About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, February 8, 2010

1st Date wit Mr. J




Pic semalam..sangat teruja tengok decoration merah ang ni..dekat Queensbay Mall. Urm, orang sebelah geleng kepala melihatkan telatah I yang tak boleh berenggang dengan handphone, semua nya nak snap, makan snap gambar, jalan pun snap gambar..huh, baru dia tau siapa I sebenarnya, wartawan takde tauliah..hehe :-)


Sesi suaikenal semalam..sengaja I menunjukkan segala jenis perangai I. Ajak dia melepak kat Borders dan belek novel romance sampai dekat sejam lama nya. Lenguh kaki dia..hehe, baru sikit. Kalau nak kekal lama kena la bersabar & tau bawak diri bila I menghabiskan masa kat bookstores. Oops, 'orang sebelah' tu adalah Mr. Jasmin. Sekali jer I sebut, pasni I gelarkan dia Mr. J, okeh! Mr. J ajak tengok movie -- Universal Soldier: A New Beginning (of which I tak berapa berselera nak tengok sebab cerita action, cuba ajak tengok romantic comedy, mesti tak tolak!). Disebabkan I dah buat muka macam ala-ala cebik sikit, dia pun "erm, okaylah, lain kali je la kite tengok movie k..." (heheh...gelak evil..I memang jahat, kenakan dia camtu!)



Dah puas I 'melatu' dia pusing the whole Queensbay baru la I ajak dia gi makan. Sudah la Mr. J tak breakfast pagi tu, sedar-sedar dah pukul 1 baru la dapat lunch. Test waktu makan...okay la, proper manner. Serik, sebab ada pengalaman makan dengan someone -- bukan gelojoh tapi suka buat kecoh kat restoran, sangat memalukan! Luckily Mr. J seorang yang sopan. Puji, puji jugak tapi...kritik, tetap kritik..hehe :-) Manusia..mana ada yang perfect kan...



Ajak Mr. J lepak santai kat Taman Belia and dah agak redup sikit, beralih pulak ke Bayu Senja & Miami Bay, Batu Ferringghi. On the way balik, singgah solat di Masjid Terapung Tanjung Bunga. Beautiful mosque. Ramai outsider singgah solat kat masjid ni. Insyaallah, ada rezeki lain kali dapat solat kat sini. Hurm..1st tu I kena soal jugak, "cuti tak abis lagi ker?" erk...ingat lak dia..cheh! malu I! I sengih..."urm, ye..saye tunggu kat keta je lah yer.."


Sejuk hati kalau dapat husband camni..but too early too say. Bagi masa dulu..the same thing I told him. Buat masa ni hati ku susah nak terbuka....sudah ada yang mengunci nye, pastu kasi hilang itu kunci. Kunci spare dah patah, nak buat masterkey memang ambil masa sebab hanya tukang kunci yang pandai je boleh buat masterkey yang sesuai..sebab hati ku ini memang unik. (alamak...ter'merapu' sudah! sorry ler..!)



P/s: lain-lain pic hanya untuk simpanan Ms. Writer..:-) Harap maaf, sila cuba di lain kali...


17 comments:

  1. Bagi setengah2 orang, ada yang bernasib baik laluan jodohnya sangat mudah dan sangat serasi..

    manusia tidak sama...

    tapi jika bertemu lelaki yang berciri-ciri sayangkan IBU dan adik beradik lain, insyaAllah memang akan sayangkan wanita..

    apatah lagi yang sentiasa menjaga solatnya, moga-moga itulah pilihan yang tepat untuk kita..

    dlm masa yang sama, diri sendiri juga harus diperbaiki agar turut sama baik seperti dia...

    pelan-pelan kayuhhh SITI...

    ReplyDelete
  2. Salam.

    =))

    Saya tersenyum membaca post ni. Terasa mula terbit bunga-bunga bahagia.

    Semoga berbahagia ye.

    ReplyDelete
  3. cantik nye masjid terapung tu...
    tak pnh sampai lagi kat situ :(

    ReplyDelete
  4. cantik masjid. lebih cantik kalau kita memanfaatkannnye..

    ReplyDelete
  5. kate org..
    "tak kenal tak cinta"..
    btw klu dh jodoh x sampai sehari kenal pun dh ble kawen kan!

    ReplyDelete
  6. Queensbay Mall!! Kat Penang kan? I've been there a few times. Time balik Penang.

    Murni orang Penang ye? Penang tang mana?

    ReplyDelete
  7. Salam!
    Hai kalau dah dalam `mencari` mmg mudah kena angau cik CT oi! Dan kalau dah kena angau, semuanya indah belaka!

    ReplyDelete
  8. masjid oh masjid..

    bila nak berkunjung ssekali..

    ReplyDelete
  9. and dalam masa yang sama, banyakkan doa dan istikharah, insyaAllah.....**pssstt jangan lupa jemput!!!***

    ReplyDelete
  10. Hello Siti, nice pictures. Enjoy your date....have fun.
    Best regards, Lee.

    ReplyDelete
  11. so happy sebab siti dah start nak buka pintu hati kat orang lain dalam hidup.. harap Mr J pandai la nak buka kunci hati Siti :-)

    ReplyDelete
  12. akak.....siapakh gerangan yg bakal buka kunci pintu hati akak....ngeh3

    ReplyDelete
  13. Kak Azie: sy setuju komen kak azie..sy cube kayuh pelan-pelan...hihi...macam naik beskat pulak..

    Angah Iza, Zeq & Tedi: Masjid ni cantik..it is! Must visit...& singgah solat..:-)

    Azrul & Iris: Thanx...mudah2an..aminnn...

    Uruchimaru: itu la dinamakan jodoh..ada yg ok, cepat..ada jgk yg susah & lambat...I kategori no. 2 kot..hihi

    LostCharmedAngel: Yes, kat penang. I kat BM. u asal penang jugak ker...slang penang dah ada tu..:-) hihi

    Tajnur: Salam...dah lama tak angau, dengan si dia ni, belum wujud angau...

    Aloy: ada part sejuk, ada part suam2 kuku jer..

    Aintsuperwoman: Ya, istikharah..itu yang I belum buat lagi..insyaallah. Thanx mengingatkan..

    Uncle Lee: Thanx...:-)

    Chik Na: kena bersabar tggu, maybe Mr. J & maybe bukan...susah chik na..susah..believe me.

    Ila HoneyBunny: belum boleh buka lagi la dak ila..masih terkunci..

    ReplyDelete
  14. Bila terasa pintu hati itu seseorang cuba mengetuknya apa salahnya teruskan sessi berkenalan.

    Tak kisah ambil masa sikit tapi hati tu tak baik asyik terkunci & hilang kunci.

    Teringat kunci kereta perang hanya boleh buka sebelah pintu sahaja. Tadi pagi panik abis tak boleh buka pintu yg okey itu; kena baikilah nampaknya ni!...

    ReplyDelete
  15. Idan: Terima kasih, nasihat yg baik. sy cuba jadikan panduan..saya pun berharap pintu tak terus terkunci..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails