About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, November 9, 2010

soalan-soalan yang tak ada kesudahan

Lokasi: Jelutong Promenade at Nautilus Bay, Lebuh Sungai Pinang.



Tenang, tak berombak laut Selat Melaka petang tu. Air semakin surut. Pelabuhan sebelah sana kelihatan sayup-sayup walaupun dalam cuaca terang.

Apa yang kalian fikir dengan foto tu? Yang pastinya, tak sama seperti yang ada dalam fikiran I. Soalan-soalan tak berjawab. Kisah yang tak tahu bila dan apa kesudahannya.

Minggu ni bakal meruntun emosi. Masuk ke '3 series', macam-macam isu menekan. My restless soul..hanya akan tenang jika tak ada campurtangan orang lain yang sibuk-sibuk bertanya about my future. Concern tak kena tempat. Nak ambil berat tak kena gaya.

Bila I renung jauh ke tengah laut tu, yang I fikir macam mana nak sampai ke tengah...jangan kata speed boat, perahu pun tak ada.

Jenuh tunggu feri ulang alik, Pengkalan Raja Tun Uda -- Pengkalan Sultan Abdul Halim. Feri datang, feri pergi. Itupun kena tunggu giliran. Ombak dan pasang surut. Semuanya faktor -- I tak boleh sampai ke tengah tu. So, why blame it on me?? Bukan I yang tak nak kan??

Macam nak hempuk batu-batu tepi pantai tu kuat-kuat..tapi dapat apa? Hanya penat.

Hidup ni penuh dengan siri-siri soalan yang susah nak dijawab..dan tak berkesudahan. Keluh I petang tadi pada seorang kawan dan abang. Tapi jawapan balasnya yang bersahaja, cukup menyedarkan -- "itu baru soalan di dunia, masa hidup. Belum lagi soalan di sana.."

Terima kasih Abg Zul..short conversation, yet meaningful.

17 comments:

  1. Salam Siti...

    kakcik baru sahaja balik dari PP - tiga hari berulang dari Pulau ke Perai kadang2 dengan feri, kadang2 melalui jambatan - dan.. laut tetap di situ bersama pasang surutnya..

    ReplyDelete
  2. klu mampu berenang,beranang la ke tgh laut tue.tp takut x dan smpi tgh dah lemas d tepian.

    so,jgn paksa diri melakukan yg x mampu walaupun paksaan dari org lain.

    pesanan hemat ini dibawa khas oleh Dr.Fazilah Kamlalang...

    huhuhu

    ReplyDelete
  3. kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepian pantai...
    sekian....

    ReplyDelete
  4. salam adik manis..

    wahhh...cantiknya pandangan ..
    air surut ..
    tenang ..
    tapi siapa tahu ditengah sana kaans..

    ReplyDelete
  5. pehhhh...mmg bermakna ayat yg last tu....

    ReplyDelete
  6. air laut yg terus mengalir tanpa kesudahannnya...akak...tol cakap jebateja tu...amat mendalam kata2 d entry akak neh...

    ReplyDelete
  7. Lumrah manusia takkan berhenti bertanya. Kadang2 bukan betul2 nak tahu. Slip from tongue. Sekadar alas bicara, permulaan kata bila jumpa. Tak fikir soalan kadang2 tak dapat diterima oleh si penerima.

    p/s: Vic paling benci kalau orang tegur "eii gemuknya/ berisinya ko skang"

    ReplyDelete
  8. Hi Siti murni, you just take it easy, ya.
    I have always loved Penang, and will always take the ferry instead of the bridge.
    By coincidence I just posted something about Penang too.

    From what I understand your posting, life is sometimes complicated....but the strong will survive. I know you will, I know you can.
    Have a pleasant day, and simpan satu lagu dalam hati, Lee.

    ReplyDelete
  9. KAKCIK:
    Salam kakcik :) kakcik jalan2 penang lagi..?best kan...
    pasang surut laut dah ada aturannya...tapi kita ni mcm mana pulak kakcik..?huhu

    BELALANG A.K.A DR.FAZILAH KAMLALANG: hehe...thanx adik belalang...kak ct appreciate advise belalang. Benda kalau di paksa memang tak bertahan lama kan.

    ReplyDelete
  10. ANAKMUO: terima kasih singgah & komen..jangan kata nak buat rumah tepi pantai, nak buat istana pasir pun tak termampu...

    KAK LINDA: thanx sis..:) foto tengah merenung diri tu. yang hanya mampu duduk di gigi air, teringin nak berenang sampai ke tengah. tapi orang yang dah berenang ke tgh pulak lain jadi nya, ada yg berjaya smp ke seberang sana..ada yang lemas di tengah gelora sang ombak..*fuuh..jiwang nye aku kak..hehe

    ReplyDelete
  11. JEBATEJA:
    betul kan...simple tapi mendalam maknanya, buat yang mahu memahami & berubah.

    HONEYBUNNY:
    betul2...buat renungan sama2..:)

    ReplyDelete
  12. VIC: tak kah terlintas di benak diorang..apa dilema orang yang nak menjawab tu. Memang lah redha..tapi harus lah letakkan diri sendiri di tmpt orang yang nak menjawab. tertekan kan? walaupun i senyum & jwb dgn nada bergurau..tapi hati i ni? menangis macam nak rak tauu..huhu. Sabar saja kah pilihan yang ada?

    ReplyDelete
  13. UNCLE LEE:
    Yes, Uncle Lee..I've read your post about Penang, last 2 days I guess. Can see that u missed Penang very much! :) And your romantic story...on-board ferry?hehe.
    Thanx uncle lee..help me to build-up my spirit n motivate me:)

    ReplyDelete
  14. sabar je lah... buat tak dengar je

    ReplyDelete
  15. CHIK NA: kadang2 terfikir -- diam saja bila ditanya. okay jugak kan cmtu..bagi orang yang bertanya tu sedar...

    ReplyDelete
  16. ZEQ: antara biru laut...hijau hutan jugak yang kupilih...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails