk tapi hati memujuk supaya terus berjaga, pas ni leh buat solat subuh & siap2 gi kerja. Alaaa...keja lagi..malasnya nak pi hari ni..huhu. Al-maklum saja la..hari sabtu keja half-day macam menghabiskan minyak keta je.

Semalam sms Mr. Riz sebelum tido. Lepas 1/2 jam baru ada reply. Masa tu kite dah hanyut sampai ke mana dah. Hairan..(and worried too) senyap pulak lately, but sms reply dia pendek je, "puasa..biasalah..kurang bercakap". Hurmm...hati ni kalau boleh teriak & menjerit out loud mesti dari Penang sampai Shah Alam boleh dengar. Kalau dalam versi Penang, just imagine this sentence je lah, "Murni, awat hang jadi lagu ni...???" (Tak nak celik mata tu luas2 sikit..bila la baru nak dapat hidayah & terima kenyataan seadanya). Betul ke kite tak boleh terima kenyataan? Well maybe sebab kite selalu ingat, setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Takkanlah throughout this life kite hanya akan bersedih, satu saat pasti ada kebahagiaan. Am I right?

Kata hati, "So, Siti Murni..wake up from ur bed now, u hopeless romantic! Jangan layan sedey kat sini, semua orang nak happy2 & there's no point of crying for something without a purpose..selalu je ko layan sedey ko camni..Mr. Riz steady je..ko pulak mcm hampeh...nyampah la haku!!"

Dah..dah..bangun..gi solat.

Wednesday, August 26, 2009

Hadiah Buat Muslimah

Jeng..jeng..jeng...tengok buku kat bawah tu..


Reading in progress...

Buku ni 'bakal pengantin' yang beli, "Hadiah Buat Muslimah" yang ditulis oleh Ustzh. Siti Nor Bahyah Mahamood & Ida Ezyani Othman. RM 26 je lepas diskaun..(bakal pengantin bagitau..hehe). Kite pinjam jer buku nih..sebab sepintas lalu belek2 macam okay je contents dia. Ada illustration jugak.

Selain isi masa lapang, buku ni bagi panduan asas fiqah untuk wanita. So, rasanya sangat-sangatlah afdal untuk 'bakal pengantin' (kite pun banyak lagi yang kurang..). Ada panduan bersuci, solat, perkahwinan, haji & etc.

Boleh la memanfaatkan waktu lapang 'lunch time' tu..daripada asyik dok sembang-sembang kosong, takde manfaatnya, macam sesetengah orang tu..buat kurang pahala puasa jer..ndak2 pulak boleh dok terumpat ke ape ke...penat je puasa kan?kan? (Hmmm..sesape yang terasa tu sendiri mau ingatlah...)

Tuesday, August 25, 2009

Mixed up feelings..

Salam Ramadhan..

Mixed up feelings..

Happy & excited: for my sis yang dah lepas interview di Pejabat Agama Daerah SPT, masalah wali untuk majlis nikah pun dah selesai, my lil bro dah agree & ready nak jadi wali akak nye. After dis, dah boleh proceed dengan upacara mengundang :-) (tiba-tiba teringat lagu Uji Rashid yang dulu ma selalu pasang...lagu rancak tu..title apa tah)

Bosan & frustrated: takde paperwork, bos pun tak bagi special assignment. Semua keja dah siap. Tak challenging lagi dah career ku ini..:-( Poor sales, keje pun takde. Rasa macam makan gaji buta pulak.


Gastrik: Dah menyerang ni.. However, kena kuatkan sikit semangat & bertahan sehabis mungkin. Taknak ponteng puasa macam 2thn lepas, teruk kena ganti sebab asyik diserang gastrik.



Tiring: Ma buka puasa kat UITM hari ni. Berbuka dengan adik2 je la..tak biasa berbuka tanpa ma..sebab aku le nanti nak kena serve diorang..huhu. Serve tu boleh tahan lagi..yang meletihkan bila masuk bab nak mengemas lepas berbuka..& buat laundry lagi. Belum buat keja pun dah terasa letihnye. Nak gi terawih tapi ada orang tengah tu tengah 'cuti-cuti malaysia' pulak, so takde partner nak pegi..segan la pulak.

Thursday, August 20, 2009

Moga keamanan ini berpanjangan...


Moga keamanan & ketenangan ini berpanjangan..Aminnn :-)

'Mamat yang menjengkelkan' dah 2 hari senyap sepi..lega sekejap & harap2 sunyi sepi dia ni boleh buat dia berfikir kat mana silapnya dia. Merajuk agaknya...last two days while I was at cafe lepas abis keja, dia pun kebetulan datang sambil tersengih. Dengan perasaan tak malunya duduk di table sebelah kite (bukan cafe kite..ikut suka ngko le nak duduk mana pun...ada aku kesah..??) cuma a bit uncomfortable lah. Dah dok sebelah, mata tu sibuk je nak jeling sana sini. Dia tunggu kite tegor tanya dia dah makan ke belum kot...dok terkebil-kebil kat sebelah. Kite buat dek aje...kalau dilayan takut makin menjadi gatal satu badan dia. Nak tak nak, ada kot half an hour..kite dok diam situ sambil menghadap skrin laptop..rasa dah nyampah sangat terus gi bayor & angkat bag..balik.

Mamat terpinga-pinga, tanya kite kenapa tak abiskan minum..kite jawab.."migrain tiba2 datang..nak balik" .

Walaupun kite tak terganggu lagi, tapi on the other side, I feel bad doing this. Macam jahat jer kite..suka2 nak menyampah sesama manusia. Tapi tu la..kite tak nak jadi hipokrit..keluar dengan mamat tu, sedangkan kite takde chemistry langsung dengan dia. Bila bercakap, lain opinion, tak serasi dalam segala hal..tak setuju dalam semua isu. Setiap patah perkataan dia..macam ada je yang tak berkenan di hati kite. Buat apa nak menahan diri keluar dengan orang camtu sedang hati kite dengan orang lain..kan?kan?

Bila fikirkan balik..bagus jugak..at least kite tak bagi dia false hopes. Hmmm...harap2 jangan lah dia fikir kite ni selfish..because this is me..kite tak nak jadi manusia yang (hipokrit.

(picture - credits: newthoughtgeneration.com)

Monday, August 17, 2009

Kisah anai-anai & Cik Siti..


Letih yang amat sangat. Rasanya balik umah tonite terus pengsan sampai esok pagi. Pening kepala tiba-tiba je datang masa nak kuar ofis tadi, probably due to stress. Kat ofis tadi macam-macam hal. Power down, pc pun down jugak lah..nak access ke database tak boleh, nak confirm sales pun tak boleh..paperwork pun semuanya stuck. Sape la agaknya tak mandi pagi ni..bad luck betoi! Mesti makcik yang masuk ofis lambat dis morning. Hm..kena buta gak dengan kite tadi..hehe.

Actually, masalah berpunca dari electric point..trip..sebab dimakan anai2. Tu la..suka sangat budak2 opis kite dok menyumpah anai2 tu..sekali jadi camni lah. Binatang2 ni semua kalau ikut cakap orang tua-tua..tak boleh dimarah..disumpah..tak boleh merungut..kalau tak menjadi2 la dia.

Teringat masa kecik2 dulu...rahsia besar ni..kang buta je kena marah dengan dik na..hehe. Dia ni mulut celupar (kadang-kadang la)..suke sangat marah itu..marah ini..Nak dijadikan cerita, satu hari tu kite tak berapa ingat la tah ape yang dia merungut-rungut pasal Cik Siti (cik siti tu nama timangan si tikus, tak leh sebut nama dia kan..kena bagi nick name la). Dok malamnya dapatlah akibat dari kelantangan mulut tu...kena geget dengan cik Siti..kat bibir lak tu..mau menjerit dia dalam kelambu...hahaha! Arwah abah terus terpa tengok what happen time tu...hehe..mau kena gelak sampai sekarang. Nasib baik la tak tinggal kesan...kalau tak..takde la bibir seksi tu...hehe.

Penat pun leh ketawa jugak...:-) jomlah..lama dah dok wi-fi kat kopitiam ni...dah abis secawan kopi & single toast. Ma....penatnya...restless betul hari ni...nak tidoq....!!

Saturday, August 15, 2009

Mamat yang menjengkelkan


Me..feeling bad & terrible avoiding someone yang kite rasa tak selesa to be with. Letih melarikan diri.

Actually, mamat ni (letak nama mamat je senang cerita)..me & him..we are friends. It's been 3 yrs I think, we've known each other. Since dia ni stay nearby, so we were having a good friendship at the early stage.

We keep sharing dis n dat about me, my family..and my guy..him wit family, her girl..dis n dat oso..atas nama persahabatan kan. Lama kelamaan...dia macam tak faham pulak..i just don't sms wit frenz everyday. Semua orang ada priority kan..work..family..personal life & spaces. Mr. Riz pun baru dua tiga hari sekali sms kite..dia lak lebey2kan..tak mayu!!

Almost every morning..asik sms dia je masuk. Jemu sebenarnya. I dun know what to reply in dis sms'es. Macam no idea camtu kan..ye la..asik2 soalan yg sama kan. Kadang2 tak reply pun, malas nak layan. Bila weekend, lagi la kerap sms. Tak layan pun dia keep on sending sms to me. Dia ni kaki movie, ajak tengok movie itu, movie ini...& lately memang dah tak nak dah gi cinema dengan dia, since dia try to hold my hands (hello!!! we're friends remember!!!) Dapatla tepisan yang memedihkan hati dia. Dalam hati kite..mcm nak report kat Mr. Riz tapi serba tak kena pulak & till now on mcm2 alasan kite bagi sebab tanak jumpe mamat ni lagi dah. Mengapa la persahabatan ku disalahertikan??? Bukannya dia tak tau kite dah ada Mr. Riz dalam hatiku...

Lagi yang buat kite pissed-off, one day mamat ni told me..one of his long-lost-girl-friend suddenly je nak close & baik2 balik dengan dia (good for me...good for him maaa) & the reason yang dia bagitau because of his brand new car. (yuksss..perasan mamat ni..bangga lak dengan kereta baru dia). Me pun terasa bebal sangat sebab waktu tu, last few months la..baru je berbaik balik dengan dia tu pun masam muka sebab perangai dia yang menjengkelkan tu. Terus sampai sekarang terasa bebal tak abis lagi. Sebab the fact is..friendship does not count from the value of someone's car...kan??kan??

Hari ni dah saturday..pagi2 buta tadi sms dia masuk..kite buat tak reti je lagi. Esok pagi mesti ada sms dia ajak keluar....tolong la.......tak tau dah nak buat apa dengan orang tak reti bahasa ni..penat & rasa macam a bad person pulak.

p/s: I miss u Mr. Riz, it's been a few months tak jumpe..windu. If you read this entry -- jgn curious kepadaku...kerana dalam hatiku hanya ada kamoooo...:-)

Monday, August 10, 2009

Majlis Pertunangan Noor Azarena

Semalam attend majlis pertunangan my best friend, Cik Noor Azarena Adnan (soon to be 'Puan')..of course la..amende la haku nih! 50-50 gak nak pegi majlis tu semalam, bimbang dihujani soalan2 bonanza yang biasa didengar during majlis camni. But, bila kenangkan dia beria-ia mengajak, plus dengan pujukan hati sendiri, maka berangkatlah kite ke sana sesudah zohor kelmarin. Tema pink jugak..sama cam dik na hari tu. Kite dah la mabuk pink...boleh pitam dibuatnya. Semalam je tak sempat pitam, sebab tengok member gumbira jaaaa...dah nak jadi bini orang. Pic atas tu my best friends, Pn. Azlinawati (awat kite skema sangat nih??) and Ina (nama pendek for Noor Azarena).

Ni...penulis blog bersama orang yang bertunang tu lah. Comei jugak kite pakai pink...dik na pun pelik nengok pic ni. Pink is not my favourite color actually. I have no chemistry with it..rasa macam tak suit dengan my skin tone. It's only after dik na's engagement, I try to get used to it.

Pic atas ni pulak antara hantaran pihak perempuan untuk 'orang sebelah' (baru dapat word ni semalam, tu pun sebab dengan orang tua2 kat situ dok sebut2 to mentioned rombongan pihak lelaki) Macam jakun lak eh...hehe.

Tengok choc cake tuh....ish...sabor je lah..perut tengah lapar time tu.

Insyaallah..hujung tahun ni...selamat lahhhh member kite sowang nih..kite gak yang solo. But it's alright..no rush..ramai advise gitu. Entah nak menyedapkan hati kite agaknya. Tak kesah la...kalau jodoh tak ke mana. Me malas nak pikir lagi dah. Lepas dik na nye wedding, hopefully ada chance untuk start new life di tempat orang. Responsibility harap2 dah berkurangan sikit waktu tu. Ma pun tak kisah..penat dah dia bertanya & jemu sudah nengok anak perempuan dia asik 'lepak' camni..hehe.

Apa2 pun teruja tengok member happy, kite tumpang bahagia. Ye la..dulu dia asik mengeluh bila jodoh nak datang, finally sekejap je..ada jugak kan.

To my dear friends Ina..selamat menempuh alam pertunangan..;-) kite tunggu kad jemputan kawin pulak lepas ni..aminnn.

Friday, August 7, 2009

Hanya Kau Yang Satu



Baru habis khatam novel ni semalam. Hari ni tak ada mood nak update sebab masih terbawa-bawa mood novel ni, hasil penulisan Iffa Irdina . Mana la kite nak cari 'Dwen Wazien' kite ek??? Dwen Wazien hero novel ni..anak kacukan melayu-inggeris yang super duper gentleman..and super duper romantik. Heroin nye Siti Saira...sikit2 ada la macam kite, attitude dia...pemikiran dia. Happy ending story..bersama akhirnya walaupun lama menunggu cinta Siti Saira tersemai untuk Dwen Wazien..hmmm....tak dapat nak diteruskan nak layan mood angau ni dulu sampai reda.

Tuesday, August 4, 2009

Bosan dengan makcik KPC...

Bosan tahap gaban kat opis hari ni, tinggal belum muntah hijau jer nengok gelagat makcik KPC..! Hari ni makcik KPC buat hal lagi, lepas kena sindir terus senyap sampai ke petang. Kite dah memang stail tu...kutuk belakang tak main! Tak puas hati cakap je depan2..nak lagi berkesan guna teknik sindiran je. Biasanya orang alert dengan tone sindir-menyindir nih..baru la cepat sikit sedar diri.

Lepas lunch hari ni berdua je dengan Mr. Driver kat KFC, balik opis tengok bos masih kat meja dia..mood ok so layan sembang jap, tanya dia bila nak ambil lunch (sebenarnya nak tanya, bila dia nak keluar, hehe) sambil spoil mood dia tengah buat calculation. Sejurus lepas tu, bos pun berangkat, kite pun lagi2 lah sibuk je nak angkat kaki, tanak dok opis..tahap kejemuan semakin kronik. Sebelum ada yang mendapat tempias, nak merasa kena hamput dengan cik admin..lebih baik le cik admin keluar meneruskan tugasan yang tak berapa penting.

Pegi post office, bayar bil TNB & buat pos ekspres. Dik na makin dekat dengan hari kawen, makin pelupa lak dia sampai tertinggal kunci bilik INTAN kat umah. Terbang RM 2.50 kite..(kedekut giler..!) Sambil tu hantar sekali surat-surat berdaftar opis..ini pun purposely je, kalau tak my asst. yang buat semua tu...nggak mau sih...panas banget di luar nih..!

Settle urusan kat pejabat pos..around 3pm, terus gi Krico hypermarket. Gi beli stationery opis ngan sundries. Best shopping time nih...takdak customer. Lepas setengah jam..rasa tak sampai hati nak 'mengulat', terus start enjin kete balik opis dengan 'berbodong-bodong' (ada ke bahasa ni??) barang yang dibeli...(takde orang teringin nak tolong cik admin....) sian kite..tapi best jugak sesekali dapat keluar opis nih..asyik dok ngadap muka makcik KPC..menambah sakit hati je.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails