About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 29, 2010

lauk 'common' yang sangat menggoda nafsu...

Dah lama jugak tak buat entri yang menggiurkan...erm..hari ni nak balas dendam lah!

Kebetulan, kat rumah tu..mood memasak kami anak beranak tiba-tiba menyemarak semula! Maklumlah, normally..cuma beli lauk pauk dari restoran sewaktu pulang dari kerja.
Masak pun kena tunggu ada mood. Kalau tak ada mood, and especially dalam keadaan letih yang amat sangat..macam tak berapa nak ikhlas...urm..tak menjadi lah.

Dua hari lepas...mak yang masak. By the time I reached home..dah siap masak pun 'gulai ayam dengan ubi'.. favorite adik. Mak kalau memasak..mesti kena consider si bongsu tu..makan memilih. Everyday..lauk ayam je dia!

Perghh...sambal tumis sotong mak...memang tiada tandingan! Tengok 'color' tu pun dah terbayang kepedasannya. Hasilnya..petang tu, sepinggan nasi pun tak cukup, harus tambah.
Plus..ulam salad ngan sambal belacan. Punya la berselera..err..harus diakui, we all kat rumah..nak jamah nasi sama-sama pun susah. Sesekali makan malam sekali dengan family..memang nikmat.

Saturday, September 25, 2010

rahsia kamar tidur

Eh eh..nak pegi mana tu..dah betul dah..tak silap page! ^_^ Tajuk je yang tak menahan! (and sikit lari tema!) :)

Just tergerak hati nak buat entry pasal bilik tidur...sshhh..jangan bising-bising ya! Lately, asal masuk je bilik, mata terus nak pejam...asal pejam je mata, sedar-sedar dah dalam bilik..hehehe. For me, besides keadaaan bilik tidur yang suram cahayanya..long tiring day is also one of the factor. Dah lama tak dapat tidur yang baik...teruja la pulak sampai kena buat entri blog...hihi.

Penting ya kawan-kawan..sangat penting menjaga kamar tidur u all semua. Bilik tidur is always be a private horizon to us, for relaxation and recreation too. Kena ingat tu..recreation. Hmm...
Most important, kebersihan..penataan cahaya dan pengudaraan. Bilik yang pengap boleh buat kita sesak nafas. Kalau boleh dapat fresh air..lagi la bagus nya. (Sekarang ada ke fresh air..tengah-tengah hutan batu??)

Yang sebenor-benor nya..entry ni ada motif tersendiri. Nak kabor ke kamu semua yang I sedang berfikir-fikir nak tukar warna dinding...ngeh2...tolong kasi idea..boleh? Penat dah google, yang dapat photo-photo bilik tidur yang sangat lah membuatkan I rasa nak gigit jari..geram! huhu.

Untuk yang senang tidur tak kira masa, rasanya penataan cahaya tak penting la bagi mereka-mereka tu. But for me..kalau terang benderang, guna fluorescent light tu confirm tak pejam sampai ke siang okeh. Sebab tu, my bedroom light..always yang warm & romantic je. (kebiasaannya, susah tidur..it makes me suffer..huhu). Cahaya lampu tu pun orang cakap mempengaruhi mood kita..maybe ada betul nya. Suffering from migrain makes me tend to opt for darker room.

I really love this one..! Yang susah nak dapat..flooring tu..(susah sebab 'fulus'...huhu).

Same as color..warna tu pun sama pentingnya. Kalau nak ikutkan safe, kena pilih warna yang soft such as blue, green & lavender, calming effect! Warna elegant..that is my favorite & biasanya rona putih, coklat..dark & rich memang tak nampak melebih. What do u think?? Warna energetik, terang benderang, macam budak remaja punya tema tu..rasanya dah tak sesuai for me..with this age..huhu. (confuse dah ni..erm..)

Ish..ish bilik siapa ni..tema rojak! Nak kata 'vintage' tak vintage mana pun. Bosan dah I nengok...!

Sunday, September 19, 2010

Delayed Updates : Gelagat Raya 2010

Tergedik-gedik nak update latest entry! Maklumlah dah lama tinggalkan blog tanpa kawalselia. Tak kisah lah kalau ada yang assume cerita raya sudah basi...nak cerita jugak!

Raya tahun ni tak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Kali pertama beraya tanpa tokwan dan kali ke 6 beraya tanpa abah. :( Dik na pula dah terpaksa menyambut malam raya dan pagi raya pertama yang syahdu di samping suami dan keluarga mertua....maka bertambah sunyi lah kami...:(

Seperti last few years, pagi raya pertama..berkumpul di rumah bapa saudara (pakteh) memandangkan the only tok we have living with him..so disini lah tempat yang paling afdal untuk berkumpul, beraya dan bermaaf-maafan. Foto keluarga tahun ni yang tidak seberapa.

Sarapan meehoon goreng di pagi raya.

Sewaktu tour raya ke 3...foto keluarga singgah solat asar di Masjid Terapung, Tanjung Bungah. How I missed the togetherness....and this raya...keep us together again! :)

Yang ini..? Wajah-wajah bosan menunggu feri...dalam kereta sewaktu perjalanan beraya mengelilingi pulau mutiara *hihi..keliling la sangat.

Foto sewaktu gotong royong..acara menyediakan hidangan makan tengahari di kediaman dik na. Kunjungan kali pertama pakteh & family ke sini.

My lovely cousin...& my auntie...candid balas dendam ni..lihat lah wajah 'terkujat' mereka..hihi..masih control!

Sewaktu entry ni dibuat..I just discover..tahun ni tak ada foto bersama adinda tercinta! Dah ke KL untuk kursus mandarin dah dia. Kerinduan lah kakak nya ni...tak ada teman bergaduh kat 'tipon'..tak ada teman jalan-jalan cari makan! 2 months lak tu...kurus kerempeng ler akak nya nanti.

Enough for this time....

Akan kembali berblogging selepas ini....

Daaa...

Wednesday, September 8, 2010

Utusan raya dari Pulau Mutiara..

Finally published jugak entry ni! Memang sengaja simpan sampai last minute..

Antara kad-kad maya yang diterima di Facebook..sama ada dari rakan blogger mahupun rakan FB itself..maaf lah kalian, I tak buat kad raya maya...rabun IT..huhu. Kalau ada yang tak di published kan di sini..jangan berasa hati...kesian kan u all nak scroll sampai ke bawah..hihi.







Bersempena dengan ketibaan Syawal..insyaallah Jumaat nanti...dengan ini I ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan blogger yang rajin sekali membaca my entries, mengomen mahupun yang menyinggah dan me'numpanglalu'kan diri u all di sini...atas segala salah silap, tersasul, terlajak kata, tersilap faham, terlebih tanya, terbelagak ataupun tersombong tanpa disangka..terumpat di mana-mana mahu pun ter'emosional' tak kena gaya..so, di hari baik bulan baik ini..semoga dimaafkan lah diri I ni yang hanya lah manusia biasa, tak lepas dari kesilapan..maafkan yer...

Buat yang nak berangkat balik ke kampung...drive carefully & have a safe journey home.

Salam Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin..

Dengan ingatan tulus ikhlas dari Siti Murni Ishak & Family..



Tuesday, September 7, 2010

Penang Must See/Visit

Dah berhabuk..penuh sawang my blog..! Mood malas nak buat entry..and dah berhari-hari jugak tak sign in sini. Hari ni tergerak buat entry atas permintaan seorang kawan, incik Hafizan yang katanya bakal berkunjung ke pulau mutiara sempena cuti raya yang menjelang tiba ni.

As Penangites itself..walaupun ada jugak tempat-tempat yang I tak biasa sampai. Tapi insyaallah, akan cuba sebaik mungkin memberi panduan untuk rakan blogger kita ni..:)

Kalau u all buat search pasal 10 things to do/visit/must see in Penang..some of this places of interest will appear in your search list:-

  1. Penang Hill (Bukit Bendera)
  2. Kek Lok Si Temple, Air Itam
  3. Khoo Kongsi
  4. Cheong Fatt Tze Mansion
  5. Snake Temple
  6. Reclining Buddha
  7. Botanical Garden (Kebun Bunga)
  8. Gurney Drive
  9. Little India & Masjid Kapitan Keling
  10. Butterfly Farm, Teluk Bahang
  11. Penang State Museum
  12. KOMTAR
  13. Dr. Sun Yat Sen base
  14. Yap Kongsi
  15. Penang State Mosque
...and the list goes on.

Erm..my suggestion untuk yang nak datang bercuti is the following places:-


Komtar -- after the new make over. Dah ada class sikit..compare dulu. Penang famous landmark..so, wajib singgah!

Esplanade & city hall -- not just a heritage building. Bersebelahan dengan Padang Kota Lama (Fort Cornwallis) & Medan Selera Padang Kota Lama. Boleh photoshoot puas-puas. Bila dah terasa lapar...pi la pekena pasemboq padang kota atau mee pata..'femes' dan sedap woo!

Cheong Fatt Tze Mansion (The Blue Mansion) -- heheh...yang ini minta maaf, tak dapat nak explain further sebab I sendiri tak pernah pergi..tapi seriously memang teringin sebab tengok dari gambar memang cantik-cantik pemandangan dan senireka mansion ni.

Juru Auto-City -- Incik Hafizan kata tak ada masalah nak jalan-jalan di Seberang Perai (betul kan..?) So, tak ada masalah jugak rasanya nak sampai tempat ni. One stop food & auto...the one and only in Penang. Nak makan fast food, western, japanese, thai...just name it! You can find it here. Kalau di sebelah malam, boleh la jalan-jalan di Night Market Auto-City..enjoy seeing the colorful lights.


Penang State Museum -- Dah lama tak jengah muzium. Kali terakhir masa 'schooling' dulu. Itupun sebab ikut lawatan sambil belajar. Haha...nostalgia sungguh. Sekarang ni kalau lalu, tak pernah nya nak singgah.


Tropical Spice Garden, Telok Bahang -- Belum sempat pergi, tapi insyaallah akan sampai ke sini tak lama lagi. Entrance fee RM 20.00 and if u all ada view their official websites boleh la tengok the scenery here...ermm...fresh and beautiful greenery...sangat hijau & mendamaikan.

Penang Hill -- Kalau tak silap train baru masih belum beroperasi. Masih on trial. Tapi buat hangpa..oops..u all yang berhajat jugak nak ke sini sebelum hujung tahun ni, boleh je..takde masalah..perkhidmatan jip disediakan di Tmn Botanikal.

Padang Brown, Dato' Kramat -- Tak ada yang lebih best dari 'hawker food'..! That's all I can say! Kat sini famous dengan 'lok lok' atau 'celur celur'. Banyak lagi variety kat sini..rambang mata jugak dibuatnya. Coconut shake pun best! Dinamakan 'padang brown' sebab terdiri nya monumen Sir David Brown kat sini. The field itself was created by British during their administration in Penang.

Ini diaaa.....jeruk...penang mali! Kot la nak bawak balik jeruk pala ka...jeruk buah nipah ka..

Pasar Chowrasta -- This is the place..pasar Chowrasta. Malu la kalau jadi oqang Penang tapi tak kenai chowrasta..! Selain dari beli jeruk and local food..boleh la singgah sekali pekena cendol penang road..sebelah pasar tu je. Buah berangan pun the best kat simpang jalan depan chowrasta tu. Erm..for me la..u can see the real life of Penang..here! Sangat muhibah okeh!

Gurney Plaza & Gurney Drive -- Shopping, movie..coffee..semua pun boleh kat sini. And ada hawker centre jugak lagi. It's relaxing to stroll along the promenade..especially sebelah malam la..boleh tengok colorful lights..merasa bayu laut..adoi...terimbas plak zaman2 bercintan dulu..huhu.

Dah alang-alang kat Gurney Drive, lajak la sikit lagi ke Night Market, Batu Ferringghi (sorry tak ada photo...leh refer my older post..banyak kali jugak merayap ke sana!). Dah bawak anak tu, bawak-bawak la singgah Toy Museum di Tanjung Tokong..mesti happy diorang.

Penang Bird Park, Seberang Jaya -- Another place of interest di Seberang Perai. Kami di sebelah mainland ni memang tak banyak tempat yang menarik..but this place really suitable to bring the whole family especially kids to unwind and relax. Sambil2 tu boleh la diorang belajar...something jugak tu..not just a holiday!

Erm...okay...cukup dah kot I meraban ni. Jangan ada yang pening sudah. Kalau ada yang tak pasti...jangan tanya I banyak-banyak okey..hihi...tanya je dengan pakcik google tu..jangan malu2..dia pun tak segan2 nak jawab..haha.

Untuk yang nak datang bercuti panjang..selamat bercuti..plan your trips and have a safe journey..especially di musim perayaan ni.

U all..take care..have a great holiday...! Daa...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails