About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, March 24, 2010

Tok wan


Ini update cerita last week, agak kalut.


Hari sabtu sibuk di office sekerat hari. Sempat jugak inspect my newly purchased unit. A bit surprised keadaan dalam rumah tu (gulp..telan air liur dulu) kotor & banyak defect. Tak boleh bawak my mom datang tengok, risau dia pengsan! Lepas settle kerja mencuci baru program lawatan dapat diatur.


Sunday -- sebelah pagi spend masa depan laptop, buat some clerical job at home..key-in data untuk LHDN. Before noon, kena hantar my auntie and her kids balik semula ke Relau.


Ambil kesempatan singgah di PISA, tengok apa yang terbaru & menarik di pasaran hartanah, Penang International Property Expo (PIP 2010). Banyak exhibitor seperti tahun-tahun sebelum nya. Walaupun tak boleh berlama-lama tapi sempat jugak observe the way other marketing team handle enquiries dari prospective customer, sangat convincing. Learn something from there ^_^. (Kira macam takjub sebentar la...sempat lagi berangan kalau la ada skill marketing macam diorang..hurm....).

Selepas balik dari PISA, rehat sekejap dan lewat petangnya ke Hospital Seberang Jaya buat kali kedua nya kerana di celah-celah yang tidak tercatat di atas...tok wan was admitted for 4days, serious conditions. Internal bleeding (similar case dengan my late father) and ada lung infection jugak. :-(


Alhamdulillah, tok wan dah dibenarkan pulang semalam. Tapi makan masih melalui 'ryle's tube', hanya susu & ubat yang prescribed by doc. Doc dah pesan, tiub tu harus ditukar setiap 2 minggu dan dosage susu, air & ubat tu wajib kena follow.


Keadaan tok wan dah tak selemah last friday, dah cergas sikit walaupun sebelah kiri badan dah tak boleh digerakkan. We all sekeluarga hanya mampu bersabar & tawakal. Sebak. Terfikirkan derita sakit yang ditanggung tok wan, tak siapa boleh merasa. Sedang kita yang sekadar migrain pun macam mahu pecah kepala, ini kan pula sakit seperti tok wan. Sebak lagi. Percakapan tok wan sukar nak difahami tapi dia masih boleh merasa kehadiran anak cucu di sekelilingnya. Sesekali bila tangannya dipegang dia akan membalas genggaman tu. Aduh...perasaan bercampur baur..!


Indirectly, mood I jugak turut tak menentu sepanjang dua tiga hari ni. Kusut. Pertelingkahan tetap ada. Ujian Tuhan...


p/s: Duhai hati...bersabar lah..

5 comments:

  1. teringat manja2 dgn tok wan.(tok Ayah bagi Kelantan)..tapi sekejap..masa remaja..

    jika dapat mesra semasa kerja lagi sahdu.

    -hargailah harta dan kasih yang ada sebelum pergi darimata

    ReplyDelete
  2. Semoga Tok Wan cepat sembuh.. bila baca kisah ni teringat Tok Haji Nida yg baru 'pergi'... sedih dan sayu

    ReplyDelete
  3. As salam.murni..
    apa kabar laa ni..
    Begitu juga dgn tokwan tu..
    moga tokwan terus bersabar mnempuh dugaan yg mendatang..maklumlah diusia emas ini..pelbagai masalah yg mai...
    ntah lagu mana lah kita nanti nya ye...
    moga kita semua dapat ambil iktibar dari kisah yg dikongsikan..

    ReplyDelete
  4. ZEQ:Ya buat renungan semua..hargai yang tua selagi ada..masa kita belum tentu nasibnya bgmana..

    NIDA: Thanx nida ;)Saya pun harap tokwan dapat pulih spt sediakala tp doktor dah maklumkan internal bleeding dlm kepala tu mmg tk dapat dirawat..teringat jugak pada arwah abah.

    LANABULU: Salam..saya baik alhamdulillah. Tokwan masih macam tu jugak, belum ada perkembangan lagi. Ya, nasib kita belum tentu. Harap-harap diberikan kesihatan yg baik..selain berharap, sebelum terlewat, elok lah ambil langkah mencegah & berjaga-jaga, iktibar untuk semua.

    ReplyDelete
  5. ya kak....semoga akak tabah ya...jaga tok wan baik2...ila belah mama na bah da xdak tau tok wan..ag sedey...;-(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails