Friday, October 30, 2009

Kegiatan masa lapang...

My mood swing tak berapa menentu lately. Bengong pun ada sebab takde keja nak buat kat opis ni, asyik ngantuk, bancuh kopi, layan FB..waaaa...fed-up macam nak nanges jer.

Dok sebut pasal fed-up ni, alhamdulillah..kat rumah I tak terbawa-bawa perangai fed-up tu..dah pandai mengisi masa terluang. Current activity kat rumah...(sebelum tu nak warning slow2..jangan ketawakan I ok...!!)...menelaah buku-buku agama yang dah lama ditinggalkan. Ada jugak hikmah nye 'lappy' ada kat my sis, dik na. Kalau ada 'lappy' sure liat je I nak selak2 buku-buku kat rak tu. Bukan ape, kadang-kadang psychologically & emotionally kena warm-up dengan membaca buku-buku keagamaan tu, macam enjin keta la jugak. Banyak hari tak start, mesti sejuk..hehe. Macam lepas raya ritu, I jeles ngan 'montel' sebab dia berjaya buat puasa 6..I? huh...sadis! Puasa ramadhan pun tak cukup...(kamu tu pempuan, of course la tak cukup, mengong!!)

Contoh jer...
My worries, bila I dok umah dengan membaca & tengok tv, I tend to eat, eat & eat...peyot dah buncit daaa!! Semalam masa I dok tengok buku (sebelum buku tengok I la) ..I dah rasa berdosa sangat-sangat kerana telah melanggar pantang larang. Boleh je I melantak 'chicken sandwich' (sanggup turun dapur..) sedangkan petang tu I dah kekenyangan dengan nasi & sup ayam. Betul..rasa berdosa pada peyot I..huhu. Disebabkan pagi tadi, I dah telan 2 bungkus nasi lemak 60 sen & jap tadi lunch 'koay teow kerang' kat Tesco, ampun..malam ni I amik egg tart je as dinner. Camne nak kempiskan peyot eh..I bab exercise dah semakin malas..dulu rajin jugak. Sejak takde activity partner ni, semua nya dah malas. Nak kuar dating malas, nak kuar movie, nak kuar 'coffee' malas, nak gi jogging...lagiiii la malas!!! Any idea..cmne nak kempiskan peyot tapi masih boleh bermalas-malasan..???


Ni bukan la chicken sandwich yang I buat tu..gambar sekadar hiasan okeh!



Monday, October 26, 2009

Announcement!!

Announcement..announcement..!

Blog title I dah bertukar nama...'Sister's Little Diary'. Ini kali kedua nama blog ni ditukar. Fikir punya fikir...hurm, this title should be okay! Sesuai menggambarkan I sebagai seorang 'kakak'...always a sister & friends to everyone, okeh!

Since last few days I tak update blog..hurm, due to my hectic schedule (even during weekend). My sis, dik na went home dengan hubby beliau. So I terpaksa la surrender laptop kat beliau yang sedang kempunan nak online. Katanya akses internet kat pejabat beliau telah disekat..hurm..tu lah dispute sangat!!

Actually, I'm not feeling very well since last nite. Not enough sleep because I asyik woke up every hour just to take a sip of 'air suam'...sakit tekak & kena ulser. Probably due to unconsistent wheather..or probably it's just me, less water consumption! Asyik telan kopi je...!


Lunch time @ Oldtown, terpaksa la skip white coffee & opt to honey lemon juice!



Birthday cake untuk my office colleague. Mini jer..ini pun mama tiri meja sebelah dier yang sponsor.



Before lunch time tadi ade mini gathering, just to celebrate one of our staff, Mr. Vicky..who turns 27 today! (P/s: Happy birthday bro!). Kek comel...pandai 'mama tiri' dier pilih. Mine...tak lama je lagi..next month! turns...erm..berape ek..nanti la! (terus takde mood, macam dah tua jer..!)

Wednesday, October 21, 2009

Advertorial

Those interested to owned a home, can email me at ctmurnie@yahoo.co.uk or tupent@gmail.com OR call 04-507 3455 for further information related to available units, sale and purchase procedures, terms & conditions, ongoing promotion & etc.

Show house are also now ready for viewing & targeted to complete by end of 2009.

Sunday, October 18, 2009

Jalan-jalan sempena cuti Deepavali..

Asal cuti je memang pening lalat (lalat pun tak pening camni), pening nak merangka program sempena cuti. I pun bukan jenis asyik nak terperap kat umah, cepat bosan. Kalau ada keja kat umah, it's fine. Tapi tak ada, maklum la duduk dengan ma..semua ma buat, manja mengada tahap dewa-dewa la. Setakat tolong-tolong tu ape la sangat kan.

Hurm, pagi semalam, masa terisi dengan baik. Sempat gi Cosplus, tukar gear knob momo untuk cik biru (month end nak tukar stereng momo pulak..hehe, sekarang dah mid-month, gaji dah bajet cukup2 sampai 27th so takleh nak bunjer ikut suke hati mak bapak tiri). Sebelah petang sempat lagi gi beli sundries kat Jusco, penat gak queue kat cashier tuh..biasalah, crowd hari cuti kan.

Hari ni pulak -- memandangkan dah lama tak bawak mem besar jalan2, ambik udara segar, so I telah mengheret mem dengan my lil hero untuk bertemu dengan "encik2 & puan2 nyet" di kebun bunga (Botanical Garden...macam lawatan sambil belajar budak sekolah rendah pulak..haha!).

My mom kalau boleh jalan2 kat kebun bunga ni memang dia suka..pempuan kan..takleh dipisahkan dengan pokok2 dan bunga2an..pecinta alam sejak dari azali. Bukan ape kat sini boleh relax..sedut udara segar..longgarkan sikit urat saraf sebab kena banyak berjalan. My lil hero tu pulak telah dipaksa join aktiviti ni, compulsary I kata sebab dia selalu cari excuse tak nak kuar sekali..malu agak nye dah beso panjang..hehe. Tak pedulik...bukan selalu pun!

Pic bawah ni pose gediks I...haha...tah ape2 adik jantan I ni..tengah I mengedik jugak dia nak snap. Ma kata..I gedik dengan dia je, takpe.


Concern la sangat dengan bunge tu...(hek eleh...lagi pose tah ape2, nak kata cite hindustan, cuma sang heroin je..hero nye tak nampak batang idung pun!). Malas nak pikir, baik layan relax je kat sini okeh!!

Sudah nye I tak berkesempatan jugak nak menziarahi officemate, Mr. Vicky, yang menyambut perayaan Diwali di kediaman beliau di Taman Selasih, Kulim sebab balik dari island pun dah petang, kena pulak singgah sini, singgah situ. Hurm, kesian beliau sebab ditinggalkan mak nyer yang dikatakan merajuk ke KL hanya gara-gara beliau enggan mengambil cuti sebelum Diwali bagi membantu persediaan mak beliau. (Sabar je la...)


**encik2 & puan2 nyet -- monyet, beruk makye..

P/s: Ms. Writer ingin berpesan-pesan, walaupun monyet/beruk itu digelar beruk makye namun dia tetap makhluk ciptaan Allah..yang unik. Bayangkan lah alam ni tanpa kehadiran monyet/beruk..manusia jugak kena ambil peranan beruk gi petik buah kelapa...hurm..fikir2kan lah...:-)

Friday, October 16, 2009

Lagi lagi Majlis Aidilfitri..

Syawal dah semakin sampai ke penghujung..majlis rumah terbuka Aidilfitri semakin rancak. Nih cerita semalam..jemputan dari 'business affiliates', Khairil & Co. bertempat di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas. Jauh jugak perjalanan untuk 'lunch' semalam..dari Juru sampai ke Kepala Batas..memenuhi jemputan sebab bos pun tak dapat attend majlis tu. Macam tak sedap pulak kalau takde wakil dari management. Pic bawah tu..I dengan one of Khairil & Co.'s staff & our office nye Pn. Chef, Kak Zan.

Sambil menjamu selera boleh jugak 'berkebajikan' sikit untuk anak-anak kat sini, itu yang 2 hari lepas pakat-pakat buat hamper. We all ada group fund, so duit tabung tu la yang digunakan untuk hadiah diorang..ikhlas..:-) Kebanyakan guest dari kalangan 'bankers' dan lawyer firm pun datang dengan sumbangan & hamper, nak meraikan & ambil hati budak2 sempena musim perayaan ni.

Sambil-sambil tu asyik jugak tengok budak-budak kat sini performed untuk tetamu. Pic kat bawah ni diorang present 'chicken dance'. Comel je..! Yang lawak tu, budak2 performed kat stage, cikgu2 lak dok performed kat bawah..siap nari2 kat depan. moral support kat budak2 tu.




Ni pulak performance dari cikgu-cikgi..berkebaya belaka. (jeles, baju kebaya hantar untuk tempahan, bulan 11 masa besday I nanti baru siap).

I tak amik pic food, tapi semua marvellous, di 'catered' oleh pakar-pakar memasak dari UITM Hotel dan jugak "in-house chef". Menu sama macam last year..ketupat, lemang, rendang, laksa, spagheti, nasi tomato, roti jala, sate & etc. (malu I nak snap pic sebab dikelilingi warga korporat..hehe)

Mau dekat 2 jam gak tutup office untuk event nih. Nasib la bukan selalu..

Wednesday, October 14, 2009

'Festival of Lights' kembali lagi..

Lunch time tadi...buat rombongan berempat ke pasaraya sebelah..(sebelah la sangat..).

Tujuan rombongan: saja-saja nak abiskan masa rehat dengan bershopping barang-barang untuk hamper ke majlis rumah terbuka esok.

Betul-betul main entrance pasaraya Krico ni dah siap dengan decoration sempena 'pesta cahaya', perayaan Deepavali atau 'Diwali' yang bakal dirayakan hujung minggu ni. Terpana sekejap bila tengok hiasan kolam atau 'ranggoli' yang colorful ni.


2 ahli rombongan yang juga my officemates will be celebrating the festival. Beria-ia jugak tengok diorang snap pic ni tadi. I pun enterprame la jap..hehe. Kolam ni kata diorang..kata diorang la...buat dari sagu dan beras yang telah diwarnakan. I pun dengan semangat nya, balik ke ofis dan meng'googgle'kan KOLAM. Banyak attractive design..semua nya unik dan berwarna-warni..macam pelangi.
And I juga telah memujuk malah memaksa my officemates tuh supaya design diorang nye 'kolam' kat lobby ofis. I don't care..no matter what, I nak tengok 'ranggoli' tu sebelum cuti Diwali..hehe. Huh, dasat...tak kasi chance..alang2 1Malaysia kan..semua perayaan pun kita celebrate.
Lepas ni I nak proposed kat bos supaya kasi award untuk 'lively' branch office, semangat sikit nak bersaing sesama branch!

Abg bhai mengamuk..

Arghh...serabut! Ada customer tengah 'amuk' kat opis! Abis semua idea I nak berblogging hari ni, hilang semua konsentrasi. Customer 'Singh' ni tak puas hati complaint kerosakan dalam unit dia masih belum rectified sampai ke hari ni. Tah ape nak jadi..si customer fussy yang amat sangat..orang yang in-charge pulak lack in co-ordination. Padah nya..staff yang dok kat reception la yang kena maki. Nasib baik I admin, dok kat belakang diam2...hehe!

Dah bertahun I keja line ni. Kena sumpah seranah dengan customer macam dah sebati. Tapi ada kalanya hilang kesabaran jugak. Walaupun I dok buat admin...risiko kena marah dengan customer kurang tapi..kena tetap kena, especially bila masuk bab 'late payment interest'. Customer marah bila kena caj faedah lewat tapi diorang tk faham..masa suruh buat payment, asik bagi alasan...delay2 kan payment..dah kena caj...I gak yang kena. Lumrah...!

P/s: abg bhai yang hensem, jangan la marah2 lagi..sakit telinga nih! (pandai la I cakap..sebab bukan I yang kena..)

Monday, October 12, 2009

Beautiful sunday morning

Hello..I'm back. First day at office after short trip. Erm..much surprised, walaupun cuma few days cuti, banyak dah keja stacking at my tray! Gosh...camne nak pi holiday panjang..?? I'm late to work today..letih di perjalanan of course, walaupun tak lah jauh mana perjalanan tu. Get used to it! Pagi2 buta "Ms. Project Executive" dah ngata kat I..(hello...I called u "Project Exec"..don't get angry & post something back 2 me okeh!) haha...dah cukup2. Dia ngata aku..berat hati meninggalkan dat city...so, it's damn true, as I told her. Not denying.

Hurmm...okeh, cite weekend eh? What 2 say..it doesn't up to my expectation but it's fine with me. Have a lot of rest is best among the rest! Laid back & listening to Lenka, Duffy, etc...(& "If I Were a Boy", masih kedengaran sehingga saat ini) while waiting for someone to pick me up.
Interesting part, I do things I never do before, like..having mee goreng & teh tarik for my breakfast as early as 4.30am at NZ garden cafe (penang's mee mamak is still d best!) & enjoy viewing the "country's landmark" just accross the road (cheh...masih nak berdolak dalih...).

After breakfast, Dato' N ajak meronda 'keliling kampung' and wait for the sun to rise..hurm...(macam la romantik sangat..haha). Simbolik...malam dah berakhir, perlahan-lahan sang mentari menjelma menyinarkan alam yang sebelum nya gelita. Agaknya Dato' N nak I faham yang hidup ni memang begitu hakikatnya, takkan lah selalu je sunyi & kelam. (Cheh...mentang2 la I gelap).



And here it comes, again, my hectic life dat I luv..& home sweet home!


P/s: Ms. Writer said thanx to Dato' N for his time over the weekend!

Thursday, October 8, 2009

Will be away..


Mata mengantuk kerana perut yang kenyang..maklum lah baru lepas lunch. Jenguk2 kat facebook jap, rasa boring jugak. Tinggalkan FB sebab teringatkan blog. Ye la..starting tomorrow, I'll be away for 3 days..oye..oye..nak rest puas2 before get back on track!
Tak sedar diri gak aku nih..keje melambak kat atas meja tuh (saje jer aku nak gitau kat korang yg aku tgh bz..tu yg upload pic meja ku yg bersepah tu..hehe). Paperwork ngan billings, semua ni sibuk bermusim untuk aku. This week nye tight-schedule sebab preparing for handing over unit to customer. Hurm..nak clear sebelum tengahari esok. Sebenor-benor nye, tangan ku yang gatal nak snap pic nih..gatal nak menaip. Nak merasa stayback kat opis lagi hari ni kot..huhu..tidak..tidak. Hari ni aku nak balik punctual pukul 5. Seram sejuk dok opis ni sorang-sorang (huhu...cejuk air-cond).
Bukan apa, kat area opis aku ni kerap jadi kes ragut sejak dua menjak ni. So..risau gak la aku sorang2 tutup kedai dah lewat petang kan.
P/s: Ms. Writer..don't know what to expect from this holiday.

Wednesday, October 7, 2009

Dinner @ Kapitan

Story semalam yang baru sempat di'update'. Oleh kerana mood aku yang agak baik dan sebagai ganti weekend ini yang tak mungkin dapat aku habiskan dengan orang2 kesayanganku maka aku telah mem'belanja'kan orang2 kesayanganku iaitu ma & my little hero di Kapitan.

Kelmarin aku telah berjaya menahan diri dari consume walau sebutir nasi sekalipun. Tapi alangkah sedihnya di sebelah malam, aku dah 'hadap' Chicken Tikka nih..berkali ganda kalori & fats! Tanak perut buncit...huhu..cuma nak berisi sikit. Nampak gaya nya diet sihat ni macam tak berapa jalan untuk aku. Kena gi exercise jugak pas ni.

Aku kesian kat Ma..kelaparan sebab tunggu aku ngan little hero balik dari Penang. Around 9 baru sampai umah & bawak dia gi makan. Nasib baik la Kapitan tak jauh pun dari rumah, kona kanan, kona kiri, kona kanan balik dah sampai...hehe. So, aku suruh ma try Beef Briyani set..kawan2 cakap briyani dia best! Memang best..ma cakap sedap & penuh mangkuk claypot tu. Semput dia nak abeskan. (makan je ma...akak yang belanja :-) )


Now only 4.30pm..kepala otak ku dah ligat fikir menu dinner malam ni. Memang cuak makan nasi lately..! Tadi lunch tekak ku cuma boleh terima mee goreng kat Chai Leng Park.
P/s: Ms. Writer semakin cerewet memilih makanan, petanda apa kah ini..???

Monday, October 5, 2009

Thank you, Terima kasih, 'Nandri' & 'Sie xie'...


Ucap lah 'terima kasih' dengan seikhlasnya.. headlines untuk hari ini.

2 patah perkataan mudah tapi sukar diungkap oleh kita. Kenapa kita susah nak ucapkan thank you, terima kasih, nandri, sie xie...etc..?


Mak bapak kah yang salah sebab tak ajar?(mungkin tu ada..) atau kita kah yang lembap bin bingai sebab tak reti2 walaupun diajar berkali-kali? (ada kemungkinan jugak) atau cikgu tak ajar kat sekolah? (tipu...cikgu aku dari tadika sampai sekolah menengah semuanya cikgu ajar yang baik2). Persekitaran, kawan2 pun sama je tabiat, tak tau berterima kasih..? Hurm, pokok pangkal nya..terletak pada diri individu tu sendiri, bukan salah sesiapa.


Hati yang tersentuh membuatkan aku terpanggil untuk menulis pasal entri ni. (huh..geram sebenarnya..pls note..ini bukan entry sedey, okeh!)


First thing first, aku buat entry nih sebab aku rasa aku dah buat something dengan seikhlas hati untuk seseorang, bukan saja aku tak dapat ucapan 'terima kasih' malahan kena 'hamput' lagi. (ade ke patut..). Tapi atas dasar kasih sayang, aku buat tak tau jer..(walaupun aku berasa hati sangat2 nyer).


Sudahla camtu, aku rasa macam tak dihargai sangat2 sebab keikhlasan aku tuh telah di'tuba' dengan kata2 & tuduhan yang mengatakan aku ni dengki dengan dat someone..huhu. (sedey la plak..tapi apa kes aku nak dengki). Nasib baik la sebenarnya masih ramai yang sayangkan aku. Ada cik puan-cik puan kata, aku ni seseorang yang banyak mengalah, tahap kesabaran tinggi (kembang sat dapat pujian camni). Cik puan-cik puan advise, jangan la dok terasa hati atau rendah diri sebab kelebihan2 pada diriku itu tidak ada pada orang yang tidak tahu berterima kasih itu. (Lega aku dengar...pandai cik puan2 pujuk aku!)


Hurm, untuk yang membaca entri ini ucap lah ayat2 penghargaan (macam kat tajuk tu) kepada orang2 yang telah menaburkan jasa kepada anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi sifat angkuh & riak.


P/s: Mr. Writer ber'motivasi' untuk diri sendiri..akan memperbanyakkan lagi ucapan terima kasih. Tak nak diibaratkan bagai ketam mengajar anak berjalan. Terima kasih kerana membaca entry ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails