About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, February 13, 2010

Menjelang cuti panjang....

12 Feb, 2010 ~ Friday

Jom Kecur Air Liur Bersama Cik Siti

Breakfast jam 9.30am di Oldtown (lagi..??). Urm, kurang pilihan maybe. KFC dan McDonalds..dah jemu, selalu sangat. Breakfast mamak..urm, baru jugak lagi. Paling selalu, breakfast melayu..nasi lemak favourite. Hari ni tukar stail sikit..breakfast oriental (boleh ker..?) Hentam je la labuuuu....

Kopi O..sangat kaw! Teringat pulak kopi 'belalang'...huhu...tidak..!

Meehoon Siam..satu set RM 3.90. Orang sebelah makan rileks je, I pulak rasa pedas nya bukan main lagi. Maybe sebab sambal bilis tu..tak tahan pedas dah sekarang ni. Affordable price, service a bit slow pagi ni, restoran sangat crowded dengan customer yang mostly chinese. Balik beraya ke kampung agak nya. Lagipun ramai yang dah start bercuti sejak semalam.
My rating -- A-

First time ambil sarapan kat sini..itupun sebab 'harimau tak ada, kucing berlari-lari'...haha! Boleh faham ker? Itu my Director punya peribahasa, maksud dia GM tak ada, dah gi bercuti-cuti CNY, balik ke Taiwan...so we all kat ofis ni merdeka la..! Hampes dia ni...sedap2 milo je dia bercakap.


Ambil time-off, half an hour je. Pergi berdua-duaan dengan Mr. Vicky a.k.a Sree Nesh. Asik bergayut dengan GF je keje nyer..tak kebas telinga lak tu. Hurm...lihat la my face, yang semakin membulat, semakin iras dengan my mom..:-( Terkeluar topik sekejap --Kepada yang merindui wajah innocent ni (ade ker yang rindu nih..???)...tatap lah semahu mu...belum ada rezeki berjumpa lagi barangkali. Tapi ingatlah, walau masa berlalu & terus berlalu..betapa jarak & masa memisah, Tuhan saja yang tahu gelodak kecewa dalam hati ni. :-( Okeh..enough..enough..!


13 Feb, 2010 ~ Saturday
Alhamdulillah, hari ni tak sesibuk semalam. Sebab semalam selepas balik dari breakfast/lunch, terus clear semua kerja-kerja pending dekat tray tu. Sekarang hanya ada 2 kerja terpaksa KIV, nak siapkan dokumen untuk surveyor & semak bil-bil cukai tanah. Bermula esok, I akan bercuti semahu-mahunya..seminggu, till next monday.
Ada kerja yang ditinggalkan untuk assistant I yang setia..dia dah gi bercuti dulu. Rabu nanti balik...selamat lah..selamat menyemak memo yang I tinggalkan...ada 3 semua nya.
Seminggu cuti, rabaklah purse I..my mom hari ni nak bertolak ke Kelantan + Terengganu. Ikut 'rombongan Makcik Bani ke Pantai Timur'..hari isnin ke selasa entah baru nak balik. Huhu....kena buat keja umah la nampak gayanya...masak, laundry, ngemas...tak tahan jiwa raga camni. My plan nak ke Cameron Highlands tak menjadi, sebab adik ipar telah dipaksa buat overtime...ape2 plan yang menjadi nanti I update kan kat sini....roaming blog kawan2 dulu.
Daaa....

12 comments:

  1. slmt bercuti dgn hepinye sungguhpun poket akan rabak hee..!

    ReplyDelete
  2. Mee goreng tu nampak sangatttt sedap .. Lapar ni!

    ReplyDelete
  3. Salam!
    Hai CT, rancangan nak ke sana dan sini byk, tapi jgn lupa jimat utk masa depan. Akan dtg ni belum tentu susah senangnya...

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Mesti kawwww kopi tu... hitam yang menawan

    ReplyDelete
  5. Kebetulan tersama lagi...

    I pun cuti seminggu juga.. Isnin baru masuk kerja semula..

    I kalau pergi OldTown suka sangat roti brown toast tu... sangat la sedap... dicicah plak dengan kopi OldTown.. TERANGKAT~!

    Hmm.... Cameron Highland.. sayur, stoberi dan teh... Sejuk pun dah tak sangat skang ni. Tapi nak naik ke puncak tu sket punya seksa.... terpaksa makan novomin (ubat tahan muntah dulu).... kalau tak... 5 kali la berhenti..

    Vic pun masih terpk2 lagi... mana nak pi bercuti ni... kalau dok rumah je seminggu ni... sure makin tembam la I.

    ReplyDelete
  6. laa... apsal tak ikut yr mum p kelate & ganu? kalu ikut leh jumpa Chik Na ;-)

    ReplyDelete
  7. Hahaha...

    Bila dah bercuti, memanglah koyak rabak poket tauuu...

    and... siannya kena tinggal sensorang . meh sini... akak buatkan kopi special utk awak .

    ReplyDelete
  8. mmg nmpk kaw kopi tu...hi3.. happy holiday..

    ReplyDelete
  9. URUCHIMARU: Thanx....tgh bersiap sedia..nk bwk dompet syiling je bile kuar...x mau bawak purse...hehe

    PRECIOUS: Meehoon siam..rasa sikit masam & pedas...tgh lapar tgk ape pun sedap..hehe

    TAJNUR: Iya...betul. Sebab tu berbelanja kena ada limit, bila cuti plan siap2 berapa byk boleh spend, kalau tak...siap la ikat perut sampai hujung bulan.

    ZEQ: sinar kat mata..? ade tak..? kat idung tu jugak yang u perasan yer..hehe

    NIDA: Minat kopi jugak..? black & manis sikit2...itu yang menawan hati tu...:-)

    VIC: itu ler pasal..balik dr cuti cube gi timbang berat badan, confirm naik.

    CHIK NA: kalau tau chik na balik kelate, & ada chance jmp chik na mesti sy follow...hehe. segan lah...ma ikut rombongan kelab nita..:p..xde geng sy nanti.

    KAK LINDA: ooo....kopi o kak linda..teringin sy nak rasa kehebatan nyer! nanti kak..insyaallah, suatu hari, jika ada rezeki

    ROSMA: thanx..:-)wpun kaw...tp kopi buatan tangan tok jugak yg dok terbayang-bayang..

    ReplyDelete
  10. seb baik baru lepas makan so takdelah kecur liur.hehe

    ReplyDelete
  11. PENYUBIRU: perut kenyang suka hati...tgk makan tak terliur lagi..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails