About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 26, 2010

Website Value

Gatal tangan nak try menilai harga blog ni...


RM 12K je...?
huhu....kalau jual pun tak leh jadi millionaire lagi, cukup bayar hutang semasa je..:(
Saat-saat seperti ni, I sedang ligat memikirkan RM....RM...RM...
Banyak sangat planning, modal tak ada...
sudahnya sendiri yang serabut..

Tuesday, November 23, 2010

Majlis Reunion Ex-SMKTAT 95/97

First of all, entri ini a bit lama terperam dalam my draft. Biasalah, bila mood malas bermaharajalela..kans..hmm. Last week sewaktu meronda ke blog eelobor, dia ada buat entri pasal reunion, terasa jeles la pulak..hehehe...

So, this time around I nak story about our Majlis Reunion Ex-SMKTAT, class of 95/97.

Majlis diadakan pada 6 November yang lalu, bertempat di Aidy's Cafe, Teluk Air Tawar, Butterworth (back to our origin lah..). At the very first, program ni sepatutnya diadakan at our secondary school itself, tapi memandangkan kehadiran yang tak sampai our target, so, bertukar tempat lah.


Amacam? Gempak tak banner we all..? Banner and all photos for this entire entry adalah atas usaha one of my friend and ex-classmate, Mr. Wak Kundang. Credit to him for all the hardwork and effort.

Wajah-wajah ceria. Suka I tengok pic ni....senyuman ikhlas...hee. My BFF, Wati and Hafizah.

Ni lagi satu, wajah yang sangat ceria, since our teen-ages, Shila. Rahsia awet muda I guess...:) Salam yang mengembalikan pelbagai memori zaman persekolahan.

Layan sajalah foto-foto seterusnya. Macam-macam hal dan gelagat, banyak yang nak dibualkan & rasa tak sedar je masa berjalan dengan begitu cepat.


My BFF jugak..still remember her??..alaaa...yang baru kawen hari tu..ehem2..sorilah..tak baru lagi dah..dah berapa bulan dah...ekekeke.

Foto candid...tengah meneliti senarai yang hadir.


I was in the middle, diapit dan disepit..haha..by my two BFF. Sitting next to me, wearing the purple blouse is Didie.



Our Mr. Chairman, Shahrizal sedang berucap..ecece..berbakat dan mempunyai impian menjadi YB..kihkih..support je lah..kawan-kawan kan.

Bakal pewaris takhta kerajaan Majapahit...hehehe...masing-masing bawak their kids, dah besar pun anak2 diorang..huhu :( I anak kucen pun tak ada tau...sadis..sadis..
Foto atas, Shila's daughter, saling tak tumpah wajah ibunya. Sarah, the one wearing black tudung also with her kids..

Masa acara menjamu selera, we also been served with slide show...mengimbau kembali zaman persekolahan we all dulu. hehehe...seronok tengok slide show, at least mana yang dah ingat-ingat lupa tu dapat refresh balik.

Rozita, Siti Aminah & Shamsinar..berkawan baik dari sekolah rendah..:) And, maintain je...tak banyak berubah compare masa sekolah dulu...


Last but not least, our "big family". Majlis berjaya mengumpul lebih dari 20 orang bekas pelajar SMKTAT 95/97. Satu kerugian bagi yang tak dapat menghadiri reunion kali pertama ni. Anyhow, we r now looking forward for our next event in nearest time..maybe our first BBQ get together..Insyaallah.


Demi menjaga ikatan ukhuwah ~ Natrah rela memaafkan walau hati nya terluka, robek, hancur luluh. Marah tak seharusnya membenci..sakit tak semestinya menyakiti.


Thursday, November 18, 2010

Cuti-cuti release tension (KL - Part 2)

Day 2, 13th Nov 2010, Sat





- Breakfast di 'mamak' bersama-sama coursemate dik na, somewhere at PJ. Tak ingat apa nama restoran tu. Makan so-so, roti telur + teh ais.


- Ramah mesra belaka, sebaliknya I yang pendiam (pemalu sebenarnya...)




- Tak leh beat kehebatan breakfast mamak di Penang walaupun ada wide variety of breakfast menu.

- Breakfast ditaja..thanks kepada penaja-penaja.




- Sila jangan gossip foto di atas. Co-incidence orang sebelah I tu dah bertunang, gosip lain mengatakan bahawa I adalah his future wife. Sungguh mangkok ayun gosip berkenaan. (kahkah...ade ke??? adik-adik je tu..). Ayip, antara rakan kursus rapat my sis.


- Usai sarapan. Masing-masing membawa haluan masing-masing. Ada yang balik terus ke utara, ada yang balik Putrajaya. Ada yang datang dari utara, tak hengat nak balik utara...hehehe. (ooops...terkata diri sendiri pulak..!)





- Next destination, Berjaya Times Square at around 11.00am.

- Sila jangan muntah, hakikatnya we all memang bershopping lagi. Beli something buat hadiah untuk ma, itu saja. Takde shopping menda pun.

- SMS tot tet tot tet...hati semakin panas, index mood mula menurun bila orang yang sepatutnya pick-up I by noon mula mengeluarkan excuse-excuse yang kurang bernas. Mujur disabarkan dik na (eleh...suruh orang cool, dia yang panik, takut tak sempat sampai penang sebelum 7ptg..)

- Meredakan kepanasan hati di Station Kopitiam.

- In the mean time, memujuk dik na yang dah hilang selera makan akibat tergila-gila bayang akan hubby nyer!


- Cream of Chicken Soup for lunch. Perut masih kenyang akibat heavy breakfast tadi.


- Soursop ape ntah, ordered by dik na plus kampung fried rice. (makan tak abis pun...)

- Finally, dijemput oleh 'orang' berkenaan at around 1.00pm. Dik na terus proceed drive balik ke utara tapi sebelum tu puas jugak menadah telinga mendengar pesanan yang macam-macam.

- Sampai ke tempat menginap. Take a shower, take a nap. Keletihan yang amat sangat.


- Dalam kereta, diberitahu nak bawak makan burger. Which I thought just an ordinary burger. And guess what, finally we are here, having our dinner at German Deli, Petronas Ampang.


- Extraordinary! *Besaq gedabak and absolutely not my kind of favourite food dowh! Wiggy 500 ape ntah nama nya. Orang tu ask me to share this wit him...euww...tak boleh, really tak boleh dengan perut yang tak berapa sedap & tak rasa macam nak makan apa-apa.

- He finished this one..tapi tak sepantas selalu. And also admit, he's going to vomit. Sebab petang tadi orang tu dah belasah 2 pinggan nasi.

- Tapi, salute la..boleh makan sampai habis walaupun tak licin plate tu.


- My dinner, cuma mashed-potato and carrot+apple juice. Hampir terjegil biji mata orang tu..yelah, takut I kelaparan pulak nanti sementara tunggu lunch esok nya.

- Memang akan kelaparan, tapi perut tak sedap. Teman kan orang tu beli barang & hantar I balik ke tempat menginap. Mengantuk, petanda kurang sihat.


Day 3, 14th Nov, Sunday

- Breakfast, sunkist orange juice.

- Driving for lunch at 2.00pm di JomBali, Carrefour Wangsa Maju outlet.

- Lapar la konon, order nasi lemak biasa pun tak abis. Iced white coffee jugak yang I teguk sampai tinggal ice cube. Dengan orang tu nak minum pun kena cautious..so agak kemaruk tak kena kopi semalaman. Hari ni pasal dah nak balik, berani lah, buat *ketegaq minum kopi. (agaknya hati dia tersenyum riang kalau tengok I teguk jus buah, ape pun redha...untuk kebaikan diri sendiri. Patut pun kena bebel, kalau tak ada orang bebel, tak ndak nya telan air buah tu)

- Temankan orang tu membeli lagi, rempah ratus nak buat BBQ katanya (cheh, nak BBQ dengan family la tu, sikit tak pelawa...huhu)

- Time reaching to 4pm, gerak ke Hentian Duta, orang tu hantar.

- It's time to go home now. I hate this feeling. Tiap2 kali nak balik, mesti I benci perasaan tu. Mula la nak feeling-feeling syahdu bagai!

- Hujan..macam dalam hati I ni. Masa berjumpa, tak terkata. Bila dah nak balik, rasa ralat pulak, banyak yang tak terucapkan.

Cuti ni sebenarnya, bukan untuk orang lain, but just for myself. Even orang nampak, me being happy, enjoy, smiling and all that..but they dont know and will never know. It is just me, taking a break from everything, trying to convince my inner self & merenung diri sendiri.

While on my way to KL few nights before, I sempat buat a few notes about 'him'. I dont expect anything from there. Semuanya sudah I serahkan pada Dia yang Esa, Dia yang memberikan hidayah dan Nur, Dia yang membuka dan menutup hati insan-insan kerdil seperti I, orang tu, kamu dan kamu...:)

glossary:

*ketegaq = degil, stubborn

*besaq gedabak = besar sangat-sangat, beso gile

photo credit: breakfast by mr. saaid, berjaya times square & jombali by bing image search

Tuesday, November 16, 2010

Cuti-cuti release tension (KL - Part 1)

Day 1, 12th Nov 2010, Friday


- Berkampung di INTAN. Share bilik with my sis yang bakal menghabiskan kursus di sana hari ini.

- online FB, jengah blog, bancuh kopi, breakfast snickers -- while waiting dik na yang sedang attend acara penutup.

- by noon..memulakan acara merayap. 1st destination, Amcorp Mall.

- shopping tudung pashmina, tudung syria, tudung saji....dan sebagai nya...hehe

- cuci mata & shopping at one of vintage shop. Na bought some paintings and me myself bought some home furnishing items. Aksesori vintage kat sini murah compare di Penang. Supply banyak agaknya.


- Melepak dan pilih hadiah buku untuk diri sendiri di BookXcess, yang sedang 'mad sale' and really2 absolutely mad.

- this is the cheapest book I could get -- next time, I'll make sure, I'll come again. Murah giler buku2 kat sini, rasa macam nak borong semuanya....astaga...besau sungguh napsu...huhu. (napsu membaca yer....)

- lunch kat KFC, Jalan Universiti. Try recipe baru yang kaya dengan rempah ratus...very spicy! Lapar sampai tak abis 2-piece chicken, siap tapau bawak balik bilik.

- Perut kenyang, it's time to take a nap, for a while (kononnya laa...).

- Hujan renyai-renyai kat luar. Sedap tido. Terjaga, tengok jam dah pukul 4pm. Wake her up. Masa untuk berjimba!


- Berpoya-poya lah kami berdua di Sunway Pyramid. Berkali-kali jejak KL, tapi tak pernah sampai ke sini. Sungguh kesian. *sengal mode~

- First time setelah bertahun-tahun, buang tebiat main game kat game arcade kat situ. Enjoy! Lupa sekejap masalah yang berkerak dalam kepala otak tu. And first time jugak, gelak macam nak pecah perut. Been ages, never get the feeling, of competing with my sis! Haha...result - tie!

- terbeli one pair of shirt kat Playerz. *terbeli okey!

- Jalan2, cuci mata, shopping lagi, kali ni kat Daiso..lots of things ok. Lebih sejam nunggu budak tu memilih barang. Kat Penang tak ada Daiso. Segala jenis benda nak diborong nya..alahai..suri rumah..camni rupanya gaya suri rumah membeli-belah.


- Penat. Lepak, makan & santai at Station 1 Cafe, Dataran Sunway.

- Layan live band sekejap...so-so saja performance nya!


- Ribena for her, white coffee for me. Kemaruk siot. Kopi 3 dalam 1 dalam bilik Na tadi pagi tak kaw. *berani nya komplen, there will be no next time kalau adik I tau ni...huhu


- Na opt for Black pepper chicken with Rice and I opt for Egg Sauce Yee Mee. Perut tak berapa sedap. So, this noodle would be a good choice, sebab tak pedas and loads of vege too.

- Lepas dinner, balik & zassss atas katil..outside is now raining, tarik comforter dan berselimutlah kami berdua, sekatil dengan 2 biji bantal.




.........to be continued, Cuti-cuti release tension (KL - Part 2)



Monday, November 15, 2010

3 series

Sudah melangkah masuk "3 series"...last thursday.
Tak happy dan tak sedih, neutral saja.
Bezanya, tahun ni tak ada sambutan.
Cuma lunch time that day belanja officemates Big Apple Donut (now you know what angels eat..) **actually, birthday girl...oops..lady dah...yang teringin nak makan donat..hehe :)



and still craving for donuts...and more donuts...
kenapa lah camni..esok harussss big apple lagi!

Ada beberapa resolusi sempena pertambahan usia.
Tak dapat declare di sini, biar lah menjadi rahsia dahulu. Insyaallah..kalau ada rezeki..kalian tahu..nanti.
Doakan...:)


p/s: thanks friends...for sweet birthday wishes :)

Tuesday, November 9, 2010

soalan-soalan yang tak ada kesudahan

Lokasi: Jelutong Promenade at Nautilus Bay, Lebuh Sungai Pinang.



Tenang, tak berombak laut Selat Melaka petang tu. Air semakin surut. Pelabuhan sebelah sana kelihatan sayup-sayup walaupun dalam cuaca terang.

Apa yang kalian fikir dengan foto tu? Yang pastinya, tak sama seperti yang ada dalam fikiran I. Soalan-soalan tak berjawab. Kisah yang tak tahu bila dan apa kesudahannya.

Minggu ni bakal meruntun emosi. Masuk ke '3 series', macam-macam isu menekan. My restless soul..hanya akan tenang jika tak ada campurtangan orang lain yang sibuk-sibuk bertanya about my future. Concern tak kena tempat. Nak ambil berat tak kena gaya.

Bila I renung jauh ke tengah laut tu, yang I fikir macam mana nak sampai ke tengah...jangan kata speed boat, perahu pun tak ada.

Jenuh tunggu feri ulang alik, Pengkalan Raja Tun Uda -- Pengkalan Sultan Abdul Halim. Feri datang, feri pergi. Itupun kena tunggu giliran. Ombak dan pasang surut. Semuanya faktor -- I tak boleh sampai ke tengah tu. So, why blame it on me?? Bukan I yang tak nak kan??

Macam nak hempuk batu-batu tepi pantai tu kuat-kuat..tapi dapat apa? Hanya penat.

Hidup ni penuh dengan siri-siri soalan yang susah nak dijawab..dan tak berkesudahan. Keluh I petang tadi pada seorang kawan dan abang. Tapi jawapan balasnya yang bersahaja, cukup menyedarkan -- "itu baru soalan di dunia, masa hidup. Belum lagi soalan di sana.."

Terima kasih Abg Zul..short conversation, yet meaningful.

Sunday, November 7, 2010

Pastamania, Gurney Plaza

Hilang jugak kempunan I nak makan-makan di Pastamania! Luckily, my sis yang sedang berkursus dapat balik menghabiskan cuti Deepavali dan hujung minggu di Penang. As usual lah..dah ada partner nak makan-makan..rancak lah program! Kalau tak..huhu..hampes...makan-makan kat umah je lah. Nak ajak ma...kena tengok mood dia dulu. Kalau mood ok, badan sihat...insyaallah on je! (alasan sebenar -- malas nak driving, malas nak cari parking...hehehe)

Pastamania, Gurney Plaza. Not many patrons during Deepavali hari tu. Ramai gi beraya, cari muruku & kueh batu agaknya...:)

Na and hubby...ecece....'windu' katanya. Dua bulan berkursus, turun 5kg berat badan adik ipar I tu..hehehe. Takde cik puan nak memasak di umah, tak dengar cik puan pot pet...haha..bukan I kutuk, itu diakui oleh adik ipar I sendiri, okeh!

Country baked pasta -- chicken & capsicum melting each other with thyme sauce...urm..the aroma..ouh..sungguh menggegar jiwa! hehe..we all share je...Alhamdulillah..kenyang gak tu!

And please don't forget -- their hand-tossed pizza. Four Seasons. Masa order tu rasa macam nak bagitau kat waiter tu..."please letak more mushroom and olives.."hehe...muka tak malu la kalau buat macam tu...kan...hehe.

Hawaiian Pizza. Suddenly teringat seorang kawan yang alergik dengan pineapple. Tiap kali order Hawaiian mesti teringat dia. Sayang kan..even kat pizza pun..classic flavor ni jugak yang jadi favorite, tapi bila ada orang alergik macam ni, berkorban sikit la kan. Nasib baik family I tak ada yang pantang nenas....pantang nampak ada la! hehehe..


My mom. Telah dipaksa oleh kami, anak & menantu..jangan nak minum ais..! Sakit urat tapi pantang nampak iced drinks..! So, dipaksa minum hot drinks..hehe. Biasanya kalau dengan I boleh je dia ngelat, tapi kalau dengan dik na..ndak tak ndak, dengan muka kelat, memang dia kena ikut. Camomile tea untuk ma!

Ini....duta Pastamania! hahaha...perasan tak sudah2..! Hilang jugak kempunan I...Alhamdulillah.

By the way, hari ni kempunan lain pulak...! Sedang tak sihat ni, macam-macam pulak teringin nyer! Teringin nasi kandar Kassim Mustafa, teringin waffles cake peanut butter & strawberry, teringin itu...teringin ini...hahaha..banyak la I punya teringin!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails