About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, February 27, 2010

Taman Rimba Telok Bahang

Cuti sempena sambutan Maulidur Rasul semalam terisi dengan program mengejut. Biasa kalau dirancang awal takkan menjadi. Program mengejut saja yang menjadi. Disebabkan musim kemarau, ibarat cacing kepanasan semua makhluk yang bertebaran di muka bumi ni, jangkaan nya berlarutan sehingga April nanti, so..cacing-cacing yang kepanasan mencari lubuk air untuk berendam, habuan menghilangkan bahang panas...(banyak dosa..huhu!)

Jalan-jalan di island atau orang sini panggil 'tanjung' tak la sesak sangat. Maybe banyak company yang tak declare cuti hari ni. Kalau tak silap, cuti Maulidur Rasul ni dah gazzette as public holiday di Pulau Pinang. Entah la...! Tapi, best jugak..tak la asyik tersangkut-sangkut je kat jalan. Program hari ini we all berempat sekeluarga, Mr. Nasir again kena kerja..kerja..kerja. Cari nafkah untuk isteri...:-) Alhamdulillah...



Perjalanan ke Taman Rimba Telok Bahang menaiki 'cik bibah ~ si merah' dik na..sebab tu ligat je I snap gambar sepanjang perjalanan. Kalau sendiri jadi driver, tak merasa la jadi photographer tak bertauliah * using handphone cap ayam..hehe!



Masa arrived di Taman Rimba & mandi-manda ni tengah waktu prima..around 3pm. Mujur la masih ada 'tempat mendarat'. Boleh kata piknik kecil-kecilan saja, tapau some snacks & drinks dekat Caltex masa on the way ke sini. Selebihnya dik na bawa bekal goreng-gorengan nugget & ayam.

Misi utama berendam.. fuhh...lega dapat merasa berendam. Dah lama sangat kempunan tak mandi air terjun. Yang dekat taman rimba ni cuma jeram, air bergerak perlahan je, tak berarus pun. Nak buat camne, Penang ni ketandusan air terjun. Orang Penang banyak nya habiskan masa mandi-manda air terjun & berkelah di negeri-negeri jiran, Kedah & Perak.

Layan je those pictures ya..riang ria kanak-kanak ribena! Aji yang tak suka mandi air terjun pun dah 'stunt' sekali dalam air..hehe..puas jugak la dipujuk, mujur dia mau! Terasa segar sikit badan lepas tu. Cukup buat bekal cergas sehari dua kot..


Yang ni pic selepas balik dari mandi, semua pakat starving!! Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar di Macallum Street jadi port pulak. Tengok Teh C Pandan tu...hurm, first time try, tidak mengecewakan! Dah pernah cuba..? Lauk pun sedap & variety of menus..rambang mata jugak nak choose lauk. No wonder la dik na kalau tak masak, sini je tempat dia dengan Mr. Nasir. Nama not quite establish, but the food is good! Thumbs up!!



P/s: Time constraint. Maaf jika tak sempat I membalas kunjungan ke semua blog. Will do so time to time next week, Insyaallah...

12 comments:

  1. Salam..

    Menariknya tempat ni.. tak pernah sampai lagi.. bab mandi manda yg paling best sekali

    ReplyDelete
  2. oiwh heaven dpt berendam..pas mandi-manda sure perut laparkan..hee

    btw ti wat tag..=)

    ReplyDelete
  3. Salam!
    Musim panas ni bkn cacing je kepanasan malah CT pun terasa panas ye! Tu kira tempat bukit le, air tawar (terjun) dari rimbalah. Tentu sejuk terase sejuk sampai ke sini...

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Tak pernah lagi den sampai kat sana. Macam best.

    Tapi gambar air dalam set makanan tu sedap...


    =)

    ReplyDelete
  5. Kak Azie dah pernah dah pegi Taman Rimba ni, siap mandi gak dalam kolam tu.. Ada juga kolam untuk kanak-kanak kan?

    Wahhhh teruja tengok makanan orang tuuu...

    ReplyDelete
  6. sedap weyy..apnas2 ni gi buat aksi berendam dlm sungai..sedap la plak tgk air warna warni tu...

    ReplyDelete
  7. NIDA & BEN: Banyak lg tmpt yg lebih menarik, just kami kat penang ni, ketandusan air terjun, hentam je la kat sini pun!

    URUCHIMARU: urm, lepas berendam, naik ke darat terus kelaparan! Urm, nanti ye sy jawab tag..huhu..lmbt sikit pun tkpe kan..??

    TAJNUR: Sejuk, tapi masih boleh tahan gigil, sebab cuaca panas!

    IRIS: ye, mmg sedap, mesti cuba!

    KAK AZIE: a'ah betul kak, tapi air kt sini tak berapa best dah nk bandingkan dulu. jaga2 meleleh air liur tu kak..hehehe

    TIHA: haaa...tau tkpe, best oo berendam, nk ikutkan air jeram kat sini tk la best mcm kat tmpt lain, tp panas punye pasal...! BTW, air 3 layer tu mmg best!

    ReplyDelete
  8. bestnya mandi-manda...boleh masuk dlm list kalau nak p melancong kat Penang

    ReplyDelete
  9. ChikNa: Kedah punya air terjun best lagi chik na...

    ALOY: biasa je..:-)

    ReplyDelete
  10. Bab mandi jeram ini saya memang suka, kalau mandi kolam di hotel ini banyak protokol malu ler pula nak pamer perut boroi ini.

    Lama tak mandi jeram... ingat nak carilah juga!.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails