About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 26, 2010

aku masuk hutan memburu yang tak pasti...

Title tidak ada kena mengena dengan yang mati, yang hidup -- itu mungkin!

Last saturday -- mengisi masa hujung minggu dengan harapan tak keseorangan & tak kebosanan...bertiga with sis and her hubby, gi trekking, Penang National Park. The last visit tak sempat nak trekking...terbantut sebab sampai suku perjalanan terserempak dengan beberapa ekor biawak *idup. (of course le idup...adoiii!!) Kali ni jauh sikit trekking..compare hari tu.

At the main entrance. Wajib posing dulu. Aktiviti warm-up jugak ni...hihi.

Baru sekerat berjalan, berhenti kejap tengok keindahan pantai Pasir Pandak. My sis kemain lagi naik buai. Show off kat I yang tak berani nak naik walaupun keinginan tu kuat...mana tak nya buai tu ikat kat hujung dahan...macam tak confidence je boleh menampung bebanan berat badan I yang semakin meningkat naik ni!


Pantai Pasir Pandak..kat sini ada jugak yang mencari 'remis' *tak pasti siput ni dipanggil apa kat negeri2 lain & kepah.

Photographer tak bertauliah, curi-curi ambil gambar orang dari belakang adalah satu kesalahan & boleh didakwa! Hihi....

Insyaallah...satu hari mesti kami bertiga akan sampai lagi ke 'Muka Head'..dah hujung Taman Negara tu....!!

My sis snap pic ni semasa kepenatan berjalan melalui denai. Tak faham apa yang cuba disampaikan..maybe dia nak bagitau..dia suka tengok akar2 pokok tu kot...hurm...

By late evening..di sini lah we all bertiga melepaskan lelah berjalan. Lepak atas jeti. Tepi beg adalah botol 100plus. *korang tak tanya..I bagitau yer..hihi. Mata terpejam -- itu simbolik. Mengantuk + perut yang rancak berirama.

Just before we left Teluk Bahang -- before Maghrib prayers...singgah sekejap beli buah cempedak *di luar pagar kat roundabout Teluk Bahang. Abang jual buah sangat lah ramah tamah sehingga nak mengorat I dengan meng'offer'kan buah dokong beliau...ngeee...rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Abang jual buah siap pesan suruh I datang lagi the next day because of dragon boat race will be held tomorrow kat Empangan Teluk Bahang. Confirm abang jual buah thought that we r outsider...plat keta menunjukkan orang wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Tapi slanga ada sedikit ditutup bercampur-campur, Perak, Kedah & Pulau Pinang...hahaha...we all dua beradik sememang nya sedikit gila-gila bila berbahasa. Mau pening orang memikir...!

Next destination -- drop by Ferringghi night market. Meletihkan kaki lagi. Sekejap je..tak lama. Sebab my sis takut ambil risiko kredit kad beliau akan terpaksa di 'swipe' either kat Tarbush Restaurant or The Ship which is nearby...hahaha...tau takott....!!


Finally, we had our dinner at Sri Ananda Bhawan, Tanjung Tokong di mana I & adik ipar both so surprised menyaksikan lagak my sis yang seumpama lori MPPP..hahaha...ketiga-tiga pinggan berjaya dilicinkan oleh beliau dengan jaya nya. Lapar punya pasal la tu. Minta maaf...tak ada pic makanan sebab terlalu lapar & tak sempat nak keluarkan kamera, itu makanan sudah pun ditelan..of course selepas bismillah & doa makan lah!


Friday, July 23, 2010

Emosi tak stabil...aku memburu makanan!

Alkisah nya, semalam puasa ganti...last minit..adat la kan. Semangat berkobar-kobar nak habiskan saki baki. Tak banyak hari dah yang tinggal pun. Balik umah semalam tengok ma dah siap belikan lauk 'daging masak hitam'..memadai dah tu..ala-kadar..puasa ganti feel tak sama macam puasa ramadhan, nafsu nak makan itu ini tu 'moderate' je. Alhamdulillah.

But...'sesuatu telah terjadi' masa sesi ber YM petang kelmarin, sebelum bukak pose..hurm...sedih sangat-sangat. Macam biasalah...mata I masuk habuk lagi lah! Bengkak nya tak surut sampai ke saat entri ni dibuat. So, bukak pose tu memang totally lost appetite. Telan nasi pun macam sangkut je kat tekak. Tak abis pun nasi sepinggan tu, nasib baik ma tak perasan..kecik hati dia kalau idak kan..hurm..tabagos betul I ni.

Lepas maghrib & isyak...ketiduran je lah..sedor2 dah dekat kul 12..perut dah krukk krakk balik...padan muka...bebal sangat..mogok sangat kan..hurm...hambik...!

Nasib baik la ada 'keropok sayur' yang colorful ni menemani malam ku yang kelaparan...sambil tenet kejap..layan keropok & sambung tido sampai ler ke pagi tadi.

As usual lah...penyakit masa tengah sedih & tension...jalan-jalan cari makan lah!

Co-incidence during lunch time today, ada urusan nak diselesaikan di MBSB, Prai. So..popia ni jadi habuan perut I..pedas giler! Light lunch je...cukup lah. Sebab pagi tadi dah 'tibai' sebijik 'roti telur' sesampai je kat opis.

Tea-time...macam biasa lah, tak berapa nak sibuk...desert red bean ni lak yang jadi mangsa. Malam ni entah apa pulak. Takpe lah..insyaallah esok dapat cover balik semua lemak, kalori yang diambil hari ni...gi jogging ngan trekking..mudah-mudahan...aminnn..

Thursday, July 22, 2010

Mari order biskut raya...

Semangat bebenor....puasa tahun lepas masih berbaki 2 hari lagi perlu diganti, tapi bukan main berkobar-kobar lagi buat tempahan biskut raya..heheh. Tapi tak kira nak story jugak pasal biskut raya ni...! Masa ni ramai la yang pulun menghulur sample kuih & order form. For me..maintain order dari orang yang sama sebab dah tahu benar it's quality, taste & delivery. Hurm..pic atas tu sample baru dapat pagi tadi from my ex-officemate. Dah decide 2 atau 3 jenis yang nak order..luckily la..despite of kenaikan harga barang..gula, minyak etc..biskut ni still maintain same price. Size vise..erm..lebih kurang je lagi..tak nampak pengecilan saiz lagi.


During my childhood, helping mom's to bake cookies is a must. Biasanya dalam minggu terakhir fasting month, Ramadhan..sibuk sangat lah kat dapur tu. Yang sibuk nye ma sebab melayan her 2 little princess yang berebut-rebut nak letak ceri atas biskut. Mom's signature cookies -- biskut samprit & biskut suji.

Biskut suji ni favourite arwah abah, ever since abah passed away..ma dah tak buat biskut ni lagi. How I missed them. Beli je, but the taste -- never the same!

Here is my another favourite..'pineapple tart'..bahasa melayu nye tat nenas (poyo je kanss...)..hihi. Adusss...sudah la puasa hari ni...camne la leh terkeluar entri biskut raya ni...sabo je la..

U all..apa biskut favourite u all...share la...^_^



Tuesday, July 20, 2010

I'm back..(for a while..)

Hola a todos...! Finally, I'm back....

Fuhh..berhabuk blog. More than 1 week takde new update. Sorry for me..:( Teramat sibuk dengan tugasan office..melayan emosi, merawat sakit fizikal & melayan YM. Hurm..tengok..suka bagi alasan kan?

Throughout last week, tak ada apa benda sangat yang happen, semua nya normal routine. Cuma angin tak berapa elok sebab bos asyik cari my mistakes. Ada saja yang nak dibangkitkan bila suruh dia sign some documents...waima sekecil-kecil no. rujukan fail. Angin typhoon mana tah melanda. Agaknya dia bagi hint suruh I cari kerja lain kot...hurm..*thinking mode.

And sepanjang minggu ni juga lah, I dengan intensif meng'update' resume di JobsDB & JobStreet. Not just update, apply and take my English Assessment too..;) But seriously, bukan pasal angin bos tu but it really is...I betul2 nak hijrah keja ni. So, those in KL, Putrajaya, Shah Alam area....any vacancy in property development, construction or etc lah (but pls. administration job only) pls inform me...^_^ k...

That's all for now I guess...will be back...erm..tomorrow maybe (I said MAYBE!hihi...lalala)


P/s: Doesnt matter who they are...bujang, married or duda..but when comes to commitment...they're just the SAME!



Wednesday, July 7, 2010

Penang Heritage City

PENANG, July 7 (Bernama) -- George Town's second anniversary celebration to mark its declaration as Unesco World Heritage Site, on Wednesday kicked off with a procession of 50 decorated trishaws in the city.

Chief Minister Lim Guan Eng joined in the procession which began at the Penang Municipal Council heritage building at 9am, and ended at the Yap Kongsi building in Armenian Street about 1pm.


In conjunction with the anniversary, a month-long festival themed
'The Unforgettable George Town' will also be held to promote the heritage city to the public.

Read more news here.


Antara bangunan warisan, Syed Al-Attas Mansion which now turned to Penang Islamic Museum at Armenian Street.

Dr. Sun Yat Sen base at 120 Armenian Street. Previously a headquarters for political party Tongmenghui. Tempat bertapaknya 'Kwong Wah Jit Poh'.




Public holiday in Penang and I'm working today..it's ironic! Tapi takpe lah..sementelah banyak tugasan harusssss diselesaikan kat office ni. Bos kata..kite kena secure investor's interest in Penang..produktiviti harus dikekalkan. Hehehe..kata-kata yang kurang meyakinkan but for me..bagus la back to office sebab now is my 'peak season'. Document tray pun dah 'peak'..kalau cuti sampai bila baru nak selesai kan?kan? memujuk diri sendiri.

Erm...disebabkan festival ni sebulan lama nya..so I still have time untuk melawat bangunan-bangunan warisan ni. Malu lah..nama je Penangites, pernah lalu je tapi haram tak pernah singgah tempat ni.

So, orang KL..orang Selayang, orang Ampang, orang Shah Alam..hatta orang Pekan, Pahang sekalipun...tanak datang sini ker...??? Datang ler..datang ler...leh teman I jalan-jalan...I kan dah single mingle sekarang...hehehe..chewah2..promote nampak!


**P/s: Dik na...sape kate I tak patriotik..see...I ada buat entry Heritage City ni..u ada buat entry camni ke??lalalala...jawab..jawab..

Sunday, July 4, 2010

Miserable week..

Waduh waduh...minggu ni sangat-sangat menekan.

Workloads..jiwa kacau tak abes-abes lagi..isu rumah yang dibeli masih tak selesai and macam-macam hal kat pejabat tu.

One morning this week, I sampai pakai body lotion kat muka waktu tgh siap2 nak gi opis..dah tenyeh lotion tu baru perasan, nak letak moisturizer sebenarnya..tak pepasal je kena gi cuci balik. Sebagai menambahkan 'miserable', I jugak dah merosakkan digital camera dik na..huhu..nasib baik lepas gi check semua nya ok..masih boleh pakai.

And the worst, berangan masa driving balik keja sampai terlajak simpang nak masuk rumah...aduhai, tak pernah terjadi dalam hidup!

So, weekend ni try to get some time out! Semalam spend sepetang at dik na's place, small family gathering. Bawak tok datang menziarah rumah dik na for the first time. Menu: Mee goreng...*makan jugak yang diutamakan..hehe.

And today..i heret my little brother to accompany me for movie..dont care hang ada date dengan awek or what...i just dont care..teman haku jugak..tu yang I cakap ke dier tadi tengahari. Muehehe...nasib baik la adik hero ni mendengar kata gak..but T&C applies lah..kena belanja movie ticket of course..& alas perut jangan dilupakan!
Tengok cerita melayu -- ZOO..asalnya nak tengok 'Knight and Day' yang Tom Kurus*Cruise & Cameron Highlands*Diaz berlakon tu..tapi hero tanak pulak..nak tengok Lan Pot*Pet Pet ngan awek cun Lisa Suri Rumahtangga*Hani..hehe! Tak best sangat..sekadar boleh gelak-gelak, ilang tension je la.



And bahan alas perut nya...di Rasamas...ajak SR hero tanak *fussy! Menyampah haku! Upah drummet pun jadi lah! Save budget I..hahaha..baru bape hinggit..tu la fussy sangat kan!


I diet...fried tofu ngan ice lemon tea je..muehehe..diet konon..sebenor nye dah balun sepinggan nasi goreng ngan chicken fillet kat umah sebelum kluar tadi..!

Mem takde kat umah..tu pasal la boring, tak ada orang nak 'babble'. We all balik, mem pun sampai rumah. Maka bermulalah 'babble' dia sebab I tak masak nasi sebelum kuar tadi..huhu....padan muka..berjalan tak hengat dunia!

Esok -- berat..berat...meeting ngan board of director...uwekkk..nak muntah jap! Hehehe..meeting ngan panel lawyer...besok selepas subuh ler kena gerak ke opis *lepas subuh la sangat..!!..checklist untuk meeting tak siap lagi. Pray for me yer u all...kalau tak siap..terkebil-kebil la I nak menjawab dengan bos esok. Wish me luck! Elok2 dah happy siang tadi..ni dah sakit kepala balik bila go through diary untuk esok..huhu.

That's all for this time...daaaa! ^_^

Thursday, July 1, 2010

Majlis Perkahwinan Azarena & Hasrizal

Attend majlis perkahwinan my BFF Azarena & Hasrizal yang berlangsung last sunday, 27th June 2010 di Kepala Batas, Penang. Ada gak kawan-kawan yang tanya, "kenapa kerap nampak pic u kat majlis kenduri tunang la..kenduri kawen la..u memang suka gi majlis camtu eh??" Macam nak je I jawab..."A'ah nak kasi cukup 27x..ala2 "27 Dresses" tu!!" Sebenarnya memenuhi jemputan dan undangan itu wajib.

Bebaskanlah tawanan,penuhilah undangan, dan jenguklah orang yang sakit” [Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari]


So, ahad yang mendamaikan itu berpergi-pergian lah kami dua beranak (me and my mom) and my BFF, Didie and her hubby, Incik Baha ke majlis walimatulurus tu.


Bertahun dah dua orang ni tak bersua muka..Ina with Didie. We all dulu kira satu "geng bas sekolah" la...both of them ni pernah 'sentap' suatu masa dulu..Alhamdulillah..dah baik-baik balik. Ngeee...

Ish..ish...tembam nyer pipi pempuan tu...sape lah ek..? Ni mesti kes asyik melantak tak hengat punya ni...**muehehehe...ngata diri sendiri takpe..jangan ngata orang lain. Err..lagi satu, jangan ditanya kenapa I posing gitu...kau dipaksa aku terpaksa okeh! Tengok pengantin tu suka-suka ati dier macam nak patahkan tengkuk I tu...huhu.


Ini lah Ina ngan pasangan hidupnya...Incik Hasrizal yang kebetulan sekampung dengan bapak sedara I..**oops...terlebih introduce sudaa...macam la kenal sangat..hehe! (pic credit to Mr. Arjuna Lempeng..copy dari Facebook beliau!) Bagai pinang dibelah dua. Cuma tak faham..apsal si Ina ni pose senget..keloloh la minah ni!

Err...selepas sesi bergambar, makan2 & berborak-borak ngan lagi beberapa orang rakan lama masa di secondary school dulu terus salam ngan mak Ina, nak mintak diri dulu..fuhhh...nasib baik tak kena sound...!! Ye arr...tinggal I sorang je yang solo...lain-lain geng dah mengakhiri zaman bujang mereka.

To newly wed, Ina & hubby...selamat pengantin baru, semoga berbahagia ke akhir hayat dan dilimpahi rahmatNya. Aminn. Mudah-mudahan cepat dapat baby....^_^ ngeee...


P/s: Dah kawin belum tentu habis cerita...**selalu I ingat macam ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails