About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 30, 2009

Jom pekena mee udang...

Lunch tengahari tadi ada orang support..:-) hehe...orang belanja punya pasal, pantang larang entah ke mana. Yelah...kite kan kronik resdung, supposed kena la pantang sikit bab pemakanan ni..tak boleh hentam je, kena less seafood. Hari ni tak daya menolak...! ;-) Mr. Driver cakap okay je nak pegi makan kat mana pun. Then, 'tauke soh' pun proposed la gi makan mee udang Kuala Juru kat warung pak su. Dah sampai kedai pak su baru teringat, hari ni hari khamis daa....kedai tutup sebab petang karang ada pasar malam. Lajak kat depan sikit nasib baik ada satu lagi restoran mee udang menjalankan operasinya...(skema siot...)


Sambil makan leh la menghirup udara (boleh dikata segar jugak sebab ada standing fan kat belakang table kami tuh) & tengok pokok2 hijau yang memenuhi warung ni. Tuan kedai ni memang suka kehijauan...macam kite. (memandai je kite buat spekulasi)


Finally, this is my lunch for today. Looks and taste delicious...hari ni kuah nye pekat & tasty, kena dengan selera we all bertiga. Confirm, tea time nanti kena amik yang berat sikit sebab meals macam ni cuma boleh bertahan selama 3 jam je..hehe.


Mr. Driver pun kelihatan lapar sangat-sangat sedangkan pagi tadi dia sapu sebungkus nasi lemak paling sedap di Juru...hehe.

End of entry -- kepala hotak ku sedang berserabut, ampunkan lah ayat2 yang tidak berapa ketahuan itewww...:-p

Saturday, July 25, 2009

Menjaga hati


Kita sentiasa mahukan orang lain menjaga perasaan kita. Pantang tersentuh sikit, kita melatah, melenting, merajuk tak tentu pasal. Tapi tak pernah sekali kita terfikir untuk sesekali menjaga perasaan orang pulak. Bukan selalu...cuma SESEKALI. Masih susah kita nak buat kan..? kenapa ye? Adakah memang kita ni jenis yang 'self-centered'? Atau adakah kerana orang tu tak penting dalam hidup kita sehingga kita rasa..."buat apa nak jaga hati dia".

Sadis ye..terpaksa jadi orang yang sentiasa memberatkan hati dan perasaan orang lain di sekeliling kita sedangkan hati dan perasaan kita..nobody cares. Macam lilin..kita bagi cahaya untuk orang lain sedangkan diri sendiri terbakar. Kalau berkorban perasaan untuk keluarga, itu acceptable..bukan orang lain, darah daging sendiri. Tapi kalau asyik kena berkorban jiwa dan perasaan dgn bf, dengan officemate, dengan bos...ape crite tu..!!! Kalau tak selalu boleh la tolerate...tapi kalau everytime macam ni...boleh masuk spital mental dibuatnya.

Sabor je laaa.....

Wednesday, July 15, 2009

Lihat siapa yang kena..

Spotted this "friendly" van at Auto-City traffic lights by lunch time yesterday.

Tuesday, July 14, 2009

KL weekend holiday & shopping discovery


Letih shopping kat KL last weekend, letih layan karenah dik na..semua nya dia nak borong. Typical ladies..pantang ada sale, pantang ada duit sikit mula lah tak senang duduk. Kite tak shopping ape sangat pun, gi Jakel beli kain sebab ada sale kat sana. Asalnya nak buat kebaya untuk kenduri dik na nanti, tapi theme color yang dik na pilih tak ada yang berkenan pulak, so beli kain untuk buat baju raya dulu lah. Kat butik Arianie pun ramai giler..sian suami2 yang kena tunggu wife2 diorang belek2 tudung kat situ. Memang koleksi tudung tu yang latest di pasaran. Si Nurul beli 3 pasang tudung...dasat budak ni, dah ratus2 abis utk tudung je. Gayat jugak kite nengok si Nurul dengan dik Na berbelanja...uish, tak berani teman..karang makan roti marie cicah air teh je balik penang nanti..huhu.

Malamnya, makan kat Pelita, Bangsar sebab dik na rindu nak pekena nasi kandaq. Lepas pusing2 kat Bangsar Village terus balik INTAN tido sampai kul 9 pg ahad tu. Lepas breakfast kat McDonalds, kite 3 owang sambung balik shopping discovery..hehe. Kali ni kat Bukit Bintang pulak. Pandai budak2 ni buli kite...sampai hari ni tak hilang letih lagi.

A bit frust..sebab dalam hati ni berharap dapat jumpa dat someone, tapi apa boleh buat..kemahuan orang tak boleh dipaksa. Walaupun terkilan but it's ok. Ubat sendiri luka di hati...:-( The last time I went there tak bagitau dia, he's really upsat. Kali ni dah bagitau seminggu awal, tapi lupa and no news walaupun promise to call me back and keep me inform.
Entahlah...tak tau nak macam mana lagi perasaan ni.

Tuesday, July 7, 2009

My favourite 'Cucuq Udang'

When comes to weekend, mesti rasa tak boleh nak duduk senyap kat rumah. Asyik nak merayap je. So, last sunday..lepas je lunch time dah mula rasa boring. Terasa la nak pegi sana, pegi sini..nak makan itu, nak makan ini. At last memang dah tak boleh nak tahan lagi, around 4pm camtu ajak mak and my lil bro gi minum petang, pekena cucoq udang best kat Kepala Batas. Sikit punya jauh kembara dari Bukit Mertajam sampai ke sana semata-mata kerana kesedapan cucoq udang ni yang sememangnya famous among locals. Yang kick tu of course la kuah sambal kacang dia, pedas. Sepinggan cucoq udang ni costs us RM 2.00 sahaja.

Ini la restoran mamak, Shahul Hamid yang jual cucoq udang tu. Masa kecil dulu, tiap kali hari ahad ini la tempat kite mengalas perut yang lapar. Macam upah la, sebab ikut arwah abah gi beli barang kat pasar pagi ahad kat tengah pekan tu. Penat tolong pegang barang2 basah tu, jadi sebagai upah..dia bawak la makan cucoq udang ni. Pekan Kepala Batas ni kecik je. So, sesiapa yang nak cuba, tak perlu risau..senang nak cari kedai mamak ni. At first, risau jugak masa nak pegi last sunday. Takut kalau-kalau kedai ni dah tutup..last pegi pun 3 tahun lepas rasanya. Itupun sebab kebetulan balik dari Sungai Petani. Kesian dik na tak dapat join the family pekena makanan peberet dia ni sebab gegas nak balik KL petang tu jugak.

Credits to: Karhneg - crazy photographer & stevengoh.com

Friday, July 3, 2009

Debaran berakhir

Semalam berakhir sudah debaran selama seminggu. Puas menunggu tarikh 2/7/2009. Semalam kite dah melalui temuduga pertama dengan SPA. Alahai...punya la susah. Lain yang kite study tapi lain pulak yang ditanya panel temuduga. Tak pasti apa yang patut diharapkan..kalau ada rezeki..alhamdulilah. Kalau tak...kite cuba lagi la lain kali. Confidence tu ada...tapi tak nak la berharap sangat takut frust lak nanti.

Lepas balik interview kelmarin terus kite kena migrain. Kite tido dari tengahari sampai lewat petang, bangun pun sebab perut terasa lapar. Makan pun tak ada selera sangat. Penangan interview ni agaknya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails