Sunday, December 25, 2011

Selamat Menyambut Hari Natal..

'Christmas Fantasia' di Sunway Carnival Mall
Selamat menyambut hari Natal buat yang mereka beragama kristian.


Ini adalah entry auto-published. Cuti krismas kali ini saya berada jauh di Timur Tengah..mesti sekarang ni saya tengah sarat rindukan Malaysian food. Makanan tok arab walaupun sedap tak sama hebatnya dengan masakan melayu. Entahkan kebulur saya kat sini..entahkan tidak...! Doakan saya selamat pergi dan selamat pulang ya..


Sekadar memeriahkan cuti kelepasan umum..saya share kan a few photos taken at malls around Seberang Perai. Sekadar tertarik dengan deko krismas ni saja...insyaallah..tahun ni pengalaman pertama saya bermain salji betul..bukan salji tipu di bumi orang. Harap-harap dapat tengok 'gingerbread house' masa kat sana nanti..takde pulak kat mall sini.

'Merry White Christmas' di AEON Jusco Seberang Perai City
Balik nanti..Insyaallah kalau semuanya berjalan lancar akan saya kongsikan entri travelogue saya selama 10 hari jauh dari bumi Malaysia yer...[cewah-cewah...bajet terer..!haha]

Salam dari Semenanjung Anatolia....



Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #14: See u next year...Insyaallah.




Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #13: December @ Gurney



Tuesday, December 13, 2011

Kalau takut dilambung ombak..mengapa nak jugak tengok OMBAK RINDU???

Kesian dia..dia tengah sedih...monyok je sejak kelmarin..sebab weekend yang indah tu dah berakhir.

Kucen tu tak bersalah..dia cuma terpengaruh mood tuan dia..


Macam-macam bersarang dalam kepala otak dia. Hati dia pun tak keruan. Dia cuba membahagiakan..tapi kalau dia membosankan..mungkin hanya setakat itu yang mampu dia lakukan.

Tengok la lagi "Ombak Rindu" tu..tak pasal-pasal kena batang hidung sendiri..."Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"....!

Dia tak tau nak buat apa lagi dah..dia buntu. Lagi 8 hari..dia nak pergi jauh..dia takut lepas dia balik..semuanya dah berakhir sebelum sempat bermula. Yang sweet..funny, beautiful...semuanya macam sekejap saja dipinjamkan pada dia.

Mungkin yang terbaik untuk dia hanyalah diam untuk sementara waktu...kalau dah memang tertulis begitu...terima sajalah...orang tu bukan untuk dia.


P/s: saya yang sepatutnya sakit..bukan awak...:-( I'm sorry...I felt terribly guilty!


Monday, December 12, 2011

Warung Bonda @ Taman Seri Delima, Juru


Hari ni saya nak share salah satu restoran yang jadi port melepak untuk lunch.."Warung Bonda". Sepelaung je dengan office saya, Taman Seri Delima, Juru. Walaupun sepelaung kalau tiap-tiap hari keluar pukul 12, tengah rembang terpacak boleh bertambah 'meqelit' jugak kulit chek ni.


Restoran ni baru je dibuka..dalam last few months. Berkonsepkan masakan melayu dan a bit masakan ala nyonya. House specialty, saya rasa "asam pedas ikan pari" dan "masak lemak ayam"..memang.. masyaallah..menjilat jari lah! Pic atas tu menu breakfast..breakfast sensorang pun layan je la....

Restoran bersih, dapat Gred A dari MPSP, selesa, seating ala kopitiam..luas, cukup untuk menampung crowd during lunch hour. Parking pun tak ada masalah...sepanjang jalan boleh parking, tak kena saman..mahupun kena clamp tayar..ekeke.[detailnya chek...over pulak]. Price pun reasonable.

Yang dok dekat-dekat sini..sila la try.....

Tuesday, December 6, 2011

Restoran Qasar Hadramawt, Bandar Perda ~ Best Yemeni & Arabic Cuisine in town

Tengok, siap dukung kambeng lagi..ente mampu?? [photo credit "Qasar Hadramawt"]
Ana mau cerita fasal sevuah restoran lah..varu vukak lah ini restoran. Di suatu malam yang hening dan sangat kelaparan..ana sama umi ana berkunjung ke ini restoran lah..Qasar Hadramawt. Tak jauh dari rumah ana lah..5minit tak samfai..tak fanas itu funggung!

Fresh orange untuk bonda & Banana Shake for me..
Banana Shake tu memang superb, two thumbs up! Berbaloi untuk harga RM 4.00. Ana hirup sampai ke titisan yang terakhir, pastu menyengkak perut macam unta ulaq sawa..(again..)


Nah..nenjiaa..ana nak habaq kat ente semua..Lamb Mandy yang ana order malam tu for our dinner verdua-duaan dengan bonda...very romantic lah!

Okey..back to cerita makan yer..urm puas hati dengan hidangan ni, sepinggan tu ana share dengan bonda. Ada dua saiz, ana order saiz regular RM 18.00. Large size entah la berapa orang boleh makan..harga kalau tak silap RM20++. Yang dalam mangkuk tu macam sejenis acar je..ana terlufa tanya sama waiter kat situ..belasah je..sebab sedap sangat. Daging kambing pulak the texture was so good and tender..tiada bau. Nasi dia ada aroma yang tersendiri..dicampur dengan yellow saffron kalau tak silap ana lah.

Ana sama adik ana bercadang nak buat 2nd visit lepas ni, nak try another menu pulak. That day ana pi pun dah malam..ana order Lentil Soup pun takdak..so ana ganti order mushroom soup..so-so aje lah. Order Falafel pun tak ada. Frust ana..tapi takpe..next time ana pi lagi.

Overall..sangat memuaskan untuk restoran yang baru beroperasi. Pelanggan ramai..nice ambience..dan tak ambil masa yang lama untuk served pelanggan.

Sunday, December 4, 2011

Fusili Carbonara ala Siti Murni

What a lovely sunday...alone at home..! Boleh bagi lebih banyak masa untuk diri sendiri and have some personal space..lalala..happy nye cik kak!

Happy lah..I start my day with a damn heavy & good breakfast..nasi putih, ulam-ulaman, sos kicap pedas with ikan 'temenung' goreng hangat-hangat...fuhh...menyengkak, macam ulaq sawa kekenyangan!

Have a sip of kopi o panas sambil baca buku tepi jendela..and there it is...hujan baru berhenti...and you know I always love the sweet smells of earth after raining! Bau tu macam satu nikmat dan menyegarkan..!

Send bonda to work at around 11 then I head to Tesco. Mood memasak okey! Bukan senang chek nak rajin serupa hari ni..haha...statement jujur!



Tadaaa...! Surprise la sangat...tolong terkejut please! Second try dan alhamdulillah menjadi..fusili carbon dioxide carbonara. In anyway, sila abaikan garnishing parsley yang tak lawo itew. Maklumlah tekak asyik makan ulam je sekarang..sampai letak parsley buat garnishing untuk pasta pun bajet macam makan ulam! hehe...

Well, memasak kan kena dari hati..[ayat bajet masterchef malaysia]..so chek dah olah sikit ingredients carbonara tu. Puas jugak godek resipi tapi at last chek buat resipi sendiri. Just add some beef sausage, capsicum, tomato & broccoli. Disebabkan button mushroom yang chek tengok kat tesco tadi tak berapa nak fresh dan tinggal ujung2 rak..so, I left mushroom. Apa pun sedap la untuk tekak italiano sesat macam chek ni.

Erm..esok macam nak masak lagi lah..try resipi lain pulak...demam masterchef melanda!

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #12: X'mas deco around Penang


Tuesday, November 29, 2011

Popular Mega Book Fair @ Straits Quay Convention Centre

Sedang berlangsung sekarang...
 Di sebalik kesibukan ke sana-sini menguruskan hal keluarga yang sedang 'darurat', sempat lagi saya menghabiskan cuti hari ahad & sempena sambutan Maal Hijrah kat sini...program 'memukat'..hehe.

Catch of the day...
"Life's Like That" written by Lydia Teh finally become mine! Dah berbulan dok aim buku ni..after discount dapat la buku ni dengan harga RM 22-00. "Essential Cat" tu for Dik Na...murah jugak, price after less 30% discount RM 18-00 only.

For information, Popular sedang mengadakan Mega Book Fair bertempat di Straits Quay Convention Centre, Level 6, Seri Tanjung Pinang where patrons would be able to enjoy up to 70% discount on selected titles. Sempat lagi kalau nak pegi ye tuan-tuan & puan-puan sebab book fair ni hanya akan berakhir on 4th December 2011.


P/s: semalam pulak plan nak "memukat" winter wears..tapi tak menjadi..mahal giler..harus kena survey lagi. Masa dah semakin suntuk..another 2 weeks je sebelum flying abroad...^_^

Tuesday, November 15, 2011

Gelap..and the sense of fear..

Dah sebulan rasanya cuaca cenggini...semalam paling obvious (ataupun baru semalam saya terperasan), cukup gelap langit tu. Tak hujan..tapi angin kuat sangat, very windy..macam nak melayang saya yang sekeping ni sejurus keluar dari tempat parking. Terlintas di fikiran..jangan lah terjadi freak storm. Sekarang ni kan banyak kejadian pelik-pelik.

We, humans (of course la..takkan alien!) kadang-kadang we tend to forget or buat-buat tak nampak dengan semua kejadian alam ni..the hidden cause! Surah Al-A'raaf, ayat 96 telah menyatakan.."If the people of the towns had but believed and feared Allah, We should indeed have opened out to them (all kinds of) blessings from heaven and earth but they rejected (the truth), and We brought them to book for their misdeeds."

Alam semakin tua..cuaca dan musim tak lagi menentu..sama-samalah kita renungkan..


Monday, November 14, 2011

11.11.11 Thanx All

11.11.11 berlalu sudah. Tiada keajaiban. Tiada kejutan. Wake up Siti Murni, do not expect for miracles, it happens only in your dream. Reality is..you're getting older. Adding another one figure to your age! Be grateful for what u have now..

Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah..untuk umur yang Engkau berikan, untuk rezeki yang Engkau limpahkan, untuk ujian dan dugaan yang Engkau turunkan sebagai peringatan, untuk akal yang Engkau kurniakan bagi mengharungi kehidupan, untuk kasih sayang dan kebahagiaan yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya telah terlalu banyak yang Engkau berikan kepada kami, akan tetapi terlalu sedikit pula pengabdian kami kepadaMu.

And kalau saya terlupa berterima kasih..here it is the longgggggggggg list...

Thanks untuk bonda -- hampir menitis airmata manja saya. Siap nyanyi lagu birthday kat saya through phone tau..^_^

Thanks untuk adik perempuan saya yang naughty -- sanggup hantar chocolate moist cake di tengah malam buta..ekeke..

Thanks to adik lelaki saya yang very protective -- for the first time hadiahkan saya something, saya suka! sebab selalu guna!


Bukan mahal murah suatu pemberian jadi ukuran...tapi ingatan itu lebih bererti!

Malu pulak..tuo2 pun masih dapat hadiah!

Thanks to one of my bestie -- the very first person yang wish my birthday on 11.11.11. Saya nangis, meleleh-leleh ayaq mata baca sms dia. Every year pun dia buat saya nangis camtu! Sentimental siot!


Terima kasih..buah hati pengarang jantung (ada ka??), sahabat, rakan & teman --.yang tidak putus dengan ucapan during 11.11.11 that day..through SMS, call, fb, tweeter (pun ade), blog (so surprise..ada!)....thanx again & maaf sekiranya ada yang tak sempat dibalas.


Thanks semua! Gracias! I lep u all lah!! :)


Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday#11: Aidiladha








Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #10: Kisah Klasik Untuk Masa Depan




Sunday, October 30, 2011

Pasta In Love

Harap title entry kat atas tu tidak menyebabkan salah faham yer..bukan nak cerita pasal makan pasta..tapi cerita pasal korean drama yang saban hari menyebabkan saya rushing nak balik dari office...hihihi



Pasta In Love

TV2
Rushing sebab takut tak sempat tengok. Tiap-tiap hari pun sempat tengok setengah jam terakhir...provided saya balik sharp pukul 5..kalau tak..hmm..jangan harap lah..melepas nokss..
Isnin-Jumaat, 5.00 ptg.   

Pasta in Love ni cerita pasal chef yang hensem lagi romantik bertugas di dapur La Sfera...sebuah restoran eksklusif.

Ini lah chef yang hensem lagi romantik tapi sangat bad temper, chef Choi Hyun Wook dilakonkan oleh Lee Sun Gyun.

Oh..okey..si Ikan Emas..haha..nama gelaran untuk watak Seo Yoo Kyung. Macam saya lah...chef yang hensem & garang tu cakap..dia tak lawa langsung...tapi tak tau lah macammana dia boleh jatuh hati sama ini perempuan! Haha..
Alkisahnya Chef yang hensem tu tak suka female cooks dalam dapur beliau..sebab beliau pernah frust..ex-gf beliau pernah bekerja satu dapur dengan beliau tetapi akhirnya mengkhianati beliau yang hensem gara-gara cita-cita bergelar chef tersohor dan men'spoil' beliau dalam pertandingan yang ala-ala 'Battle of the Chef' gitu. So..since that day..chef yang hensem ni macam anti sikit la dengan femfuan..sampai lah ketibaan Ms. Seo yang sangat degil..tak reti putus asa semata-mata nak dapatkan pengalaman bekerja di dapur La Sfera. Bertugas sebagai kitchen assistant pada mulanya membuatkan dia selalu kena tempelak...dah la the only female kat situ..lain-lain semuanya male cooks. Kesian dia, tapi dia tetap tak give up jugak nak meraih cinta dari si sombong, stubborn, mulut jahat chef yang hensem tu. Hmmm...taste sama macam saya la pulak! Opps...termengaku...


amboi-amboi..romantiknya, bergurau-senda...jeles ok!

the cast
Disebalik kegarangan chef hensem tu..sebenarnya terselit mesej yang perlu kita fahami. Dia sebenarnya sangat-sangat menekankan aspek disiplin, tak boleh suka-suka main-main waktu kerja. Tak suka dapat aduan dari customer yang tak puas hati dengan makanan..so masakan pasta yang jadi fokus dalam siri ni kena lah the best..! And the best part, secara tak langsung dapat jugak tips makan pasta or mainly makan kat tempat high-end ni....

Dan disebalik ketegasan..romantik rupanya! Hikhik..hat ni paling best okey...^_^ Ada la macam orang tu..serius je ngan saya..macam nak telan..tapi saya tau..sebenarnya dia pun sayang kat saya...kan..kan...hahaa..see..tengah senyum sendiri..dok baca entry ni la tu..

Layan korean drama ni best jugak..hilang kusut otak kat pejabat seharian..hihi...tambah-tambah bila baca sub-title diorang..haha..ayat tak menahan..macam-macam pulak pepatah diorang keluar.

Now tak sabar nak tengok ending..dah terlepas beberapa episode..macam tak pueh ati je nih..download kang baru tau.




Thursday, October 27, 2011

Tea Time @ Winter Warmers Coffee & Tea House, Juru Auto-City

Kami sambut Deepavali kat sini....haha....yer la sangat..apalah maknanya Deepavali tanpa muruku..!! Actually memang dapat invitation dari seorang rakan untuk sama-sama meraikan Deepavali open house kat rumah dia..tapi tak sempat nak pi semalam sebab dah meronggeng dengan adinda..pi bundle Lee kat Kubang Semang kemudian lajak minum teh ala-ala mat salih kat Auto-City.


Iced Melon Milk untuk adik ipar dan Lavender Herbal Tea pilihan saya untuk bonda..both are priced at RM 8.90 & RM 9.90 each. Lavendar Herbal Tea tu saya kongsi minum dengan mak..special untuk reduce stress kami berdua. Bonda berkenan tea pot yang ada candle kat bawah tu..hehe...adehh...mana la nak cari set tea-pot tu...mentang-mentang la dia suka minum teh. Adinda saya berdua tu ketawakan saya..."nak reduce stress kunun...kot-kot nanti hang yang stress kalau mak bonda addicted dengan herbal tea tu..." haha..hampes punya adik2..:-)


Chocolate Mint Coffee ni Ahmad Albab Dik Na yang punyaaaa....rege nya adalah sebanyak RM 7.00. Suka Mint flavor...mulut pun berbau harum dan nafas pun segar lepas hirup kopi ni. Sayangnya dan rasa sedikit rugi sebab saya dah tak boleh minum kopi gila-gilaaaa macam dulu....:-(


Tadaaa.....Lavender Cheese Cake, RM 6.50 sahaja. Dik Na kata macam makan softlan! Aiyoyo....sedap ja chek rasa kek tu...maybe aroma lavender yang wangi kot. Yang penting ada cheese...orang nak gemok kena makan banyakkkkkk cheese...tapi jangan sampai lupa diri..kena la balance kan pemakanan jugak. Kalau once in a while ambik cheese..takde hal nyer senah oi....cheese pun sumber kalsium jugak.

Overall -- Ambience is nice..cool ala-ala English gitu! Just semalam masa visit ke sini tak ada music background pulak. Attractive deco tapi kurang spacious lah outlet kat Auto-City ni. Erm...what else..price vise..sama standard Secret Recipe and acceptable untuk restoran kelas A yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai. Patrons pun agak ramai petang kelmarin. Restoran dilengkapi Wi-Fi dan ada open air seating jugak kalau yang nak pergi waktu malam yang tak hujan..hihi.

Sampai disini saja program "Jalan-Jalan Perabih Duit" untuk minggu ini..jumpa lagi di minggu hadapan pada waktu dan hari yang belum diketahui..insyaallah.







Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #9: Suci







Tuesday, October 25, 2011

Express car wash

Menanggalkan kotoran degil pada badan...


Sental jangan tak sental..make sure tanggal semua sisa make-up dan bedak yang tak perlu..


Maskara pun sama..make sure tanggal yer bang...

Arrhhh...much better!

Ehem..I'm refreshed! Baru la confident sikit nak men'tackle' while on the road..hihi


Sorry..kepala ting tong sikit. Yang kat atas tu bukan dialog saya yer, tu dialog baby black. I'm just a messenger. Entri ni sekadar nak share pengalaman pertama cuci kereta kat Express car wash Caltex, Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam. RM 6 without vacuum cleaning. Tapi puas hati jugak, cucian bersih bersinar-sinar. Tak payah keluar menunggu..just duduk je dalam kereta layan lagu.Queue tak panjang sangat sebab car wash ni baru je bukak. Dah tu main pandu lalu je..mudah kan.

Dan nak buat pengakuan -- saya memang agak takut kalau cuci kereta kat bubble wash..alahh...yang masuk dalam machine tu. Memang la murah..tapi takut occay...! Tengok berus-berus raksasa yang menggosok seluruh badan baby black kesayangan saya tu..disental-sentalnya ikut suka hati. First time cuci through mesin tu..masa pakai cik biru (satria) dulu...mak aihh..rasa macam nak menangis! Masa tu jugak terbayang macam-macam...what happen if kereta tersangkut dalam machine tu..and what happen if besi penghadang kat depan tu tak nak angkat and suddenly keta kita 'bang' besi kat depan tuu...uuhhh..gerunnn!! Ndak2 pulak kalau teringat scene-scene dari filem Final Destination tu..huhu...seram bulu roma chek!

Sebab tu saya selalu lebih suka menunggu kadang-kadang sampai sejam lebih untuk cuci kereta kat tempat yang buat cucian tangan. Rasanya lebih bersih dari cucian mesin tu. Lagipun orang kata...kalau cuci guna mesin tu, tak baik untuk cat baru. Hmm...u all pulak macammana? Prefer yang mudah, cepat dan murah -- cuci mesin atau yang jenuh nak menunggu, kadang-kadang susah nak parking dan mahal sikit?

Ce citer...ce citer...


Sunday, October 23, 2011

Mean Machine 2011 @ Auto-City, Juru

Mean Machine 2011 event telah pun berlalu, last week 15th-16th Oct 2011. This crowd-pulling event has never failed many of visitors and photographers too....sebagai wartawan yang tidak berada di lokasi..hehe..I am about to present some of the pictures taken by Dik Na....layannnn...




From classic cars, modified cars to supercars!

Gallardo yang jangan mimpi saya boleh dapat..:-( Kalo dapat pun tak reti bawok..kahkah..

Kereta idaman saya yang entah bila baru boleh dapat! Sakit hati..I just need to pay extra RM30 for instalment untuk dapat keta ni..so sad! Suzuki buat promotion recently with attractive interest rate...haihh..Siti Murni..enough said! Bersyukur apa yang ada!

Yang ini really scares me..hehe..tak pernah missed any event..extremely modified

Owh yang ini my level..hehe...

Nak tengok siapa wartawan kat lokasi....

Nyah ko dari situ! Caitt...ape punya Perodua supporter posing kat booth Proton!


Hmmm...ni baru betul! Proton at heart! Harussss kena posing lebey kat situ kans..my adik ipaq...psst..pinjam cik kelabu nak pi meronggeng Deepavali nanti...hehe....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails