About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, May 16, 2010

Happy Teacher's Day

Every 16th May of the year, negara meraikan Hari Guru as a token of appreciation dan pengiktirafan terhadap jasa, sumbangan dan pengorbanan kaum guru. Semenjak 'bersara' sebagai seorang student, sambutan Hari Guru sudah tidak seperti di alam persekolahan dulu.

Tiap kali sambutan Hari Guru, acara jamuan makan la yang paling dinantikan. Masa tu akan sibuk memujuk mak sediakan menu best untuk dibawa ke sekolah. Kad ucapan, bunga ros dan cenderahati tak dilupakan. In fact, mini market & kedai stationery dekat area sekolah tu memang dapat 'good business'. Masing2 sibuk nak belikan hadiah, buat kad ucapan untuk cikgu tersayang. Macammana u all sambut Teacher's Day kat sekolah dulu? Share some stories here...


Pic atas: Darjah 2 Merah/1988.
Pic bawah: Darjah 4 Merah/1990.
Cari la I kalau pandai..

Sepanjang alam persekolahan, ada beberapa orang cikgu yang sangat terkesan di hati I. Masih ingat nama cikgu darjah 1 u all?? Cikgu darjah 1 I namanya cikgu Arfah, cikgu kelas 1 Merah, SK Telok Air Tawar, tahun 1987. Entah di mana cikgu Arfah sekarang. Masa di SK paling takut dengan Sir Halim, cikgu matematik masa I darjah 3. Beliau garang sangat, sebab tu selalu semput dalam kelas..huhu..itu thinking masa kecik2 dulu la..huhu. First time I tengok cikgu menangis dalam kelas -- cikgu Mariani. Kalau tak silap masa I darjah 5. Agaknya dia tension dengan budak2 lelaki yang nakal tahap gaban waktu tu. I tak nakal..baekk...penyengap ya'amat..hehe.

Pic masa form 4PD1. Teacher Norziah sitting at centre. I...3rd row, no. 4.

Apa-apa pun, my best memories semasa di secondary school laa...masa tu tengah meningkat remaja..tengah gatal2 sikit kan...haha..oops..pengakuan kah..??? Tak la...nakal tu yes. Still remember, hari pertama di Form 4PD1, year 1996. We all satu kelas kena denda berdiri kat padang depan kelas gara-gara tak bawak buku sifir 4 angka..panas wei! Masa tu memang marah siot dengan cikgu Zul. Mana tak nya malu ooo kat secret admirer...abg senior form 5Sc yang I minat tu. Huhu...kena denda...sungguh tidak patot kan.

Cikgu Zul tu cikgu math we all, cikgu baru la katakan. Beliau sangat suka guna initial plet kereta proton beliau...PCU 112. Paper ujian, nota math semua beliau guna initial tu. Cikgu Zul ni selalu anggap 'group' I ni yang paling 'tak boleh dididik' * i think so lar..sebab kenakalan dan tak dengar cakap. Finally, selepas mengajar maths 2yrs, selepas SPM dah tengok result baru la dia tau agaknya...walaupun nakal..tak seorang pun dari kami yang gagal. I yang mengong maths pun leh lulus dengan kepujian taw..cheeyyyy..bangga diri.

Kenangan beraya di rumah teacher Norziah. I yang baju maroon tu...sitting next to her.

Erm...cikgu yang paling I sayang...of course la...my lovely teacher Norziah Abd Aziz. Beliau mengajar English masa I form 3KH2. I was among the top5 student in our English class waktu tu. Every month beliau akan buat kuiz. Top scorer akan dapat hadiah...I penah dapat hadiah pen.:) Sh. Syahidah Assyura, Wan Haidar Khair & Iman Shah adalah antara classmates I yang selalu je jeles sesama sendiri...semua nya compete to be top scorer. Teacher Norziah walaupun garang (sebab beliau guru disiplin) tapi beliau seorang yang sangat suka encourage student beliau. She's funny too..ada masa2nya la. Besides, beliau jugak cikgu kelas we all semasa Form 4-5. Kerap jugak we all bertandang ke rumah teacher Norziah tiap kali raya. Till now..we all still keep in touch dengan teacher Norziah. Thanx to facebook...*hehe...sempat lagi promote.

To all my lovely teachers..Pn. Norziah Abd. Aziz, Pn. Norbaini Soaimin, En. Zul Azmi, Sir Halim, Pn. Arfah, Pn. Mariani, Pn. Zurina, Ust. Roslina, En. Ashrab Ali, En. Johar dan ramai cikgu-cikgu yang pernah dan masih lagi mengajar di SK/SMK Telok Air Tawar serta semua guru-guru di Malaysia....Selamat Hari Guru. Terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan pengorbanan kalian -- menjadikan 'kami' sebagai 'kami' pada hari ini. Terima kasih cikgu.

"Guru Pembina Negara Bangsa"

8 comments:

  1. Wahh...ada gambar zaman sekolah . soo sweet .

    Semua orang ada kenangan dgn cikgu kann ... yang jatuh cinta pun adaaa.

    ReplyDelete
  2. Slmt ari guru buat semua warga pendidik

    ReplyDelete
  3. Selamat hari Guru..wahh..nak usha2 gmbr sek akak jap...heheh

    ReplyDelete
  4. wow ada pic zaman sekolah..besh kan kalo dpt cikgu suporting..

    ReplyDelete
  5. Beruntungnya guru yg mendapat anak murid macam Siti... masih mengingati guru yang telah banyak berkorban

    ReplyDelete
  6. wow! ada photo kenangan lagi.. mesti teringat selalu.. hhehe

    ReplyDelete
  7. ahaks dlu asek bgi adiah kt chekgu...skang dpt adiah rsa cam klakar lak ahaha

    ReplyDelete
  8. imheppie: slmt hari guru utk u....dah tukar status..mcm mana rasanya?hepi? terharu?

    roronoa zoro: ada...slalu sgt teringat.kenangan manis alam psekolahan kan...mana boleh lupa.
    thanx..rajin2 la jln2 sini ya..

    Nida: Ingat nida..tetap ingat..cikgu tu umpama ibu bapa ke2 kita...;)

    kak linda: ait....jatuh cinta...?sape?akak eh..??hehe....mmg ada yg jatuh cinta ngan cikgu..di kalangan kawan2 sy pun ada...normal kan kak.

    eelobor: same here..

    ila honey: ye..usha jangan tak usha..dapat cari tak mana satu akak??

    tihara: erm..beruntung sgt..;) cikgu yg kadang2 marah, nmpk tegas dan garang ngan kite pun sbnr nya ada baik nya...nk mendidik kite tu.
    cuma masa kecik dulu..tk fhm hakikat kan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails