About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, October 2, 2010

Perempuan tu...

Alhamdulillah...sabtu dah hari ni, dah weekend. Lately..memang really looking forward for weekend. Memandangkan rutin kerja di pejabat bertambah due to kekurangan 'manpower' dan "beban masalah" yang ditinggalkan orang yang berkenaan.

Pening jugak nak handle aduan pelanggan....orang yang pergi, tinggalkan 'imej buruk' satu hal...tinggalkan najis lagi untuk orang lain bersihkan! Tak patut sungguh.

Akibat daripada sikap pengurusan yang sambil lewa dengan aduan I...**taknak dengar cakap I kan...cakap I nak bodek & kipas bos kan....nah, sekarang...tengok apa dah jadi.
Tak salah dugaan I. Walaupun tak ada bukti...kebenaran dah di depan mata. Each day, ada saja pelanggan mengadu...perempuan tu mintak yuran yang bukan-bukan dari pelanggan yang sebenarnya tak sepatutnya wujud pun! Banyak RM dah disonglap perempuan tu.




Previously, rakan baik dia yang terlibat..meja sebelah-sebelah. Bila kes hampir terbongkar, ambil gaji hujung bulan, terus cabut dari office. Songlap duit pelanggan pun penyakit berjangkit rupanya! Huhu..mintak la dijauhkan.

Yang I tahu sebelum ini RM 7,000++, kes tukar cek customer dengan cash. Kemudian sorang customer bagitau..RM5,000/- dipinjamkan kat perempuan tu. Kelmarin pulak, sorang customer mengadu dah bayar RM 700/- yuran guaman melalui perempuan tu, tapi tak ada resit sebab bayaran dibuat lepas waktu pejabat. Itu belum kira dua tiga panggilan dari customer nak mengesahkan wujudkah 'yuran penilaian' RM550/- yang kena bayar kepada agen tertentu.

Hmm.....kalau la I jadi bos, arahan meletakkan jawatan saja tak memadai. Terminate je terus...& the most important thing...buat je report polis! Bagi pengajaran untuk orang macam ni, jangan senang-senang lepas bebas & ulang jenayah yang sama. Padahnya....bad reputation for company!


P/s: Dah lama bengang dengan perempuan tu...selalu tak dengar instruction I. Dah la bodoh sombong, apa saja tak reti nak bincang, terus nak hadap bos....I bukan tunggul kat office tu..! Hilang satu 'luka bernanah'...masalah pulak nak hilangkan 'parut'....

13 comments:

  1. Dia dah pergi pun. Berani dia buat camtuh, makan duit tak berkat jadi darah daging.

    Kebenaran dah nampak depan mata, moga menjadi tauladan dan sempadan.

    Pendekata, biar orang buat (kerana kita tak upaya nak halang), asal kita jangan buat sama.

    Hati-hati.

    ReplyDelete
  2. perempuan itu mmmg nak kena...mencik...huuhuh

    ReplyDelete
  3. duit punya pasal..jadi kuda..tipu sikit tipu banyak..

    bagus jika siti tak bersekongkol..

    ReplyDelete
  4. hebat3..pompuan tu mengalahkan kaum teman..hee
    tahniah sbb ada peningkatan..
    p/s- nak kena letakkan garis panduan didepan pintu atau mana2 yg patut utk menjelaskan bayaran yg wajib dilakukan sahaja...
    biar jelas lagi terang..
    atau ...?

    ReplyDelete
  5. hik..hik.. kena kesian juga kat depa yang bodoh sombong ni.

    ReplyDelete
  6. TIHA:
    Tak belajar dari kesilapan orang lain..& tak takut pulak tu dgn akibat..hmm..

    KAK AZIE:
    Dia dah pergi, tapi yang masih tinggal kena bersusah payah 'membersihkan' reputasi sykt. mintaklah dijauhkan....

    ReplyDelete
  7. HONEYBUNNY:
    Ye ila, kadang-kadang terfikir..pengurusan tak rasa kesian kah kat kami..4 org yg tinggal bertungkus lumus kena explain pd customer...mujur ler tak ada yang naik angin kat office tu.

    ZEQ:
    Itu lah penting nya integriti..amanah! tak kira sikit atau banyak..haram tetap haram.

    ReplyDelete
  8. LANABULU:
    Licik! Itu lah dia perempuan tu. Siap dia pesan pada customer, apa2hal sekalipun, dont ever refer to anybody else...cuma dia saja. Hmm..lepas ni kena letak reminder..."Please insist for our official receipt"

    IM:
    Dulu memang kesian, dia ada masalah kewangan. Tapi masalah tak sepatutnya jadi pendorong melakukan yang haram. Sekarang dah tak ada kesian lagi..bila kereta saya pulak jadi sasaran pelanggan yang pernah ditipu perempuan tu. Nak kesian lagikah?

    ReplyDelete
  9. tension dengan org yang bxdxh dan sombong

    ReplyDelete
  10. SHARINGFOZ:

    Itulah..nak buat tak peduli pun tak boleh. ibarat seperti baling bola ke dinding...sudah nya berbalik pada kita jugak...:(

    ReplyDelete
  11. I setuju yg kompeni u patut buat repot polis. Kalau tak ada sebarang tindakan diambil nanti pelanggan akan anggap bos u acuh tak acuh dengan kes ni. Silap haribulan dituduh bersekongkol plak. Ini boleh mencemarkan reputasi firma guaman tempat u kerja.... better take action b4 it's too late.

    ReplyDelete
  12. VIC: Management baik hati tak bertempat. Pendapat kita tak diambil perhatian pun..:(
    BTW..bukan legal firm dear..property developer...hee:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails