Wednesday, May 26, 2010

Breach of trust

breach of trust 
–noun
1.
Law. a violation of duty by a trustee.
2.
a violation of duty or responsibility.


'Breach of trust' atau pecah amanah berlaku di mana-mana...dari korporat sampai la ke sekecil-kecil syarikat. Bila nafsu melebihi akal..bila akal kalah pada godaan syaitan..terimalah padahnya *amaran --- ini adalah entri serius.

Sedang dalam dilema bila kes yang sama berlaku pada teman sepejabat. It is too late..perkara sudah sampai ke pengetahuan 'top management'. Sipolan masih tidak mahu mengakui kesalahan, still denying and try to trap others for messes made by him. Bila ditanya secara terang-terang pun masih tidak mahu mengaku.

Finally, after several checking by me, 1 other executive here and another 2 accounts exec, faxing of related documents here and there..proven..rekod dalam simpanan pejabat sudah dimodifikasi mengikut amaun yang sepatutnya diterima. Sedangkan amaun transaksi ke dalam akaun bank sebenarnya terkurang. Licik! Ubah sana sini...mahu tutup kesalahan.

Dilema sebenarnya di kalangan kami sudah lama mengetahui sipolan terhimpit masalah kewangan..tapi itu bukanlah alasan untuk sipolan menyalahgunakuasa atau pecah amanah wang kutipan pelanggan. Insiden yang sama berlaku sebelum ini. Staff fund jugak yang digunakan untuk menjelaskan amaun terkurang bagi pihak pelanggan. Tidak adil. Tapi kami semua tak mengungkit..tutup mata dengan anggapan..barangkali salah faham dari pelanggan.

Kali ni tak mungkin lagi dapat menutup lubang durjana. Let the management decide!

P/s: kalau i nak pecah amanah..sudah buat sejak 7thn dulu. Transaksi berpuluh ribu. Tapi alhamdulillah...asuhan emak abah..tidak mendidik untuk meminta, meminjam, mengambil, mengguna barang, aset, wang ringgit kepunyaan orang. Nauzubillah....

pic credit: incik google.

Monday, May 24, 2010

Weekend outing..

Cerita outing kelmarin.
Menghabiskan masa hujung minggu di rumah dik na. Urm..beria-ia dia mengajak datang, rupa-rupanya teringin nak ma masakkan gulai ikan favorite dia. Baru dia tau rindukan gulai ikan emak..hihi. Biarpun ma dah tak serajin dulu bila masuk bab memasak ni...tapi rasa gulai tu masih sama. We all fried some yellow mee too...uish...best..meriah dapur. It's been ages rasanya...tak masak sama-sama. Sebut pasal memasak...jari melecur masa goreng telur mata kerbau last week...tu la masak sambil bebal.

Petang nya saja nak jalan-jalan kat tmn belia perbandaran...jalan-jalan cuci mata..nak senam, tapi not wearing proper attires. Maklum la..masing-masing 'otak seminit', tak plan nak ke mana & buat apa. So..bila dah takde keja..merapu la jadi nya. Layan je all this photos k..miss photographer got talent tapi tak ada equipment..hehe.
as usual..blog ni mesti kena ada photo 'makan-makan'..*Pasembur Padang Kota. RM 13/-. Kena dengan 'Coconut Shake'..sayang nya tak leh nak upload kat blog pulak...tak kasi I show off la tu..huhu.



My mom...terkejut agak nya ni.


Dik na..this one photographed & edited by me..*mesti dia tengah berasa dirinya amat gorgeous ketika ini..muehehe...



Me & dik na...punya la lama tunggu dia set cam..*using only nikon coolpix S210


hehe...yang ni diberi judul "21 hari mencari cinta". Unluckily, this one was snapped using Sony Ericsson sebab coolpix dah out of battery...so sad!



Dalam merapu-rapu ni timbul la macam-macam idea nak menghabiskan duit. Actually dik na memang minat photography, dah dapat jemputan berguru pun dengan dia nyer wedding photographer sebelum ni. So...unofficial planning lah..nak berkongsi modal beli DSLR lak pasni. Spend masa weekend gi photoshoot jer..orait gak idea tu. Yang tak orait...fulusss...;)


Friday, May 21, 2010

Hidup bukan cerpen atau novel..


Kalau lah jalan kehidupan kita boleh dikarang seperti kita mengarang cerpen atau novel. Tulis yang indah-indah saja..dugaan & ujian yang sekejap tapi berakhir dengan 'happy ending'...alangkah bagusnya begitu.

Unluckily..no way it's going to happen.




photo credits: R.C Downey

Tuesday, May 18, 2010

Entry lari tema...

Planning nak tido awal malam ni..urm..tak menjadi gara-gara perut merayu-rayu mintak diisikan. It's been long time I never take any supper, but tonight mintak ampun banyak-banyak. Tak tahan sangat due to light meal during lunch hour siang tadi. Ni baru je selesai 'membelasah' 1pcs of roti canai...korek2 dalam fridge kot-kot ada frozen food..fuhh...luckily masih ada stok roti canai.

It's been raining since 9.30am. So, cold weather sangat memaksa I to opt for something hot & spicy for lunch. Coincidence, Mr. Vicky nak ke Jusco. So, we decided to have our lunch at Johnnys.

Here comes..my beehoon tom yam. They say it looks more like beehoon sup..not tomyam..urm. But it sure taste tomyam..RM 5.95 per bowl.

To add the sensation...a cuppa black coffee. Hilang mengantuk and tired eyes..! Coffee cost me only RM 1.90. It's worth it..to perk me up!

Gosh..it's been a hard day actually. Sesekali masa makan tu teringat incident pagi tadi. One of the clerk telah menerima 'memo' from me...it's not easy and I felt terribly...extremely..bad bad superior! I have no choice but to be fair and justify to others...everybody received their pays..so everybody must play their own roles and responsibilities without affecting others. I pun makan gaji..sudah tanggungjawab..harap orang yang berkenaan tolong admit mistakes, accepts the fact and improve for own good.

Sementara menunggu order sampai...sempat ter'berkenan' dengan lampu hiasan yang bergantungan kat atas kepala I. Teringat dalam hati...kalau la ada pakej 3 set lunch percuma 1 lampu hiasan...kan best...or kot-kot boleh tapau ikut suka hati ke...lagi bagus...hehe..tah apa2.

Actually..nak bagitau u all...asalnya nak buat entry feeling malam ni...tapi tah camne leh lari tema plak..perut lapar punya pasal agak nya..huhu.

Gud nite all...;)

Sunday, May 16, 2010

Happy Teacher's Day

Every 16th May of the year, negara meraikan Hari Guru as a token of appreciation dan pengiktirafan terhadap jasa, sumbangan dan pengorbanan kaum guru. Semenjak 'bersara' sebagai seorang student, sambutan Hari Guru sudah tidak seperti di alam persekolahan dulu.

Tiap kali sambutan Hari Guru, acara jamuan makan la yang paling dinantikan. Masa tu akan sibuk memujuk mak sediakan menu best untuk dibawa ke sekolah. Kad ucapan, bunga ros dan cenderahati tak dilupakan. In fact, mini market & kedai stationery dekat area sekolah tu memang dapat 'good business'. Masing2 sibuk nak belikan hadiah, buat kad ucapan untuk cikgu tersayang. Macammana u all sambut Teacher's Day kat sekolah dulu? Share some stories here...


Pic atas: Darjah 2 Merah/1988.
Pic bawah: Darjah 4 Merah/1990.
Cari la I kalau pandai..

Sepanjang alam persekolahan, ada beberapa orang cikgu yang sangat terkesan di hati I. Masih ingat nama cikgu darjah 1 u all?? Cikgu darjah 1 I namanya cikgu Arfah, cikgu kelas 1 Merah, SK Telok Air Tawar, tahun 1987. Entah di mana cikgu Arfah sekarang. Masa di SK paling takut dengan Sir Halim, cikgu matematik masa I darjah 3. Beliau garang sangat, sebab tu selalu semput dalam kelas..huhu..itu thinking masa kecik2 dulu la..huhu. First time I tengok cikgu menangis dalam kelas -- cikgu Mariani. Kalau tak silap masa I darjah 5. Agaknya dia tension dengan budak2 lelaki yang nakal tahap gaban waktu tu. I tak nakal..baekk...penyengap ya'amat..hehe.

Pic masa form 4PD1. Teacher Norziah sitting at centre. I...3rd row, no. 4.

Apa-apa pun, my best memories semasa di secondary school laa...masa tu tengah meningkat remaja..tengah gatal2 sikit kan...haha..oops..pengakuan kah..??? Tak la...nakal tu yes. Still remember, hari pertama di Form 4PD1, year 1996. We all satu kelas kena denda berdiri kat padang depan kelas gara-gara tak bawak buku sifir 4 angka..panas wei! Masa tu memang marah siot dengan cikgu Zul. Mana tak nya malu ooo kat secret admirer...abg senior form 5Sc yang I minat tu. Huhu...kena denda...sungguh tidak patot kan.

Cikgu Zul tu cikgu math we all, cikgu baru la katakan. Beliau sangat suka guna initial plet kereta proton beliau...PCU 112. Paper ujian, nota math semua beliau guna initial tu. Cikgu Zul ni selalu anggap 'group' I ni yang paling 'tak boleh dididik' * i think so lar..sebab kenakalan dan tak dengar cakap. Finally, selepas mengajar maths 2yrs, selepas SPM dah tengok result baru la dia tau agaknya...walaupun nakal..tak seorang pun dari kami yang gagal. I yang mengong maths pun leh lulus dengan kepujian taw..cheeyyyy..bangga diri.

Kenangan beraya di rumah teacher Norziah. I yang baju maroon tu...sitting next to her.

Erm...cikgu yang paling I sayang...of course la...my lovely teacher Norziah Abd Aziz. Beliau mengajar English masa I form 3KH2. I was among the top5 student in our English class waktu tu. Every month beliau akan buat kuiz. Top scorer akan dapat hadiah...I penah dapat hadiah pen.:) Sh. Syahidah Assyura, Wan Haidar Khair & Iman Shah adalah antara classmates I yang selalu je jeles sesama sendiri...semua nya compete to be top scorer. Teacher Norziah walaupun garang (sebab beliau guru disiplin) tapi beliau seorang yang sangat suka encourage student beliau. She's funny too..ada masa2nya la. Besides, beliau jugak cikgu kelas we all semasa Form 4-5. Kerap jugak we all bertandang ke rumah teacher Norziah tiap kali raya. Till now..we all still keep in touch dengan teacher Norziah. Thanx to facebook...*hehe...sempat lagi promote.

To all my lovely teachers..Pn. Norziah Abd. Aziz, Pn. Norbaini Soaimin, En. Zul Azmi, Sir Halim, Pn. Arfah, Pn. Mariani, Pn. Zurina, Ust. Roslina, En. Ashrab Ali, En. Johar dan ramai cikgu-cikgu yang pernah dan masih lagi mengajar di SK/SMK Telok Air Tawar serta semua guru-guru di Malaysia....Selamat Hari Guru. Terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan pengorbanan kalian -- menjadikan 'kami' sebagai 'kami' pada hari ini. Terima kasih cikgu.

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Friday, May 14, 2010

Tags Lesen Memandu..

Tags Lesen Memandu ni diberi oleh Chik Na. Tq...Chik Na...sayer jawab neh...


Adakah anda mempunyai lesen memandu?

yup....

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Year 2003. At that time saya telah setahun bekerja di Epic Valley Holdings, Prai. Driving lessons I dengan IDI driving school di Butterworth.

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
More or less..7yrs.


Pengalaman pahit ketika memandu?
Accident lah...1st time I langgar bontot keta antik. 2nd time -- terhimpit motosikal yang tak tahu arah nak tuju. 3rd time -- bontot keta kena sondol ngan keta lain masa kat PLUS. 4th time -- nyaris2 masuk bawah treler yang nak masuk simpang & tak reti nak kasi signal.

Pengalaman manis?
Dapat 1st car back in 2003..lesen belum lulus, perodua kancil 850ex yang keluar dulu. Walaupun keta kecil kompak..tapi happy nye bukan kepalang sebab downpayment nye arwah abah yang keluar kan. Instalment atas titik peluh sendiri taw.


3 tabiat ketika memandu?
  1. tak pakai kasut, sliper or sandal...berkaki ayam je..selesa camtu. Kalau driving dengan heels confirm tersangkut kat pedal clutch tuh..huhu
  2. suka karoke dalam keta...especially bila boring tersangkut traffic jam
  3. suka driving malam sambil layan cd sentimental. Membawa hati la konon..hehe *walaupun hakikat nya I ada poor eye-sight bila driving di malam hari. Kadang-kadang saja2 je kuar without specific destination...pusing2 Butterworth/Bukit Mertajam/Seberang Jaya pastu balik umah.
3 pantang time i memandu bila?
  1. benci keta lain potong queue..
  2. meluat ngan penunggang motosikal yang suka cilok sana sini..terpaksa kite lak yang 'braking' utk dia..
  3. masuk/keluar lane/junction tak reti bagi signal

Nak bagi tag ini pada:
semua yang membaca entri ni...tolong jawab tag dengan rela hati.


P/s: Tugasan yang tak digemari sudah tiba...


U all tau ke apa mendalah ni...?? Ini la 'Geran Strata'. Buat yang duduk rumah bertingkat...bumbung, lantai dinding kena kongsi..ini lah dia rupa bentuk geran nye. I kalau geran ni keluar dari Land Office dah mula susah hati, rasa sesak nafas dan tetiba je rasa nak cuti minimum 90 hari...hehe. Kerja rumit sebab nak kena uruskan pindahmilik (memorandum of transfer) atas nama pembeli. Huhu....doakan lah kesabaran maksimum buat I.

Wednesday, May 12, 2010

Weekend holiday di bumi Mahsuri..


Day 1: 8 May 2010

Sambil menantikan FY1010 berlepas ke Langkawi, isi masa dengan breakfast Hash Brown McD + coffee dengan Mr. Vicky. Waktu tu jam 7.30am. Nasib baik la ada colleague yang sudi menghantar I ke airport. Excited sampai paras 90%. Sudah bertahun tak mengulang kunjungan ke bumi mahsuri. Jam 09:10am, I'm safely arrived Langkawi Airport. Sementara menunggu Mr. Wan Haris to pick me up, sempat la I merayau cuci mata kat situ.

09:2oam 'Bos' tiba dengan 'baby' beliau. Accompany him for breakfast at one of mamak restaurant. Take a sip of nescafe to refresh again.

Had my early check-in at Langkawi Seaview sekitar jam 10pg. Dapat the best price...thanks to Mr. Wan Haris, for free accomodation. Nice room...scenic view lagii...:) Langkawi Seaview is 3-star city hotel & located within Kuah Town.


Destinasi pertama ke 'Underwater World Langkawi'. Kunjungan kali kedua ke sini. Snap a few beautiful pics.



Tengahari tu, Mr. Wan Haris ada jemputan kenduri arwah at his best friends place. Lepas selesai di rumah kenduri, kami ke Telaga Harbour Park which is located next to Pantai Kok. Lunch di 'The Loaf'..perut tak berapa sedap sejak pagi tadi. Perhaps demam masih berlarutan. I opt for Tiramisu & iced lemon tea.



Next -- Galeria Perdana..pun lawatan kali kedua ke sini. Cuma sekarang dah ada bangunan baru berbanding kali pertama I ke sini dulu. Certain part of the building sangat panas, tak tahu la sama ada pendingin udara tak berfungsi atau sengaja ditutup. Mengundang rasa tak selesa. Mujur la tak ramai pelawat waktu tu.





Cuaca panas betul-betul memaksa I balik ke hotel dulu...mandi & take a nap for a while.

Night life di Langkawi cuma hidup di sekitar Pantai Cenang. Selepas makan malam ala tomyam with Mr. Wan Haris & friends *selera makan semakin merosot, terpaksa balik ke hotel layan mata & perut yang tak sedap sebelum keluar semula jam 10.

Santai minum sprite & menikmati reggae live band performance di Little Lylia's Chillout Cafe, Pantai Cenang. Really love this place. A good place to relax, enjoy the music and bermain pasir pantai sambil tengok bulan bintang...hurm...romantik tau! :) Betul2 nak datang sini lagi...next visit!!




Day 2: 9 May 2010

Breakfast kat hotel, tapi I only able to take fruits and juices. Badan betul2 meragam. Silap pilih tarikh nak datang bercuti agak nya. But what to do..ni saja time yang ada & boleh digunakan untuk cuti.

Lepas je check-out, terus ke Haji Ismail Group (HIG). It's shopping time. Borong coklat je..coklat kat sini murah gilerrrr....satu beg besar coklat je dapat borong sebab 'bos' dah dok gelak perli kat I. Mesti mengata I makan coklat berkoyan-koyan kan...huhu...don't care, tak dapat borong banyak kali ni nanti I suruh 'bos' je belikan dan hantar terus ke Penang..baru padan muka dia..suka sangat gelakkan I. I grab hershey's kisses, toblerone & bounty jer..rasa tak puas ah...huhu...gile cekelat kan....;) kitchen wares usah kira la...sesiapa yang tak kuat iman tu boleh la nak ikat perut sebulan dua bahana shopping ikut nafsu...murah la katakan.

*pic credit -- incik google

Sebelum balik sempat tengok movie lagi kat Langkawi Parade. Tengok cite 'Belukar'..misi menghabiskan sisa-sisa waktu 'together-gether'...hehehe.

Flight pukul 6.30pm. Tiba awal kat airport sebab 'bos' teringin nak makan kat Kenny Rogers.

Ouh...sedihnyer...sad to leave (him)*..entah bila pulak dapat jumpa. Cuti memang la tak puas, sebab 2days je. Tapi kalau berlama-lama pun takut orang bosan pulak melayan karenah.
Overall..weekend holiday ni sangat happy! :) Big thanx to Mr. Wan Haris, bersusah payah for me throughout the weekend walaupun sebenarnya throughout the weekend jugak kena buli dengan dia...hurm..takpe..kasi can!

FY1017 arrived Penang Airport at 7.10pm. Dik na dengan encik hubby datang jemput..harus kena upah cekelat!

Sunday, May 2, 2010

Kedai nasi ayam

Last few days I berkunjung ke salah sebuah "kedai nasi ayam" *bukan nama sebenar di AEON Seberang Prai City. Sorry "kedai nasi ayam"..a bit dissappointed dengan layanan staf yang kurang mesra. Nak kasi menu pun macam nak tak nak je. Macam buat kerja tak ikhlas gitu. Nak kata peak hour..memang peak hour tapi kedai tu amat la 'quiet' walaupun waktu tu adalah 'lunch hour'.


Memilih menu 'Laksa Kari' *wit Wantan Mee. Tengok pic bawah okey..



Taste kuah nya sedap, spicy & up to my taste. Accessories ingredients pun ok...kira banyak la kan. Sadly, cuba tengok isi ayam tu..hurm..potong selera sikit. I kalau nampak daging ayam masih ada darah..urm..memang letak tepi la daging ayam tu. U all ada experience macam ni? Tak kira la kat restoran mana pun. Apa tindakan u all? Meals tu tak mahal..u all nak complaint or let it be? or telan je? or letak tepi dan makan yang boleh diterima tekak..like i did? I suka jugak "kedai nasi ayam" ni sebab banyak menu variety & sesuai for the whole family. This is my 2nd visit, not sure whether I should come back & try other menu..huhu.
P/s: dilanda demam.....selesema & batuk. Thinking of "MC" tomorrow...??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails