About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, October 5, 2009

Thank you, Terima kasih, 'Nandri' & 'Sie xie'...


Ucap lah 'terima kasih' dengan seikhlasnya.. headlines untuk hari ini.

2 patah perkataan mudah tapi sukar diungkap oleh kita. Kenapa kita susah nak ucapkan thank you, terima kasih, nandri, sie xie...etc..?


Mak bapak kah yang salah sebab tak ajar?(mungkin tu ada..) atau kita kah yang lembap bin bingai sebab tak reti2 walaupun diajar berkali-kali? (ada kemungkinan jugak) atau cikgu tak ajar kat sekolah? (tipu...cikgu aku dari tadika sampai sekolah menengah semuanya cikgu ajar yang baik2). Persekitaran, kawan2 pun sama je tabiat, tak tau berterima kasih..? Hurm, pokok pangkal nya..terletak pada diri individu tu sendiri, bukan salah sesiapa.


Hati yang tersentuh membuatkan aku terpanggil untuk menulis pasal entri ni. (huh..geram sebenarnya..pls note..ini bukan entry sedey, okeh!)


First thing first, aku buat entry nih sebab aku rasa aku dah buat something dengan seikhlas hati untuk seseorang, bukan saja aku tak dapat ucapan 'terima kasih' malahan kena 'hamput' lagi. (ade ke patut..). Tapi atas dasar kasih sayang, aku buat tak tau jer..(walaupun aku berasa hati sangat2 nyer).


Sudahla camtu, aku rasa macam tak dihargai sangat2 sebab keikhlasan aku tuh telah di'tuba' dengan kata2 & tuduhan yang mengatakan aku ni dengki dengan dat someone..huhu. (sedey la plak..tapi apa kes aku nak dengki). Nasib baik la sebenarnya masih ramai yang sayangkan aku. Ada cik puan-cik puan kata, aku ni seseorang yang banyak mengalah, tahap kesabaran tinggi (kembang sat dapat pujian camni). Cik puan-cik puan advise, jangan la dok terasa hati atau rendah diri sebab kelebihan2 pada diriku itu tidak ada pada orang yang tidak tahu berterima kasih itu. (Lega aku dengar...pandai cik puan2 pujuk aku!)


Hurm, untuk yang membaca entri ini ucap lah ayat2 penghargaan (macam kat tajuk tu) kepada orang2 yang telah menaburkan jasa kepada anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi sifat angkuh & riak.


P/s: Mr. Writer ber'motivasi' untuk diri sendiri..akan memperbanyakkan lagi ucapan terima kasih. Tak nak diibaratkan bagai ketam mengajar anak berjalan. Terima kasih kerana membaca entry ini.

10 comments:

  1. huhu..kdg2 kita bukan harapkan ucapan trimas tu sgt..cuma kalo boleh ucapla supaya rasa lebey dhargai..kan kan??

    ReplyDelete
  2. k zana setuju sngt le... selalu ucapkan terima kasih.. x rugi pon..

    ReplyDelete
  3. salam...ukhwah.,

    saya ucap TERIMA KASIH pada siti kerana sudi singgah bagi ulasan di anaklaut..

    sebagai guru, yang menajar sekolah rendah, saya selalu menerapkan nilai2 yang murni dan baik, termasuk memberi ucapan terima kasih dan lain -lain,

    peranan ibu bapa sangat penting dalam hal ini..

    :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih bebanyak kerana menjadi pengikut blog saya...jeng..jeng...jeng (^_^)

    ReplyDelete
  5. biase kan dri dgn ucapan terima kasih ...

    ReplyDelete
  6. Betul. Kena terapkan jati diri dalam diri sendiri .

    Terima kasih .

    ReplyDelete
  7. sy sokong tu siti... bukan susah pun nk ucapkan terima kasih kalo org menaburkan budi dan jasa kpd kita kan...
    eheheh...
    still nk ucap terima kasih sbb sudi jd kawan di alam maya....

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. masih ramai yang tak lupa perkataan 'terima kasih' tu..I'm relived! Terharu sangat2...

    ReplyDelete
  9. Kita berkehendakkan ucapan terima kasih diucapkan sesama manusia.tapi, selalukah kita berterima kasih pada yang Maha Esa dengan rahmat dan kenikmatan yang telah dikurniakan pada kita?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails