About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 30, 2009

Majlis Perkahwinan ~ Nadia & Nasir

Hurmmmm..ni baru berkesempatan upload pic majlis kawen my sis on 27th. Pic pun tak boleh nak upload banyak. Broadband ku slow, macam hampes! Nak upload 3 bijik pic ni pun berjam-jam lamanya. (tak lebih sejam la..saja gimik!) Tapi upload jugak la. Later on, akan aku selit2 lagi pic2 yang berkenaan kat blog ni.

Anak dara Azizan Said & Rozita Said yang ditugaskan untuk memberi 'bunga telur'..hehe (bunga telur ke..?telur dalam kotak..ish..cam pelik jer..hentam je labu!). The 2 cousins memang boleh diharapkan walaupun masih kecil2 cili padi. Takde pun di kalangan tetamu yang merungut tak dapat..:-) Performance mereka boleh lah dibanggakan.

Masa parade..my sis tak bawak bridal bouquet yang dia tempah kat QFlorist. Buat penat aku jer..cari parking sana sini kat Sri Rambai masa nak gi ambik bunge2 cinta tu hari sebelum kawen tu. Boleh je dia tinggal hand bouquet kat dalam bilik. Tak sabor nak menyambut hubby gamaknyer.

Posing kat meja beradap, macam-macam pose ada. Puas jugak aku select, at last yang ni jugak aku upload kat sini. (gambar lain dah upload kat facebook)

Ramai adik beradik dari jauh & kawan-kawan yang quite disappointed sebab tak sempat jumpa pasangan pengantin. Mana tidaknya, yang sebelah lelaki dah kelam kabut nak bawak balik adik ku itew..hehe. Maklum je la, kenduri sama hari. Rushing sikit. Hanya mampu minta maaf atas kekurangan sewaktu majlis.

Alhamdulilah, majlis selesai & berjalan dengan lancar. Hujan turun sekejap, itupun selepas tamat majlis kenduri. Orang tua-tua kata, jodoh panjang. Aminn..:-)


Monday, September 28, 2009

Majlis Akad Nikah


Majlis akad nikah my sis, Nadia & hubby, Nasir telah berlangsung dengan selamat nya pada 26 September 2009, Sabtu jam 10.35 am bertempat di rumah kadi, Tanah Liat, Bukit Mertajam.
Alhamdulillah, walaupun sedikit 'ribut' sewaktu di perjalanan menuju ke rumah kadi, namun semua nya berakhir baik. (maklum je la konvoi tak rasmi 8 buah kereta...yang kena tinggal & tak tahu jalan dah menjadi kebiasaan).



Dengan 2 kali lafaz, selamatlah kedua2nya menjadi sepasang suami isteri..(macam tak percaya jer, banyak dugaan diorang ni..). Tengok adik ipar nervous tapi masih tenang walaupun at first terputus-putus lafaz pertama.

Dik na yang brutal lagi ganaz itu telah menitiskan airmata nya sewaktu lafaz taklik dibaca oleh sang suami..huhu. Aku pun syahdu gak time tu. Maklumlah, sedar2 dah jadi isteri orang adik aku tuh. Hopefully, dapatlah jadi isteri yang terbaik untuk hubby nyer. Kalau arwah abah ada, mesti dia 'gumbira'...dapat menantu pertama. (aku percaya arwah abah ada bersama...)




Selesai akad, upacara membatalkan air sembahyang pun berjalan. Time ni adik ipar ku kena usik dengan pakteh.."cium tudung tu buat apa..cium dahi la.." (hek eleh..malu2 lak dia...nervous la tu..hihi).
Upacara penutup jugak bertempat di pekarangan rumah kadi, bertukar hantaran & sirih junjung pula. Ahli keluarga masing-masing bertukar jemputan ke majlis resepsi kedua-dua mempelai keesokan hari nya.

Abis satu bab, next chapter -- sesi photo-shoot. Shooting kat area umah jer..bangunan MPSP jadi mangsa nyer..hehe. Mau lebih setengah jam gak berpanas, yelah sebab matahari dah tegak atas kepala waktu tu. Berpeluh pun takpe...pengantin cool jer..hepi dah kan;-)

Lain2 pic ni aku yang amik lepas akad nikah. Dik na nak posing dalam bilik..'photographer terjun' la aku..hehe. Nak tunggu gambar pro, maybe ambil masa sikit, so aku upload yang dari camera sendiri je la dulu.


Dia ni kalau pasal posing depan camera memang takde masalah. Tapi untuk besok mesti lenguh otot pipi sebab beratus shot sedang menunggu..hehe.











Aku suke pic atas nih...sayang tak close-up jer..hurm.




Ni pulak pic hantaran dari sebelah lelaki. Sepersalinan aku kat sebelah sirih junjung tu & sebentuk cincin. (Thanx achey...nak mintak lebih tapi akak kesian kan ko jer..hehe. Welcome to the family).

Kisah di majlis resepsi akan diupdate kemudian..





Friday, September 25, 2009

Pre wedding reception..

Hari ni aku dah kembali 'bercuti-cutian' setelah 2 hari bertugas. Ini bukan sambung cuti raya yer sebaliknya cuti buat persediaan kawen ku..oops..silap..kawen adik ku..heheh! (gedikz lak pempuan nih!). Hari ni banyak keja nak buat, tapi aku berdegil gak nak update blog dulu.


Semalam kena menemankan dik na berinai..sebelah tangan aku yang tolong pakai kan kat dia. (siap doa & amin kan untuk aku sekali...hehe..muka tak malu betul!)

Pic credit to:
http://rylieynna.blog.friendster.com


Jap lagi ada urusan lain aku nak kena settlekan..hantar keta gi car wash, esok nak guna gi umah tok kadi..majlis akad nikah. Pastu nak gi maybank, bayar instalment. Pastu nak gi pacific hypermarket, ma pesan beli barang lagi, masih ada yang tak cukup.

Yang dekat umah ni, petang karang banyak yang menunggu untuk clear. Nasib baiklah dik na independent, hantaran semua nya dah siap gubah. Mau selerak jugak umah & kamar beradu aku.

Kelmarin petang, kotak2 ni dah diisikan dengan 'candy' untuk budak-budak. Hadiah untuk special gift pack pun dah dipek kan, cuma tunggu nak masuk dalam paperbag jer. Itu last minit nanti baru nak buat. Ikut schedule, petang ni kena monitor orang pasang canopy kat bawah & gi amik kek untuk majlis esok. Karipap & cucur badak frozen yang dah aku order dari Pn. Chef kat ofis pun akan deliver malam ni (nak hidangkan untuk 'helping hands').


'Qenyah' rupanya majlis kenduri nih..(aku dok ngeluh kat dik na & mak2 sedara..aku kalo kawen nanti tak nak majlis2 semua ni, nikah kat mesjid, buat kenduri untuk adik beradik je..abes cerita, kepala pun tak pening, hati pun tak runsing)

P/s: 'qenyah' -- susah, complicated, rumit..






Thursday, September 24, 2009

Ms. Teri Tale


Woah...bosan betul mai keja hari ni. kerja sekerat pagi dah selesai sume. Tinggal saki baki keja2 yang simple jer..:-( Dah sejam lebih habiskan masa lunch dengan main game..Ms. Teri Tale. Actually, memang tengah mabuk kepayang dengan game ni sejak seminggu lepas, hari ini, misi untuk menyelesaikan misteri game ni bakal terjawab.

Macam hampes jer haku..ma kata, "macam budak-budak, asik main game jer..bukan nak tolong haku masak kat dapur nih...!!" (mak haku kalau marah mulalah dia bahasakan diri dia 'aku')

Ni nasib baiklah kat ofis, dah bosan main game, teringat nak update blog pulak. Jap lagi kena sign out dah ni. Simpan 'lappy', nak keluar gi hypermarket beli office sundries..jom!

Sunday, September 20, 2009

Pose pagi raya..

Jeng jeng jeng...selamat hari raya semua!

Sebelum buat entry ni dah gi merayau ke a few blogs yang selalu kite ziarah, rupa-rupanya ramai jugak yang dah update kisah raya pertama masing-masing hari ni.

As for my family, takde ape kisah sangat cuma cerita biasa di pagi raya, beraya dengan ma, dengan mak & bapa saudara, dengan tok & wan. Kisah cuma berkisar di rumah sendiri & rumah pakteh yang jauh nya tak sampai berapa KM..:-)


Ni pose dengan dik na sementara menunggu ma bersiap-siap nak ke rumah pakteh. Muka kite nampak different hari ni..telah di 'make-over' oleh Anjung Spa..(promote makcik ita nye biz)

Ni pose dengan ma sebelum sesi beraya, memohon maaf (ma selalu cakap kite banyak dosa..selalu je bebal2 kat dier!huhu..ampun ye ma! ma tetap my lovely, my dearest mommy ever!). Mana boleh dapat mak lain...huhu.



Ni pic family kite yang tak berapa besar, yang tak ada dalam gambar cuma sorang adik sepupu kite & tok wan yang sedang sakit. Hurm..sedang kite happy2 makan ketupat rendang, kuih raya teringat jugak dengan tok wan..dah 3 tahun raya dengan dia dalam keadaan uzur.

Ni pulak pic kat umah..sebelum keluar pagi tadi. In front row, my mom, makcik ita & her only daughter, Nasuha.

Insyallah, sekiranya sempat tonite or tomorrow will update more on our raya! see ya!

P/s: Ms. Writer is upsat, terasa seperti dilupakan seseorang yang sepatutnya mengirimkan gambar baju melayu nyer..!

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya..

Mood raya dah datang..


Waktu ni setiap tahun, masing-masing dah sedikit 'mengabaikan' tugas kat pejabat (dis is d fact!meh pakat2 mengaku). Yela..dok teringat kan daun palas untuk ketupat belum beli lagi, teringat masih belum bayar zakat fitrah, baju raya/kasut raya masih tak cukup, kain langsir/set pinggan mangkuk belum bertukar. For me & family, tukar yang mana patut je la:-) Yang wajib dilunaskan tu, kena la lunaskan dulu. Betul..tak tipu!

Untuk sang perantau, masa ni la terasa kampung halaman & keluarga tersayang seakan-akan melambai-lambai kepulangan diorang. Nak teringatkan kampung, teringat jugak, tapi dah tak ada sesape di kampung. Harapkan adik beradik & sedara mara di negeri sebelah menyebelah saja. (Tunggu lah kite dapat offer gomen..mana tau rezeki..baru la merasa jadi sang perantau yang terkenangkan kampung halaman..huhu)

So, di kesempatan ini, kite nak ucapkan "Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir & batin" kepada semua muslimin & muslimat yang mengikuti perkembangan blog kite ini sama ada secara senyap sunyi atau riuh rendah sekalipun tak mengira walau dimana anda semua berada ye. Wish awal2..mana tau kot2 dah tak sempat nak update blog ni menjelang raya nanti. Maafkan semua salah & silap kata kite, sama ada secara sengaja atau tak disengajakan.


P/s:- Ms. Writer will be very busy for another next 1 week due to arrangement for her sis wedding reception on dis 27th Sept 09.

Sunday, September 13, 2009

Shopping kudapan...

Program pagi ni, shopping kudapan untuk raya nanti. Beli terus dari kilang. Ini la tempatnya. Popular among locals, kiranya macam 'one-stop centre' la kalau nak beli bermacam-macam jenis kudapan menjelang festive season.

Punya la ramai umat, we are lucky to be arrived earlier sebab normally nak parking pun susah kat sini (ma yang cakap la..sebab kite tak biasa datang sini). Boleh kurang pahala puasa gak ni sebab asyik 'accident' basket dengan customer2 lain yang datang then terpaksa la bermasam muka. (kalau orang say sorry..takde hal, ini langgar orang macam takde rasa bersalah je..ish..sabo je la). Terpaksa berhimpit-himpit (yang sememangnya kite tak suke...)

Rambang mata tengok variety kerepek kat sini. Biasanya time raya, biskut moden kurang sambutan di kalangan tetamu. Yang datang biasanya lebih suka makan snack camni.

Maruku pun banyak jenis jugak. Yang penting, pricing nye la. Murah. Rasanya tak jumpa lagi tempat yang murah melainkan yang dekat kilang ni. Kebanyakan dipek mengikut berat & jenis. Pricing pun dalam satu pek kerepek yang besar cuma RM 5. Ada yang RM 7 and so on..ikut jenis la.

As usual, budak ni memang suke enter-frame. Keje dia masa kat sini tadi, angkut je apa nak angkut, kite ngan ma tolong pegang basket yang penuh..dia la yang penuhkan..hikhik.

Dalam dok tengok-tengok barang tu, ternampak la gula-gula ni..

Favourite kite berdua masa kecik2 dulu. Asal ikut arwah abah gi kedai hujung kampung, mesti beli gula-gula ni.

Angkut punya angkut..total billed RM 80++

Friday, September 11, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Dah beberapa hari berlalu, only today baru berkesempatan update blog nih.
Kebelakangan ni agak sibuk (means ada keja la nak buat..). Update kali ni pasal majlis berbuka puasa anjuran syarikat, being held at Coffee Garden, Equatorial Penang. Majlis ringkas untuk menghargai staff (yang telah disusun dengan jayanya oleh penulis itself..hehe..credit to myself), business partners & affiliates termasuklah para2 consultant. Below, antara gambo2 yang sempat di upload..

Standing is Pn. Norizan & sitting right beside her in Ms. Maghes..our marketing team. Sitting in front is Nurul Husna (still single and available..). Meanwhile, beside Husna is our QS Manager cum kaki buli..too shy too exposed herself (I might die the next day when she reads dis post...hikhik)

Too many cameras...confuse, tak tau nak tengok which one. In the picture (fr. left): me, my sis-dik na, Mr. Vicky & Ms. Maghes (again..)

Me having an ice cream..after meals. Makan pun tak senang, asyik kena snap dengan kaki buli. (don't do dat to me again..ever!)

Our "1Company, 1Malaysia" promo..(kaki buli punye idea). Sitting far right is CF Neoh..kaki buli punya assistant. (die..die...!)

Me wit Siti Munirah (Kulim branch staff) & Husna (again..)

A wide variety of malay & western food been served..but there is lack, bos komplen takde menu seafood. But other menu macam Briyani Kambing Panggang, Chicken Shawarma, variety of Satay, Laksa & etc. pun not bad. Diorang concentrate on food sampai tak pandang kite jugak..hehe. Me? full wit Nasi Ulam, Dim Sum, variety of fruits & pastries.. (gambo2 food takde sebab masing-masing tak ingat nak snap sebelum makan..)

Enjoy the food (syukur alhamdulillah..kenyang semuanya) & togetherness in dis event. Bukan selalu company anjurkan acara begini. Company trip pun dah few years deferred. Kena lah maklum dengan situasi ekonomi skarang kan..? Tak kesah...janji ade bonus raya..hehe.

Sunday, September 6, 2009

Woah...already tired

Jemu bermalas-malasan kat rumah siang tadi.
Menjelang tengahari dik na ajak keluar teman kan dia gi car wash, dah lama tak mandikan 'cik merah'. Itupun sebab petang ni dia kena attend gathering buka puasa dengan member2 VIVAC. Sebelum gi car wash, lajak ke Jusco dulu. Niatnya cuma nak beli stationery & raya card for my office use (company tak nak buat corporate raya greeting cards untuk branch office, save budget kot), but alih-alih dah window shopping sekali pulak.

Promotion raya kat Jusco dah bermula. Rasanya since last week kot. Tengok dik na, pantang nampak kite pegang henpon, asik nak posing jer dia. Pic kat bawah tu, dia ngan my mum tengah ushar2 kuih raya. Ushar je, belum nak beli lagi sebab yg order pun dah a few types dah. Tahun ni raya bersederhana je sebab clash dengan preparation kawin dia. Hurm..sibuk ushar sana-sini sempat la abiskan sekeping note RM 50, beli sepasang kasut kat TSC. Lupa lak nak snap pic..show-off kat sini..hikhik.

Pic kat bawah tu me & my mom..kite telah menyuruh dik na men'snap'kan gambo itu..hehe. Asik2 muka penulis tidak kelihatan di mana2 kerana sibuk men'snap'kan gambo orang lain. Tak aci.

Settle kat Jusco, terus gi car wash. Banyak lak 'waiting list' (erk...waiting car kot) kat car wash tu hari ni. Dik na biasa hantar 'cik merah' untuk dimandikan kat Esso Jln. Baru. Bersih dia cakap. Tapi dekat sejam jugak melangut kat situ.


Destinasi seterusnya ke sebuah pasaraya yang sememangnya kite tak berapa berkenan nak pegi. (tak boleh sebut nama pasaraya tu demi menjaga kepentingan tertentu) Tapi sebab tak nak menghampakan dik na (beli sikit hardware, sebab dik na nak tukar profession jadi tukang rumah lak lepas nih..hehe) ikut je la..kalau tak ikut takkan nak balik umah menapak..pengsan!


Punya la ramai umat. Memang selalu camtu kat kedai ni..mungkin sebab pakaian yg dijual kat sini unreasonable murahnya. Tiap kali raya atau musim 'back to school' pasaraya ni memang akan dipenuhi customer (kira satu family satu batalion lah!) And memang kebiasaannya
kalau datang sini, kite cuma tunggu kat luar je la.

Dalam keriuhan tu, ternampaklah baby nih...comel! Suke sangat tengok pipi dia yang tembam tuh. (teringat dalam hati...ish..kalau la ada baby...huhu). Tengok pic bawah tu, mama tolong dukung baby tu..mak baby tu tengah sibuk pilihkan baju melayu untuk si abang. Ma kesian tengok baby dok nangis, so tolong la dukung dia jap. Huish..badan dia memang semangat. Montel & gebu macam mak dia. (itu yang nak cari hubby yang gebu & montel, mudah-mudahan leh la dapat baby comel camni..aminn!! Hekhek..Mr. Riz..tengah kembang kempis..hehe..)

Penat jugak la seharian jalan2 macam hari. Habis beli barang belum boleh balik terus sebab nak gi visit my 'Che Amah' (tok kite) kat umah pakteh. Dah few weeks tak gi tengok dia, rindu la cucu dia ni. Sempat tanyakan dia, dia nak hadiah apa untuk raya nanti, cucu dia ni nak belikan.

Saturday, September 5, 2009

The company for woman



Baru balik dari butik Avon. Gi beli 'my necessities'. Ini pun sebab dah banyak campaign tak follow. Risau gak nanti diorang dah tak nak hantar campaign baru, rugi la kalau ada offer menarik. Dulu kite tak minat sangat dengan Avon nih..tapi ni sebab kawan-kawan tolong sign up last year. Bila dah try ok jugak. For me, koleksi wangian dier la..sebab nice scent and affordable. Masih ada 3 bottle yang jarang-jarang digunakan..Avon Smile, Be Kissable & Pur Blanca. Tak cukup EDT ngan cologne siap beli purse spray lagi, stand-by dalam handbag, mana tau kot2 ada emergency blind-date (uwekkkk..iye la sangat..muka tak malu betul anak makcik jijah ni!). In fact, memang kite 'kaki perfume'. Kite tukang beli, pastu dik na jadi tukang kebas..haha..padan muka kite!

Ingat malam ni ke..petang esok ke..nak kena Guardian or Watsons pulak. Toiletries semua dah tinggal sisa2 je dalam botol..huhu. Actually, rutin barang2 ni dibeli tiap end of the month tapi memandangkan my August pay macam insufficient jer, itu yang terpaksa postponed sampai ke hari ni. Maklum je la..bulan ni driving license nak kena renew, road tax & insuran keta pun nak mampus 18th nih, mana dengan nak prepare raya plus lagi dik na nye wedding...waaaa...macam nak gila dibuatnya. Nasib baik la ada sekeping kad berwarna silver yang tertulis logo CIMB & Mastercard di atasnya:-p. Bulan depan ikat perut bayor utang...hekhekhek..!!

Friday, September 4, 2009

Dedicated to Ahmad Najib



It's been 2 days, I've been thinking everything over and over again. Of what 'people' says about me. "U have been such a very sad person"..kite seorang yang sangat sedih. Sedih ke? I know what they mean. Just take a good look at my earlier entries. Blog frustrate for this century..:-p Asyik cerita sedih je yang keluar.

Actually, they're damn rite.

My buddy, Ahmad Najib says.."your problem is dat u don't actually know wat do u want in ur life."

So, this is my answer..

Ahmad Najib dear,
It's not dat I don't know wat I want but I'm afraid of losing. Losing attention. Just look at my blog heading. If I decide to let go, then everything would only be a 'history'. Apa yang sedang I buat, I call it 'fighting'. I memperjuangkan apa yang I mahukan dari dulu lagi. If I let everything go, maksudnya I dah give-up. I know how it feels when we give-up on something, I dah rasa dulu & I tak nak menyesal di kemudian hari.
Hopefully, my decision to let everything 'go wit d flow' ni tak akan buat I kesal or menambahkan kesedihan lagi. I promise, would be happy for what I am. I understand, u..& people's around, only wants to see me happy :-) I'm happy to have a 'buddy' just like u. Thanx for ur concern & advise. I appreciate it, walaupun recently u dah brainwash I..huhu.


I promise to myself, tak nak lagi ada entry sedih kat sini. (kalau ada rasa sedih sekalipun, I selit2 jer ek..aci kan??hehe)

Thursday, September 3, 2009

Today at office..

Dah banyak keja starting semalam & today. Alhamdulillah tak la boring 'melangut' kat ofis nih. Pagi tadi dah discuss apa yang patut dengan bos, proceed dengan reservation untuk buffet ramadhan next week dekat EQ. In d middle of discussion dengan wakil Henry Butcher tadi sempat lagi dia dok menyuruh itu ini..sabo je la. Sometimes ada jugak dengar cakap2 belakang..."wah wah..pempuan ni..kalau bos ada, sibuk memanjang je dia". Kite tak kesah...sememangnya hakikat keja kite camtu. Actually, when boss not around pun ada masa2nya kite sibuk..tapi orang buat tak pandang je. Takut kena tolong....huhu. Tak nak tolong pun takpe, tak kesah..esok2 kot ada rezeki datang bergolek, dapat peluang hijrah company baru, baru la diorang tau..hekhek..(gelak ngada sikit...)

"Cik Siti oi, dah la sikit-sikit hapdet blog..report dok melambak lagi kena check kat atas meja tu.."


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails