About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 27, 2010

Taman Rimba Telok Bahang

Cuti sempena sambutan Maulidur Rasul semalam terisi dengan program mengejut. Biasa kalau dirancang awal takkan menjadi. Program mengejut saja yang menjadi. Disebabkan musim kemarau, ibarat cacing kepanasan semua makhluk yang bertebaran di muka bumi ni, jangkaan nya berlarutan sehingga April nanti, so..cacing-cacing yang kepanasan mencari lubuk air untuk berendam, habuan menghilangkan bahang panas...(banyak dosa..huhu!)

Jalan-jalan di island atau orang sini panggil 'tanjung' tak la sesak sangat. Maybe banyak company yang tak declare cuti hari ni. Kalau tak silap, cuti Maulidur Rasul ni dah gazzette as public holiday di Pulau Pinang. Entah la...! Tapi, best jugak..tak la asyik tersangkut-sangkut je kat jalan. Program hari ini we all berempat sekeluarga, Mr. Nasir again kena kerja..kerja..kerja. Cari nafkah untuk isteri...:-) Alhamdulillah...



Perjalanan ke Taman Rimba Telok Bahang menaiki 'cik bibah ~ si merah' dik na..sebab tu ligat je I snap gambar sepanjang perjalanan. Kalau sendiri jadi driver, tak merasa la jadi photographer tak bertauliah * using handphone cap ayam..hehe!



Masa arrived di Taman Rimba & mandi-manda ni tengah waktu prima..around 3pm. Mujur la masih ada 'tempat mendarat'. Boleh kata piknik kecil-kecilan saja, tapau some snacks & drinks dekat Caltex masa on the way ke sini. Selebihnya dik na bawa bekal goreng-gorengan nugget & ayam.

Misi utama berendam.. fuhh...lega dapat merasa berendam. Dah lama sangat kempunan tak mandi air terjun. Yang dekat taman rimba ni cuma jeram, air bergerak perlahan je, tak berarus pun. Nak buat camne, Penang ni ketandusan air terjun. Orang Penang banyak nya habiskan masa mandi-manda air terjun & berkelah di negeri-negeri jiran, Kedah & Perak.

Layan je those pictures ya..riang ria kanak-kanak ribena! Aji yang tak suka mandi air terjun pun dah 'stunt' sekali dalam air..hehe..puas jugak la dipujuk, mujur dia mau! Terasa segar sikit badan lepas tu. Cukup buat bekal cergas sehari dua kot..


Yang ni pic selepas balik dari mandi, semua pakat starving!! Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar di Macallum Street jadi port pulak. Tengok Teh C Pandan tu...hurm, first time try, tidak mengecewakan! Dah pernah cuba..? Lauk pun sedap & variety of menus..rambang mata jugak nak choose lauk. No wonder la dik na kalau tak masak, sini je tempat dia dengan Mr. Nasir. Nama not quite establish, but the food is good! Thumbs up!!



P/s: Time constraint. Maaf jika tak sempat I membalas kunjungan ke semua blog. Will do so time to time next week, Insyaallah...

Thursday, February 25, 2010

Doa Buat Suamiku

Sinopsis..

"Hazwani, gadis berkarier yang memiliki segala-galanya. Namun, ada satu yang kurang; dia gagal memeluk cinta seorang lelaki. Bukan dia menolak fitrah, tapi dia terlalu leka dengan kerjayanya dan prinsip sehingga mengabaikan tuntutan diri. Meski hidup solo bukan lah suatu dosa, tapi hipokrit kalau dia tidak berasa cemburu melihat kebahagiaan teman seusia.

Kehadiran semula Iskandar, bekas tunangnya sesekali menggamit rasa. Begitu juga dengan layanan mesra Datuk Munir, bos sendiri yang saban hari cuba merapati. Dan seiring waktu berlalu, ketulusan hati Radhuan yang dikenali sejak pertemuan di bumi Esfahan, Iran membuka pintu hatinya.

Namun, prinsipnya tetap sama; dia tidak mahu terburu-buru, bimbang ada hati yang terluka. Kerna itu, di setiap sujudnya, doa terus dipohon agar dia tidak silap membuat pilihan. Apakah dia ditakdirkan bersama dengan salah seorang daripada mereka atau perlukah dia menanti lagi?"


This one was bought by Dik Na, since she's the one who suggest this novel to me. Urm..character sama dengan I kata nya. Well, give me 2 days to discover this! So far, baru sempat baca 3o pages..Insyaallah akan cuba menyelami maksud novel ni. :-) Jika ada yang baik, tak ada salah nya dipraktiskan...ye tak..?? hurm.....diam..

Wednesday, February 24, 2010

6 kuntum mawar merah di bulan Februari..

Ehem..ehem...ada orang tu dapat 'munge-munge cinte' tadi pagi at around 11.30am. Orang tu surprise + teruja sangat2..unexpected kan..:-) Officemates pakat nak tengok kad..ehem ehem...thanx kat 'orang Langkawi'. Luv the roses..u've made my day! Pagi yang boleh tahan busy & tension terubat dengan kehadiran a bouquet of red roses!

Sila jangan jealous, dah lama tak dapat munge ros tau..kasi can I happy2 kejap k..
Walaupun bunga tak boleh dimakan & akan layu at the end, tapi dah macam satu kepuasan untuk orang yang menerima. Perasaan sukar nak dijelaskan. Lapar pun boleh rasa kenyang sebab happy dapat bunga..haha...(macam poyo I ni kan!) Seriously la..untuk orang yang a bit sentimental like me, terasa sender tu betul2 appreciate I.

Erm..bilangan kuntum bunga ros ni ada makna nya tau. Tapi depends la, itu pun kalau sender tu betul-betul nak ikut skema makna bunga ros macam yang I list down kat bawah ni..check out ya..

1 Rose ~ Exceptional love all concentrated on you.

2 Roses ~ Two of us deeply in love.

3 Roses ~ I love you.

6 Roses ~ I want to be yours.

9 Roses ~ Love each other eternally.

11 Roses ~ You are the one I love most in my life.

12 Roses ~ Satisfactory union and mutual affinity.

13 Roses ~ Secret admirer.

24 Roses~ Remember fondly every moment (24 hours cannot forget you).

33 Roses ~ Saying “I love you” with PROFOUND LOVE.

36 Roses ~ Feeling romantic attachment because you come to me.

44 Roses ~ Constant unchangeable pledge.

50 Roses ~ This is “Regretless Love”.

56 Roses ~ My love.

66 Roses ~ Successful love affair.

99 Roses ~ Love with understanding makes love eternal.

100 Roses ~ Harmonious union in a century, remain a devoted couple ’till ripe-old age.

101 Roses ~ No other love but you.

108 Roses ~ Please marry me!

111 Roses ~ Eternal love.

123 Roses ~ Free love.

144 Roses ~ Loving you day and night eternally.

365 Roses ~ Thinking of you everyday, love you everyday.

999 Roses ~ Everlasting and eternal love.

1001 Roses ~ Faithful love, ’till forever


info credit to: http://www.tentangcinta.com/hadiah-cinta/rahsia-di-sebalik-bilangan-kuntuman-bunga-ros/

Monday, February 22, 2010

The day we celebrate mom's birthday (Part 2)

Another surprise for mom! Unplanned. Pagi ahad yang a bit gloomy for mom I guess, especially di hari ulangtahun kelahiran beliau..hehe..turned to cheers later in afternoon.
Walaupun hari sabtu malam tu dah sambut di KFC tapi ada sambungan pulak hari ahad tu..rasa tak cukup without birthday cake.

Disebabkan pagi tu ma dah berpenat lelah menyediakan meehoon sup, teringin nak makan kata nya, tergerak pulak di hati we all adik beradik untuk belikan surprise cake kat dia. Tengok pic sudah la, pakai kain batik je mak bonda I..hehe..telah dipaksa potong kek, tiup lilin & doa untuk impian dan hajat nya di usia yang menginjak lagi setahun.



Adik ipar awal-awal pagi dah keluar, diorang overnight kat umah..tapi disebabkan kena bertugas hari ni tak dapat la Mr. Nasir nak memeriahkan acara! At first, bercadang nak celebrate kat luar saja tapi mengenangkan keesokannya (hari ni lorr) dah mula bertugas, maka terpaksa la batalkan rancangan tu. Rancangan bersiar-siar postpone ke hujung minggu ni..lepak Gurney Drive maybe..tak sure lagi.



Sunday, February 21, 2010

The day we celebrate mom's birthday..

Happy Birthday ma..!! Mmmmuahhhh....sayang ma!

Terima kasih ma kerana selalu masak masakan yang sedap2 for us..menjaga & mendidik kami sampai ke tahap ini..menahan mata dari pejam ketika kami lewat pulang ke rumah..menghantar, menjemput kami ke tadika, ke sekolah..siap dengan bekal (walaupun dulu, kami malu bawak bekal, bimbang diejek kawan-kawan)..mendengar setiap kisah gembira dan berkongsi setiap cerita duka kami..huhu..sebak la pulak..:-( Recently ma pergi bercuti, tinggal I dengan Aji at home, masyaallah, punya la sunyi sepi rumah tu, tak dengar suara ma pot pet pot pet kat we all!! (teringat time bebal....huhu) Thank u ma...!

Diam sejenak...


Hari ni ulangtahun ma yang ke-51...21st Feb. We all adik beradik decide untuk celebrate one day in advance, semalam. Eventhough sibuk, we manage to pleased her. Celebrate kat KFC, Juru Auto-City. Sambutan simple, my mom ni jenis yang tak suka berlebih-lebih. Even makan pun tak nak makan tempat yang dia tak biasa. KFC ni pun dia punya request. Hurm..layan je la. Actually, orang tua-tua ni bukan nye dia pandang sangat makan kat tempat-tempat mahal & exclusive, dia cuma nak dikelilingi anak-anak menantu..cucu..? Erm..takde lagi..hehe. Sabar ye ma...dik na tengah mencuba dengan gigih nyer!! hehe....

Family we all sangat kecil. Bila adik beradik menjauh, terasa 'tempang' ikatan kekeluargaan ni. Mana-mana family mesti ada masalah..begitu jugak we all. Kadang-kadang jauh di sudut hati we all adik beradik, bersyukur kerana mampu hidup 'independent'. Sedara mara menghilang bila 'we need some helping hands'. For me, tiada istilah berdendam walaupun hati ni cukup-cukup terasa.. & mom.. she hurts, even more. Semoga ulangtahun ni membawa lebih keceriaan, dilimpahkan rahmat-Nya dan diberikan kesihatan dan kesejahteraan buat ma.

Happy Birthday 2 u...(makan ubi kayuuuuu...chettt! potong...!!)


P/s: Ms. Writer going to buy a birthday cake for mom...

Saturday, February 20, 2010

Pagi yang cerah kini sudah gelap gara-gara kamu...


Pagi sabtu yang sangat heavennnnn....masih cuti, bangun lewat & paling heaven of course la dapat menikmati nasi lemak & kopi panas kegemaran I. Dah banyak hari tau tak breakfast pedas, gara-gara tak berapa sihat. Alhamdulillah, pagi ni dah semakin ok. Sejak 2 hari lepas, sakit belakang menjadi-jadi..silap I jugak, banyak makan mangga, angin! Kelmarin pulak demam seharian & sakit kepala. Sakit macam tau-tau je I tengah cuti. Masa bekerja, alhamdulillah, sihat pulak. Jarang sekali nak MC.

Pening semula bila memikirkan kehadiran sms Mr. J yang bertalu-talu..adus..! Ketandusan idea, tak tahu macam mana lagi nak jelaskan. Ayat paling mudah & simple, tanpa kiasan pun tak boleh faham. I paling tak suka menolak..simpati! Tapi nasihat seorang kawan -- perhubungan atas dasar simpati tak akan membawa ke mana-mana. It took me day & night untuk menjelaskan pada Mr. J, we have no chemistry. Please admit it & terima kenyataan, mungkin tiada jodoh. Awal-awal, sudah berpesan -- jangan terlalu mengharap, dia degil!

Hopefully, by end of the day dia dapat menerima kami ini hanya 'kawan', tidak boleh lebih dari itu. I'm sorry Mr. J..u baik tapi I bukan untuk u..:-(

Thursday, February 18, 2010

Sotong Masak Kicap Berempah ala Siti Murni

Cuti memang membingungkan untuk I. Bila sibuk kerja, teringat nak cuti. Bila cuti rindu kan tempat kerja pulak! Gawat!! Cuti tapi duduk rumah alone, takde makna nyer..! Ma keja...adik bongsu I pun keja. Dah macam 'patung cendana' pulak..tercongok sensorang kat rumah. Nak gaduh pun takde orang mau layan..hehe.


Pagi tadi selewat jam 10.3o, lepas ambil breakfast, siap ala kadar..decide harusssss kena ke office sekejap. Ada dokumen & cek-cek yang baru sampai dari HQ. Tak tergamak la nak biarkan dekat atas meja tu. Maybe ada yang perlukan payment cheque segera. Pegi distribute cheque, bagi sikit keja kat Husna & tanpa berlama-lama kat pejabat, segera 'angkat kaki'. Macam pejabat ana yang punya kan! haha....gasak la, I tengah cuti, ok..!


Drop by supermarket, beli barang basah untuk masak balik nanti. Hurm, hari ni mood rajin, tak seperti semalam. Barangkali pasal semalam rindu terubat dengar suara someone..ekeke!




Selesai memborong ala-ala 'light n easy', gerak ke Pejabat Tanah SPT. Dah dua minggu cek cukai tanah untuk our office ni sampai, hari ni baru sempat nak gi membayar. Dalam hati, geram jugak. Satu bil macam ni pun tak nak buat bayaran online..nak suruh I jugak gi jadi 'penunggu' kat Pejabat Tanah tu. Faham-faham je la, payment due in May..ramai yang dah berebut-rebut bayar sekarang, bil segar dari ladang. Dalam 2o minit menunggu, itu kira nasib baik lah!


Jom Kecur Air Liur Bersama Cik Siti


Cepat-cepat balik rumah sebab nak masak tu...yang kat atas tu. Can guess..?? Tak payah guessing lah..meh bagitau...itu.."Sotong Masak Kicap Berempah ala Siti Murni". Mesti ada nama I, ok! Sebab -- ini first time I masak resipi ni. All of sudden, teringat nak makan sotong kicap. Yang dikatakan berempah tu, sotong tu I perap dengan rempah kari ikan. Tak banyak dalam 4 sudu jer untuk sotong 5 ekor, saiz besar dan sederhana. Lain-lain bahan, biasalah, halia, bawang putih, bawang besar, ubi kentang & tomato (tomato wajib ada dalam semua dishes I..my favourite!). My mom cakap sedap woooo...(entah la ikhlas kot dia puji tu..hehe). Menu ni sangat sesuai untuk kids..I pun macam kids jugak sekarang ni, nak kurangkan makan pedas. Asyik kari, sambal tumis, asam pedas jer, hari ni tukar selera sikit...! Esok apa pulak I nak buat yer....


p/s: always inspired dengan dia..kalau tak dengar suara, macam nak gila..sapa-sapa ada ubatnya..?takut merana jiwa....

Wednesday, February 17, 2010

Hemo & Taro

Hemo ( si betina) & Taro (si jantan) pet kesayangan dik na. Yang mana satu Hemo dan yang mana satu Taro hanya 'ibu angkat' & 'papa angkat' dia je yang kenal. Have no idea macam mana adik I boleh kasi nama tu untuk hamster 2 ekor ni.

Kesian adik I ni, belum ada rezeki dapat baby...pet ni la temankan dia kat umah bila Mr. Nasir tak ada, busy dengan OT...hehe.:-)


Adik I ni suka pot pet, agak nya si Hemo & Taro ni jadi pendengar setia dia kat umah.


Pun begitu, makan sangat memilih! Hemo & Taro ni nak makan makanan fresh jer...kubis pun nak kubis mahal. Buat yang kurang arif, hamster ni makanan nyer dari biji-bijian, buah & kekacang.


Si Hemo & Taro ni dari keluarga hamster Siberia. Saiz dia lebih besar dari yang jenis Roborovski. Biasa adik I bagi kuaci, tauge & kubis sebagai makanan hamster ni.


Kegilaan dik na menjadi, siap dirakam nya clip 2 pasangan bercinta ni tengah memadu asmara....suka hati dia je nak menceroboh privacy si hamster ni...huhu. I tak tengok clip tu, dik na cakap ada. Yang I notice, si Hemo & Taro ni sangat-sangat 'camera shy', bila I pegang je hp nak snap pic diorang cepat je diorang sorok kan muka.


Alat exercise dia yang ala 'zorb ball' macam kat taman tasik titiwangsa tu pun ada dibeli dik na. Geli hati lak nengok 2 ekor tu terguling-guling dalam bendalah tu..


Ubat penenang jiwa yang tengah kacau...!! Layan karenah hamster lagi baik..hati tak sakit.

Lagi info mengenai hamster, sila berkunjung ke sini --
http://pondok-hamster.blogspot.com

Saturday, February 13, 2010

Menjelang cuti panjang....

12 Feb, 2010 ~ Friday

Jom Kecur Air Liur Bersama Cik Siti

Breakfast jam 9.30am di Oldtown (lagi..??). Urm, kurang pilihan maybe. KFC dan McDonalds..dah jemu, selalu sangat. Breakfast mamak..urm, baru jugak lagi. Paling selalu, breakfast melayu..nasi lemak favourite. Hari ni tukar stail sikit..breakfast oriental (boleh ker..?) Hentam je la labuuuu....

Kopi O..sangat kaw! Teringat pulak kopi 'belalang'...huhu...tidak..!

Meehoon Siam..satu set RM 3.90. Orang sebelah makan rileks je, I pulak rasa pedas nya bukan main lagi. Maybe sebab sambal bilis tu..tak tahan pedas dah sekarang ni. Affordable price, service a bit slow pagi ni, restoran sangat crowded dengan customer yang mostly chinese. Balik beraya ke kampung agak nya. Lagipun ramai yang dah start bercuti sejak semalam.
My rating -- A-

First time ambil sarapan kat sini..itupun sebab 'harimau tak ada, kucing berlari-lari'...haha! Boleh faham ker? Itu my Director punya peribahasa, maksud dia GM tak ada, dah gi bercuti-cuti CNY, balik ke Taiwan...so we all kat ofis ni merdeka la..! Hampes dia ni...sedap2 milo je dia bercakap.


Ambil time-off, half an hour je. Pergi berdua-duaan dengan Mr. Vicky a.k.a Sree Nesh. Asik bergayut dengan GF je keje nyer..tak kebas telinga lak tu. Hurm...lihat la my face, yang semakin membulat, semakin iras dengan my mom..:-( Terkeluar topik sekejap --Kepada yang merindui wajah innocent ni (ade ker yang rindu nih..???)...tatap lah semahu mu...belum ada rezeki berjumpa lagi barangkali. Tapi ingatlah, walau masa berlalu & terus berlalu..betapa jarak & masa memisah, Tuhan saja yang tahu gelodak kecewa dalam hati ni. :-( Okeh..enough..enough..!


13 Feb, 2010 ~ Saturday
Alhamdulillah, hari ni tak sesibuk semalam. Sebab semalam selepas balik dari breakfast/lunch, terus clear semua kerja-kerja pending dekat tray tu. Sekarang hanya ada 2 kerja terpaksa KIV, nak siapkan dokumen untuk surveyor & semak bil-bil cukai tanah. Bermula esok, I akan bercuti semahu-mahunya..seminggu, till next monday.
Ada kerja yang ditinggalkan untuk assistant I yang setia..dia dah gi bercuti dulu. Rabu nanti balik...selamat lah..selamat menyemak memo yang I tinggalkan...ada 3 semua nya.
Seminggu cuti, rabaklah purse I..my mom hari ni nak bertolak ke Kelantan + Terengganu. Ikut 'rombongan Makcik Bani ke Pantai Timur'..hari isnin ke selasa entah baru nak balik. Huhu....kena buat keja umah la nampak gayanya...masak, laundry, ngemas...tak tahan jiwa raga camni. My plan nak ke Cameron Highlands tak menjadi, sebab adik ipar telah dipaksa buat overtime...ape2 plan yang menjadi nanti I update kan kat sini....roaming blog kawan2 dulu.
Daaa....

Thursday, February 11, 2010

Tag dari Kak Azieazah

Actually, mood tengah tak berapa baik. Malas mau update blog, akan tetapi telah di 'tag' oleh Kak Azie..mau tak mau kena la merajinkan diri menjawab tag nyer.


A. Copy Badge untuk diletakkan di blog u all

The badge..

Letak badge PENANG. Sebab -- I orang Penang & I love Penang.



B. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada u all


Ini lah dia orang nyer yang bertanggungjawab memberikan tag ni kepada I...my lovely Kak Azie. Sila kunjungi blog beliau. http://azieazah-aa.blogspot.com/ *psst..kak azie, saya promote ni..takkan takde ape2 kot..hehe (joking yer kak..)


C. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.


I don't really like this part, abis semua misteri diriku..huhu


1. I love BLUE..bukan 'blue film' yer...sila sopan! Favorite color I..my car also in BLUE. Most of my baju kurung are in BLUE and I have loads of BLUE tudung..macam2 rona biru ada, sampai tak terpakai kat dalam wardrobe tu.


2. My favourite artist..IMRAN AJMAIN. Love his song, love his voice. He has that special charisma..I kalau tengok dia mesti macam 'melayang-layang' ala-ala Dewi Sandra gitu tau! Macam nak gugur jantung gue...:-)





3. Sangat suka makan, makan dan jalan-jalan cari makan. Makan boleh release tension. Semakin tension, semakin banyak makan & semakin bertambah berat. Pastu boleh la I merungut-rungut berat badan dah naik kat blog ni..hehe. Sudah buat segmen baru, Jom Kecur Air Liur Bersama Cik Siti. Tidak ada siaran tetap di "Sister's Little Diary". Rasa nak buat posting, buat jer.

4. I work as an admin executive, dengan sebuah syarikat pemaju perumahan in Penang. It's been 7yrs here, I love my job. I love workloads actually (walaupun I selalu merungut banyak keja, but I love them damn much!) Kerja itu satu ibadah (zeq...copy dari u!) Pun begitu, I masih mencari peluang-peluang baru, mana tahu...rezeki, tuah ayam nampak di kaki..kan?kan? Pengalaman di sini alhamdulillah, banyak sudah yang I dapat..& masih dapat lagi..


5. Family is my priority. Cuma ada bonda, seorang adik lelaki (Aji) & seorang adik perempuan (dik na). Seboleh-bolehnya, apa yang diharapkan, diinginkan family akan cuba I tunaikan..insyaallah. It's been my responsibility sebagai anak yang sulong setelah pemergian arwah abah since last 5 yrs.


6. I seorang yang suka membaca (sama la ngan Kak Azie). Tak susah nak beli hadiah, just bought me some novels..tentu sekali I suka yang teramat sangat. Tak pelik bagi I untuk lepak berjam-jam lama nya kat bookstores spt Popular, MPH & Borders. Majalah pun melambak kat rumah tu, since yr 2001 pun ada simpan lagi. Teringat nak jual kat uncle 'suratkhabar lama....', tapi dah lama tak nampak itu uncle datang ronda kat area rumah..


7. Fashion phobia. Erm..some sort la. I suka berfesyen, tapi sometimes takut nak cuba something new, takut membazir duit, takut nampak weird & takut bila beli baju2 @ fesyen terbaru, sekali pakai, selebih nya simpan dalam almari...rugi..rugi. My loyal fashion advisor, of course la my BFF & only sis...selalu kena luku kepala ngan dia gara2 sifat I yang agak takut mencuba & sedikit 'stingy'. Macam tu jugak dengan 'hair-do'...dari dulu sampai sekarang, cakap je nak ubah stail, tapi masih tak ada perubahan...hurm (sila geleng kepala..)




8. I love natures. I benci orang yang suka buang sampah merata-rata especially kat tempat picnik seperti air terjun, sungai, hutan lipur & taman rekreasi. Rasa geram sangat-sangat. Tak ada kesedaran sivik..tempat2 tu untuk orang yang love natures..yang nak pergi, nak enjoy..sama-sama la jaga. Kalau I tension, I memang suka spend my time, whether at beaches or waterfalls..merenung keindahan alam. Dulu I memang kerap ikut camping..(cheyy...teringat masa muda remaja la pulak..). Memang enjoy..:-) Jungle-walking & trekking tu macam jadi monthly routine, now no more...rindu zaman tu! Sape2 nak jadi hobby partner?



9. I sentimental. Sukakan kedamaian. Boleh sakit kepala ni bila baca tentang peperangan, politik, riots, demonstrasi. Eii..mencik la...tak suka! tak suka! And that's why la jugak I tak boleh tengok action movie. Agak-agak susah nak tido, mesti I pasang CD sentimental..Kenny G, Dave Koz...& yang sealiran dengan nyer..


10. I jugak seorang yang cepat marah, tapi cepat sejuk..(ada 'tapi' tu..please note yer). Temper..? boleh dikatakan la. Nature of job memerlukan I jadi seorang yang tegas. Bila terlalu tertekan, I tend to marah-marah. Nasib la sapa yang terkena tempias. It's bad. Sifat negatif I yang perlu diubah..because tegas dan marah adalah dua item yang berbeza. Tegas tak semestinya marah. Harap-harap I boleh buang sifat tak baik ni.



Orang yang I teringin sangat-sangat nak TAG, and the winner is....


IKIQZANA (Perjalanan Diari Hidupku)
ILA HONEYBUNNY
ANGAH IZA (IZA ~ Si Hitam Manis)
Ms. ARWEEN
EIKASYAZA (Green Space)
Selamat menjawab tag ;-) ngeee.....

Monday, February 8, 2010

1st Date wit Mr. J




Pic semalam..sangat teruja tengok decoration merah ang ni..dekat Queensbay Mall. Urm, orang sebelah geleng kepala melihatkan telatah I yang tak boleh berenggang dengan handphone, semua nya nak snap, makan snap gambar, jalan pun snap gambar..huh, baru dia tau siapa I sebenarnya, wartawan takde tauliah..hehe :-)


Sesi suaikenal semalam..sengaja I menunjukkan segala jenis perangai I. Ajak dia melepak kat Borders dan belek novel romance sampai dekat sejam lama nya. Lenguh kaki dia..hehe, baru sikit. Kalau nak kekal lama kena la bersabar & tau bawak diri bila I menghabiskan masa kat bookstores. Oops, 'orang sebelah' tu adalah Mr. Jasmin. Sekali jer I sebut, pasni I gelarkan dia Mr. J, okeh! Mr. J ajak tengok movie -- Universal Soldier: A New Beginning (of which I tak berapa berselera nak tengok sebab cerita action, cuba ajak tengok romantic comedy, mesti tak tolak!). Disebabkan I dah buat muka macam ala-ala cebik sikit, dia pun "erm, okaylah, lain kali je la kite tengok movie k..." (heheh...gelak evil..I memang jahat, kenakan dia camtu!)



Dah puas I 'melatu' dia pusing the whole Queensbay baru la I ajak dia gi makan. Sudah la Mr. J tak breakfast pagi tu, sedar-sedar dah pukul 1 baru la dapat lunch. Test waktu makan...okay la, proper manner. Serik, sebab ada pengalaman makan dengan someone -- bukan gelojoh tapi suka buat kecoh kat restoran, sangat memalukan! Luckily Mr. J seorang yang sopan. Puji, puji jugak tapi...kritik, tetap kritik..hehe :-) Manusia..mana ada yang perfect kan...



Ajak Mr. J lepak santai kat Taman Belia and dah agak redup sikit, beralih pulak ke Bayu Senja & Miami Bay, Batu Ferringghi. On the way balik, singgah solat di Masjid Terapung Tanjung Bunga. Beautiful mosque. Ramai outsider singgah solat kat masjid ni. Insyaallah, ada rezeki lain kali dapat solat kat sini. Hurm..1st tu I kena soal jugak, "cuti tak abis lagi ker?" erk...ingat lak dia..cheh! malu I! I sengih..."urm, ye..saye tunggu kat keta je lah yer.."


Sejuk hati kalau dapat husband camni..but too early too say. Bagi masa dulu..the same thing I told him. Buat masa ni hati ku susah nak terbuka....sudah ada yang mengunci nye, pastu kasi hilang itu kunci. Kunci spare dah patah, nak buat masterkey memang ambil masa sebab hanya tukang kunci yang pandai je boleh buat masterkey yang sesuai..sebab hati ku ini memang unik. (alamak...ter'merapu' sudah! sorry ler..!)



P/s: lain-lain pic hanya untuk simpanan Ms. Writer..:-) Harap maaf, sila cuba di lain kali...


Friday, February 5, 2010

Lagi post sempena CNY yang bakal menjelang...

As promised to kak Zana -- here is some pic I took at the office yesterday.

Limau yang dihantar oleh supplier/consultant/business affiliates. As at todate, dah dapat 3 kotak. Sangat manis..:-) Macam I...(hehe..perasan sekejap!)

Ini pulak kuih bakul or nian gao. or ada jugak yang panggil dengan nama ti kuih. Kuih bakul ini Ms. Project Manager yang bawak. Sian dia bersusah payah untuk we all kat ofis ni. Walaupun bukan dia yang berhempas pulas buat..tapi atas effort dan kemahuan dia sendiri, serta rasa berbesar hati nak belikan untuk we all...sangat lah we all hargai yer. Thanks Ms. PM!
Kepada yang belum tahu, kuih ni dibuat dari pulut, boleh disimpan lama dan sangat-sangat lah susah nak membuat nya sebab banyak pantang larang semasa proses membuat kuih ni. Erm, kuih ni I dah masuk freezer kat umah tu, tengok esok petang ke nak mintak tolong ma buat cucur keledek+keladi. Kuih bakul ni boleh dihiris nipis dan lapis dengan hirisan keledek+keladi, kemudian dicelup tepung & goreng! Sedap tau u all!! :-) Or yang malas-malas, boleh guna kelapa parut. Hiris kuih bakul ni macam kuih kasui tu kemudian golek-golekkan la dalam kelapa parut tu! Senang!! Oops, sudah kecur air liur!!
Back to office -- actually, suasana dekat my office sekarang ni tersangatlah panas dan tegang. Recently, semua staff dipanggil untuk ad-hoc meeting. Very early in the morning, semua kena 'screw' dengan our GM. Boss said, too many office politics, ada MIC, MCA & UMNO. Yang dimaksudkan tu sebenarnya adalah masalah 'kelompok'. Certain group with certain agenda. Paling tak tahan bila bos menyebut pasal 'gossip'.
Till now I masih tak faham apa yang dimaksudkan dengan gossip. On my part, bila tak puas hati tentang sesuatu pekerjaan yang tak disiapkan dengan sebaik nya, there is only 1 person I turned to. Tempat untuk meluahkan isi hati, segala tekanan, bebanan. Itupun sebab nak dapatkan pandangan & advise tentang sesuatu isu. Nampaknya ada orang yang suka pasang telinga & sampaikan mesej yang berlainan dari yang dibualkan. Cakap A, mesej yang sampai dah jadi B. Hurm....sekarang terpaksa pula memikul tanggungjawab to clear somebody's mess!
P/s: Existing problem is more than what boss know! Don't listen to one side...there's the other side of story...but how to tell..???!

Wednesday, February 3, 2010

Welcoming the Year of Tiger

Chinese New Year is just around the corner! Seperti tahun-tahun sebelum nya, my boss akan bawak segala macam ornaments untuk hiasan di office. Sebagai kakitangan yang menurut perintah & nak memeriahkan suasana 1Malaysia, kena la bagi co-operation, membantu kerja-kerja menghias. Hentam jer la..tak tau la betul ke tidak, main gantung saja, tapi tak tau apa makna di sebalik ornaments tu semua.

Tahun ni kurang satu item..tak ada 'lucky bamboo'. Teringat nak tanya bos, tapi tak berani memandangkan mood beliau agak kurang baik beberapa hari ni.

Actually, for me, agak tertarik dengan pokok-pokok jualan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang lebih kurang seminggu saja lagi. Tengok 'money plant', lime tree, bonsai dan kaktus yang bermacam-macam jenis terasa geram macam nak borong semua..(entah sejak bila I ada minat ngan pokok2..tak perasan..hurm).

Mengikut kalendar lunar, tahun ni...tahun harimau...tadi saja-saja I browse the net, rupa-rupa nya si 'tiger' tidak ngam dengan si 'monkey'...(i'm born in Monkey year, okeh!), akan tetapi compatible dengan si 'horses' dan si 'dogs'. Ini sekadar suka-suka, tiada unsur kepercayaan bagi I. According to website, http://gochina.about.com/od/eventsfestivals/p/Year_Tiger.htm , people born with Tiger sign adalah seorang risk taker, sangat sensitif & emosi, tapi sangat suka perkara yang mencabar dan sedikit 'kepala hangin'. Kerjaya yang sesuai untuk si Tiger, hehe...suka baca part ni -- boss & pemandu 'race car'. Haha...tak tau I nak tulis apa lagi tentang ni..tak berani komen.

Hurm, back to office --deko ofis tak memenatkan, sebab hanya perlu instruct & pointing where and where. Mintak tolong pekerja Myanmar buatkan. Dah siap, tengok gambar.

Esok2 bercadang nak gi beli pokok, sebab dah tak tahan sangat. Claim petty cash..



Jom kecur air liur bersama Cik Siti:

Ipoh Chicken Hor Fun, from Oldtown for lunch today. Perut sangat berkeroncong, tapi tak ada selera nak makan nasi. Tekak rasa nak makan makanan bersup sahaja. Chicken is OK, but the prawn sudah hilang rasa manis. Hor fun penuh bowl, so agak mengenyangkan sampai la sekarang ni, sudah jam 5.30ptg. Amat sesuai untuk orang yang sedang antara demam dengan tidak. Appropriate price, suits with nice ambience. My rating -- B+


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails