About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Thursday, December 31, 2009

Good bye to all shattered dreams..

Tak sabar...beberapa jam lagi bakal meninggalkan 2009. Tahun yang tak begitu cemerlang. Tak banyak yang boleh dibanggakan. Masih banyak yang belum tercapai. I tak akan berbicara tentang azam...itu common topic! Sebab I seorang yang akan berazam tiap-tiap pagi. Yang ada cuma resolusi yang tak akan disebut disini. Insyaallah, kalau resolusi tu dapat achieve di 2010...I'll share the good news here! :-) okeh...??? tak okeh..?? okeh jugak...u have no choice! Kerana kekuatan semangat menempuh 1431H/2010..maka nya I dengan berani nya mengambil risiko, berhijrah ke template yang baru. Agak kekok at the very first. Insyaallah, will get used to it. Apa kata u all...?

Petang semalam, ma bawak pulang 'bubur asyura', hasil kerja tangan gotong-royong dengan workmate beliau kat Politeknik Seberang Perai. Yummy...I suka juadah sinonim di bulan Muharram ni. Pic ni I upload kat sini untuk yang tak kenal 'bubur asyura' versi utara semenanjung. As far as I'm concern, juadah ni berbeza ingredients & rasanya untuk tiap-tiap negeri. Orang cakap, di sebelah pantai timur, juadah ni agak berempah & kadang-kadang dicampur daging. Ada yang kata, macam bubur lambuk.



Lambang pemuafakatan! Yelah, nak buat bubur ni kena gotong-royong..masing2 contribute tenaga, masa & wang juga! Paling penting, penghayatan tentang nilai2 di bulan Muharram ni. Dulu, masa kat kampung, terasa sangat kemeriahan nya...tengok semua jiran2 pakat berkumpul...sambil kacau bubur, sambil berceloteh. Suasana tu dah lama tak dapat I rasa....rindu!!



P/s: Happy new year 2010 untuk semua rakan-rakan blogger & tetamu blog..semoga 2010 membawa yang terbaik, kesihatan & keceriaan pada kita semua hendaknya.amin.

Tuesday, December 29, 2009

Strictly for those who loves food..

Rutin biasa menjelang hujung bulan, semalam kena bawak my mom memborong 'sundries'. Shopping barang2 keperluan rumah yang just once in a month. Tak perlu buang masa & petrol berulang-alik ke pasaraya. Pay belum masuk, terpaksa la slide kad hutang dulu. Bulan ni aktiviti memborong di Giant, Prai. Normally, tiap-tiap bulan kami akan bertukar-tukar hypermarket, kadang2 ke Tesco dan paling jarang ke Carrefour (sebab queue panjang, I paling tak suka beratur lama2). Semasa kalut ber'shopping' tak sempat nak snap pic.

Selesai memborong I bawak mom & bro santap di Kapitan. Budget setakat tu sahaja, last
kopek kan..huhu. Apa pun alhamdulillah...:-)

Kita kat Malaysia ni mewah dengan makanan. Tak ada masalah kebuluran seperti di Afrika Timur dan negara-negara miskin lain. Sebak bila tengok anak-anak kecil yang tak mengerti apa-apa terpaksa mengutip butir nasi di jalanan. Bersyukurlah kita tak mengalami apa yang di lalui anak-anak ini.


U all layan je pic semalam yang tak seberapa ni. Urm..pada yang rasa "balik-balik crita pasal makan..pasal bf...makan..bf..." -- untuk orang2 yang ada berfikir macam ni, u may stop reading this post. Pada I..cara seseorang berblogging & meluahkan apa yang dalam fikiran tu tak sama, depends pada selera & citarasa masing-masing. Selagi itu hormati lah idea setiap individu, okeh! (membebel jap!). At least, entry I nih, original bukan 'copycat'.

Pic ma tengah termenung sewaktu menunggu meehoon goreng beliau. Entah ke mana menerawang fikiran tu.


Menu dinner semalam...maggi goreng for me, roti john for my bro & meehoon goreng for my mom. (saja I nak bagi u all kecur air liur..okeh!)


Firman Allah (SWT) yang bermaksud: Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah (SWT) kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah (SWT) jika kamu benar-benar menyembah Allah (SWT). Sesungguhnya Allah (SWT) hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah (SWT). Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah (SWT) maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah al-Nahl, ayat 114-115)

Petikan hadis, credit to: http://khuzaifah.hadithuna.com

Sunday, December 27, 2009

Kembara di Tanah Gersang


Kembara berjalan bersendirian
Mencari jalan pulang
Bilakah masanya embunkan menjelma
Di tanah gersang yang membakar

Alangkah pedihnya nasib kembara
Ditengah khatulistiwa
Tak siapa yang dapat menghilangkan dahaga
Namun tetap ia bertahan


Kami semua senasib dengan mu
Wahai kembara di tanah gersang
Mencari kebahgian dalam hidup
Menempuh berbagai rintangan yang ada
Namun bahgia masih impian

Kau masih berjalan dibawah sinar
Bulan bintang yang membimbing mu
Suatu hari kau kan bertemu
Sungai mengalir di taman indah
Nanti di suatu masa

p/s: kembara dan terus kembara..aku kah???

Tak boleh tido...

I can't sleep, it's already 1.24am..hurm..kes terlajak minum kopi? erm, maybe not. I dah immune dengan kopi. Probably, some worries..:-(

Now tengah layan youtube. Boleh..dok layan 'Kain Cinta Putih', 'Bunga Angkasa', 'Harum Subur di Hati' dan seangkatan dengan nya...ahaks! Sejak bila la I jiwang ni...hihi. Layan jer...tengah malam. Nak kacau kawan2 semua dah tido. Yang tak tido sama ada tengah bersantap di restoran nasi kandar 24jam sambil layan bola atau pun sedang bersantai menghirup udara malam Gurney Drive. Huh...lama tak lepak Gurney..rindu zaman remaja!

Rindukan Gurney, bukan kenangan di Gurney..

Ouh, hari ni dah 3rd day I bertapa kat rumah, masih on replacement leave. Jemu. Plan nak bercuti ditangguhkan dulu, seperti yang I mention sebelum ni. Mana tahu, ada rezeki tahun baru..kot2 boleh tukar destinasi ke bumi mahsuri pulak..hihi.:-)

Finally, akibat jemu yang teramat sangat maka petang tadi menyeberang Selat Melaka lagi lah. Visit my auntie. At first bercadang nak buat facial treatment tapi disebabkan keta I, cik biru tu buat perangai lagi hari ni, terus hilang mood memanjakan diri. Yelah, dah manjakan cik biru..terbang RM 190/-..tukar bateri dry cell. Dah lewat petang baru sampai Relau. On the way balik, singgah santap di 'Kayu', Bukit Jambul. Arrived home around 10 sampai la sekarang..huhu...tak boleh tido!!!

pic credit: penangfaces.chanlilian.net

Tuesday, December 22, 2009

Mendung tak bererti hujan..

Mood mendung.

Maaf kalau I tak dapat menjenguk blog kawan-kawan. Sekiranya cuaca hati bertukar baik menjelang malam, insyaallah, dapat lah melepak-lepak di blog kalian.

Bangun tidur dengan wajah sebam. Semalam sebaik Isyak sehinggalah jam 7.00am tadi. Terlebih rehat. Normal scenario, kalau jiwa kacau bilik saja tempat I melepak. Baca novel sampai tertidur. Gawat! Perlu cari aktiviti lain. Tak boleh terus-terusan macam ni. Makan, golek2 & tidur. Lepas ni, confirm makin bertambah berat badan.

Cerita makan lagi..makan tengahari biasa-biasa hari ni di Dataran Semilang, Juru. Tapi sengaja tempel kat sini...

Koay Teow Hailam..menu ringan sebab pagi tadi dah ambil Nasi Goreng as breakfast

Air surut, tengok pokok bakau & belacak melompat-lompat dari dasar lumpur. Kalau air pasang dapat la tengok anak ikan. 'Beruk makye' pun ada kat sini..hihi..monyet dalam erti kata lain.

P/s: alam tenang...tapi hatiku?siapa tahu?


Saturday, December 19, 2009

Berakhirnya sebuah pencarian..

Berakhirnya sebuah pencarian..

Berhari-hari I mencari sepasang kasut yang ideal. Dari satu shopping complex..ke satu shopping complex. I paling tak suka beli kasut, because..everytime I berkenan a pair of it, mesti salesman/salesgirl tu akan cakap.."sorry, no more in 7 or 8.." Itulah dilema seorang perempuan yang kaki nyer bersaiz 7 & sometimes 8 (depends pada kasut & brand okeh...!) plus dengan sifat I yang sememangnya choosy, tak nak heels tinggi, nak pakai for certain places/purpose, dont want this color, dont want that color...erk..my sis pun tak suka temankan I bila I cakap nak beli kasut..sian I.

Finally found a pair of this at Jusco SPC. Erm guess can define it as 'ballerina flats', my always favourite & comfy.

'Ballerina flats' and 'mary janes' in white yang I sayang sangat tu, dah rosak tapak nya. Tu pasal la kena cari yang baru. Yang tinggal hanya sepasang 'french heels' & 2 pairs of loafers yang I biasa pakai ke office.

P/s: Month end punye pay..nak cari running shoe pulak.




Friday, December 18, 2009

Today I was at the kitchen..

Mood cuti, lambat bangun tido pagi tadi. 'Brunch' di McDonalds, Seberang Jaya at around 12 tadi. Juga sebagai ganti meraikan birthday my bro, Aji, yang sepatutnya celebrate semalam, but have to cancel sebab kak ngah nyer...dik na tak dapat balik, ade sikit emergency. Hurm...sebab dah lewat sangat semalam..so postpone la ke hari ni. Sian adik I, nasib baik la dia pun jenis yang tak kisah sangat pun, cuma seronok dapat berkumpul satu family je. Hari ni celebrate pun without dik na. Understood, orang dah berkeluarga.

Ma n Ajie opt for 'prosperity', I amik McNugget jer. Cukup la alas perut sampai petang nanti. Hari ni dah berjanji dengan ma...I kena masak. Dah lama tak masak...so, ada sesetengah benda tu macam dah ingat-ingat lupa camne nak buat. I siap pesan kat ma, hari ni masak simple je tau...menu biasa yang I suka. (Hihi...tak mencabar langsung!) Kitorang terus ke Tesco, beli sayur, ayam, udang & some fruits.

Selesai memborong, ma merungut dahaga pulak. Hurm..tau dah...peberet dier...ais kacang kat food court tu. My mom ni satu je pe'el dier...tak makan saman. Hurm berkali-kali dah ingatkan jangan amik ais...I yang muda2 ni pun selalu telan minuman panas ngan air suam jer. Asal makan kat luar je mesti tak lepas order teh ais, teh o ais...ais bandung, abc...hurm..(geleng2 kepala). Tapi, faham2 je la..orang tua2 ni kalau teringin, tak boleh nak dihalang.

Balik dari Tesco, singgah jap rumah bapa saudara kat blok sebelah. Lama tak melawat tok & wan kat sana. Kebetulan kena hantar baju yang orang kirim untuk adik sepupu I. Lepak sekejap sebelum mencari excuse nak balik. (tok I selalu sedey bila kitorang nak balik..cam tak puas je jumpa cucu dia yang nakal nih!!hihi)

Sampai umah, terus masuk dapur..(bersemangat betul...!! ada makna ni...;p) Hurm, finally ini la dia...masakan simple yang I suka..

Ikan kerisi goreng, sambal tumis & sayur bayam..

Ma kata, "LULUS"!!! (hihi....buruk benor perangai I..baru masak simple camni siap upload kat blog...tah pe2...hihi) Actually, memang tak susah pun...main baling2 je dalam periuk..pastu siap lah! Dari segi teori memang diakui, I takde masalah. But when comes to practical, especially bila masuk bab siang ikan..itu memang mencabar. I tak tahan tengok perut ikan, rasa nak uwekkk!! (mesti ada yang dok gelak kan I neh...takpe..takpe)

p/s: Normally, Ms. Writer hanya akan turun ke dapur & belajar memasak apabila ada sesuatu 'agenda' di sebalik nya....:-) Her mom pun dah sedia maklum..

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Letih tersangat-sangat hari ni..hurm. Sepagi di bilik mesyuarat. Walaupun ada 2 org staf yang tak attend, meeting proceed jugak. Kat my office ni semua pakat takut bila tiba hari meeting. Usually, weekly meeting scheduled every monday -- unless otherwise mentioned by the boss laa...like today's case. Ni semua ISO punya pasal. Bila ada 2 org yang tak attend meeting pagi tadi, maka bertambah lah jugak item dalam minit untuk I follow-up..menyampah!! Padahnya, replacement leave setengah hari today yang dah approve oleh bos, terpaksa la I cancel. Postponed sampai cuti hari natal je la jawab nya.

Pic tidak ada kena mengena dengan ini cerita..:-) Hazel Cheese Cake from Secret Recipe yang di sponsor oleh Ms. Project Manager cum Management Rep...hihi..menu tea-break hari ni.

Rancangan nak bercuti-cuti 1Malaysia pun macam kena fikir kan balik -- ade few things nak settle dulu..nak 'settle down'...hehe...banyak ler I punye 'settle down'. Actually, sedang dalam proses apply housing loan, selagi tak settle urusan jual beli rumah ni..tak aman rasa nya nak gi holiday. Baik selesaikan apa yang patut dulu.

Hurm.....weekend ni kena kembali bertugas di office. Yang seorang lagi pulak...will be away to Genting dengan family. Meaning that, temporarily apart selama beberapa hari sehingga coming monday. Berjauhan menguji kerinduan...mende la I dok merapu ni. ;p

Esok cuti sempena sambutan Maal Hijrah. Diharapkan semoga tahun baru ini memberi keberkatan kepada seluruh umat Islam sejagat...

Sedikit firman-Nya untuk renungan bersama...

'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'

(Ali ‘Imran:103)

credit to: www.islam.gov.my/e-rujukan



Monday, December 14, 2009

From yesterday, it's coming..

Kisah semalam..

Menghabiskan cuti hujung minggu di rumah baru my sis, dik na. So, minggu ni kena 'over the sea' lagi la...menyeberang selat melaka. Yela..dik na kat island...I dengan ma di seberang. Minggu ni I cuma cuti on sunday, last saturday kena stayback kat office sampai petang. Sunday je yang ada untuk family.


Pic semalam, me & my mom. My bro, Aji yang capture pic ni. Ni tah pic ke berapa dalam feri, hihi...ngada tahap dewa2 betul..mcm tourist lak nak posing segala bagai...hikhik.

Cuaca cerah, nampak Penang clear skali..:-)

I siap 'betting' dengan Aji blok apartment manakah yang didiami oleh kakak tengah beliau..ngeee...of course la I menang..walaupun first time visit tapi alhamdulillah, nak mencari tempat kat penang memang tak ada masalah. Memang memalukan lah kalau guna Garmin!!! :-)

Hajat nak beli apartment sendiri masih belum kesampaian. Both my sis dengan hubby beliau dah banyak komitmen so, terpaksa simpan dulu hajat memiliki rumah sendiri. Sebelum ni my sis yang baru kawen ni stay dengan mertua. Well, stay dengan family in law ni tak sama situasi nya macam stay dengan mak sendiri kan..hehe.


So, ini lah dia...Blok 11, Macallum Street...kuarters kediaman my sis. I ada snap some pic dalam rumah dia..tapi memandangkan rumah baru pindah, tak teratur & belum cukup lengkap. So kalau I upload kat sini confirm akan di maki oleh tuan rumah..hikhik.

Makan tengahari ringkas & sebelum lewat petang we all melengkapkan hari ni dengan meronda-ronda sekitar Georgetown. Temankan dik na beli sikit household di Mydin & singgah sekejap di CTY Aquarium. I yang sebenar nya teringat nak survey aquarium set..projek pengindahan kediaman..hihi. Dulu pernah ada aquarium. Masa tu dik na study di UITM. Disebabkan dia jarang balik rumah, nasib ikan2 dalam aquarium tu tak terbela dibuatnya. I suke tengok ikan2 tu..tapi bab nak maintain, awal2 I surrender..hehe..kejam I ni kan. Sekarang rasa macam dah ada sifat penyayang sikit dalam diri I..tiba2 minat tu datang. Nak survey benda lain ter'berkenan' dengan persian cat kat situ lak, tapi...RM 500++ kalau tak silap I (telan air liur dulu). Ikutkan hati nak snap banyak2 pic kat dalam tu tapi 'no photo shoot' la pulak...frust!

Went home around 6 something, selepas pekena cendol pulut Chowrasta! Next weekend...hanya kisah di office barangkali. Daaa..dulu:-)

Friday, December 11, 2009

I & tips-tips menceriakan kehidupan...

First thing first, I wish to thank u all, my dear friends for ur comments on my previous entry, terima kasih berbanyak untuk tips & nasihat2 tu.:-) I appreciate it.


Hurm, even things not settled until today..I rather stay calm & biar lah macam ni. Tak mahu membebankan kepala sampai migrain. Semalam, I dah ambil few steps to live things up! Shopping! :-) ngeeee....perempuan dgn shopping, memang tak boleh dipisahkan. Cuma semalam I tak la shopping baju, shoes or what...


Ni ler yang I shopping semalam...borong chocolate kat Jusco. After work semalam, singgah Jusco next to my home. Bila tension..ini la yang I buat, consume more chocolate. Makan coklat boleh memulihkan mood, maybe sebab kandungan theobromine & alkaloid dalam koko tu..& tah apa-apa je lah science phrase yang I tak tau. Yang I tau, happy makan coklat semalam. :-p





Cerita makan jugak lagi..saja I letak pic menu lunch tadi...nasi putih + sup cendawan. Makan tengahari di Dataran Semilang with my office mate tadi. Sempat cuci mata lagi....hihi...ramai pulak abang2 Dell lunch buffet kari kepala ikan kat situ tadi. :-) Tapi I malu la nak snap gambar abang2 tu....ouh, tak mungkin menjatuhkan saham I sendiri. Actually, ni pun satu lagi steps I take to cheer myself. Orait kot...hihi. I dont care what ppl say...as long I'm happy with it.

Thursday, December 10, 2009

Living unhappy life...

Living unhappy life..! Love is painful..apart & alone..:-(


Sedang frust, kuciwa!! Nak nanges, tapi semalam dah nanges sampai bengkak mata. Sekian lama simpan, akhir nya pecah berderai di pipi. Bukan I yang sentimental, sensitif, saksofon atau sebagai nya tapi sudah tidak tertahan. Ternyata, memang semua nya dah berubah. Sebab -- distance & spaces. Apart...kenapa berasingan jadi masalah..? Enough said...anybody ada tips menggembirakan hati??? I need them now sebab dengan mengambil 'painkiller' kesedihan ku tetap juga tak berakhir.
I dah letih denial..pretend that I don't have any problem when I do. Semalam I've tried a new phase, cuba confront dengan issue dan cuba menjadi realistik but ended up..in tears! I want to be strong, when I woke up this morning. So friends, give me some tips to cheer up. I'm tired carrying this extra luggage when I dont need those in my new journey..! I penat membawa kesalan & masa lalu...mana I nak tinggalkan bendalah ni semua..help me!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails