About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, January 31, 2010

Resepsi Perkahwinan Nana ~ Alias

Salam hujung minggu...

Semalam 30th January -- berkunjung ke majlis perkahwinan anak salah seorang officemate, Pn. Norizan. Resepsi diadakan di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi, Jln. Dato' Haji Ahmad Said, Butterworth.

Konvoi 2 buah kereta satria..semua nya rakan-rakan sekerja. Pic beramai-ramai tak sempat nak ambil sebab rushing nak balik ke pejabat. Ada 2 orang di antara kami yang bertugas di pejabat. Waktu break yang dibenarkan, sejam jer. Tak dapat nak mengelat lama2.


Gambar pengantin pun tak ada. Tak dapat menunggu lama..kata mak pengantin, pengantin hanya akan sampai jam 2 (itu jam melayu...hehe). So layan gambar-gambar yang sempat di ambil ni sajalah yer. :-)


3 Tier wedding cake. Pengantin bertuah...semua nya abang sulung yang uruskan. Hal tema, kad jemputan, pelamin, door-gift dan sebagai nya abang long yang handle. Itu la yang diceritakan mak pengantin.

Selesai upacara marhaban, jemputan 'dihidangkan' dengan alunan gamelan.

Door-gift..untuk VIP.

Pengantin muda, baru nak masuk 21 tahun kalau tak silap. Anyway, Selamat Pengantin Baru buat Nana & Alias...and kepada mak pengantin, selamat menerima menantu! Next year, insyaallah jika ada rezeki, bakal bergelar 'nenek'..hihi.(tok pun rock...ok la tu!hihi..) Baru je I usik mak pengantin sebelum dia bercuti beberapa hari lepas untuk buat persediaan majlis.


P/s: Ms. Writer pakai kebaya ungu, ada orang tu beria-ia nak ajak jumpa, nak tengok kata nya..huhu tak mayu....!

20 comments:

  1. Salam!
    Menghadhiri jemputan tu wajib, tapi kalau org jemput kawin lagi wajib! Isyy kalau dah ada yg sudi menunggu, mengapa pula ditolak asalkan betul caranya, bawa mahram bersama2, tempat yang sesuai dan jgnlah lama2 berborak pula, tu dah lain nawaitu....

    ReplyDelete
  2. errhh.. cam best je majlis mereka.. decoration mantap!

    ReplyDelete
  3. akak...cntk nya pelamin tu...suka la..ila suka g kenduri tawin...hihih..pengantin mana kak?? selamat pengantin baru nana n alias....

    ReplyDelete
  4. nikmat mata,,ada biru ..hitam, putih,,
    MAYU?? bagus laa belum kawin ada MAYU,dah kawin nanti,,tah tah terus hilang..
    elok ada mayu

    ReplyDelete
  5. tahniah utk Nana & Alias.


    owhh..beshnya dapat makan nasi minyak pengatin . Tak sama tau kalau beli kat kedai . kann..

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai.

    Selamat menghabiskan masa santai buat pemilik blog.

    =)

    ReplyDelete
  7. wah meriah kan?
    lagi meriah klu kite yg bersanding ahaksz!

    hee peace no war !

    ReplyDelete
  8. jarang nampak org guna tema warna peach or jingga nih...

    ReplyDelete
  9. Tajnur: salam..betul. bawak mahram..hurm..itu yang belum mampu nak buat...

    Orang lidi: cukup baik bagi juru deko yg baru nk bertapak..

    Ila Honey: itu ler pasal nyer...x sempat2 dah nak menunggu pengantin...tgk kat door-gift nyer pic jer la eh..

    Zeq: Mayu *malu kena ada...itu sifat perempuan.

    Kak linda: iye tepat sekali kak..n. minyak pengantin jugak yg best...walaupun rasa sama saja. sama la situasi dengan bunga telur..walhal boleh je makan telur rebus kat rumah..hihi

    Iris: thanx...santai la jgk. letih masih berbaki..

    Uruchimaru: meriah mmg meriah. ms. writer cakap dia nikah kat mesjid jer...huhu

    Chik na: ya...very rare org guna warna ni. tapi cantik jugak...

    ReplyDelete
  10. Salam Murni..

    Lihat gambar2 tu, teringat masa kahwin dulu2..hehe

    ReplyDelete
  11. suffian: tu la order pengantin lelaki...x sampai2 lg shipment tu...ahaks!

    nida: salam..hehe...bagus..bagus..
    bila teringat kenangan zaman kawen, dpt la mengeratkan lg ksh syg kat cik abang tu...:-)

    ReplyDelete
  12. cantik pelamin tue..selamat pengantin baru kpd sang mempelai..jemput ke blog sy..tq

    ReplyDelete
  13. fuh!!cantiknyer pelamin..tahniah utk nan n pasangan ..cik ct bile lagik..

    ReplyDelete
  14. Tempted dengan cupcakes tu.... ada balance tak? wink wink~!

    ReplyDelete
  15. Berimpian nak buat gamelan gak nanti... Kalau ada calon, haha~!

    And those cupcakes sgt comel susun2 camtu.

    ReplyDelete
  16. Aloy: ;p...sayang tak sempat jumpa pengantin...klu tak mesti lg gempak..

    Sahrom: yes it is:-) insyaallah, ada kelapangan akan bertandang ke blog u..

    Rosma: hehe..ada terasa mcm nak bersanding skali lagi tak..?hehe....suke tgk org kawen kan...

    Vic: dgr crita dr mak pengantin, cupcakes tu mmg sedap. jgnkan kami yg dijemput, mak pengantin pun tk sempat merasa, sebelum dirasmikan pengantin..cupcakes dah hilang separuh.

    Alex: insyaallah, ada rezeki impian u akan jadi kenyataan..i doakan ya:-)

    ReplyDelete
  17. selamat pengantin baru ye.. semoga bahagia dn kekal selama nyer.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails