Sunday, January 31, 2010

Resepsi Perkahwinan Nana ~ Alias

Salam hujung minggu...

Semalam 30th January -- berkunjung ke majlis perkahwinan anak salah seorang officemate, Pn. Norizan. Resepsi diadakan di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi, Jln. Dato' Haji Ahmad Said, Butterworth.

Konvoi 2 buah kereta satria..semua nya rakan-rakan sekerja. Pic beramai-ramai tak sempat nak ambil sebab rushing nak balik ke pejabat. Ada 2 orang di antara kami yang bertugas di pejabat. Waktu break yang dibenarkan, sejam jer. Tak dapat nak mengelat lama2.


Gambar pengantin pun tak ada. Tak dapat menunggu lama..kata mak pengantin, pengantin hanya akan sampai jam 2 (itu jam melayu...hehe). So layan gambar-gambar yang sempat di ambil ni sajalah yer. :-)


3 Tier wedding cake. Pengantin bertuah...semua nya abang sulung yang uruskan. Hal tema, kad jemputan, pelamin, door-gift dan sebagai nya abang long yang handle. Itu la yang diceritakan mak pengantin.

Selesai upacara marhaban, jemputan 'dihidangkan' dengan alunan gamelan.

Door-gift..untuk VIP.

Pengantin muda, baru nak masuk 21 tahun kalau tak silap. Anyway, Selamat Pengantin Baru buat Nana & Alias...and kepada mak pengantin, selamat menerima menantu! Next year, insyaallah jika ada rezeki, bakal bergelar 'nenek'..hihi.(tok pun rock...ok la tu!hihi..) Baru je I usik mak pengantin sebelum dia bercuti beberapa hari lepas untuk buat persediaan majlis.


P/s: Ms. Writer pakai kebaya ungu, ada orang tu beria-ia nak ajak jumpa, nak tengok kata nya..huhu tak mayu....!

Thursday, January 28, 2010

susu...white coffee...

Sedang 'sleepy mode' semasa menaip entry ni, letih giler, tah dah berapa kali menguap. Harus japgi bancuh a mug of white coffee..! Sebut pasal white coffee, doktor dik na..uhuk uhuk, my sis tu beria-ia menasihatkan I minum susu anlene. Mengenangkan usia yang dah menginjak lagi setahun, baik jugak I terima nasihat tu. So, dah 3 malam (tanpa bintang...lalala) I minum susu anlene...(bukan anlene gold okeh! Sila sopan sikit!).


Telan je la...

Itu dah consider kejayaan besar tau, sebab I memang tak suka minum susu, alergi minum susu. Pernah cirit birit 3 hari 2 malam gara2 kemaruk nak tambah berat badan, telan Appetton Weight Gain. Rupa-rupanya memang tak boleh minum susu. Tapi alhamdulillah, bancuh ala2 lite anlene ni, boleh je I minum. Bau nyer pun tak meloyakan tekak I. Cuma malam ni je nak mintak 'exemption', takyah la minum susu, sesungguhnya sedang gian kopi!!

Tutup cerita kopi & susu...

Petang tadi, ber'appointment' dengan En. Aziz, officer bank. Sign letter offer. Hurm...ada yang tertanya-tanya apa dia 2 khabar gembira yang I canang-canangkan tu. Urusan kat bank petang tadi is one of it. Actually, housing loan I dah approve. Alhamdulillah..nampak nya niat nak memiliki rumah sendiri bakal jadi kenyataan. Low cost unit jer..u all, tapi I bersyukur..one step at a time la kan. Ini pun kena berebut segala bagai tau, baru dapat.

In future, kalau dimurahkan rezeki, boleh upgrade beli 'landed property' yang agak ok sikit untuk duduk sendiri. Yang I beli ni low cost flat je, untuk investment, tak merancang malah tak bersedia pun lagi untuk meninggalkan 'teratak ayahanda' yang I duduki selama 5tahun ni. Esok selepas sesi training ISO 9001 dekat branch office, nak cepat2 balik my office & settlekan hal S&P rumah I ni. :-) Excited. Hopefully, semua nya akan berjalan lancar! Doakan yer...

P/s: Bila terima berita gembira, teringat dia..bila sedih, pun teringat dia...macam ombak setia pada pantai, tapi tak pernah kekal bersama..!

Monday, January 25, 2010

Happy birthday to u...

"Happy birthday & Happy 25th Anniversary Dik Na...

Days have passed into years, you have become better with time. May you continue to become better with each birthday you enjoy."



Our pic, boleh dikatakan baru la jugak

This year tiada sambutan bersama..sudah kawen, celebrate dengan hubby nyer je la. Maybe sebab dia pun away dari family. Kalau dekat & birthday jatuh pada hari cuti, tak mustahil sambut dengan family. Urm, pagi2 tadi dah wish birthday kat dia. Actually, hadiah pun dah kasi semalam, masa dia balik makan laksa & shopping2..:-) I kasi hadiah kecil jer..tapi suka kemain minah tu..kerongsang yang labuh merambu-rambu tu..suka sangat pin kat tepi tudung. At first tu blur jugak, tak tahu nak beli apa buat hadiah. Suddenly teringat our chat last few weeks..terus je I gi beli kerongsang tu.

My sis dengan I..urm..leh consider as close friends yang selalu bercekau. Bila ada rasa menyampah, bila jauh rasa sunyi..haha! Adik beradik kan...camtu la. Kalau diingat-ingatkan since our childhood I paling banyak mengalah. Arwah abah selalu cakap, kakak kena mengalah dengan adik. Dulu memang selalu je I cebik2 bibir..mana aci kan, selalu kena bagi chance kat dia.

Era kegemilangan KRU, ganas la sangat, panjat pokok sampai cipta sejarah..hihi. Belum cerita kisah jatuh pokok mempelam..

Dik na ni memang ganas orang nyer. Till now, I masih ingat, kepala I pernah benjol gara-gara diketuk dengan tin lychee, masa tu bulan puasa. Sebab nya dah lupa, tapi memang gaduh la. Teruk I nangis. Pegi sekolah kawan-kawan tanya kenapa tocang I nampak pelik, rupa2 nya belek2 tengok kepala dah benjol. Hikhik...dik na kena marah dengan arwah abah. Tapi tak teruk la. Sekali kes serius, dia kena tampar dengan arwah (tampar gertak je) sebab kenakalan & bebal dia tu la..sekali terpelanting puting yang dia tengah hisap.

Mom, my auntie Ita, Dik Na & me..see baju sama lagi..

Syok je I dapat kutuk dia ni..haha, hadiah ulangtahun! Dia ni hisap puting & minum susu/ horlicks dari botol sampai darjah 1, itupun punya la susah nak berenggang! I masih ingat, dia ada simpan 'kain busuk'..haha! 'Kain busuk' ni kain batik arwah tok punya. Kain batik ni memang lembut. Dari sebesar-besar kain, sampai la tinggal kecik kain tu akibat lusuh. Kain ni diusap-usap nyer sampai tertido. Kalau takde kain ni, abis satu rumah kena carikan kat dia, baru la boleh tido. FYI, kain busuk ni tah dah ke mana hilang nya. Maybe masa pindah rumah & dik na study kat UITM dulu. Sejak tu la kot dia dah tak ada kain busuk lagi..haha!! Hampes adik I ni..ganas konon!!

Dik na masa umur 2 thn dengan akak nyer

Satu lagi pe'el dia, apa je I pakai waktu kecik dulu, dia pun nak. Kalau baju I kuning, dia pun sama, nak kuning jugak! Pattern sama lak tu. Pernah sekali, raya tahun bila tah..we all terpaksa swap baju raya sebab dia berkenan dengan baju I..of course la akak la yang kena mengalah kan. Now pun masih bergaduh pasal baju...hehe...ada je baju I dia berkenan. Baju dia pulak, kalau dia tinggalkan kat umah ni..heheh..nahaslah, I buat macam baju sendiri la jugak!! But unfortunately, saiz I dah bertambah, kecur air liur je tengok baju2 dia dalam almari tu..huhu.

Walaupun bergaduh, we always be 'a shoulder to cry on' to each other. Jarak umur 5thn tak pernah menjadi penghalang...sebab I sentiasa nampak seperti adik jika compare dengan dik na...hehe...sape suh tinggi macam galah kan?? not my fault, just people might see it in different ways.

So, to Dik Na, pantun ni untuk u...

Roses are red
Violets are blue
Stop complaining... I am older than you!

Hepi besday bebeh!!

P/s: Ms. Writer rindu zaman kanak-kanak ribena, tak perlu mengerti tentang sesuatu apa pun...

Sunday, January 24, 2010

Mai makan Laksa Utara...

Segmen baru..

Kecur air liur bersama Cik Siti:

Since last week, teringin nak makan laksa yang ma buat. Last few days ada makan laksa ala cina, beli kat Tmn. Sentul sebelah my office. But still, nak yang ma buat jugak, selalu nya up to my taste. So, sanggup semalam turun pasar malam Tmn. Pauh (rimas gi tempat crowded!!) sebab nak beli ikan kembung untuk dibuat kuah. 1 1/2 kg dengan harga RM 10/-. Beli bahan2 lain lagi...tolak pi, tolak mai..lebih kurang RM 30 la jugak. Harga barang semua dah naik.

Actually, kalau tak nak susah payah masak, boleh je cari kedai yang best. Seperti di utara ni, I can name it..Laksa Teluk Kechai (orang Aloq Setaq mesti tau..hehe), Laksa Kuala 'Perlih' (itu oghang utaqa punye sounds, pls sebut properly..Perlis!) & Laksa Jangguih (orang Balik Pulau, sila ambil perhatian!). Lain2 tempat such as Gurney Drive, Batu Ferringhi, Air Itam (sorry, since I'm Penangites..so, kat Penang je la yang I more familiar..hehe)

Urm, ni laksa utara ok, memang perghh kuah nyer yang gravy & pedassss!! Pagi tadi awal2 dah bangun rebus ikan & rendam laksa. My mom kena tido kat umah tok semalam, so sebelum dia balik umah nak masak kuah nyer I kena la tolong2 prepare apa yang patut dulu. Mem kalau balik keja tak siap...erm..nahas la kena dengar dia hip hop rnb..hehe.

Masa tengah masak tu tak teringat nak snap...dah suap masuk mulut baru la, teringat..oops..pic untuk blog ku!!



Ok, ingredients nyer macam biasalah...laksa kering (of course la! yang dalam pek tu).

Bahan kuah:
ikan kembung @ ikan curut (kalau nak sedap ikan kembung la, kalau nak ekstra pekat leh tambah ikan sardin), bawang kisar, cili kering kisar, belacan, daun 'senohom' (daun kesum daa!), bunga kantan & asam 'gelugoq' (sila sebut gelugor -- asam keping la!). Garam dan perasa jangan lupa pulak!

Bahan aksesori or garnishing:
daun selom, pucuk 'jangguih' (pucuk gajus -- kalau tak nak, tak payah taruk ok!), daun pudina, cili merah atau cili padi (ikut suka u all la!), telur rebus, nenas, bawang merah, bunga kantan, daun salad & tak sah kalau tak ada mentimun.

Lepas rebus ikan tu kena susah payah sikit la, oghang utaqa kata kena 'perisi' ikan tu, asingkan tulang dengan isi, lepas tu kisar (dengan blender la!) & satukan dengan air rebusan ikan tu. Lepas tu u all, 'tauk' (baling..haha..tak sesuaaaiii...!!), masukkan dalam periuk campur la dengan bahan2 lain tu & masak sampai mendidih. Paling penting...sukatan belacan & bawang. Ikan wajib fresh yer...kalau tak..tak kick la kuah nyer nanti!

Part garnishing tu tak payah story la, hiris & potong je. Siap rebus laksa & kuah..tabur je kat dalam mangkok tu..pastu suap masuk mulut je la!

Hohoh...tak susah rupa nya nak buat laksa ni, cuma memerlukan kerajinan! Dan kesabaran..lama kena tunggu ceruk dapur, baru boleh jamah..:-)

Urm, pic jus limau nipis -- itu la yang everyday I kena minum, sebagai penawar reduce tekanan darah tinggi..huhu. Letih...dah jadi rutin selama 2 minggu, ada masa2 masih terasa pening akibat high BP. Tak tau la nak pantang macam mana lagi. Yang ini tak payah kecur air liur yer!

Okey..selamat mencuba! Anybody ada cerita menarik tentang laksa? Any version of it? or tempat makan laksa yang best di seluruh ceruk rantau??nak kongsikan...?sila...sila...

p/s: teringin tu boleh tahan lagi..tapi motif sebenar ialah...nak belajar buat laksa!!

Friday, January 22, 2010

Mat Bunga

Hehehe...gelak-gelak depan TV, tengok drama 'Mat Bunga' kat TV2 nih. Remy Ishak, Julia Ziegler, Tony Eusoff & Ayu Raudhah berlakon drama ni. Ma la beria-ia je ajak I tengok drama ni. Nasib baik la sebab minat giler ngan si macho 2 orang tu..kalau tak..memang malas nak layan drama ni. Another thing, maybe sebab title dia kot..haha...tidak..!!



Well, si macho Remy Ishak dalam drama ni sebagai Harry. Karektor si Harry: Suka tengok cite hindustan, gemar baca novel cinta, lepas abis tengok cite hindustan, si Harry ni mesti menangis, sampai teresak-esak kat luar panggung. Dia ni takut lipas, cepat merajuk & cepat mengalirkan airmata, hehe. Habis training kat gym, siap curi munge kat situ..heheh! Siap leh mandi bunga & tido pun beralaskan bunga. In fact, walaupun macho di luar, tapi jiwa perempuan la. GF Harry ni si Ayu Raudhah, tension je dia dapat BF macam Harry si mat bunga ni. (I pun tension kalau dapat BF macho berjiwa lembut camni, hehe). Bayangkan la si macho ni boleh menangis bila GF nyer mintak putus..huahua..u all layan la scene yang I snap kat TV ni. (kualiti tidak memuaskan, harap maaf)

Siap cium ros putih...adoi la Remy!


Ayu Raudhah, tergamam tengok reaksi Harry, meragam dalam restoran


Tony Eusoff (Arif) plak best friend si Harry ni, tengah ada masalah kesefahaman rumahtangga dengan wife dia, Julia Ziegler (Shakira). Masa tengah frust ni, dia panggil la Harry stay sekali dengan dia & wife, mana tau kot2 leh tolong memahami masalah dia ngan Shakira. Hehe..masa ni macam2 la haru biru nyer...si Arif ni lak sakit mata, jeles 'giler babeng' bila tengok both kawan baik & wife nyer leh gelak2 & sedey2 layan cite hindustan kat TV, seems like si bestfriend nyer ni lebih memahami wife dia la..same goes to his wife. Mahu berantakan sekejap dua2 kawan baik ni gara2 cemburu. Arif ni typical guy la..ada ego sendiri, pastu si Shakira ni terasa macam tak dilayan seperti seorang isteri (macam maid la) sebab asik disuruh Arif itu ini..kira suami mengada-ngada la jugak.

Remy (Harry) tengah nanges kat restoran, masa Ayu Raudhah mintak break..huhu (hilang macho!!)

It's happy ending! Dengan kehadiran Harry 'mat bunga' ni la, rumahtangga Arif & Shakira beroleh kemanisan semula. Harry ni finally jatuh cinta ngan adik Shakira, diperkenalkan masa wedding anniversary Arif & Shakira...scene Harry takut ngan lipas, adik si Shakira jadi heroin nyer..hehe.

Moral nyer:
Sometimes lelaki 'mat bunga' ni ada potential jadi good husband. Sifat romantik dalam diri diorang membuatkan diorang sensitif dengan perasaan perempuan. Walaupun dalam tempoh mengenal hati budi ni, kadang2 terasa yang jenis 'mat bunga' ni tindakan diorang tu membuatkan kite seperti,"eiii..mamat ni...pleaseee....!!" geli macam tu kan. But above the rest, sila fikir long-term la yer....hehe. Sekali lagi drama yang I tengok ni ada kasi sikit pengajaran. (Baru je I warning Mr. Jasmin last week...jangan nak bunger2 ngan I..geli..tak suka..hehe!! Nampak nya kena consider semula!) Ada among u all yang tengok drama ni, nak share pandangan..sila2kan :-)

pic credit: http://juliaziegler.blogspot.com

Thursday, January 21, 2010

Bad day & Adnan Sempit

Semalam bad day! Mood kerja spoil sebab di 'sabotaj' officemate I sendiri. Dah jadi macam ni baru la terasa menyesal sangat2, macam tolong hanjing tersepit.

Last few weeks, bos bising2 sebab mintak si 'meenachi' provide daily customer response report. Si meenachi ni ambil masa berminggu-minggu sebelum bos mendidihkan isi perut beliau. Sebenar nya si meenachi tak pandai guna ms excel...kena buat 'bar chart' (memang ngok! tak faham camne bos leh hire orang ngok cmni). So, dalam waktu bos tengah menggelegak tu I pun tolong la si meenachi menyiapkan report yg dimaksudkan tu. I buat template jer utk dia, data suruh dia masukkan sendiri.

Pada dasarnya, I dengan si meenachi memang not in good relationship, I tak suka perangai dia yang tak boleh terima teguran. Tapi disebabkan nak accomplished permintaan bos dan si meenachi dengan selambanya datang mintak tolong I, I pun buat lah (mmg tak berapa ikhlas tolong).

Nak dijadikan cerita, si meenachi sejurus selepas meeting pagi kelmarin, telah mensabotaj I dengan sorang lagi officemate, konon nya, during our last weekend duty, kami telah gagal to jot down customer data into log book which as a result, dia tak dapat la nak siapkan report berkenaan!! (alasan dia jer!) Hampes kan!!! Macam I nak tonyoh je mulut dia ngan cabai melaka. The other side of story is..u all pun tahu kan, my earlier entry did said, takde customer pun during that sunday. So, what r they expecting me to write on that log book?! WTF!

Bos pun macam nak sound I, tapi lepas I explain, luckily la dia cool down balik.

Tak boleh tahan kerja dengan orang macam ni. Hari ni I berikrar, will never ever tolong orang macam ni lagi. Lantak la apa nak jadi, ko punya 'rice cooker' ko jaga la sendiri..!



Tension punya pasal & terasa macam 'perlu' gelak sampai sakit peyot, so I ajak my bro gi layan movie 'Adnan Sempit' malam semalam..wajar kan?! Reda sikit tension tu. Since today is my off day..alhamdullilah..tak payah la I mengadap muka si meenachi. Esok si meenachi pulak off sampai sabtu...huh, memang I mengalu2kan dia bercuti. Dok office pun takde maknanya, asik belek muka kat cermin, belek kuku, tido!! (mcm su*d*l)

'Adnan Sempit' real nyer best!! Best sebab I boleh gelak puas2. Actually, I learn something from this movie too. Tak mustahil bagi pasangan dari 2 dunia yang berbeza untuk saling mencintai, asalkan masing2 sanggup sanggup menyelami dunia masing2..insyaallah, pasti akan ada kesefahaman...huwaa....berfalsampah plak!! ^_^ winking at somebody...!!


Sunday, January 17, 2010

Working on Sunday?

At office, sewaktu entry ni dibuat. WTH. Today is my turn bertugas di pejabat..back-up sales lagi lor..huhu. Best nyer nengok orang len gi jenjalan santai di hujung minggu. Fikir positif ye cik kak...(tenangkan diri sendiri). Back at work pun ok..boleh settle keje yang semakin melambak..kan...?kan? (pujuk diri sendiri lagi).



Mari mewarna pelan! Kecik2 dulu tak puas mewarna...(walhal habis semua majalah ngan surat khabar yang hitam putih milik ma I tolong warnakan!). Ni la secebis dari kerja yang I buat kat ofis hari ni. Kebosanan..tu pasal la boleh wujud pic ni! Pelan projek mega terbaru..(mega la sangat..). 19 unit jer...exclusive ok! anybody want? Banglo elit & semi-d bertingkat-tingkat...5% standard discount, I mark-up komisen 4% orait?? Mampus kena cekik ngan tauke!

Asalnya kena attend sales, tapi cuma sorang je customer sepanjang hari ni. Itupun my colleague lagi sorang yang attend. Sudahnya buat keje admin je la, takkan nak melangut jer sepanjang hari sampai pukul 6 ptg nanti. Entah berapa kali dah we all dok lawan menguap kat ofis ni..haha! Mengantuk giler!

Baru order nugget thru McDelivery..bosan membuatkan I lapar. Pagi tadi dah mam mee goreng..ma tolong tapaukan. Baik bonda I ni..sayang giler ngan 'anaconda' nyer...I luv u too ma!! But anaconda mu ini sedang mengira-ngira jam mahu pulang!

Sementara menunggu nugget sampai, lebih afdal kira nya dapat 'roaming' di blog kawan-kawan...jom!

Thursday, January 14, 2010

Melepaskan penat di Sri Ananda Bahwan..

Penat weh...sehari je cuti dah cukup buat I rasa susah nak bernafas hari ni. Menimbun tray dengan dokumen. Sabar cik kak..sabar..separuh dari iman tu. Menjelang petang tadi, tiba-tiba terasa sakit dada..uhuk uhuk..macam dah tua sangat rasa..hihi, boleh?!!

But serious, rasa sesak nafas sangat-sangat, suara pun dah tak daya nak keluar. Maybe pasal dah 3/4 dari 8 jam tak berhenti-henti menyiapkan kerja & buat follow-up calls. Sampai tahap pesan dekat Husna, "no more phone calls..tak larat nak jawab dah, so tolong jangan sambung, ambik message je, cakap kak siti MC satu jam." Call kat digi nyer line, memang harus jawab..VIP nyer line (Very Important Personnel, okeh!). Penat siot.

Masa driving on the way balik rumah tadi pun ala2 slow macam siput b*bi gitu. Takde mood nak berlagak 'fast & furious' kat jalan, rasa nak lepaskan lelah & layan lagu slow dalam kereta. Sekarang dah kat umah, mandi, makan, rehat, rasa a bit okay, baru la leh layan online. waaa...lega.

Tutup cerita penat...

Dalam kesibukan tadi, lunch time sempat lagi bersantap di restoran Sri Ananda Bahwan, Bagan Ajam, yang berpuluh KM jauh nya dari ofis. Menemankan Mr. Vicky yang hari ni 'vegetarian'. Nak makan kat 'daun pisang' kata nya. Geng yang seorang lagi pun orait..so bertiga hari ni dengan menaiki 'cik bibah' kepunyaan Mr. Vicky, yang juga kenderaan rasmi 'EW Lunch Crew' (dah mula merepek....layan je la..I letak 'lunch crew' tu..sebab selalu je kena tapau untuk yang lain2.)

Ouh..otak I overload hari ni, kat opis belajar new things, waktu lunch pun sambil belajar lagi. General knowledge...berbuih Mr. Vicky dok bercerita pasal south & north indian food. Ada yang masuk dalam otak, ada yang terpelanting tah ke mana. Konsentrasi tak cukup.


The only thing I able to memorise is payasam..tu yang macam bubur kat tepi mangkuk gulai Mr. Vicky tu. Rasa sangat manis. Kalau kita yang melayu ni, lebih kurang mcm manisan, puding atau bubur la. Buat pun either dari beras atau gandum then flavored dengan santan atau susu & gula. Ada yang campur kacang hijau, cashew nut or raisin. Kalau versi india utara, payasam ni dicampur dengan rempah ratus. Modern recipe kat restoran kebanyakan dah menggunakan perasa lain macam apricot, saffron or mango. Haa..satu lagi fakta, kalau di Pakistan atau Afghan, payasam ni diorang served masa sambut aidilfitri & aidiladha. Hurm...bukan auta taw...!!

Okeh, anak2 murid...tamat lah pelajaran kite tentang makanan india pada hari ni. Kite sambung dengan pelbagai jenis makanan lain di sesi pembelajaran seterus nyer yer..murid2.

Haha...gatai!


Ni meal I, okeh, nak enter-frame gak. Cheese nan yang sangat-sangat superb! Boleh kata the best nan I ever had la..crunchy di luar, lembut di dalam..macam I la...haha! :p (Tak malu punyer anak dara!!). Serius, paling sedap.

Layan gambar je la u all ye.

I kalau benda orang suka kutuk, lagi I nak buat. Contoh nya, kalau orang kata.."asik2 entry makan, entry bf"...uish..menguji tahap kesabaran. Tapi yang itu la lagi-lagi I suka nak buat. Tak suka, jangan baca. Tiada paksaan. Demokrasi.

Daaaa dulu...nak lepaskan lelah dengan meronda blog kengkawan. Take care..

Wednesday, January 13, 2010

Today's update: on replacement leave

Seawal jam 9.00 pagi, lena I dikejutkan dengan call dari office. Bos oh bos, hari cuti pun masih nak kacau I...huhu :-( Tanya pasal cek2 yang sepatutnya I courier ke HQ. Huh...tak sabar nak tunggu esok!

Kepala masih #@%^#!*, semalam tak dapat tido. Sampai kul 4 pagi baru dapat lelap.

Plan nak terjah gerai nasi lemak makteh pun tidak menjadi. Esok je la.

Lepas mandi & sarapan nasi goreng, facebook dulu. Mahu 2 ke 3 jam jugak buang masa kat situ. Utilising day leave..kat opis tak dapat concentrate bukak 'cafe' kat FB tu..hihi.

Around 12 baru terkocoh-kocoh bersiap, teringat ada urusan perlu diselesaikan kat luar. Hantar 'cik biru' ke car wash, kesian dia, diabaikan sejak dua menjak ni. Biru pun dah tak macam biru, dah kelabu taik hanjing.

Next, ke Jusco -- cari ATM dulu apa-apa pun. Dalam purse cuma tinggal beberapa keping 'kertas merah', yang lain semua kad hutang & priviledge card. Kad je banyak, duit ciput!
Ke 'Blue Cube' -- settle bil celcom berukband. Then, tengok new released kat 'Popular', novel terbaru Alexandra Potter -- Do You Come Here Often, ada, tapi tah kenapa I sayang duit lak hari ni nak beli. Tengok price tag RM 30++. Urm, postpone dulu lah. Sebab ada benda lain nak beli sebelum boleh beli buku ni. Cheh, kedekut!!

Belek sana sini, at last tak beli satu buku pun. Turun ke ground floor, grab trolley. Hari ni 'no plastic bag day', but it's okay, dah standby recycle bag sebab dari rumah dah plan nak beli sikit groceries. Rasa nya kena masak kot hari ni, call ma..dia cakap dah beli lauk, kalau nak masak, just buat sup sayur. Urm..orait. Shopping!


Beli groceries sikit jer..

Sempat lagi menyinggah 'Bakers Cottage', dah beberapa hari asyik teringat 'egg tart'. Hurm, I dengan tart memang tak boleh resist..all time favorite!

yummy egg tart...sila kecur air liur..

Arrived home before 3, kejap pulak rasa. Layan FB balik, ushar2 kat Skype sambil menikmati tart and dalam masa yang sama jugak prepare untuk masak sup sayur pucuk & chicken ball. Nasib baik la masih ingat periuk kat dapur...I kalau dah depan laptop, mak mentua lalu kat belakang pun tak sedar (heheh...mak mentua kunun....!!)


sup sayur pucuk & chicken ball ala siti murni..huhu..men baling2 je dalam periuk. Nasib baek sedap...(angkat bakul masuk sendiri)

Sepetang ni...I dok berehat, bersantai..tergolek kat ruang tamu, TV on, lappy pun on...amboi besor punya maharajalela I hari ni eh. Kang balik 'mem besar' tu tah apa pulak I nak kena..hehe. Tapi, I rasa should be ok sebab I dah pleased dia dengan masak nasi & sayur jap tadi. Ambil hati ma..sesekali kan..why not.

Rehat berkualiti sampai malam nanti, insyaallah. Tapi, itu lah..istilah 'berehat' bagi tiap2 individu tak sama. For me, berehat tetap kena produktif. Jangan sampai asik landing kat katil..tu dah kira penyakit malas..rehat berlebih-lebih, sakit lain plak yang dapat.Esok, get back to work..!! Hilang la manjeee...!!

Tuesday, January 12, 2010

workaholic still?

Letih. Mengantuk. Been working and working since last week, even on weekend. Tiada waktu untuk diri sendiri sekali pun.

Semangat tahun baru masih membara..heheh..don't get me wrong, cuma terasa there's a need for some improvement. I've been lacking in some jobs last year, it's time to wake-up & improve.

Last year, I refuse to involve in any kind of sales activity yang company anjurkan. Rupa-rupanya dalam refusal, I sebenar nya rindukan zaman 'workaholic' yang dah lama ditinggalkan. (pernah kehilangan the person I love kerana workaholic, menyesal sangat2!). But, kehidupan mesti diteruskan. Terpaksa mengakui, I seorang yang tak boleh diam, tanpa produktiviti, tanpa daily routine yang hectic! So, menyibukkan diri is the best way to forget (melupakan rasa marah, susah hati & so on)


BTW, the time has come. January adalah bulan performance appraisal. Semua pakat tertunggu-tunggu tarikh untuk dipanggil bersemuka dengan bos. Pagi tadi, I dah distribute 'competency evaluation form' kepada semua staf. Perghh...rating diri sendiri. Tak tahan....!! Nak tergelak bila I belek2 rating yang diorang submit kat I tadi...hikhik, perasan! Itu je boleh cakap! Honestly, I punya rating lebih rendah dari staf lain. For me, bos tahu staf mana yang performed well or not. I tak mahu termalu sendiri nanti.

Esok, cuti. Bos dah kasi approval. Yeay..rehat sekejap untuk refresh, minggu ni kena weekend duty lagi. Tu la, padan muka nak busy sangat kan...dapat la letih..ngantuk semua tu! Early in the morning esok nyer, I nak gi terjah bisnes nasi lemak mak sedara. Selaaaaaamat..peruntukan breakfast esok...hihi :-)

Saturday, January 9, 2010

Jasmin..?

Jasmin... apa kah...?

Nama sejenis bunga..erm..semua orang tahu Jasmin tu nama bunga.
Jasmin atau 'yasmin', dari terjemahan arab bermaksud 'bunga melati'.
Tapi kalau nama orang camne..? Ala feminin kan..best suits untuk perempuan. Tapi kalau nama lelaki camne lak..? Adakah sounds tak macho bagi seorang lelaki yang bernama Jasmin...?? Banyak nyer tanda tanya my entry nih..:-)
Lelaki kalau nama Jasmin mesti lembut orang nya. Jangan salah faham, bukan 'lembut' yang satu itu, okeh..tak kuasa!!! (keloloh punya anak dara!)
Jangan terus confuse, actually I sedang mengenali si Jasmin yang satu ini. Belum ada satu pertemuan pun lagi, entah la bila, dia asyik mendesak sedang I asyik menolak. Macam main tarik tali pulak. Ni semua Z punya pasal..pening kepala I tak berkesudahan nampak nya.

P/s: Mencari keserasian...

Monday, January 4, 2010

Z engagement

Eventhough sedang migrain semalam, I menggagahkan diri to attend my bff nyer engagement ceremony, Z. Tentu ada yang masih ingat my earlier entry pasal Z yang confuse memilih antara first luv dengan new lover..(uiks...marah Z kat I nanti nih..) Pic pun dia tak kasi I upload, dah jemu kata dia. Majlis pukul 3 petang kelmarin, waktu I sampai Z masih kat butik andaman. So I gi buat macam rumah I sendiri lor...hihi. Tak kuasa orang nak melayan ala2 VIP kan..semua pun sibuk. I cuma mampu sponsor 'sejibik' kek dari Eden buat balasan hantaran. Z inform kat I pasal majlis ni pun 'short notice', tak sempat I nak prepare apa2 dalam keadaan I migrain dengan begitu kronik sekali.


Second engagement buat Z. Nasib baik la member I ni tak patah semangat. Pilihan Z kali ni nama nya incik Rizal, yang bekerja di Takaful, dekat jer ngan umah I, senang la I nak skodeng nanti..haha..(kot2 la ade dispute!! Tak bek I ni dok curiga kat orang kan!!ish!!) Incik Rizal ni sekampung dengan bapak sedara I. I sempat tengok incik Rizal masa dia datang lepas rombongan meminang balik petang semalam, eleh...malu2 lak couple ni...hehe...cemuih!! :-) Well, bagai pinang dibelah dua... may Allah bless them.

I happy2 untuk Z..kalau takde aral, pasangan bakal diijabkabul sebulan dua lagi. Makan nasi minyak lagi...(kali ni kena jadi pengapit ker???).
Sebelum balik, mak Z tapau kan I meehoon sup untuk my mom. Marah mak Z sebab my mom tak ikut sekali. Takpe, kenduri nanti I bawak ma sekali, no excuse anymore.
Hurm..to Z, I pray for your happiness. Moga berbahagia hendak nya di samping incik Rizal yang tomei tu :-)

Saturday, January 2, 2010

1st day in 2010

Hari tahun baru semalam dihabiskan dengan my family. Sebaik solat zohor terus ke umah dik na. Dik na masak koay teow goreng basah (lupa nak snap pic!). Wah wah wah...adik I sorang neh, semenjak bergelar isteri makin rajin beliau masak untuk hubby...:-) Not bad larr....(saje cakap not bad..kang puji sedap kembang kempis idung beliau yang beso bak bunga raya kembang mekar tu...hihi!). Habis koat teow, mengunyap lagi, kacang sempalit dari Raub yang dik na bawak balik hari tu tak abis stok lagi, makin laju sembang, makin rancak makan..siap dihidang ngan aiskrim pistachio.

Around 5 camtu hubby dik na ajak gi night market kat Batu Feringghi. Layannn...walaupun at first ingat nak jalan-jalan kat komtar walk jer..(ye la..kang ada lak yang kata I dok promote Auto-City jer! Tak kuasa!! Bukan ada share pun!).




Sampai sana around 6 camtu..so we all lepak2 pantai dulu. Enjoy tengok orang main jet ski, naik kuda & banana boat sambil tunggu sunset & tulis2 kat pasir pantai. Tak buat sand-castle pun, tak cukup konsentrasi, ramai benor umat.


Dah gelap sikit baru la gerak..jalan-jalan kat night market. Gerai baru nak setup time ni. Well, tau je la, tempat ni memang sinonim dengan local craft, tourist spot kan. Tapi ada satu lagi yang sinonim...CD/DVD cetak rompak...!! I takkan comment further..sebab...tut..tut...tut...hehehe. Malam ni takde ops agaknya. Rancak aktiviti jual beli. I takut nak lepak lama-lama. Takut diangkut sekali dengan CD dan tokey nyer, hehe.
Dalam dok jalan-jalan tu, we all ter'berkenan' (note perkataan 'ter' ye..) dengan 'katak' yang dijual kat salah satu gerai tu. Diukir dengan kayu...siap boleh keluarkan bunyi katak yang real bila dilerekkan dengan batang kayu kecil kat mulut katak tu. Unik lah...RM 10 jer. Ingatkan dik na nak beli. Dia berkenan sangat tapi tak beli pulak..I pun berkenan leh buat hiasan, tapi kedekut duit! hehe! Dah balik menyesal lak tak beli, dok teringat-ingat.


Singgah melepaskan lelah di restoran Subaidah Tg. Tokong. Dik na ngan hubby teringin nak mam nasi kandar la pulak. Monrods punya plan tah ke mana...(next time je la mam kat monrods..huhu). I tak makan, just order teh o limau panas. Kepala dah start migrain. Maybe sebab tak ambil ubat since last few days. Kena pulak dok bersesak-sesak kat night market sebelum tu, pening pun ada. Tapau roti pisang jer. Ma & ajie order mee kuah..hurm..thumbs down! Tak best kata ma. Dik na siap komplen dekat waiter tu..(celabas tul mulut dia ni, pantang tak kena sikit).

Kul 11 baru sampai umah. Letih siot. Sampai hari ni, migrain I tak hilang. Pagi tadi sebelum datang opis dah telan ubat.

Nak bagitau, mintak maaf banyak2 dari ujung rambut sampai ujung kuku kaki kalau tak dapat berbalas kunjungan ke blog kawan2 untuk seminggu ni. 'Lappy' tinggal kat dik na, beliau nak buat research pasal tarian zapin, presentation untuk malam dinner PTG nanti...ape tema nyer..'dazzling red, glamourous black' ke mende tah. Kite tunggu entry dik na nanti.

Daaa....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails