About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, September 28, 2009

Majlis Akad Nikah


Majlis akad nikah my sis, Nadia & hubby, Nasir telah berlangsung dengan selamat nya pada 26 September 2009, Sabtu jam 10.35 am bertempat di rumah kadi, Tanah Liat, Bukit Mertajam.
Alhamdulillah, walaupun sedikit 'ribut' sewaktu di perjalanan menuju ke rumah kadi, namun semua nya berakhir baik. (maklum je la konvoi tak rasmi 8 buah kereta...yang kena tinggal & tak tahu jalan dah menjadi kebiasaan).



Dengan 2 kali lafaz, selamatlah kedua2nya menjadi sepasang suami isteri..(macam tak percaya jer, banyak dugaan diorang ni..). Tengok adik ipar nervous tapi masih tenang walaupun at first terputus-putus lafaz pertama.

Dik na yang brutal lagi ganaz itu telah menitiskan airmata nya sewaktu lafaz taklik dibaca oleh sang suami..huhu. Aku pun syahdu gak time tu. Maklumlah, sedar2 dah jadi isteri orang adik aku tuh. Hopefully, dapatlah jadi isteri yang terbaik untuk hubby nyer. Kalau arwah abah ada, mesti dia 'gumbira'...dapat menantu pertama. (aku percaya arwah abah ada bersama...)




Selesai akad, upacara membatalkan air sembahyang pun berjalan. Time ni adik ipar ku kena usik dengan pakteh.."cium tudung tu buat apa..cium dahi la.." (hek eleh..malu2 lak dia...nervous la tu..hihi).
Upacara penutup jugak bertempat di pekarangan rumah kadi, bertukar hantaran & sirih junjung pula. Ahli keluarga masing-masing bertukar jemputan ke majlis resepsi kedua-dua mempelai keesokan hari nya.

Abis satu bab, next chapter -- sesi photo-shoot. Shooting kat area umah jer..bangunan MPSP jadi mangsa nyer..hehe. Mau lebih setengah jam gak berpanas, yelah sebab matahari dah tegak atas kepala waktu tu. Berpeluh pun takpe...pengantin cool jer..hepi dah kan;-)

Lain2 pic ni aku yang amik lepas akad nikah. Dik na nak posing dalam bilik..'photographer terjun' la aku..hehe. Nak tunggu gambar pro, maybe ambil masa sikit, so aku upload yang dari camera sendiri je la dulu.


Dia ni kalau pasal posing depan camera memang takde masalah. Tapi untuk besok mesti lenguh otot pipi sebab beratus shot sedang menunggu..hehe.











Aku suke pic atas nih...sayang tak close-up jer..hurm.




Ni pulak pic hantaran dari sebelah lelaki. Sepersalinan aku kat sebelah sirih junjung tu & sebentuk cincin. (Thanx achey...nak mintak lebih tapi akak kesian kan ko jer..hehe. Welcome to the family).

Kisah di majlis resepsi akan diupdate kemudian..





2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails