About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 26, 2010

Diary

2010 dah hampir menjelang penghujung, tak berapa hari je lagi.
Seperti saban tahun...tiba je Disember, I akan mula bertanya-tanya pada kawan-kawan 'bankers'..kawan-kawan consultants...kawan-kawan suppliers, contractor...and so on..."takde ke diary ke, planner ke..calendar ke for me??" *tanya mesti mau lembut sikit okeh...

But sadly..sejak 2 tahun kebelakangan ni banyak company yang dah cut cost, tak produce diary. Executive or Management Diary is of course my concern. Sebab, diary tu lah yang akan I usung ke hulu ke hilir sepanjang tahun..365days okeh...*uiks..ye ke?

diary 2010 no. 2 setelah yang no. 1 hilang..

So far untuk coming 2011, I baru dapat 1 je diary from MDC..aduhai..satu je?macam takde pilihan. tapi tak putus asa...ada few more days lagi untuk I berusaha dapatkan diary free...hehehe...*nak beli boleh aje..cuma lagi best kalau dapat free. Company I bekerja sekarang pun sama..dah 2 tahun tak buat diary...sob..sob...:(

Okeh..kenapa I dok 'terkejan-kejan'** sangat nak diary tu..

1st -- semua arrangement I untuk bos, untuk other staff sekali pun..I akan write-down dalam tu
2nd -- because I kadang-kadang lupa, kadang2 suka tulis merata important numbers & contact person, so the only way to avoid it..I akan tulis sekali lagi dalam diary
3rd --sebab I am the one yang dalam apa meeting sekalipun, kena write-down minute..tulis dalam diary je afdal..tak hilang.
4th -- dulu selalu jot down semua password dalam diary..online website..banking..semua tulis dalam tu. tapi semenjak diary 2010 I hilang..serik...tak buat dah!


psst..boleh baca ke handwriting macam doktor tu..

So..that is why diary is important to me. Ada orang kata..zaman sekarang dah tak pakai diary lagi...haihh..sadis je dengar ayat tu. Sejak teknologi berleluasa, yang tradisional dah tak laku yer?hmmm...tepuk dada tanya selera.


P/s: dulu masa sekolah menengah buat love diary..ekeke..gatai..tapi nasib baik pandai...hihi


**terkejan-kejan = terkejar-kejar, hendak sangat-sangat, terburu-buru hendakkan sesuatu..tak menyempat-nyempat

Friday, December 24, 2010

Hard to say goodbye..


Surat cinta untuk cik biru..





U..first of all, I nak minta maaf banyak-banyak kat U. I tak bermaksud
mengakhiri semuanya ini. Tapi percayalah..apa yang I lakukan selama 2 minggu ni
adalah untuk kebaikan U dan I. Supaya sama-samalah kita dapat mengecap
kebahagiaan yang kita cari-cari selama ini.



U..tak guna kan..kalau kita bersama tapi tiada keserasian...? dah 6 tahun
u..u tak mahu jugak berubah demi I...I jugak masih di takuk yang lama kerana
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap u.



Selama u dengan I..selalu u sakit-sakit, selang beberapa bulan
demam..kadang-kadang dalam sebulan tu..berkali-kali u admitted ke hospital. I
letih u..jaga u yang sangat high-maintenance. U pulak..kalau sesekali masuk
hospital tu..nak 1st class treatment..beratus I kena bayar bila u admitted. I
diam je..kadang-kadang I terpaksa swipe kredit kad CIMB. Dulu hampir-hampir u
buatkan I kena blacklist dengan HSBC..sebab asyik bayar bil rawatan u. I buat
tak kesah je jugak, sebab sayang gila kat u *dan kembar u si WJT
tu..




Dengan U, I rela tadahkan telinga bila tiap-tiap kali uncle Lee Ah Kong
masuk ofis dan mengata I beli keta buruk...*sampai hati dia kata kat u macam
tu
. Bos I pun I asyik menyindir I bila I masuk office lambat gara-gara u
bebal dan buat perangai di pagi hari. I terguris bila u dituduh
macam-macam...tapi demi cinta I pada u..& cinta I pada negara *betapa
patriotik nya I pasal drive keta nasional..
huh..tapi, tengok apa u buat
pada I...u tak mau langsung tolong buktikan pada mereka & mereka di luar
sana yang mengata u dengan membuktikan yang u bukan sebarang keta buruk....u UK
SPEC okeh..walaupun u cuma 1.3GLi..namun I sentiasa puas bila berada di atas
u...*oops..di samping u..sedap sikit...



U...I masih ingat semua kenangan manis ketika bersama-sama dengan U. U tau
tak U begitu serasi dengan tuan punya kembar u si WJT tu..? Ala pakcik montel
tu..u tak ingat ke? U ingat tak kenangan kat Bkt Merah..sungguh romantik sekali
kan? Dan kenangan pahit pun ada..u ingat tak masa I bergaduh dengan tuan punya
WJT a.k.a si montel dekat Batu Feringghi satu malam last 2yrs..? Masa I balik
dengan U malam tu...I menangis bagai nak rak...lebam bijik mata I yang tak
berapa besar ni. U jugak yang setia teman kan I..tapi si montel botak
tu..?huhu..merajuk & terus merajuk...manis dan pahit...u selalu dengan I
kan.



Tapi U..I mintak maaf sekali lagi..I terpaksa buat keputusan ni, untuk
berpisah dengan U. Kalau tidak..jangan kata tuan punya WJT yang botak..dengan I
sekali akan botak sama. Si montel tu pun pasti sedih bila tau I nak berpisah
dengan U..sedang dia masih setia dengan WJT. Apa boleh buat..si montel pun kata
I tak setia dengan dia..*sampai hati si montel..kan?



Percayalah...I sentiasa mendoakan 'kekasih' u selepas ni adalah seorang
hero macho yang akan menjaga U...me'make-up'kan U dengan begitu vogue
sekali..biar u gagah di jalanan and rule the streets! U tau tak ramai
kawan-kawan u kelihatan begitu sporty sekali setelah melalui 'facial
treatment'..buat rawatan spa..mandi lulur*polish ler..overhaul
semuanya..?u sedar tak semua tu..? I nak u jadi macam tu..tapi I tak mampu U.
Berjanji lah..u akan berubah selepas ni..demi I...please. :) Selepas ni U akan
di hantar ke Puspakom..I harap u lepas semua ujian kat sana nanti. Boleh lah u
mencari pengganti I secepat yang mungkin..sebab I sudah pun mendapat pengganti
U...I harap dengan si dia yang baru ni..I akan bahagia. Kawan-kawan I
kata..walaupun si dia yang baru I pilih ni dah bukan 'model terbaru'..tapi depa
kata, si dia dan seketurunan dengan nya jarang nak buat perangai. I harap begitu
lah.



It's hard to say goodbye...really :(
Doakan kebahagiaan sepertimana I yang selalu mendoakan kebahagiaan U. Mudah-mudahan u lulus ujian puspakom..dapat selesaikan pertukaran nama u..dan bapak angkat u cepat-cepatlah buat settlement dengan tuan punya u yang sebenar. Maafkan I kerana tak lagi mampu menjaga u. Take care sayang.
I love u and will always will..bye si biru.






From your lover..
Cik Siti Murni

Monday, December 20, 2010

Hard Rock & Black Canyon Coffee...agenda hujung minggu lepas..

Last saturday, spend masa with my sis. Bila hubby dia keja during weekend, mula la gatal kaki tangan nak merayap..ekeke. Siangnya berdua dengan I je la. Layan movie 'Ngankung'..buat lawatan tak rasmi ke newly opened 1st Avenue.

Malam, hubby dia balik dari keja...lepas maghrib, baru la berkesempatan merayap 'bertiga-tigaan'..hihi.

Actually, dah banyak kali jugak diajak dik na gi tengok live band @ Hard Rock. Cuma masa dan keadaan tak mengizinkan. Just co-incidence that I'm alone at home, so dari tak buat apa-apa dan sekadar nak menghilangkan stress, why not just go and listen to the music.

Me and my sis..jurugambar of course le my adik ipaq. Posing je. Entah bila nak merasa stay kat Hard Rock ni. Awal-awal Hard Rock bukak dulu ada jugak dua tiga kali try nak reserved room untuk my boss...tapi hampeh..memanjang je fully booked!

Fool's Garden with house brewed coffee..my all time favourite...sambil layan lagu.


Maaf yer...ini lah akibat malas nak bangun untuk ambil gambar live band yang perform malam tu. Nice ambience and yang datang tengok live-band malam tu more to family..yela..tengah bercuti le tu. Kebetulan dari 17th-19th Dec memang ada banyak event..Pesta Penang, Pesta Flora..Beach Carnival, Karnival Suarasa kat Queensbay...so memang ramai la ambik kesempatan bercuti kat Penang.
Trafik pun seperti sedia maklum lah...merangkak hangpa tau dak! Uhuhu...dah serupa KL.
Sudahnya sampai rumah malam tu around 12 jugak.
Sunday...pagi-pagi buta lagi dik na dah sms tanya..."plan ape hari ni"..I cakap wants to stay at home, hantar keta gi car wash..but seems..dik na dah ada plan bagus dulu...nak mai seberang kata nya. So...spend masa kat GSC Sunway, tengok cite 'Hantu Kak Limah'.
Abis movie..Jusco AEON Seberang Perai City pulak.. masa untuk nyum nyum..di Black Canyon Coffee.

Iced Chocolate & Iced Green Tea..superb! Cuba memenuhi kehendak slogan, "A drink from paradise available on earth.."


Roasted Chicken with Rice & Mix Vege..thumbs up!


Two thumbs up for this one.. Stir-Fried Fusili with Seafood..very spicy okeh!



Nasib baik masih cun walaupun tengah nganga....ekeke..*perasan! Sambil makan pun sempat tot tet tot tet main sms...kalau ada mak..confirm la kena bebel. Pantang benor dia kalau time makan sibuk dengan henpon...!
Sebut pasal mak..mak pun baru balik cuti-cuti di Pangkor. Hari ni mak cuti...I nak balik awal manja-manja dengan mak lah...! :)
Daaa...

"Hati Natrah semakin tak keruan. Namun pada-Nya sahaja tempat Natrah berserah, sujud dan berdoa..semoga kali ini Natrah tidak tersalah pilih lagi.."



Friday, December 17, 2010

Kembara Cik Siti ke Macau

Day 4 -- Menaiki Feri 'Cotai Jet' dari HK Ferry Terminal ke Macau. The journey tooks 1 hour and sangat-sangat menyeksakan untuk a person like me..mabuk laut okeh..! Mujurlah ada kawan bekalkan asam limau & tak lupa pesan my mom..tampal plaster kat tempat tertentu..hehehe...*malu wei...but seriously, berkesan jugak petua orang tua-tua. Kalau tak confirm lah dah uwek dalam feri tu. Jiran sebelah menyebelah pun ada yang uwek..kira okey la I boleh bertahan...hihi.

Our first destination at Macau, Lotus Square. This full-bloom lotus flower sculpture are made of bronze. Simbolik kemakmuran Macau.

Tang Dynasty Fortress. Kalau tak silap yang ini dibina sama rekabentuk dengan yang ada di China.


Our tour guide, Ms. Jan. Kepenatan....susah jaga we all...

Macau Tower. Tak sempat naik...rugi...:(



This beautiful building located just opposite the Pastelaria Koi Kei. Unik dengan pengaruh senibina Portugis.



The famous Pastelaria Koi Kei. Dari sebuah kereta sorong kepada sebuah pastries outlet yang semakin bercambah. Famous with their Peanut and Ginger Candy..sehinggalah ke Egg Roll and Egg Tarts. (Non-halal yer...of course we all tak beli pun....cuma seronok tengok yang non-muslim membeli-belah aneka biskut & kek kat sini)
Sebelum singgah di sini, yang non-muslim tu sempat la melawat tempat ibadat diorang...A-Ma temple. Frankly speaking...Macau not a place for us la..cuma seronok dapat tengok tempat orang je lah.


Di City Of Dreams Casino...sementara menunggu untuk menyaksikan show extravaganza di The Bubble.



Here it is...The Bubble...tengok laser, lights and fire show dalam ini bola...hehe. Nampak sangat menipu! Bukan dalam bola-bola air ni yer...tuan2 dan puan2..but inside the giant dome. The show is about dragons and old legends..took about 15min. Tapi, really awesome. Cuma jenuh mendongak aje lah.



City of Dreams kelihatan sayup-sayup.


More and more Portuguese architecture..


Sakit hati tengok branded & designer boutique kat sini..sakit hati & menyampah okeh...(sebab tak mampu pun nak beli..)



Just a few shots yang I rasa cantik...muehehe..perasan...at The Venetian. Berjalan-jalan sebelum sampai masa untuk check-in. Kaki dah nak pancit balik...


Finally....dapat bersadai di atas katil. Waaahh..sangat lah lega. Malam tu dapat tido awal...& can't wait for flight going back to Penang the next day...lalala...kebuluq nasi kandaq.
Non-muslim yang lainnya rasa-rasa memang tido awal pagi..sebab diorang sibuk melawat casino. Keliling hotel...adoooi...Grand Lisboa la...MGM la..The Venetian, The Sands la....lantak la...yang penting..I dapat tido yang best malam tu..the room is superb! Cuma pukul 3 pagi terkejut ngan jepun mana tah, mabuk terjerit-jerit kat luar bilik..geram haihh.
So, untuk itu...sampai di sini saja lah segmen "Kembara Cik Siti.." tunggulah next kembara yang entah ke mana pulak yer...sekian, terima kasih..kerana membaca sampai abis.
Wassalam.

Wednesday, December 15, 2010

Kembara Cik Siti ke Hong Kong

Kisah pengembaraan bermula..(macam tagline upin & ipin pulak..hee)

Arrived HK International Airport on 3rd Dec, 6.2opm. Flying from Penang takes approximately 3hrs 40mins to arrive there.


So, the first destination -- here it is, our room in Stanford Hotel, Kowloon. 3-star hotel tempat kami berkampung selama 3 hari 3 malam. 3 malam di sini jugak lah kami merayau-rayau cuci mata di Ladies Market. (lebih kurang macam PS boutique kat KL tuu...hehe)


Merayap keliling kota. Papan iklan bergantungan di sana sini. At least, kita kat Malaysia ni lebih teratur.


Sila abaikan wanita jelita dalam gambar di atas.


Repulse Bay. According to our tour guide, Ms. Jan & Mr. Benny Chau, tempat ni paling 'ong' di HK. Sebab rupabentuk mukabumi fizikalnya yang menyerupai ekor naga. Jackie Chan also owns a bungalow here..kata Mr. Benny..(bukan I yang kata okeh..)Pantai nya antara yang tercantik di HK dan menempatkan kawasan perumahan elit.



Bot-bot persendirian di Aberdeen Harbour.


Bot nelayan di Aberdeen. Bot sebagai sumber pendapatan dan tempat berteduh, yes, they live in fishing junks while surrounding are skycrapers modern living. Photo ni diambil masa we all had our 'sampan ride'...harga yang perlu dibayar HKD 55/-, tapi berbaloi dengan pengalaman yang ditimba...breathtaking view...& cool mist..:-)




Hong Kong Convention & Exhibition Centre. Di luar nya adalah Golden Bauhinia Square. I'm very attracted to the design of this building, done by Skidmore, Owings & Merrill LLP. Terletak di Victoria Harbour, Wan Chai.


KowloonMosque & Islamic Centre, inilah satu-satunya yang I jumpa semasa di HK. Itupun masa dalam perjalanan keluar dari Kowloon. Populasi muslim di HK tak ramai. Kantin masjid ni memang ada sediakan makanan halal, tapi agak jauh dari hotel we all menginap. Khabarnya cuma ada 5 masjid di HK, 1 di Kowloon dan 4 lagi at another separate district in HK island.



View from cable car, heading to Ngong Ping Village, Lantau Island



The one and only rice meal we had, chicken briyani at Ebeneezer's Kebab..restoran halal sangat 'rare' di sini. Cost us HKD 52/- lebih kurang RM 25/- per set. Selebihnya, hanya dine di bilik hotel, hadiah melancong percuma...makan maggi, buah, serunding, roti & instant soup..hehe.




Menjejak tapak tangan artis 'fofular'...Bruce Lee without hand prints..di Avenue of Stars.



"Bodhi Wishing Shrine". Mengikut kepercayaan Buddha, hajat yang dibuat kat bawah pokok 'Bodhi' akan menjadi kenyataan. Kita pergi tengok aje...take it as knowledge, jangan pandai2 nak buat hajat plak...tak pasal-pasal terpesong nanti..huish..nauzubillah..


Giant Buddha, nak sampai kena lalu 268 anak tangga.

Sampai sini saje yer u all...I dah pancit, tak larat jalan dah. Berlatarbelakangkan Ngong Ping Piazza. Further up is Po Lin Monastery, yang pertama dan terkenal di HK and the 34 metres tall giant buddha.


Christmas fair di Ngong Ping Village. Macam-macam aksesori, deko & hidangan ala krismas di jual.

Dari Lantau Island di hari ke-2, beralih pulak ke hari ke-3, our free day di Ocean Park.

Sape bijak, sila cari tandatangan I..lalala...



View from Ocean Express Station, Ocean Park




At the Ocean Park's entrance. Taman tema ni dibuka sejak 1977. Berkunjung ke sini pada hari ke3, our free day. So, sangat meletihkan kerana terpaksa pandai-pandai sendiri naik MTR, berjalan kaki, naik feri, naik double-decker...nasib tak muntah masa on the way ke The Peak hari tu. Difficult route mengalahkan jalan Balik Pulau & Batu Ferringghi. Tiket masuk Ocean Park cost around HKD 250/-. Have a great time here...really..sebab dapat jumpa my good friend..Mr. Panda..hehehe..penat I tunggu dia asyik tido, tanak bangun makan.




Berposing dengan tuan direktor yang hitam legam...ekeke...as we stroll along the Tsim Sha Tsui promenade, sementara menunggu 'symphony of lights show' jam 8pm..it's really awesome..serius! Bila bangunan pencakar langit berlagu...ekeke.


I love nights at HK..it's colorful and glittering lights...the fast motion of people everywhere. HK people are very fast (sometimes rude...kalau nak dibandingkan kite kat nusantara ni yang sememangnya peramah & mesra alam..)

Kembara di HK berakhir di sini. Nantikan sambungan kembara ke Macau pula..di url blogspot yang sama esok...hehe...:) sengals..




Wednesday, December 1, 2010

Will be away


Friday, 3rd December nanti I'll be away for a while.
Insyaallah, jika tidak ada aral melintang, akan kembali ke tanahair on 7th Dec.
Selama berpergian, satu perkara yang pasti..
I akan merindui kalian semua (rindu 'roaming' di alam maya juger...) Jadi, jika tidak keberatan doakanlah I selamat pergi dan selamat pulang ya..
boleh tak? kalau tak boleh pun tak apa lah...
nak buat macam mana...sedar siapa diri ku ini, ibarat seorang blogger melukut di tepi blogspot..(huhu...sentimental la pulak, sekali peribahasa tah ape2 yang keluar)



foto-foto bikin panas


Actually, I dont really know what to expect from this holiday trip. Hujan emas di negeri orang kan...hmmm...:-/

Macam-macam reaksi teman-teman bila dimaklumkan destinasi yang bakal dituju. Ada yang excited mengalahkan orang yang nak pegi, ada yang.."erm, takde tempat lain ke nak pergi?". Anyway, I selalu berpegang pada kenyataan ni, "kita tak mungkin dapat puaskan hati semua orang.." Am I right?

Oleh itu, bersyukurlah apa yang kita dapat, apa yang kita ada. Berbaloi dan sejajar dengan usaha. Tambah-tambah lagi percutian percuma...so, sendiri mau ingat ya..!


Kalian semua, sila jaga diri masing-masing. Jangan nakal-nakal masa I takde okeh! Yang boleh nakal I sorang saja! haha....sengal sungguh anak dara makcik jijah ni!

That's all for now...daaa :)


P/S: Sila rindukan I...^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails