About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, April 23, 2010

Belasungkawa: Pemergian Tok Wan Ku'Id

21 April, Rabu, jam 5.58 ptg:

Dada berdegup kencang setelah menerima sms "balik la" dari makcik Ita. Masih meneruskan kerja menghadap skrin komputer namun dengan hati tidak tenang. 2minit selepas itu, call masuk dari ma. Hati semakin tak menentu, call terus dijawab. "Tokwan dah tak ada.." Tiba-tiba semua nya menjadi kosong. Sebelum panggilan sempat diputuskan terdengar bunyi 'beep'..satu lagi 'call waiting' dari Dik Na. Panggilan dibalas, tapi aku tak tahu nak cakap apa bila dik na menjawab. Sekali lagi aku 'blur'..akhirnya, entah kekuatan dari mana dapat juga aku sampaikan berita pada dik na.

Bergegas pulang terus ke rumah bapa sedara. Jiran tetangga dan saudara dekat sudah memenuhi rumah. Teringat kali terakhir aku menziarah tok wan pada hari Isnin. Sempat aku serahkan pada makteh surat memohon bantuan dibuat kepada Yayasan Kebajikan Negara untuk tok wan yang sedang terlantar sakit. Arwah disahkan menghidap 'stroke' dan 'pneumonia' baru-baru ini, setelah 3 tahun arwah kehilangan deria penglihatan dan pendengaran. Rupa-rupanya itu kali terakhir aku dapat menyentuh dan merasa sesekali tangan ku digenggam tok wan.

Ada bibit-bibit sesalan mula timbul..tak mampu untuk diceritakan. Terlalu banyak kenangan dan cerita-cerita dari tok wan semenjak waktu kecil ku. Namun, semenjak 3 tahun lepas, arwah sudah tidak dapat berinteraksi dengan baik. Tak ada lagi cerita orang dulu2, cerita masa muda arwah, lawak dan teka-teki nya pada sekalian cucu.

Arwah meninggalkan seorang balu, 4 orang anak, 18 orang cucu dan 7 orang cicit pada usia 84 tahun.


Dalam kenangan..tok wan & tok ketika sambutan ulangtahun kelahiran kedua2 nya pada tanggal 29 Nov 1994


22 April 2010, Khamis, jam 10pg:

Arwah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tengah setelah dimandi, dikafankan dan solat jenazah di Masjid Daerah Bandar Baru Perda seawal jam 7.30 pg. Alhamdulillah..semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Terima kasih kepada semua jawatankuasa khairat dan kariah masjid, jiran-jiran, saudara jauh dan dekat serta sahabat-sahabat yang tidak henti-henti membantu dan mengirimkan ucapan takziah.

Mohon disedekahkan Al-fatihah kepada allahyarham Said Bin Din *tok wan ku'id....moga rohNya ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin.

17 comments:

  1. Al-Fatihah buat arwah tok wan.

    takziah buat kamu sekeluarga.

    kematian itu sesuatu yg pasti!

    ReplyDelete
  2. takziah kak...

    semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman...

    ReplyDelete
  3. Al- Fatihah... Takziah untuk murni sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. akak...ila terkejut tau...smlm baca kt Fb akak....sama2 kita doakn untk tok wan...al-fatihah...

    ReplyDelete
  5. Aminnnnn.... Moga dirahmatinya rohnya...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum!
    قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
    AlFatihah
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)

    ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
    Semoga dicucuri rahmat Allah SWT ke atasnya!

    ReplyDelete
  7. Takziah ye siti..Al Fatihah..

    ReplyDelete
  8. Hi Siti Murni, regret my bahasa rusty unable to comment on your this posting.
    However, you mentioned about my pantun, so here's one specially to you....Siti Murni,

    Dari mana punai melayang?
    Dari paya turun ke padi.
    Dari mana datang sayang?
    Dari mata turun ke hati.

    Bagaimana menangkap landak?
    Diasap pintunya dengan api,
    Bagaimana mula berkehendak?
    Dari mata turun ke hati.

    You have a pleasant weekend, stay young, stay beautiful and simpan satu lagu dalam hati, Lee.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih semua atas ucapan takziah...

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah buat arwah Tok Wan..

    Nida pun bergenang airmata bila baca n3 ni.. terkenang insan2 yang ditinggalkan di Malaysia

    ReplyDelete
  11. Daripada Allah kita dicipta dan kepadaNya juga kita kembali...

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  12. sekali lg akak... takziah utk akak, na ngan semua family akak...
    semoga arwah aman disana....
    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  13. takziah dari akak..al-fatihah
    semoga rohnya dicucuri rahmat dan harap siti tabah menghadapi dugaan kehilangan orang tersayang

    ReplyDelete
  14. Takziah ye...al fatihah...
    Salam perkenalan...just follow ur blog...harap dapat membalas kunjungan...jemput la ke teratak amy...

    ReplyDelete
  15. Takziah, ALfatihah.. bila sudah pergi terasa masa nak diundur kembali, nak berbual berbakti sebanyak mungkin...nyesallllll

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails