About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, February 18, 2010

Sotong Masak Kicap Berempah ala Siti Murni

Cuti memang membingungkan untuk I. Bila sibuk kerja, teringat nak cuti. Bila cuti rindu kan tempat kerja pulak! Gawat!! Cuti tapi duduk rumah alone, takde makna nyer..! Ma keja...adik bongsu I pun keja. Dah macam 'patung cendana' pulak..tercongok sensorang kat rumah. Nak gaduh pun takde orang mau layan..hehe.


Pagi tadi selewat jam 10.3o, lepas ambil breakfast, siap ala kadar..decide harusssss kena ke office sekejap. Ada dokumen & cek-cek yang baru sampai dari HQ. Tak tergamak la nak biarkan dekat atas meja tu. Maybe ada yang perlukan payment cheque segera. Pegi distribute cheque, bagi sikit keja kat Husna & tanpa berlama-lama kat pejabat, segera 'angkat kaki'. Macam pejabat ana yang punya kan! haha....gasak la, I tengah cuti, ok..!


Drop by supermarket, beli barang basah untuk masak balik nanti. Hurm, hari ni mood rajin, tak seperti semalam. Barangkali pasal semalam rindu terubat dengar suara someone..ekeke!




Selesai memborong ala-ala 'light n easy', gerak ke Pejabat Tanah SPT. Dah dua minggu cek cukai tanah untuk our office ni sampai, hari ni baru sempat nak gi membayar. Dalam hati, geram jugak. Satu bil macam ni pun tak nak buat bayaran online..nak suruh I jugak gi jadi 'penunggu' kat Pejabat Tanah tu. Faham-faham je la, payment due in May..ramai yang dah berebut-rebut bayar sekarang, bil segar dari ladang. Dalam 2o minit menunggu, itu kira nasib baik lah!


Jom Kecur Air Liur Bersama Cik Siti


Cepat-cepat balik rumah sebab nak masak tu...yang kat atas tu. Can guess..?? Tak payah guessing lah..meh bagitau...itu.."Sotong Masak Kicap Berempah ala Siti Murni". Mesti ada nama I, ok! Sebab -- ini first time I masak resipi ni. All of sudden, teringat nak makan sotong kicap. Yang dikatakan berempah tu, sotong tu I perap dengan rempah kari ikan. Tak banyak dalam 4 sudu jer untuk sotong 5 ekor, saiz besar dan sederhana. Lain-lain bahan, biasalah, halia, bawang putih, bawang besar, ubi kentang & tomato (tomato wajib ada dalam semua dishes I..my favourite!). My mom cakap sedap woooo...(entah la ikhlas kot dia puji tu..hehe). Menu ni sangat sesuai untuk kids..I pun macam kids jugak sekarang ni, nak kurangkan makan pedas. Asyik kari, sambal tumis, asam pedas jer, hari ni tukar selera sikit...! Esok apa pulak I nak buat yer....


p/s: always inspired dengan dia..kalau tak dengar suara, macam nak gila..sapa-sapa ada ubatnya..?takut merana jiwa....

11 comments:

  1. By the name itself, dh terase kecur air liur~ Agh!

    ReplyDelete
  2. cam best jer sotong tu..boleh try wat ni..

    ReplyDelete
  3. ehem macam dah lama tak gaduh jerr..

    ReplyDelete
  4. sorry, kita allergic sotong.. ahaks.. so tak kecur.. la la la la~

    ReplyDelete
  5. ALEX: Mesti penggemar sotong gak ni...:-)

    HAMIZAH: silakan cuba...:-) selera masing2 tak sama...apa salah nya sesekali tukar selera kan.

    ZEQ: Erm..yelah..lama jugak tak bergaduh. sebab tu rasa sunyi sangat & perlukan teman berdebat..;-)

    BEN: so rugi...sotong my favourite taw! kalau buat goreng tepung @ tempura...mak mentua lalu belakang pun tak perasan! never mind..another try, next time maybe...ahaks!

    ReplyDelete
  6. Sama la vic kat umah ni pun. Bila kat ofis menggelabah nak bercuti panjang tapi bila dah cuti panjang mengelabah puyuh nak kerja plak. Sebenarnya bukan lebih kpd nak kerja... tapi tahan bosan.

    Vic lebih suka udang. Nampak udang je terus terbuka selera. Dah kenyang camna pun tetap leh makan lagi kalau ada udang.

    ReplyDelete
  7. nak g umah akak la..leh mkn sedap2...ihiih

    ReplyDelete
  8. VIC: Udang lebih sedap..buat celup tepung or sambal tumis...hurm..sedap!!
    Bosan tu susah nak ubat. Most of the days kita habiskan masa kat ofis, bila cuti di rumah, mati kutu tak tau nak buat apa.

    ILA HONEY: Meh lar...akak boring dok sensorang ni..asik makan, tido..tak tau la ape nak jadi.

    ReplyDelete
  9. Salam!
    Wah, kecor lagi air liur lagi makan sotong masak kicap berempah + dakwat sotong (warna biru) sikit...

    ReplyDelete
  10. Selalunya sotong ni balik2 Nida masak sambal jer.. pasni bolehlah try masak kicap pulak

    ReplyDelete
  11. TAJNUR: Ada setengah resipi masak kicap ni gunakan dakwat sotong, tp saya tak gunakan dakwat tu. Pakai kicap masin, kicap manis, sos tiram & sikit lada hitam.

    NIDA: Pasal tu la...selalu buat sambal tumis je, itu yang tiba-tiba teringin sotong masak kicap pulak..sesekali tukar masakan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails