About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, January 25, 2010

Happy birthday to u...

"Happy birthday & Happy 25th Anniversary Dik Na...

Days have passed into years, you have become better with time. May you continue to become better with each birthday you enjoy."



Our pic, boleh dikatakan baru la jugak

This year tiada sambutan bersama..sudah kawen, celebrate dengan hubby nyer je la. Maybe sebab dia pun away dari family. Kalau dekat & birthday jatuh pada hari cuti, tak mustahil sambut dengan family. Urm, pagi2 tadi dah wish birthday kat dia. Actually, hadiah pun dah kasi semalam, masa dia balik makan laksa & shopping2..:-) I kasi hadiah kecil jer..tapi suka kemain minah tu..kerongsang yang labuh merambu-rambu tu..suka sangat pin kat tepi tudung. At first tu blur jugak, tak tahu nak beli apa buat hadiah. Suddenly teringat our chat last few weeks..terus je I gi beli kerongsang tu.

My sis dengan I..urm..leh consider as close friends yang selalu bercekau. Bila ada rasa menyampah, bila jauh rasa sunyi..haha! Adik beradik kan...camtu la. Kalau diingat-ingatkan since our childhood I paling banyak mengalah. Arwah abah selalu cakap, kakak kena mengalah dengan adik. Dulu memang selalu je I cebik2 bibir..mana aci kan, selalu kena bagi chance kat dia.

Era kegemilangan KRU, ganas la sangat, panjat pokok sampai cipta sejarah..hihi. Belum cerita kisah jatuh pokok mempelam..

Dik na ni memang ganas orang nyer. Till now, I masih ingat, kepala I pernah benjol gara-gara diketuk dengan tin lychee, masa tu bulan puasa. Sebab nya dah lupa, tapi memang gaduh la. Teruk I nangis. Pegi sekolah kawan-kawan tanya kenapa tocang I nampak pelik, rupa2 nya belek2 tengok kepala dah benjol. Hikhik...dik na kena marah dengan arwah abah. Tapi tak teruk la. Sekali kes serius, dia kena tampar dengan arwah (tampar gertak je) sebab kenakalan & bebal dia tu la..sekali terpelanting puting yang dia tengah hisap.

Mom, my auntie Ita, Dik Na & me..see baju sama lagi..

Syok je I dapat kutuk dia ni..haha, hadiah ulangtahun! Dia ni hisap puting & minum susu/ horlicks dari botol sampai darjah 1, itupun punya la susah nak berenggang! I masih ingat, dia ada simpan 'kain busuk'..haha! 'Kain busuk' ni kain batik arwah tok punya. Kain batik ni memang lembut. Dari sebesar-besar kain, sampai la tinggal kecik kain tu akibat lusuh. Kain ni diusap-usap nyer sampai tertido. Kalau takde kain ni, abis satu rumah kena carikan kat dia, baru la boleh tido. FYI, kain busuk ni tah dah ke mana hilang nya. Maybe masa pindah rumah & dik na study kat UITM dulu. Sejak tu la kot dia dah tak ada kain busuk lagi..haha!! Hampes adik I ni..ganas konon!!

Dik na masa umur 2 thn dengan akak nyer

Satu lagi pe'el dia, apa je I pakai waktu kecik dulu, dia pun nak. Kalau baju I kuning, dia pun sama, nak kuning jugak! Pattern sama lak tu. Pernah sekali, raya tahun bila tah..we all terpaksa swap baju raya sebab dia berkenan dengan baju I..of course la akak la yang kena mengalah kan. Now pun masih bergaduh pasal baju...hehe...ada je baju I dia berkenan. Baju dia pulak, kalau dia tinggalkan kat umah ni..heheh..nahaslah, I buat macam baju sendiri la jugak!! But unfortunately, saiz I dah bertambah, kecur air liur je tengok baju2 dia dalam almari tu..huhu.

Walaupun bergaduh, we always be 'a shoulder to cry on' to each other. Jarak umur 5thn tak pernah menjadi penghalang...sebab I sentiasa nampak seperti adik jika compare dengan dik na...hehe...sape suh tinggi macam galah kan?? not my fault, just people might see it in different ways.

So, to Dik Na, pantun ni untuk u...

Roses are red
Violets are blue
Stop complaining... I am older than you!

Hepi besday bebeh!!

P/s: Ms. Writer rindu zaman kanak-kanak ribena, tak perlu mengerti tentang sesuatu apa pun...

16 comments:

  1. Salam!
    Happy birthday and Happy 25th Anniversary to your sister, Dik Na! But are really sure that this is not the Dik Na of AF5?

    ReplyDelete
  2. sayang betul murni kt dik na.. bnyk betul kenangan masa kecik2.. seronokkn..

    hapi besday ye..

    ReplyDelete
  3. Hi Siti, Many happy returns to your sister, Happy birthday.
    A birthday is just another 365 day trip around the sun, so enjoy the trip.

    Oh ya, tomorrow 26th Jan I too will be celebrating my birthday....
    You have a great week and stay young, keep a song dalam hati, Lee.

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday DIK NA.. semoga berbahagia selamanya dan sejahtera murah rezeki..

    Untung dia ada kakak yang baik macam SITI MURNI...

    ReplyDelete
  5. hepi 25th besday tuk adik siti. Chik Na ngan adik yg bawah chik na pun rapat cam tu Siti ngan Dik Na gak..tapi skang dia dah pindah balik KB...

    ReplyDelete
  6. Hepi bday juga buat adik awak ye. Semoga tertunai segala hajat.

    Hari ini juga bday seorang kawan saya.

    ReplyDelete
  7. hahahah..
    pecah perot baca cite na kat sini..
    terang2an akak cite! boco rasie die!
    klakar la die tuh! tp kecian akak, smpai benjol2 kepala....hhahhaha....

    ReplyDelete
  8. ayak!!! malunyee!!! hik3..rase nk nanes lak...bergenang air mata huhu...niway tengkiu sis..4 being a good sister 4 me...muarghh!!!

    ReplyDelete
  9. huhu malunye aku kat kak ainee....larrriikkkk!!!

    ReplyDelete
  10. ALL: Dia dah baca salam dari kalian semua..I'm sure she's happy & appreciate it very much!

    TAJNUR: I'm very2 sure...hehe, not the same person! hehe. N'way..thanx ya!

    URUCHIMARU: hoho..soalan bonanza nampak...tggu kad undangan ya! bg laluan kat adik sbb nk dpt sepersalinan..

    KAK ZANA: Hehe...family comes first kak :-) Kdg2 syg x dpt nak ditunjukkan...thanx for d wishes..sy smpkan kt dia nt.

    UNCLE LEE: Thanx & happy birthday to u..may ur life filled with joy & happiness ya..:-)

    KAK AZIE, CHIK NA: Puan punya hari lahir says 'THANX'..

    IRIS: thanx, smpkan salam ulangtahun kat kawan awak tu ye:-)

    AINEE: tu la budak nakai...saja bg hadiah ulangtahun extra kat dia. dia much better la skg dari masa kecik dulu..crook ya amat...hehe

    BABY: hoho...bkn senang nk malukan u..hadiah ni...terima la..sethn sekali jer..hehe. ur welcome bebeh! muarghhh...!!

    ReplyDelete
  11. HAPPY BIRTHDAY Dik NA...sonoknya zaman kecik2...hiihi

    ReplyDelete
  12. Wonderful sibling. Seronok kan bila ada adik yang bleh kongsi banyak perkara dengan kita.

    Vic dulu masa kecik2 selalu gaduh ngan adik tp bila dah besar, kalau dengar dia sedih... vic yg nangis dulu...

    ReplyDelete
  13. ILA HONEY: mekacih...hepi dia dpt byk wishes..:-)

    VIC: urm, betul vic..wpun bercekau, tp dlm hati tetap syg..ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails