Tuesday, March 30, 2010

Menyahut cabaranmu, Vic..

Hello all! Good day to u all...:-)

Urm, hari ni nak 'menjelaskan' hutang dengan Vic a.k.a Diana, sekaligus menyahut cabaran beliau. So, here is the tag.


1. Go to your photo files… select the 8th photo folder

photo files disimpan dalam my pendrive. Tengok pic yer..(korang memang suke selongkar..huhu)





2. Select the 8th photo in that folder

8th photo in the 8th folder..(pening kepala i tau..)



3. Post that photo along with the story behind it

Ha nah..pic ni tak ada apa-apa story di sebalik nya. My sis & my little cousin, Nasuha -- memang suka posing okeh..pic ni snap during last year raya. Waktu tu tengah berkumpul sebelum gi beraya dengan tok dan tokwan.





4. Then challenge 8 blogging friends to do the same.


I challenge all of u yang membaca entri ni. Sekian dimaklumkan.




p/s: ada lagi satu hutang tag...dak ila..akak free nanti baru jawab k.. ^_^



Friday, March 26, 2010

Ismail Pasembur ~ Chai Leng Park

Lunch tengahari kelmarin, food hunting lagi ;)

Gerai Ismail Pasembur di Chai Leng Park, Perai ni selalu menjadi gerai pilihan I kalau teringin nak makan mee goreng ala mamak. Biasa I beli tapau & datang dengan my lil sis tapi kali ni saja nak berkongsi selera dengan officemates.

Itupun kebetulan ke Perai semalam, ajak diorang singgah mencuba mee kat sini. Gerai ni terletak dalam food court, betul-betul tepi main road Chai Leng Park.

Walaupun kecil saiz food court ni tapi gerai kat sini ada each specialty. Sebelah gerai Ismail Pasembur, ada gerai cucur udang & laksa campur, karipap besar, gerai buah & gerai minuman fresh..*see pic below okeh..


Air kelapa muda..RM 1.20 segelas. Lega..hilang haus di tengah panas. Isi kelapa sweet..^_^ *like me..

Kali ni I try mee rebus. Macam biasa la, dah nama pun ala mamak, mee rebus & mee goreng dia tak sah lah kalau tak ada tauhu *taukua & cucur udang. Perghh...terangkat..makan sampai terpercik peluh. A plate costs me RM 3.00.


Sebelum balik wajib singgah gerai buah uncle *opposites gerai pakcik mail..beli nenas sarawak & buah ciku. Buah-buahan local ni pun dah mahal sekarang, satu plastik ciku pun dah RM 3.00. Tapi I dah dilatih arwah abah, soal makan jangan kedekut..!

Anda kedekut pasal makan tak???

Wednesday, March 24, 2010

Tense moments

This past few days seems to be hard ones for me.

Alhamdulillah, start hari ni most of it sudah 'back on track'. Sesekali terfikir, only when we're tense we can identify what is wrong and the root cause of 'things' happened. Setelah itu jugak baru kita sedar & discover what we should do to overcome the problem or at least try to minimise the possibility of same 'things' to be happen again..hurm..sigh.

Selera makan pun sudah kembali normal. Starving sejak awal pagi tadi. Morning, I had my standard 'nasi lemak singgit' (satu ringgit lorr) with hot tea. Enough..habuan alas perut. Sebelum 12, perut sudah mula memberontak mintak diisikan lagi (it's a good sign..bila susah hati, lapar pun tak terasa).

Had my lunch at Subway, Juru Auto-City


Accompanied by my loyal lunch partner, Mr. Vicky & Norizan. It so hard sometimes to decide what & where to eat here. Sorang nak makan nasi, but the other 2 preferred something lite and so on everyday. 3 of us biasanya tak kisah berkorban..ikut suara majoriti lorr..


I opt for italian bread with Steak and Cheese. Never tried this one. Lupa nak snap further inside. It's mayo & bbq sauce, onions & tomatoes. The other 2 opt for Tuna & Chicken Teriyaki.



And a must-haves, a cuppa cappucino. Selalu orang akan tanya, "kenapa u selalu minum hot drinks?" Err...simple saja jawapan nya, "i tak minum ais.." (jaga kesihatan la sangat..:D) Even after taking nasi, I lebih suka opt for hot tea or hot coffee. Bukan tak minum ais langsung, cuma tak gemar. Chilled fruit juice is better though! (^_^ sedang ubah habit minum more fruit juice..pelan-pelan kayuh!)

After lunch, refreshed sikit. Busy answering calls..reply all those misc letters..busy online kat FB jugak and now...I'm starving again. So..no need to worry, I'm back to normal..sudah tidak 'hipertensi'.

Erm..I'm going back now. Tonight going to visit tok wan again..tengok macammana perkembangan tok wan.

Got to go..will try my best to visit my favy blogs late this nite, ok...have a good evening...daaa:)



Tok wan


Ini update cerita last week, agak kalut.


Hari sabtu sibuk di office sekerat hari. Sempat jugak inspect my newly purchased unit. A bit surprised keadaan dalam rumah tu (gulp..telan air liur dulu) kotor & banyak defect. Tak boleh bawak my mom datang tengok, risau dia pengsan! Lepas settle kerja mencuci baru program lawatan dapat diatur.


Sunday -- sebelah pagi spend masa depan laptop, buat some clerical job at home..key-in data untuk LHDN. Before noon, kena hantar my auntie and her kids balik semula ke Relau.


Ambil kesempatan singgah di PISA, tengok apa yang terbaru & menarik di pasaran hartanah, Penang International Property Expo (PIP 2010). Banyak exhibitor seperti tahun-tahun sebelum nya. Walaupun tak boleh berlama-lama tapi sempat jugak observe the way other marketing team handle enquiries dari prospective customer, sangat convincing. Learn something from there ^_^. (Kira macam takjub sebentar la...sempat lagi berangan kalau la ada skill marketing macam diorang..hurm....).

Selepas balik dari PISA, rehat sekejap dan lewat petangnya ke Hospital Seberang Jaya buat kali kedua nya kerana di celah-celah yang tidak tercatat di atas...tok wan was admitted for 4days, serious conditions. Internal bleeding (similar case dengan my late father) and ada lung infection jugak. :-(


Alhamdulillah, tok wan dah dibenarkan pulang semalam. Tapi makan masih melalui 'ryle's tube', hanya susu & ubat yang prescribed by doc. Doc dah pesan, tiub tu harus ditukar setiap 2 minggu dan dosage susu, air & ubat tu wajib kena follow.


Keadaan tok wan dah tak selemah last friday, dah cergas sikit walaupun sebelah kiri badan dah tak boleh digerakkan. We all sekeluarga hanya mampu bersabar & tawakal. Sebak. Terfikirkan derita sakit yang ditanggung tok wan, tak siapa boleh merasa. Sedang kita yang sekadar migrain pun macam mahu pecah kepala, ini kan pula sakit seperti tok wan. Sebak lagi. Percakapan tok wan sukar nak difahami tapi dia masih boleh merasa kehadiran anak cucu di sekelilingnya. Sesekali bila tangannya dipegang dia akan membalas genggaman tu. Aduh...perasaan bercampur baur..!


Indirectly, mood I jugak turut tak menentu sepanjang dua tiga hari ni. Kusut. Pertelingkahan tetap ada. Ujian Tuhan...


p/s: Duhai hati...bersabar lah..

Friday, March 19, 2010

Wallpaper: Tag from Uruchimaru@KF

Ampun & maaf..siaran tergendala buat beberapa hari. Indeks emosi turun mendadak. Besides, komitmen kerja yang melimpah, tak tertanggung membuatkan 'nafsu' untuk berblog hampir tiada.

Ini hutang dengan Tuan Uruchimaru, mahu dijelaskan..

1) You have to print screen wallpaper that you are using right now




2) Tell us why you like the wallpaper

Wallpaper ni dah dekat 2months I gunakan. My dream car -- Suzuki Swift. Tak perlu la berangan kereta mewah, tak termampu. For me, this little car -- Suzuki Swift is cute & very eye-catching. Especially yang white color (superior white if i'm not mistaken, correct me if i'm wrong). Erm..sesuai dengan kemampuan (itupun kalau abis bayar hutang 'cik biru' menjelang awal tahun depan..hihi). That's why I letak this pic as wallpaper, set as target..ngeee...:-)


3) Tag 10 people.

Tak mau tag. Sesiapa yang baca entri ni indirectly boleh menjawab tag ni (sekiranya mahu). Tiada paksaan. Demokrasi!

Sunday, March 14, 2010

I'm sick of...

I'm sick! Not feeling well since last few days dan kemuncak nya hari ni. Nak bangun pun tak larat..mom not at home, just me and bro. Nasib baik ada adik lelaki ku yang tersayang, boleh la diharapkan walaupun cuma mampu masak maggi kat I. Alhamdulillah, menjelang petang baru la ada tenaga sikit, bangun kemas bilik, masak & bancuh air..dah tiga suku hari asik baring, golek sana, golek sini, mengadap laptop, pejam mata balik, bila jaga gi bilik air, pastu sambung tengok laptop balik & begitu la seterusnya sampai la ke petang.

Pagi tadi pulak dapat message yang sangat-sangat MENGGURIS hati thru facebook. I wish, I tak buka & baca message tu, tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan..sendiri mau ingat la! Sekali lagi semua nya berpunca dari prasangka. Yang seorang suka berahsia, yang seorang suka mencungkil (walaupun tak dapat apa-apa dari perbuatan mencungkil rahsia tu). And nampaknya, ada gunting dalam lipatan dan tukang karut yang suka menambah cerita. I wont explain anything..let it be. Tak ada guna nya penjelasan, bukan ada yang mahu mendengar. Sudah kering airmata..



Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud


credit lyrics: Tahajjud Cinta ~ Siti Nurhaliza

Thanx for d award...

Salam, to all my dear friends..


I dapat award...:-) First dulu macam jakun sikit, ingatkan celebrity je leh dapat award, rupa-rupanya jadi blogger pun boleh jugak..hehe. So, to Chik Na -- terima kasih kasi award ni, luv it! My 2nd award ni tau chik na..terima kasih daun keladi, kalau boleh kasi la lagi..hehe.



1) Thank and link the person that gave you the award
Sila rujuk mukadimah di atas

2) Pass this award onto 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic
  • Vic
  • Kak Azie
  • Azrul Hisyam
  • Si Tedi
  • Imheppie
  • Tihara
  • Nadia Nadira
  • Uruchimaru
  • Ainee Darweena
  • Alex
  • Syima Kamal
  • Suzana Ikram
  • Ila Honeybunny
  • CPG a.k.a Ben
  • Sis Linda

3) Contact said blogs and let them know they've won the award
akan diberitahu as soon as possible..sila semak shoutbox or comment box masing-masing yea..


4) State 7 things about yourself:
  • novel mania
  • love foods
  • coffee addicts
  • love shopping
  • like perfume, chocolates, roses
  • family first!
  • sangat suka pamper myself (spa, aromatherapy, really2 comfy bed etc.)

So, sila jangan malu-malu ambil award ni yea..:-) Happy weekend & happy blogging!

Monday, March 8, 2010

IWD 2010

It's International Women's Day! And here I am, seorang wanita yang bukan saja tak dapat cuti, tapi masih kena stayback kat office during this hour~huhu..!! (asyik ingat cuti...what a mentality!!)



Pada masa ini, perut yang sangat-sangat berkeroncong hanya sempat diisi dengan ini...huhu



tak ada orang kesian kah??!! Stayback alone & hanya makan maggi..itupun selepas simple 'brunch' jam 1 tadi.
Paperwork kembali menimbun! Sometimes life's is truly unfair! Bila free, terasa bosan tak tahu nak isi masa macam mana. Tapi bila sibuk, I jugak yang terkial-kial. Dah dekat seminggu begini, selagi tak dengar azan Maghrib selagi tu lah I melekat dengan pc office ni. Hari ni curi sedikit masa to update blog, berhari-hari ditinggalkan. Urat saraf tangan & kaki ni dah terasa seperti bersimpul-simpul, lenguh key-in a few list untuk submission ke Local Authority.

~~~~~~


Mood tidak berapa baik. A few things left unsettled. Personal & Office -- kedua-dua nya menambahkan kusut dalam fikiran! Tinggal I belum migrain saja lagi.




Catatan untuk si montel:
kau fikir aku menipu, kau sangka aku lupa, kau anggap aku bukan seperti dulu -- apa yang kau fikir, apa yang kau sangka & semua anggapanmu itu...semua nya salah!! Kenali aku -- itu yang tak pernah kau buat sedari dulu.

Friday, March 5, 2010

Gossip Corner..psstt..

Pissed off! That's me, this morning.

I marah kerana tak ada orang di pejabat. Waktu tu jam sudah 9.20. I arrived at 9.15am, a bit late & sudah diberitahu, dicatat dalam log book, akan lewat kerana urusan di Pejabat Tanah. Cuma seorang saja yang stand-by di pejabat waktu itu. What if bos sampai ke office & see the whole scenario..? Luckily tak...

Rupa-rupanya yang tak ada urusan di luar pejabat pun lewat sampai. Tunggu & tunggu..9.25am, baru lagi 2 orang masuk. Yang seorang kata nya kena pick-up orang sebelah nya, lewat & masih mintak tolong orang lain jemput. And hello! Rumah sepelaung je dengan office, jarak 500m saja, ok! Dah digariskan waktu pejabat 9.00am - 5.00pm. Sesekali terlewat tak ada masalah. I pun sebelum ni selalu lambat. Tapi dah diberi amaran, dah ditegur, masih ada yang cari pasal.

Yang paling best, yang seorang lagi jam 10am baru inform, emergency leave hari ni, itupun sebab 2 orang yang terlewat tadi telefon tanya.

Bila kata, asyik tak kena. Sekarang dah ada 'gossip corner' at our office. Bos sediakan white-board untuk masing2 gosip kat situ & bukan cakap-cakap belakang. At first, dalam meeting dengan bos, semua nya setuju dengan proposal tu. But nobody use it so far, sudah 1 week. Hari ni, I yang tulis gosip kat situ. Gosip sebab diorang yang lambat masuk office. And guess what -- pun ada yang tak puas hati. Next time I think....lantak korang lah nak buat apa pun!!!! Nanti korang cakap aku tunjuk power kan!! So, punye lantak okeh!!! Kalau bos tanya, aku cakap suruh refer terus dengan korang ye.....sila sediakan jawapan sendiri!

Dari I terus melayan tension, baik layan pic si 'gelandangan' 2 ekor ni...kesian diorang, sekarang 'transit home' nya di sini...di pejabat..macam biskut, sekejap ada, sekejap hilang...



Layan kucen lagi baik dari layan karenah orang..huh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails