About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, October 18, 2009

Jalan-jalan sempena cuti Deepavali..

Asal cuti je memang pening lalat (lalat pun tak pening camni), pening nak merangka program sempena cuti. I pun bukan jenis asyik nak terperap kat umah, cepat bosan. Kalau ada keja kat umah, it's fine. Tapi tak ada, maklum la duduk dengan ma..semua ma buat, manja mengada tahap dewa-dewa la. Setakat tolong-tolong tu ape la sangat kan.

Hurm, pagi semalam, masa terisi dengan baik. Sempat gi Cosplus, tukar gear knob momo untuk cik biru (month end nak tukar stereng momo pulak..hehe, sekarang dah mid-month, gaji dah bajet cukup2 sampai 27th so takleh nak bunjer ikut suke hati mak bapak tiri). Sebelah petang sempat lagi gi beli sundries kat Jusco, penat gak queue kat cashier tuh..biasalah, crowd hari cuti kan.

Hari ni pulak -- memandangkan dah lama tak bawak mem besar jalan2, ambik udara segar, so I telah mengheret mem dengan my lil hero untuk bertemu dengan "encik2 & puan2 nyet" di kebun bunga (Botanical Garden...macam lawatan sambil belajar budak sekolah rendah pulak..haha!).

My mom kalau boleh jalan2 kat kebun bunga ni memang dia suka..pempuan kan..takleh dipisahkan dengan pokok2 dan bunga2an..pecinta alam sejak dari azali. Bukan ape kat sini boleh relax..sedut udara segar..longgarkan sikit urat saraf sebab kena banyak berjalan. My lil hero tu pulak telah dipaksa join aktiviti ni, compulsary I kata sebab dia selalu cari excuse tak nak kuar sekali..malu agak nye dah beso panjang..hehe. Tak pedulik...bukan selalu pun!

Pic bawah ni pose gediks I...haha...tah ape2 adik jantan I ni..tengah I mengedik jugak dia nak snap. Ma kata..I gedik dengan dia je, takpe.


Concern la sangat dengan bunge tu...(hek eleh...lagi pose tah ape2, nak kata cite hindustan, cuma sang heroin je..hero nye tak nampak batang idung pun!). Malas nak pikir, baik layan relax je kat sini okeh!!

Sudah nye I tak berkesempatan jugak nak menziarahi officemate, Mr. Vicky, yang menyambut perayaan Diwali di kediaman beliau di Taman Selasih, Kulim sebab balik dari island pun dah petang, kena pulak singgah sini, singgah situ. Hurm, kesian beliau sebab ditinggalkan mak nyer yang dikatakan merajuk ke KL hanya gara-gara beliau enggan mengambil cuti sebelum Diwali bagi membantu persediaan mak beliau. (Sabar je la...)


**encik2 & puan2 nyet -- monyet, beruk makye..

P/s: Ms. Writer ingin berpesan-pesan, walaupun monyet/beruk itu digelar beruk makye namun dia tetap makhluk ciptaan Allah..yang unik. Bayangkan lah alam ni tanpa kehadiran monyet/beruk..manusia jugak kena ambil peranan beruk gi petik buah kelapa...hurm..fikir2kan lah...:-)

4 comments:

  1. seronok tul dpt g jenjalan gan mem dn adik.. tmbh2 lg dpt hirup udara segar..

    cantik la tmn bunga ni murni.. kt mana ni..?

    ReplyDelete
  2. oo..ni kat botanical garden, penang..mai la kak zana...penang ni tak banyak tmpt recreation cmni..:-) asik nmpk pntai jer..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails