About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, January 2, 2011

Go green

Nak gi meronda rasa tak larat..nak gi window-shopping takde mood. Nak gi jalan-jalan cari makan takde partner, nak berSMS rasa tak nak mengganggu...nak bertenet pulak..alahai, ni baru le sempat. Dah beralih ke Digi. I dah letih sangat dengan Celcom.

Actually, I was alone at home. So, bila dah home alone ni..tau2 je lah aktiviti nye..membuta termasuk dalam senarai. Dan bila orang bujang melepak di rumah sepanjang hari..selain membuta, ini ler keje nyer..



mentekedarah ja...*walaupun kedengaran kasar..tapi kami kat utaqa ni...dah biasa dah.. Sandwich dengan chicken patties, salad, tomato, mayo dan sos 'kitar semula' McD. Dalam mug -- coffee, a must-haves especially di petang yang sangat 'mengantuk' ini.


Sambil makan, online sempat jeling-jeling koleksi 'green-plants' I yang terbaru *nak cerita pasal pokok hijau sebenarnya, maaf lah, panjang benor muqadimah! Beli dekat kedai pokok just opposite Gama supermarket dua hari lepas. Harap-harap hidup 'harum subur di hati' lah pokok ni, macam yang sebelum ni I pelihara dalam rumah & di pejabat.

Yang ni memang subur, dia lepak atas TV je. Menjalar panjang dah. Abaikan air yang tak berapa jernih..sebab selepas entri ni dibuat air nya akan ditukar. Just recently pegawai jabatan kesihatan buat inspection, mujur tak kantoi. Takkan kantoi kot, sebab air tu paling malas seminggu lebih mesti tukar.

Angan-angan nak buat green garden kat balcony yang kecik tu baru 50% progress! Tanaman hijau nya dah cukup, keladi je dah bagai jenis, cuma nak tambah aksesori & kalau ada rezeki nak beli mini water fountain, or mini pond or cari tempayan antik, taruk je 'biduk lalu kiambang bertaut'..yang penting nak dengar bunyi air ala-ala dok tepi jeram, tepi sungai gitu...lalala *angan-angan lagi...tak salah angan-angan. Lagipun life kita ni makin stress, cari jalan untuk reduce stress..back to nature lah ubatnya.

Okaylah..I nak gi check pasu-pasu kesayangan I yang tak bertukar air sejak minggu lepas..
dengan pesanan terakhir..marilah sama-sama kita menghijaukan bumi kita. Go green, think green, act green!

Daaaa...

16 comments:

  1. Hahaha... vic pun tgh berusaha keras menghijaukan laman yang masih bewarna tanah tu.

    ReplyDelete
  2. wah....pekebun moden rupanya dia. rajin2....

    ReplyDelete
  3. i love green...he2...cntik pokok2 akak...

    ReplyDelete
  4. salam
    kene nyanyi lagu zainal kepala angin nih..hijauu :P

    ReplyDelete
  5. OMG! Pasu yang ada air tu soooo chantek! Beli mana tu? And how much? Pastu, air tu dari mana?

    ReplyDelete
  6. Auntie pun suka menanam pokok2 hijau/berdaun dalam pasu..

    ReplyDelete
  7. VIC: u bertuah tau...nanti buat mini garden cantik2 tau...senang2 i pi melawat taman hijau u..:)

    EELOBOR: Ada jugak cita-cita nak jadi pekebun, beli sebidang tanah..tanam sayur..:) sayur mahal..heee

    ReplyDelete
  8. HONEYBUNNY:
    Thanks ila...:) ni yang buat akak lagi semangat nak bela pokok hijau nih...heee

    SHARINGINFOZ:
    A'ah betul...mata kita kalau stress elok tengok pokok hijau..rehat mata..& tenang..

    ReplyDelete
  9. JINKAMEN:
    Salam...'Hijau' tu lagu favourite saya tauuu....:) heee

    LCA:
    Tak mahal..one set RM 15/-. Banyak jugak pokok2 hijau kat kedai tu. Actually I beli gel hancur sekali, so that next time tak perlu tukar air lagi dah. tapi tengok cantik pulak batu2 tu dalam pasu kaca tu..so,biar je la dulu.

    ReplyDelete
  10. MARINA MONROE:
    Seronok kan auntie, bila tengok pokok hijau yang kita pelihara tu subur je hijau nyer..

    ReplyDelete
  11. Den amat suka gambo terakhir tu....lawa....berapa ringgit??

    ReplyDelete
  12. MIECYBER:
    yes...me too :)

    JEBATEJA:
    ntah...hehe. photo google yer incik jebat...harap maklong..

    ReplyDelete
  13. Hello Siti Murni, ha ha, semua pun no mood.
    I love your plants, and that bucket with the tap pic. Very nice.

    Its Winter here so we will not see green grass for another 4 months!
    You are very creative with your indoor plants. Very nice.
    Have fun, Lee.

    ReplyDelete
  14. UNCLE LEE:
    Hello 2 u uncle..
    when there is no moods..not much can be done...except have a good sleep, a good rest at home...:)
    thanx uncle..i will add more n more greens to my collection...very soon! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails