About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, January 24, 2010

Mai makan Laksa Utara...

Segmen baru..

Kecur air liur bersama Cik Siti:

Since last week, teringin nak makan laksa yang ma buat. Last few days ada makan laksa ala cina, beli kat Tmn. Sentul sebelah my office. But still, nak yang ma buat jugak, selalu nya up to my taste. So, sanggup semalam turun pasar malam Tmn. Pauh (rimas gi tempat crowded!!) sebab nak beli ikan kembung untuk dibuat kuah. 1 1/2 kg dengan harga RM 10/-. Beli bahan2 lain lagi...tolak pi, tolak mai..lebih kurang RM 30 la jugak. Harga barang semua dah naik.

Actually, kalau tak nak susah payah masak, boleh je cari kedai yang best. Seperti di utara ni, I can name it..Laksa Teluk Kechai (orang Aloq Setaq mesti tau..hehe), Laksa Kuala 'Perlih' (itu oghang utaqa punye sounds, pls sebut properly..Perlis!) & Laksa Jangguih (orang Balik Pulau, sila ambil perhatian!). Lain2 tempat such as Gurney Drive, Batu Ferringhi, Air Itam (sorry, since I'm Penangites..so, kat Penang je la yang I more familiar..hehe)

Urm, ni laksa utara ok, memang perghh kuah nyer yang gravy & pedassss!! Pagi tadi awal2 dah bangun rebus ikan & rendam laksa. My mom kena tido kat umah tok semalam, so sebelum dia balik umah nak masak kuah nyer I kena la tolong2 prepare apa yang patut dulu. Mem kalau balik keja tak siap...erm..nahas la kena dengar dia hip hop rnb..hehe.

Masa tengah masak tu tak teringat nak snap...dah suap masuk mulut baru la, teringat..oops..pic untuk blog ku!!



Ok, ingredients nyer macam biasalah...laksa kering (of course la! yang dalam pek tu).

Bahan kuah:
ikan kembung @ ikan curut (kalau nak sedap ikan kembung la, kalau nak ekstra pekat leh tambah ikan sardin), bawang kisar, cili kering kisar, belacan, daun 'senohom' (daun kesum daa!), bunga kantan & asam 'gelugoq' (sila sebut gelugor -- asam keping la!). Garam dan perasa jangan lupa pulak!

Bahan aksesori or garnishing:
daun selom, pucuk 'jangguih' (pucuk gajus -- kalau tak nak, tak payah taruk ok!), daun pudina, cili merah atau cili padi (ikut suka u all la!), telur rebus, nenas, bawang merah, bunga kantan, daun salad & tak sah kalau tak ada mentimun.

Lepas rebus ikan tu kena susah payah sikit la, oghang utaqa kata kena 'perisi' ikan tu, asingkan tulang dengan isi, lepas tu kisar (dengan blender la!) & satukan dengan air rebusan ikan tu. Lepas tu u all, 'tauk' (baling..haha..tak sesuaaaiii...!!), masukkan dalam periuk campur la dengan bahan2 lain tu & masak sampai mendidih. Paling penting...sukatan belacan & bawang. Ikan wajib fresh yer...kalau tak..tak kick la kuah nyer nanti!

Part garnishing tu tak payah story la, hiris & potong je. Siap rebus laksa & kuah..tabur je kat dalam mangkok tu..pastu suap masuk mulut je la!

Hohoh...tak susah rupa nya nak buat laksa ni, cuma memerlukan kerajinan! Dan kesabaran..lama kena tunggu ceruk dapur, baru boleh jamah..:-)

Urm, pic jus limau nipis -- itu la yang everyday I kena minum, sebagai penawar reduce tekanan darah tinggi..huhu. Letih...dah jadi rutin selama 2 minggu, ada masa2 masih terasa pening akibat high BP. Tak tau la nak pantang macam mana lagi. Yang ini tak payah kecur air liur yer!

Okey..selamat mencuba! Anybody ada cerita menarik tentang laksa? Any version of it? or tempat makan laksa yang best di seluruh ceruk rantau??nak kongsikan...?sila...sila...

p/s: teringin tu boleh tahan lagi..tapi motif sebenar ialah...nak belajar buat laksa!!

14 comments:

  1. suke jgk laksa penang tapi lakse johor kamu pna rase tak?

    ReplyDelete
  2. Wow siap ada resipi lagi... nampak sangat la sedap... satu hari nak try buat la...

    ReplyDelete
  3. adus kak..mmg sedappppp neh...terliur oooooooo...laksa utara mmg pedas..ila suka..nyum2....esk nak p cari laksa la..ila lau tgk blog akak...mst ngidam nya...hahahha

    ReplyDelete
  4. selalu makan laksa mak buat.

    makan laksa dengan otak udang!!

    ReplyDelete
  5. Salam!
    Mmg cek ni kaki makan laksa! Bukan semua org buleh buat laksa rasa yg sedap! Tp kekuatan laksa ni bergantung kuat sekali pada jenis ikan & kesegarannya termasuklah ingredients! kalau tidak, makan dikantin skolah je lah! kenapa tak blend skali tulang2 dan campoq, baguih utk elakkan oesteosporosis!

    ReplyDelete
  6. enak pada rasa kuahnya..

    ada tak nak cuba idea boh kuew tiau hee..atau laksam?

    ReplyDelete
  7. peerghhhh.. menyelerakan sesangat.. terutama kalau pekena laksa tu dengan air limau tu.. ni klu mertua lalu pun tak sedar.

    ReplyDelete
  8. paveret hubby rosma n family hubby n rosma..hahaha..kirenyer seluruh family rosma suke laksa...nyam3 sedap

    ReplyDelete
  9. Kak Azie ni sebiji rumah minat laksa.. Masa duk dgn famili lagi, kami suka buat laksa..

    Sekarang ni kalu Kak Azie buat, tak yah sukat lagi dah, dah hafal. Pendek kata ujung jari jer, sbb hampir tiap bulan dok buat laksa... Kalu raya tu, dah jadi menu wajib..

    Antara laksa Perlih yg sedap adalah di Kuala Perlis, Restoren KAK SITI...

    ReplyDelete
  10. kak siti... terliur nye... da lama tingin nk masak laksa, tp x berkesempatan lg!!!!
    busy gilo...
    tingat laksa teluk kechai.. uhhhh... ngan sambal nyiok dia.. adoi.. x tahan nye...
    laksa johor pun lama x buat!!!!
    sabtu aritu pi gurney, tp x smpat nk makan laksa, sbb perut da penuh!

    ReplyDelete
  11. saya dah terliur.

    saya terasa nak makan itu laksa.



    makan secara panas dan pedas. Kompem x toleh kanan kiri.

    ReplyDelete
  12. mmg laksa makann kegemaran akk.. sedap nyer nmpk..

    ReplyDelete
  13. URUCHIMARU: laksa johor x pernah cuba..guna spageti kan?

    VIC: Ya..slmt mencuba. kalau nak detail lagi resipi nye cuba la google..maybe lebih tepat arahan tu.

    TAJNUR: ya setuju, ikan fresh, itu wajib.

    TEDI: otak udang manis..rasa original pada kuah tu hilang. tp bergantung selera masing2 la kan..

    NIDA: haa..tu la..sy pun bape round tah mengadap laksa hr tu...cam tak sedar je dh 2 kali tmbah..hehe

    ZEQ: Koay teow hee tu cmna? koay teow thng / sup ke ape? tk suka laksam...

    IRIS, ILA HONEY, EIKASYAZA: dah terliur,cepat2 gi cari laksa

    AINEE: sibuk smp x smpat makan laksa noo..haha..penang byk tmpt best mkn laksa...dun worry, drive thru je la..hehe

    KAK AZIE: laksa kuala perlis mmg sedap & trkenal..pernah mkn sekali dua, ada yg kata laksa kuala 'perlih' guna isi belut..? betul ker kak...?

    ROSMA, KAK ZANA: ramai rupa nye penggemar laksa :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails