About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Friday, April 23, 2010

Belasungkawa: Pemergian Tok Wan Ku'Id

21 April, Rabu, jam 5.58 ptg:

Dada berdegup kencang setelah menerima sms "balik la" dari makcik Ita. Masih meneruskan kerja menghadap skrin komputer namun dengan hati tidak tenang. 2minit selepas itu, call masuk dari ma. Hati semakin tak menentu, call terus dijawab. "Tokwan dah tak ada.." Tiba-tiba semua nya menjadi kosong. Sebelum panggilan sempat diputuskan terdengar bunyi 'beep'..satu lagi 'call waiting' dari Dik Na. Panggilan dibalas, tapi aku tak tahu nak cakap apa bila dik na menjawab. Sekali lagi aku 'blur'..akhirnya, entah kekuatan dari mana dapat juga aku sampaikan berita pada dik na.

Bergegas pulang terus ke rumah bapa sedara. Jiran tetangga dan saudara dekat sudah memenuhi rumah. Teringat kali terakhir aku menziarah tok wan pada hari Isnin. Sempat aku serahkan pada makteh surat memohon bantuan dibuat kepada Yayasan Kebajikan Negara untuk tok wan yang sedang terlantar sakit. Arwah disahkan menghidap 'stroke' dan 'pneumonia' baru-baru ini, setelah 3 tahun arwah kehilangan deria penglihatan dan pendengaran. Rupa-rupanya itu kali terakhir aku dapat menyentuh dan merasa sesekali tangan ku digenggam tok wan.

Ada bibit-bibit sesalan mula timbul..tak mampu untuk diceritakan. Terlalu banyak kenangan dan cerita-cerita dari tok wan semenjak waktu kecil ku. Namun, semenjak 3 tahun lepas, arwah sudah tidak dapat berinteraksi dengan baik. Tak ada lagi cerita orang dulu2, cerita masa muda arwah, lawak dan teka-teki nya pada sekalian cucu.

Arwah meninggalkan seorang balu, 4 orang anak, 18 orang cucu dan 7 orang cicit pada usia 84 tahun.


Dalam kenangan..tok wan & tok ketika sambutan ulangtahun kelahiran kedua2 nya pada tanggal 29 Nov 1994


22 April 2010, Khamis, jam 10pg:

Arwah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tengah setelah dimandi, dikafankan dan solat jenazah di Masjid Daerah Bandar Baru Perda seawal jam 7.30 pg. Alhamdulillah..semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Terima kasih kepada semua jawatankuasa khairat dan kariah masjid, jiran-jiran, saudara jauh dan dekat serta sahabat-sahabat yang tidak henti-henti membantu dan mengirimkan ucapan takziah.

Mohon disedekahkan Al-fatihah kepada allahyarham Said Bin Din *tok wan ku'id....moga rohNya ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin.

Sunday, April 18, 2010

Back to natures

Maaf, entri ni mungkin kelihatan sedikit 'jakun' *bagi orang-orang yang arif tentang alam herba. But this is the truth, seumur hidup I, this is the first time I tengok pokok Inai (Henna) yang sebenarnya boleh berbuah. Hurm...jakun jugak kan?Huhu...

Pengetahuan belum cukup..ampun yer. *Pic sekadar ingin berkongsi dengan u all. Maybe ada jugak yang belum biasa tengok buah Inai ni. Snap gambar ni semalam semasa buat kunjungan ke rumah baru (kuarters kerajaan) bakal didiami my sister terletak di Tmn. Sir Hussein, Jln. Kennedy. Penghuni sebelum ni agak rajin. Banyak juga pokok-pokok berguna kat laman rumah ni. Laman belakang ada pokok kantan, daun kari, betik & belimbing buluh.

Untuk info, buah Inai ni pun digunakan juga untuk rawatan tradisional untuk macam-macam jenis penyakit. Sama faedah dengan daun dan kulit pokok nya.

Sempat I usik my sis semalam, lepas ni tak ada alasan la tak mau masak yang special & komplikated untuk family & mertua, rempah ratus boleh dapat 'segar dari ladang'..hehe.


Pokok bunga ni I tak tau apa nama nya. Ditanam dekat tepi gate rumah. Suka tengok bunga nya yang kecil kaler ungu.


P/s: minggu akan datang bakal sibuk dengan urusan my sis berpindah ke kediaman baru...kerap pindah, macam nomad pulak!!

Monday, April 12, 2010

Books hunting, food hunting..

Update from yesterday's programme.

Dipaksa bangun seawal jam 8 pagi during sunday kerana mengejar feri semata-mata nak breakfast roti canai kat Transfer Road. Hujung minggu ni I ikut je karenah my sis sebab 'something' happened at home. Untuk tak mahu menyesakkan kepala otak, lebih baik ambik time-out and enjoy apa yang boleh. Home is not the safest place on earth for this sunday!

Bertahun lama nya tak gunakan feri pejalan kaki, biasa driving. Suasananya tak sama. Nostalgia zaman sekolah, zaman belum berkenderaan sendiri, zaman menapak dan naik bas UTC warna hijau..*Rapid Penang jauh daripada ada waktu tu! Bezanya, sekarang ni perlu bersesak dengan warga asing. Nasib baiklah facility kat terminal menunggu tu dah jauh lebih baik berbanding dulu. Kalau tak, mau pengsan..*macam-macam bau! ;p My sis awal2 pagi lagi dah ready to pick me up from Raja Tun Uda Jetty. Urm..perut sudah berkeroncong!!

Selepas breakfast roti canai banjir + kuah campur + daging + teh o ais, merayap la we all berdua..seorang yang sememang nya 'single' (single la sangat..) dan seorang lagi 'single' sementara sebab hubby kena keja..(hehe...adik ipaq..jangan marah naaa...).

So, here we are..at Chowrasta. Mission: find some books to spend time with..

Sini pun dah lama tak pi...masa schooling dulu ada gak cari buku teks terpakai kat sini. A few book shops kat sini boleh negotiate price, tawar menawar!

Mabuk sekejap. I kan macam-macam tiba-tiba je boleh 'meroyan' kalau nampak buku banyak-banyak macam ni. Geram, macam nak borong semuanya.

Huhu...Jodi Picoult! Yang itu masih baru & elok keadaannya, RM 35/- Tapi tak beli yang itu.

Beli yang ini..setelah satu setengah jam menerjah kedai buku ni. Both only costs me RM 21/-. Berbaloi-baloiiii.....!

By noon, we all balik mandi-manda di rumah dik na sebelum meneruskan agenda 'cuci mata' & 'alas perut' @ Queensbay Mall petang nanti.

As promised, had our thai steamboat di Johnny's, rugi la jugak Mr. Nasir tak ada. Adik ipar I tu penyengap sikit orang nya, tapi harus, bila di meja makan terasa tak best pula tak cukup sorang korum.




Order Aloe Vera juice, alih-alih kena telan ice lemon tea jugak -- no stock kata waiter.

Makan kuat..tapi dok kurus camtu jugak!

Banyak lagi kat dalam tu...menyorok di dasar periuk. Yang nampak cuma udang, sayur & noodle.

Memang time-consuming..set yang we all order untuk seorang tapi 2 orang nak abiskan pun seksaaa...banyak!

Perut dah kenyang! Cuci mata kat Queensbay pun dah. It's time to pick Mr. Nasir from work before heading back to seberang. My sis kata dia dah memenatkan I for the whole day. Penat ke? Not really lah...cuma awal pagi tadi je pancit sikit sebab terpaksa menapak jauh ke terminal feri. Rasanya kalau I have to ulang-alik naik feri pejalan kaki everyday macam pagi tadi, berat badan I mesti akan maintainnnnn!! *harus difikirkan idea ni..sebab my weight dah put on another 2kg..and the worst is..tak suka tengok perut I....!! huhu...

Friday, April 9, 2010

I've been tagged (again)...!

Yeay! Another great award for me. This time from LCA. But, with some terms & conditions lorr...






1) Thank & Link the person who awarded you this award!
Thanx to Ms. Shasha Deen for this lovely award. Sorry..have to wait until today to publish this entry. I appreciate it!


2) Pass this onto 20 Bloggers that you've recently discovered and think are fantastic!

Not sure whether I would be able to complete the list... but now I'm presenting the winners...& they are....

3) Now contact / comment the above said bloggers, and scream! YOU'VE BEEN TAGGED!


Will do...



Monday, April 5, 2010

Donat or Cucoq Bawang Mak...

Sakit tekak masih belum hilang sejak minggu lepas. Dah bergelas air asam jawa dihirup, dan bergelas jugak air kosong, tapi masih macam tu jugak. Takkan nak kena gi klinik lagi kot.

Mood pun kurenggg...

Ayat nak blogging pun takde sejak dua menjak ni..

Petanda angau kah....???hehe...no way. Tak mau dah angau2 semua ni. Banyak lagi benda lain boleh fikir. Kalau kemaruk sangat nak angau, lebih baik angau kan kereta baru, rumah baru...lagi banyak 'pekdah' nyer.

Last week..




Teringin nak makan donat 'Epal Besar'. Tapi tahap kemalasan menjadi-jadi, malas nak pusing Jusco, sudah nya singgah Nash Donuts je..kat tepi jalan. Bukan susah, parking tepi terus masuk kedai. On the go je..(mula la berangan..bila la 'epal besar' nak buat drive thru..hehe)



Opt for Lemonade & Choc Marble (geng donat lagi dua ekor tak ada...kurang nikmatnya)

Tapi I lebih suka yang ini...traditional way!



Perghhh..air tangan mak..tak ada apa yang dapat menandinginya! Cucoq bawang..menu pagi ahad. Lama sangat ma tak buat cucoq bawang ni..cicah sos cili pun sodappp..;)

Ahad (yesterday), sejurus selepas breakfast terus heret my mom and bro gi visit rumah I..(my house???erk..macam tak percaya sudah ada rumah sendiri...). Hire seorang pekerja Myanmar cuci kan rumah & clear up all mess. So, semalam pergi just to check how far things have been done.

Balik sebelah petang tu..baru la ada masa untuk diri sendiri. Spend kat Watson's... (u know laa that women thing..lipstick la, blusher la..foundation lar...) and finally dapat layan movie 'Evolusi KL Drift 2'. Orang lain dah riuh tengok, I baru semalam dapat tengok.. terkebelakang..huhu. Takpe..yang penting 'bahagia'.

This week ingat nak gi tengok movie ni...



Ada sesiapa dah tengok movie ni??got any review to share?

Thursday, April 1, 2010

Perjalanan di tengah sesak & hari yang semakin gelap menunggu gerimis senja..

Bila bosan dalam 'traffic jam'...menunggu lampu isyarat -- inilah jadi nya. Tak ada kerja, cari kerja...




Ingatkan dah balik lewat senang sikit nak bergerak kat jalan, tapi hampa. Sama saja keadaannya.




Hari semakin gelap. Hati tak keruan. Hujan nak turun (tak perlu ingat kain di jemuran sebab tak menyidai kain di balkoni pagi tadi). Risaukan 'perjalanan' yang harus ditempuh sebelum sampai ke destinasi..hari yang semakin gelap, sudah la semakin 'senja'. (aitt..lain macam jer bunyinya...tafsirkan la -- kalau boleh)





Akhirnya hujan juga! Dan I tersadai lagi dalam kesesakan, kali ini menunggu gerabak keretapi melintas. Entah sampai bila harus 'menunggu', maka esok nya I akan cuba cari 'laluan' lain. Perjalanan harus diteruskan sehinggalah tiba masanya meninggalkan 'destinasi' sementara ni..wallahualam.



p/s: entri tersurat, tajuk tidak boleh menahan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails