About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 26, 2010

Monolog seorang pemandu wanita

Kesabaran sangat-sangat teruji sepanjang hari ni atau mungkin jugak mood yang tidak berapa baik mendorong beberapa kejadian "membebel" dan "memaki hamun" sepanjang jalan menuju/balik dari office.

Salah satu contoh pemanduan tak berhemah, posing sewaktu memandu! Haha...jangan tertipu...dah parking dah pun!

Cerita kejadian petang tadi sahaja...brand new myvi, warna dark silver, women driver (written by women who drive & 100% not intended to be sexist or stereotype), sungguh sopan santun dan berbudi bahasa di jalan yang sedang queue dengan panjangnya! Tak kisah la kamu sopan santun, tapi masa membelok tu jangan lah "makan jalan" orang pulak! "Tak cukup makan nasik ke lunch tadi makngah oi!" Getus sendiri...! kereta kecik je, tapi amik side macam bawak lori treler pulak! Bengkekkkk je tau! Nasib baik sempat potong dia lepas simpang tadi. Bila I pandang ikut side mirror..jelas, kereta-kereta lain tengah azab 'membontoti' myvi tadi. Sticker "P" masih melekat di cermin depan...hmmm..first car ler kes nya nih!


Terpandang sticker keramat tu terus tersenyum sendiri...hilang sikit marah tu, maafkan saja lah! I dulu pun macam tu jugak..bawak kereta macam merangkak!


I sendiri pernah tersangkut kat roundabout Bkt Tengah yang berbukit-bukau tu. 15minit sang Kancil I tak bergerak-gerak..haha! Lesen baru la katakan, kaki tak cekap lagi main pedal minyak & klac. Enjin berapa kali mati hidup semula..kahkah! Itu belum kira terjun longkang kat 'gon' depan rumah kampung dulu. Hihi...kes over-confidence, sangkakan lepas, rupa-rupanya tersangkut sebelah tayar cik biru dalam longkang. Dah la betul-betul main road! cettt...mana mau taruk muka! Jatuh saham depan mamat-mamat ensem yang lalu lalang.
Sampai sekarang I kena gelak tau! Tak aci!

However, bukan semua pemandu perempuan terrible, miserable...(but adorable ^_^) macam ni..some of them are fast learners, and some of them are 'too fast too furious' (just like my sis...alhamdulillah, sekarang dah insaf).

It doesnt matter whether u r a man, or a woman..pandulah dengan berhemat (ehem2....reminding myself too). Kalau orang cucuk-cucuk belakang kita, kita buat relax je..kalau boleh drive lagi slow. Maybe dia tengah sakit perut & perlu cepat-cepat sampai 'jamban', so bila kita bawak slow, boleh lah kita bagi dia menang, dapat overtake kita! And kalau orang depan kita slow, kita lepaskan je geram kita kat blog, kat FB, jangan pulak kita cucuk dia sampai kita kena kuar RM pulak kans...?? Kalau orang masuk lane tak bagi signal, main redah je...& kalau kita ada chance, cepat-cepat kita snap gambor hantor kasi JPJ. Amacam??okeh??



The Aston Martin Vanquish -- used as the Bond car for the film ‘Die Another Day’ released in 2002 starred by Pierce Brosnan (just imagine..Pierce Brosnan wit his famous car, berhenti kat sebelah masa tunggu traffic light...phewww...mesti tak kisah kalau kena berhenti lama2 sekalipun...ekekeke...gatai mode!)

U all...ada kenangan masa pegang lesen P ?? or kenangan pahit manis masam busuk sepanjang pemanduan? share laaaaa....I sibuk-sibuk nak tau ni!


photo credit: http://women-drivers.net http://www.famous-cars.net

Thursday, October 21, 2010

Advertorial: Apartment for sale

Company is selling this apartment unit!
RM 125K..not that expensive kan. If u afford to buy brand new car, mesti mampu jugak nak beli rumah..kan?kan? Buying properties is much much better, property value tak depreciate macam kereta..so why not, buy for investment.
Plus..kat sini ada good rental market..sentiasa ada demand. U can easily get around RM 450-RM 550 per month untuk rental. A few units from neighbouring apartments dah pun transformed to homestay & there's always a demand there.


Living Hall & Dining

One of my friend who owns a low cost unit (in a same development here) can get approx. RM 1000/- per month from her homestay project. And it's low cost unit which turns to fully furnished apartment ok...sayangnya, i dont have a photo from her unit to show to u all.


view from subject unit.
Back to the topic --
  • unit ni berkeluasan 778 k.p.
  • 3 bedroom, 2 bathroom, floor area semuanya siap dengan tiles
  • Ada kemudahan lif, club house, kad akses & sekuriti.
  • unit ni baru berusia 2 thn (beranak pada tarikh OC la kans..hihi)
  • so far, this unit only occupied by our staff and just recently telah dikosongkan due to company interested to take up another apartment unit
  • located at 4th floor dengan view yang not bad la..
  • surau kat bawah je...
  • lain-lain amenities -- mini market, hypermarket, schools, industrial area, penang bridge, Juru Auto-City, PLUS interchange...semuanya sangat-sangat dekat okeh

  • So...ada sesiapa yg berminat??call our hunting line 04-507 3455

Monday, October 18, 2010

PAM 38th Anniversary Dinner

On last Friday, 15th Oct 2010..Me and 8 other officemates representing our company for PAM Northern Chapter 38th Anniversary Dinner which is held at Eastin, Penang.

We arrived a bit early (intentionally take an hour time off just in case we might caught in a traffic jam at Penang Bridge, luckily not!)

Lama menunggu majlis dimulakan..tak keruan..sehingga mendorong tangan yang sedia gatal nak 'snap' photo..:)


My darling dengan wifey!...hahah...I used to teased him! It's Mr. Tan. Called him 'Darling'..senang sikit nak mintak tolong. Dont worry about Mrs. Tan, she's very understanding...hehehe.
The event only started at 8.00pm..masing-masing dengan perut yang dah memainkan bermacam bunyi-bunyian.
After a few minutes speech by the PAM Chairman & YB and photo-shoot of newly appointed PAM Northern Chapter committee, then we finally being served...chinese menu this time!

Shark fin with Crab Meat & Shredded Chicken

I've forgotten to snap the 'starters'.
It's terribly awkward using chopstick! Eventhough, while at home kalau amik instant noodle memang guna chopstick..but it wasnt the same!


Steamed Garoupa

Yang ini yang paling pergghhh...

Abalones & Sea Cucumber with Brocolli

Wok Fried "Indo" Tiger Prawn
Tak sentuh langsung udang....resdung!

"Hong Siew" Wanton Noodle

Fungus with Chinese Pear

Rasa a bit relieved lepas pekena yang ini....maklumlah, tengah flu.

The dinner ended at 11.00. Semuanya dah 'sleepy mode'. Cuma a bit tak best..sebab tak sempat nak kenal-kenal & tukar-tukar nombor dengan 'handsome young architect' kat majlis tu..uwaaa...hopefully, next year ada lagi..(gatal mood....kahkah..)

Sunday, October 17, 2010

kad wasiat membuatkan saya ingat akan kematian

Received this card from Amanah Raya last few days. First impression -- besau nye tulisan 'wasiat' atas kad tu. Cuma persediaan. Inipun luckily sebab my loan ada tie dengan Amanah Raya.

Experience teach us to be more prepared. Bila orang dah pergi, mereka yang tinggal perlu uruskan segala-galanya. Dan urusan memberi kepada yang berhak tu bukanlah mudah. Kalau boleh, nak dielakkan perkara-perkara yang boleh menyukarkan waris. Banyak atau sikit, bukan persoalan..yang penting urusan dapat dipermudahkan.

Suddenly rasa..hidup ni macam tak lama lagi dah. Erm..don't get me wrong. Kita yang hidup ni harus lah "mengingati mati". Bila I google "mengingati mati" tadi...I found that there is 4 things need to be done bila disebut soal mengingati mati..they are --

  • banyakkan mengenang & mengingati orang yang telah pergi
  • fikirkan nasib mereka yang ada di alam kubur
  • ingat kedudukan mereka sebelum mati & bandingkan keadaan mereka sekarang yang telah mati
  • bayangkan jasad-jasad mereka yang telah dimamah tanah
Hidup ni hanyalah fana. hmm...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Minggu yang sangat meletihkan buat 'Natrah'. All over her body rasa lesu, demam, selesema, sakit tekak berlarutan. Akhirnya lepas jugak segala lelah kerja, segala stress dengan menikmati aromatherapy haruman lavender..dari bekas candle tu terbiar je tak digunakan..kan? baik guna..! Lampu samar-samar dan aroma lembut yang sangat romantis tu akhirnya berjaya menidurkan 'Natrah' yang dalam masa yang sama masih diselaputi kebimbangan, perubahan sikap Ikmal Harith dan satu demi satu rahsia yang terbongkar. Sekelumit sayang 'Natrah' pada Ikmal Harith, masih bersisa dan selama itu lah 'Natrah' mahukan yang terbaik untuk dia.


"mengingati mati" - credit to http://alkhatab2.tripod.com

p/s: selain mengingati mati, teringat jugak, belum beli perlindungan waktu sakit..apakan daya, tak mampu lagi ni.

Tuesday, October 12, 2010

terjawab sudah persoalan sibuk

Mood sibuk! & tak sihat!

Bila I "merengek" (ganti perkataan merungut) tak sihat, ramai yang nasihatkan I supaya ambil je MC. As far as I'm concern, allocation untuk my MC every year pun tak pernah fully utilised. U can say..I'm 'gila kerja' or what..but it is a matter of responsibility. Sometimes, ada kerja yang tak boleh ditinggalkan macam tu saja..or else..I yang dapat headache the day after. Setakat demam, boleh drive, boleh berjalan..sakit tekak tapi masih boleh bersuara...insyaallah..I'll be at work as usual..walaupun semangat tu kurang dan kadang-kadang terlepas bebal bila buat kerja!

Untuk kali ini, sedang buat persediaan fizikal, material & mental menghadapi acara syarikat 16 Oct nanti...erm..sabtu ni lah! Besides, semua big bosses will be in Penang by tomorrow. Kena menghadap diorang lah, nampak nya. Sementara menunggu acara hujung minggu, kena buat preparation untuk meeting dengan panel peguam. (hmm..part ni, pening kepala..banyak yang belum finalise!)

Sebelum terlupa, 'big event' nyer..u all semua dijemput hadir ke "Majlis Eksklusif Pelancaran Jualan". Erm..ada jamuan satay! Ada makan2 best....tapi..kena beli penthouse sebijik dulu...hihi. Taklah! Majlis untuk menarik bakal pembeli. So, to those interested to view our apartments unit, please come along with your friends and family.




The events will be held on this saturday, 16th Oct 2010, 10am to 5pm, bertempat di pekarangan Pangsapuri Delima Intan, Blok A, Taman Seri Delima, Juru, Seberang Perai Tengah.
For information, kindly call our hunting line 04-507 3455. Mana tau, ada yang berminat nak tahu pasal pricing, location, built-up or any promotional scheme, jangan malu-malu kucing..dial je talian tu. (hmm...terjawab sudah kesibukan ku itewww...)


p/s: are now discovering Hong Kong, through several websites and tourist guide books! Sesiapa ada pengalaman melancong & mengembara ke Hong Kong..sudi-sudikanlah kongsikan pengalaman pahit manis u all with some comments here..especially, when comes to 'halal food' untuk pelancong muslim.

Daaa..:-)

Sunday, October 10, 2010

sup baling campak kunyah & telan..

Tak sihat, tak ada selera makan. Since last 3 days..menu biasa, sup daging..sup ayam, sup campur....buah-buahan. Tapau lunch KFC pun tak menjadi, selera tak pulih jugak.

Balik rumah pun sama. Sudahnya, jamah saja sup baling campak ni..2 mangkuk sekali hadap. Sedap jugak sup ni walaupun cincai je I masak (angkat bakul masuk sendiri!). Korek apa saja yang ada dalam fridge..washed potatoes, carrot, daun sup, tomato, cili padi, chicken balls and coincidence yong tau foo nye mix pun ada...potong & baling je masuk periuk..most importantly serbuk sup adabi & black pepper powder taruk banyak-banyak. Berpeluh beb!

*****************************
Natrah terus diburu gelisah. Panggilan terus ke handphone Ikmal tidak berjawab sejak semalam. Merajuk benar Ikmal. Buntu! Usaha memujuk terus gagal. Ikmal tak pernah marah sampai ke tahap ini. SMS juga tidak satu pun dibalas Ikmal. Argghh...geram, marah, kecewa, rasa bersalah..semuanya bercampur baur. Tenggelam punca. Kalau lah dekat, dah lama rasanya Natrah terpacak di hadapan rumah Ikmal.

p/s: saat emosi meluap-luap, airmata berhamburan..tidak ada yang mustahil untuk dilakukan. Akal..hilang fungsi sedang hati menjadi raja. 'Ikmal' tak selamanya akan bahagia jika kebahagiaan yang dibina adalah atas derita dan airmata seorang 'Natrah'.

Wednesday, October 6, 2010

I dapat souvenir..u all ada ke?kihkih...

Semalaman Natrah tidak dapat memejamkan matanya. Puas mengalihkan tubuhnya, sekejap ke kanan, sekejap mengiring ke kiri. Setiap kali matanya cuba dipejam..hanya wajah Sharifah Sofea dan Ikmal Harith bersilih ganti. Antara geram, marah, cemburu dan sayang, semuanya bercampur baur. Hati Natrah bagai ditarah. Tak keruan dibuat Ikmal. Meradang bila soalan demi soalan dilayan endah tak endah si Sofea. Bagaimana lagi mahu mencari kepastian?
to be continue..

Yang kat atas tu, commercial break..:) Actually, entry ni special untuk merakamkan ucapan terima kasih...'gracias' yang tak terhingga to my dear fren...blog nye di sini



Souvenir ni sampai dengan selamatnya at my office's table..:) teruja I sewaktu membuka sampul. At first..bergurau main-main je dengan kawan I sorang ni kat FB, suruh dia bawa balik souvenir dari destinasi percutian tu..hmm..thank u again atas ingatan. Erm..ingatan tu yang penting. Appreciate it! Untuk my dear fren tu, even kalau u kutip pasir or seashells kat pantai tu untuk I sekalipun..I would accept it with all my heart..:)

Sebut pasal ingatan...kadang-kadang ingatan dari orang yang menyayangi kita setulus hati, walau dari jauh dan tanpa mengenal identiti sebenar orang tu...adalah jauh lebih bermakna dari orang yang dekat mendampingi kita..belum tentu ingatan dan kasih sayang tu setara. Fikir-fikirkan lah..Ikmal Harith.

Okay lah...daaaa...dulu..take care!

Saturday, October 2, 2010

Perempuan tu...

Alhamdulillah...sabtu dah hari ni, dah weekend. Lately..memang really looking forward for weekend. Memandangkan rutin kerja di pejabat bertambah due to kekurangan 'manpower' dan "beban masalah" yang ditinggalkan orang yang berkenaan.

Pening jugak nak handle aduan pelanggan....orang yang pergi, tinggalkan 'imej buruk' satu hal...tinggalkan najis lagi untuk orang lain bersihkan! Tak patut sungguh.

Akibat daripada sikap pengurusan yang sambil lewa dengan aduan I...**taknak dengar cakap I kan...cakap I nak bodek & kipas bos kan....nah, sekarang...tengok apa dah jadi.
Tak salah dugaan I. Walaupun tak ada bukti...kebenaran dah di depan mata. Each day, ada saja pelanggan mengadu...perempuan tu mintak yuran yang bukan-bukan dari pelanggan yang sebenarnya tak sepatutnya wujud pun! Banyak RM dah disonglap perempuan tu.




Previously, rakan baik dia yang terlibat..meja sebelah-sebelah. Bila kes hampir terbongkar, ambil gaji hujung bulan, terus cabut dari office. Songlap duit pelanggan pun penyakit berjangkit rupanya! Huhu..mintak la dijauhkan.

Yang I tahu sebelum ini RM 7,000++, kes tukar cek customer dengan cash. Kemudian sorang customer bagitau..RM5,000/- dipinjamkan kat perempuan tu. Kelmarin pulak, sorang customer mengadu dah bayar RM 700/- yuran guaman melalui perempuan tu, tapi tak ada resit sebab bayaran dibuat lepas waktu pejabat. Itu belum kira dua tiga panggilan dari customer nak mengesahkan wujudkah 'yuran penilaian' RM550/- yang kena bayar kepada agen tertentu.

Hmm.....kalau la I jadi bos, arahan meletakkan jawatan saja tak memadai. Terminate je terus...& the most important thing...buat je report polis! Bagi pengajaran untuk orang macam ni, jangan senang-senang lepas bebas & ulang jenayah yang sama. Padahnya....bad reputation for company!


P/s: Dah lama bengang dengan perempuan tu...selalu tak dengar instruction I. Dah la bodoh sombong, apa saja tak reti nak bincang, terus nak hadap bos....I bukan tunggul kat office tu..! Hilang satu 'luka bernanah'...masalah pulak nak hilangkan 'parut'....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails