Saturday, February 26, 2011

Terbaik sepanjang minggu

Sepanjang minggu menahan 'cravings' terhadap roti jala..(see photo). Finally, semalam mengajak bonda dan adik lelaki ke Restoran Subaidah, Bagan Ajam. Asalnya, officemate I la dok bercerita kesedapan roti jala kat situ. Mak aii..mana boleh menahan. Dah la makanan favourite I tu..tergedik-gedik lah I nak mencuba nya.

Set Roti Jala Ayam berharga RM 4.50. Set Roti Jala biasa cuma RM 1.50. Besaq gila okeh..I kekenyangan sampai pagi tadi. Roti jala ni agak rangup sebab dimasak garing..see the color..and fragrance kuah kari ayam tu memang superb. Bukan setakat nice aroma & fragrance..tapi kuah kari dia memang sedap. Sampai hilang rasa malu nak menghirup kuah kari dengan sudu sampai licin. Hehe...

And last few days, I kirimkan pada adik supaya tapau nasi lemak dari kantin Politeknik Seberang Perai. Pedas giler. Paling best..susah nak dapat nasi lemak RM1 dibalut dengan daun pisang dan 1/2 of hard boiled egg okey..murah dan sedap. Kini baru terjumpa nasi lemak yang terbaik. :-)

Kelmarin lunch dengan menu Nasi Briyani..burrp..alhamdulillah..rezeki Allah bagi. Sedap sampai terlupa nak ambil gambor...hehe. For this weekend, belum dapat dipastikan lagi kemanakah destinasi cari makan yang seterusnya. Kalau diikutkan ada saja agenda..tapi..tunggu aje lah..bergantung kepada mood I.
Till then...jumpa lagi di sesi JJCM seterusnya...hehe. Happy weekend to all of u...

Thursday, February 24, 2011

Food hunting at Dato' Kramat Road

Our sunday activity is never ending..without our 'jalan-jalan cari makan' and food-hunting session..hehe. This time around we are somewhere around Dato Kramat Road-Jalan Dato' Keramat (or dato' qamat in penang slang..hehe).




We've been looking for this tender coconut jelly at this one shop..terlalu lah larisnya sehingga kehabisan. So we decide to accross the street, ada dua buah lagi kedai menjual coconut jelly nun di sebelah sana. Ada rezeki we all...so, it cost RM 3.70 sebijik okeh. Rasanya...tak payah cakap lah....marvellous sangat! Sweet and rasa kelapa yang sangat sebati dengan jelly.
And it does'nt ends there..misi mencari 'apom manis' pula.
Price display. We all opt for 'apom telur butter'. Next time, we will opt for cheesy pulak.
Pakcik ni mewarisi perniagaan apom manis dari ayah beliau dan perniagaan ni dah nak seusia dengan I okey...28yrs ya..:) Pakcik ni sangat ramah sebab dia dah biasa mendapat publisiti meluas di internet (katanya dah ada blogger yang interview dia okey..I tak tau la blogger mana..tapi mesti food blogger nih). Siap nak ajak my sis cara-cara buat apom tu..hehe. Masih menggunakan dapur arang dan periuk tembikar untuk melenggang apom berkenaan. Aroma apom tu semasa dimasak pun sudah cukup menggoda we all berdua.
The stall located just opposite this shop, Metrolux, also at Dato' Kramat road. Tak susah nak cari gerai ni sebab betul-betul tepi jalan. FYI, gerai apom ni dengan kedai jual coconut jelly tu berdekatan je. Just a friendly reminder, be careful with super duper fast n furious cars and bikes along the road..hehe. Susah dapat parking ye tuan-tuan dan puan-puan.


Tadaaa...! Here it is..the lovely apom telur with butter...:) Percayalah..memang sedap. Lembut adunannya. A must try. Dah cuba mesti nak lagi dan lagi..dan lagi..dan lagi..(I did not receive any earnings, commission or whatsoever from this promo ya). But I'm glad..I'm Penangites...and we can always have a good n nice food...always..!

Tuesday, February 22, 2011

Siri bercakap dengan haiwan

Sekuel entry semalam.. pasal sunday-back-to-nature-day-or-whatever-it-is-you-called-them!

Selesai acara memetik buah anggur, oops..buah belimbing buluh, kenyang makan cucoq udang dan teh o' panas, we all bertiga termasuklah bonda terus ke Toby Pet di Air Itam, tak jauh dari rumah Dik Na.

Right in front of Toby Pet.

Purpose for being there cuma nak beli 'glider booster' untuk mr. elmo the suggies kesayangan Dik Na. I pun tak pasti sangat lah apa kebenda nya tu..cuma katanya macam supplement la untuk si sugar glider. (Refer photo ya..)

Sementara menunggu Dik Na membelek barang yang nak dibeli, I dan bonda pulak sibuk bermain-main dengan 2 ekor kucing ni. Yang berbulu oren tu agak sombong, tak suka orang kacau dia. Tapi si kelabu tu memang manja sangat-sangat..kesian...ce tengok mata dia..sayu je..macam tak cukup kasih sayang.

Si kelabu tu fluffy gila..geram tengok. Dan rasa-rasanya harga dia pun geram lah jugak nak keluarkan dari purse. I tak beli pun, banyak aspek2 penting yang perlu difikirkan sebelum decide untuk bela pets ni. Dari pets tu mati kering tak makan, tak dirawat..baik lah jangan, apatah lagi untuk orang sesibuk dan sesuka buat sibuk like me..hehehe.

Yang paling tak tahan, kalau bukan jenis yang senang nak 'toilet train'. Dulu dah biasa bela, tapi susah sangat nak ajar dia buang ttuuuttt dalam toilet, suka sepah merata..tau2 dah bau ashemmmm rata rumah. Itu yang tak best tuh...*huh, tak cukup penyayang dengan binatang agaknya I ni..haih...

Aspek kewangan perlu diambil kira ya...komitmen I pun dah tinggi melangit, oleh itu, geram macam mana sekalipun, terpaksalah disimpankan dulu hajat tu ke tepi.

U all ada kucing or any other pets? Berapa agaknya u all spend just for ur pets in monthly??saja la..meh pakat-pakat share experience u all sebagai pemelihara binatang peliharaan..orang lain pun boleh manfaatkan info tu jugak..sharing is caring kan...:)

Monday, February 21, 2011

Hari 'back to nature'...

Tadaaa! hah...surprise la sangat, hehehe! But, surprise la jugak kan..dah beberapa hari tak ber'update'. I sibuk lah u all...*kihkih..bajet businesswoman pulak.

Weekend ada masanya bosan, ada kalanya penuh jadual, macam laut..ada pasang surut. Last weekend kira penuh la jadual appointment, baru je nak sandar belakang *laidback la kunun..dah kena gi sinun, sinin..hmm

Sunday tu, lepas ke rumah mak menakan a.k.a mak sedara a.k.a my auntie Ita kerana menghantar sambal petai buatan tangan bonda yang menjadi favourite dish beliau and family, makanya terlajak lah pula dari Sg. Pinang ke Jln Masjid Negeri.

Beria-ia budak bucuk tu mengajak ke semi d beliau *wekkk...nak muntah..semi d kerajaan negeri yer tuan2 dan puan2. Lepas bersantap makan dan minum petang..cucuq udang dan teh o' panas cap ros, bonda dah mula ber'aktiviti' "kembali ke alam sekitar"..hehe. Sesi mengutip buah belimbing buluh. Ate kome sume penah idak nengok belimbing buluh ni..?? Ce tengok gambor bawah tu..


tadaaaa! *tadaaa lagi...haihh..ni la belimbing buluh. Bayangkan la kalau yang berbuah jenuh berjuntai-juntai tu buah anggur..haih..sudah pasti tidak sempat buah tu nak berjuntai, sudah disambar orang..:)


Sejak dua menjak ni menjadi-jadi pulak berbuahnya. Esok I bercadang nak blend buah ni buat jus, katanya boleh mengawal tekanan darah tinggi. Besides, daun pokok belimbing buluh ni orang kampung guna buat rawat demam panas. Dan insyallah..kalau ada rezeki I nak ajak satu family berkelah bawah pokok ni..hehehe...teduh dan sejuk la u all!! *buang tebiat gamaknya..

Belimbing buluh ni bonda ada jugak guna buat kisar ikan dan udang, sebagai ganti asam jawa. Banyak hidangan kat umah pun bonda dah applies masuk buah belimbing nih, masak asam pedas, masak pindang, kari ikan, gulai lemak...haih..macam-macam lah. Sikit hari lagi mesti cuak asik melantak buah ni...hehehe...sabo aje lah.

Aktiviti 'back to nature' tak berakhir setakat tu saja...ada lagi acara petang tu. Lenguh tangan dah menaip, esok sajalah I buat entri nya ya...:)

Till then...selamat menanam pokok belimbing buluh. Majulah industri belimbing buluh untuk negara...err, sesapa ada lagi petua2, resipi berkaitan belimbing buluh sila majukan cadangan dan pendapat anda di ruangan komen..mekacih..:)

daaa...



P/s: Sedih..walaupun tak pasti kebenaran, tapi naluri wanita selalunya betul.
Mulut kamu mengatakan tidak..tapi mata yang melihat, sebaliknya.
“Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [Al Hujuraat 18].
Kalau memang kamu berniat tidak baik..biarlah Allah saja yang menentukan...:(

Thursday, February 17, 2011

AD+IZ karya Eury Athena

"Aku cuma berpeluang menjadi kekasihmu selama tiga jam, tiga puluh minit, tiga puluh sembilan saat..untuk itu, izinkan aku menjadi pencintamu buat sepanjang hayatku"



Bab 10, mukasurat 153..betapa slow nya pembacaan kali ni. Sayang ! Sayang..tak baca awal-awal. Novel ni sangat best. Make me laugh dengan tak semena-mena nya di tengah malam semalam. Hehehe....kelakar & lovey-dovey!

Novel tulisan Eury Athena ni berjudul AD+IZ, I pinjam dari cik puan comel lote si Ainee Darweena. *Psst...thanks Ainee...novel ni best & buat akak senyum semula (sambil berangan-angan nak jadi AD yang beruntung dapat IZ)..hehe

Can't wait to finish reading this....hopefully, happy ending to both AD and IZ. Dah lama tak baca novel cinta, sekali baca dah jadi ketagih pulak. Hopefully, dapat habiskan menjelang weekend. Ada lagi buku sedang menunggu queue...:)

Wednesday, February 16, 2011

TCRS dan bini baru adik..

Sunday, 13th Feb 2011 ~

Tok admitted Hospital Seberang Jaya semalam. Masalah rahim dan penyakit kencing manis. Mujurlah keadaan tok okay, hari ke-2, hari ni, dah boleh discharge. Uruskan hal discharge tok dari sana dan terus dihantar ke rumah bapa saudara. Mood tersentap. Bergaduh kecil jugak dengan pak sedara I tuh..susah la...tak sembuq, asyik pendam, makan hati. Dah sembuq..nampak macam kita pulak yang salah. Hello...I hanya seorang cucu..helping the best as I could. Selebihnya peranan anak-anak la pulak. I did not mention who & who..it applies to all of them. Mudah-mudahan we all adik beradik, me, Ajie and Dik Na tak la seperti diorang bila dah tua-tua nanti. No more further explanation on this...sakit hati! *I snap photo tok, sadly dia marah, tak mau I dok tunjuk-tunjuk merata gambor dier...okeylah tok, ampun...chek tak bubuh kat blog ni pun...


Gara-gara tensi dengan pak sedara I tu..terus ajak bonda santap di TCRS, Jusco. *err..eelobor nanti cakap.."jusco lagi"..maafkan ambe, tak lama lagi kena beli share jusco lah..ekeke!


Wantan Soup, the famous Kuching 3-Layer Tea and Shredded Chicken Noodle at TCRS. Nak makan nasi, macam dah heavy sangat pulak, sebab time pergi tu dah nak dekat senja. Biasa bila senja menjelma..menu makanan dah tak ambil yang heavy. Diet sihat la konon. Hehehe..! Makan memang sedikit sebanyak menyembuhkan tekanan perasaan. Selain makanan fizikal...'santapan rohani' harus dilupa jangan! *bak kata seorang kawan..


Tuesday, 15th Feb 2011 ~

Cuti sempena sambutan Maulidur Rasul. Tahun ni kat area rumah tak banyak dianjurkan perarakan, tak seperti tahun-tahun lepas..kemeriahan terasa. Blok-blok apartmen fasa lain, ada jugak terdengar anjurkan perarakan dan get-together, kenduri gotong-royong.

And alhamdulillah, hari ni, bini baru adik I selamat diserahkan kepada beliau. Setelah bini no. 1, bini no. 2 pun dicuri orang..ini lah bini no. 3 beliau.

Berdegil ndak yang merah jugak. Lantak hang la dik oi...janji hang bayaq instalment tuu..kalau tak ahkakkkkk jugak yang susah. Seriously, memang tak lena tido sejak moto baru dah keluar. Area rumah ni memang terkenal sebagai 'kawasan panas', banyak kes kecurian motosikal.
Pernah sekali, diorang hangkut dengan lori..terlepas pulak lori penyangak tu. dua tiga buah moto jugak yang diorang larikan..dah tu, tak pasal-pasal langgor pulak kereta yang parking berdekatan tempat parking moto tu. Kerja tengah malam...aduhaii penyangak, senang hati je diorang melanun, tak fikir kudrat orang bersusah payah nak beli moto tu.

Sunday, February 13, 2011

RFC, Sungai Petani

Petang semalam, kami berempat sekeluarga ke Sg. Petani. Setahun lebih agaknya tak jejak kaki ke sana. Nama je dekat. Itupun pergi sebab ada urusan, mengambil pet terbaru dik na..si 'sugar gliders'. Nak tau apa 'sugar gliders'..? click here

Settle urusan kat rumah breeder di Taman Ria, we all singgah makan kat sini..

Radix Fried Chicken, di Lagenda Heights. Located just next to Village Mall, Sg. Petani. Tak susah nak cari sebab outlet nya facing main road.

Rasanya, ramai yang dah aware pasal RFC ni, tapi I nak story jugak!

RFC ni dibuka sejak 2008 and this is their first outlet. Sekarang outlet nya dah bercambah, di Perlis, Johor, Melaka, Kelantan & Kuala Terengganu. And selama 3yrs, ini la baru first trial I kat sini..hehe..masa first buka dulu memang tak sanggup nak masuk, sebab demand yang terlalu tinggi. Queue nya sampai ke luar pintu restoran..tak sanggup lah uols! Dan bila dah okay sikit, masa pulak tak mengizinkan.

In my opinion, ayam RFC ni lagi best dari pesaing nya..of course lah KFC. It's just my opinion. Selera masing-masing kan. Semua produk dalam restoran ni adalah hasil keluaran HPA. Kena bangga tau..keluaran bumiputra dan halal of course. Dari ayam organik yang diternak di ladang HPA sendiri hinggalah ke sos yang dihidangkan di restoran dan juga produk minuman, semuanya produk HPA. Alhamdulillah, taste vise...full satisfaction!

Price vise..if u can afford KFC, McDonalds..takkan lah could not afford for this..jangan bagi malu kaum okeh! Hahaha....reasonable, lebih kurang price competitor. For me, tak perlu berkira sangat..kalau taste ok.

So, yang tak biasa merasa....please go ahead. More info on Radix Fried Chicken, just simply click here

Thursday, February 10, 2011

I'm deeply falling in love with abaya fashion...please help me!!

Asal malam je berdiri termenung depan almari baju..asal pagi je senario yang sama jugak. Termenung pikir.."nak pakai baju apa pulak hari ni...". Ahh..dilema bekerja dengan company yang tak provide uniform untuk staf. Bukan sebab tak ada stok baju..banyak..sampai tak terpakai..kihkih..pening nak rotate. Stok baju yang ada bukan semua nya sedap & selesa di pakai. Kadang-kadang beli, pakai nye sekali je..tak selesa terus put aside. Nak bagi orang...sayang..tak bagi..bila tengok sakit hati.

Recently, masa cuti CNY baru-baru ni..masa jalan-jalan kat Tesco..lalu depan butik First Lady. Biasalah..perempuan..bila lalu depan butik mesti nak menyinggah. Cadangnya nak tengok-tengok je..kot-kot ada latest design baju kurung. Tiba-tiba je my mom terpandang sepasang jubah...sangat cantik u all...^_^ I pun tetiba je terpana seketika. Warna purple..dengan taburan labuci pada bahagian lengan & dada *sila imagine jer, sengaja tak nak upload foto.
Perghhh...terus la I zasss ke fitting room...saiz XS u all..! Kecil comel lagi rupanya I nih *hahaha...statement tak menahan!



And finally..that's it..jubah pertama yang I miliki..yeay! My sis pun terpana seketika, tidak terkata-kata. Agaknya, kat dalam hati beliau, "apa ke hea nya pempuan ni tetiba je nak berjubah..???" Hehe...takde hea ape2 adik ku, setelah cuba try test kat fitting room I rasa amat berkeyakinan sekali dan berazam ingin menjadi wanita muslimah. Ecece...serius ni..semenjak dua menjak ni terasa sangat-sangat 'kedaifan' diri ini. Bila tengok seorang saudara rapat yang banyak berubah (berubah baik la of course), sejuk pulak hati ni. Alhamdulillah, mungkin itulah kebahagiaan yang sekian lama dicari baru dijumpai.

Back to cerita pasal jubah or 'abaya', Insyaallah I nak try pakai jubah ni ke office dulu and see how comfortable it is. Kalau okay..boleh tambah stok lagi. Plus harga jubah dekat butik First Lady ni tak lah membebankan..insyaallah. Meanwhile..semakin ghairah meng'google' fesyen jubah/abaya ni....owh..betul2 jatuh cinta....:) Layan kan saja photo-photo abaya dan koleksi jubah yang telah berjaya di 'google'...


Sweet too..:)

Soft feminine touch! Boleh pakai pergi majlis makan malam & buat pakai hari bertunang..err..iye2 je!

This one, persis like mine!

hmm..suka nya yang gold color ni...looks elegant!

Anyway..it is not how we dressed that determined our faiths and believes..but it's good to start with a proper cover-up, menutup aurat, sopan tapi tetap stylo..okeh. Ingat tuu...:)

Sunday, February 6, 2011

I Love You Too

Cuti banyak hari lagi ni wehhh...bosan tahap dewa-dewa dah ni! Risau jugak cuti panjang kalau asyik bertapa dalam rumah. Mana tidaknya, semakin menjadi-jadi aktiviti menambah kalori. Makan..tido..online..baca buku..makan lagi..online..minum..tido..makan lagi...haihh...sungguh tidak menyihatkan. Bukan tak nak keluar, tapi sehari dua ni Penang sesak sangat. So, dari pening sesak dan menyesakkan, the best option is melapuk je la kat rumah walaupun bosannya sampai cecah siling..huhu.

Menu lunch semalam masih selera kampung..

Siput Nangka hasil tangkapan di Pulau Aman -- bonda buat goreng cili dengan serai. Walaupun tak nampak merah, tapi pedas boleh tahan. Bagi mengelakkan dari diperkunun orang, maka I pun menguatkan hati untuk cuba merasai siput nangka tu..yang sebenor nye, I tak makan siput..cepat sakit perut. In the middle (photos) is Gulai Pisang dengan Kacang Dal. Sedap sangat..bonda yang masak kan...I tolong makan je..*anak bertuah! Photo last sekali tu, ikan 'tamban tergeliat' dibuat goreng cili dan bawang..marvellous u all! Overall, selera kampung memang best tapi seriously I tak berani menambah kuantiti nasi putih..so, sepinggan pun dah syukur alhamdulillah.


Tadi cerita pasal keburukan cuti panjang at home..now nak cerita kebaikan pulak...kebaikannya I dah pun habis membaca buku tu..."I Love You Too". Bukan novel cinta yer tuan-tuan dan puan-puan..buku ni I pinjam from my sis, Dik Na. Buku ni mengupas tentang sketsa rumahtangga. The book was written by Badrul Hisham Shaari..and it was really awesome sebab walaupun topik rumahtangga ni adalah topik heavy, tapi gaya penulisannya lebih relax sesuai dengan jiwa muda. Jadi, mesej yang nak disampaikan penulis lebih mudah meresap dalam kepala otak. Sesuai dibaca oleh orang yang nak berkahwin, belum berboyfriend, sudah berkahwin, baik suami mahupun isteri..sangat bermesej and fun too. Boleh gelak-gelak dan ambil tips-tips berguna dari buku ni.

Petang ni, Insyaallah I nak habiskan membaca "Little Pink Raincoat" yang dah lebih sebulan dua terbengkalai gara-gara tak ada mood. U all tengah baca buku ape....share jom..


Friday, February 4, 2011

Santai Ala Kampung di Pulau Aman

Still remember my entry? last 2 days..? Pasal program yang kononnya laaaagi best...??
Now, here it is..program semalam..santai ala kampung di Pulau Aman.

We all sekeluarga, me, bonda, dik na & her hubby seawal jam 10pagi bertolak ke Jeti Batu Musang which situated in Batu Kawan. Untuk ke Pulau Aman, pengunjung mesti menaiki bot yang perkhidmatannya boleh didapati di Jeti Batu Musang ataupun bagi yang dari Pulau *tanjung orang sini cakap..boleh ambil bot dari Jeti Batu Uban/Gelugor. Mesti yer tuan dan puan-puan..unless kalau tuan-tuan dan puan-puan ada bot persendirian..ekeke.


Tambang pergi balik adalah RM 6.00 seorang. Photos showing sepasang pelancong suami isteri..kihkih..*bajet pelancong la sangat. Malu sungguh rakyat Pulau Pinang..first time nak jejak kaki ke Pulau Aman.

Me & bonda sewaktu dalam bot. Kepada yang mabuk laut, jangan risau. Masa perjalanan cuma lebih kurang 10-15minit bergantung kepada pasang surut laut dan kederasan ombak..*erk, tul ke?

Inilah Jeti Pulau Aman. Jeti ni agak kecil nak dibandingkan dengan jeti baru yang sebenarnya jarang sangat digunakan sebab agak jauh jaraknya dengan kampung. Err..Pulau Aman ni terkenal dengan belacan nya tau..and hasil lautlah of course. Ce ce tengok banner dalam foto tu..


Pulau Aman ni kecil je..cuma berkeluasan 288 ekar. Penduduknya pun tak ramai, in fact diorang ni macam adik beradik and saling kenal mengenali.


Tengok saja jalan dalam pulau ni. Special untuk pejalan kaki, bermotor dan berbasikal sahaja. I memang jatuh cinta dengan Pulau Aman lepas tengok drama tu...kat TV3 just recently.."Seribu Kali Cinta". Memang terasa suasana kampungnya.


Kebanyakan rumah-rumah kampung kat sini dijadikan homestay, sangat cantik u all...:) Dah la memang lama merindukan suasana kampung *terus berangan-angan nak dapat suami yang ada rumah kampung macam ni..hehe..gatai!

Berjalan punya berjalan..sampai la we all ke destinasi target...Restoran Terapung Pulau Aman. Okey..cop..cop..lupa nak cerita pasal misi ke sini...Mission No. 1, bonda teringin sangat nak jalan-jalan Pulau Aman sambil merasai kelazatan makanan spesial yang menjadi trademark Pulau ni. Nak tau apa...tunggu...baca nanti naa...! Mission No. 2, I yang teringin nak cari buah Sukun yang sangat terkenal di Pulau ni.

So, here we are menunggu pesanan makanan untuk tiba....


Meja kat Restoran ni sentiasa dipenuhi pengunjung..kiranya satu family keluar..ada je yang masuk. Tambahan pulak during public holiday ni..ramai la yang ambil peluang datang makan-makan di sini.


Nah...ni diaaaaa....the famous prawn noodle & prawn fried rice.

We all bertiga opt for mee udang while my brother in law chose to try the 'nasi goreng udang'. Sepinggan yang biasa costs us RM 6.00, yang special with more udang costs RM 10.00. What we have on our table is 3 bowl of regular prawn noodle, 1 plate of regular prawn fried rice, 2 glass of Teh O panas & 2 glass of Teh Ais & Teh O Ais..total billed is RM 28.90.

Kenyang menjamu selera, sempat la we all melihat-lihat pekerja kat restoran ni sedang mengopek tiram. Sangat jakun we all..hihi. Nasib baik la they dont mind we all asyik snap photo diorang tengah bekerja. Tak berani nak tanya harga tiram tu. Of course mahal punya!

Now..tahu ape ke nama ni..???hehe...ini la..udang lipan..*ecece..berlagak tahu je I ni. Actually I pun baru je kenal udang lipan ni. People also call them 'udang mentadak' or 'udang ronggeng'. Khabarnya udang ni laaaagi manis berbanding udang biasa & ketam. I pun tak pernah rasa okeh. According to my sister yang sudah arif pasal udang ni berikutan pak mertuanya adalah penggemar udang tegar, udang lipan ni sangat sedap direbus, dibuat mee kuah mahupun digoreng. Tapi haruslah berhati-hati sebab ada sepit yang tajam.

Habis mengkaji kehidupan akuamarin, we all berjalan-jalan keliling kampung dengan harapan dapat la menjejak buah sukun..tapi sayangnya menurut penduduk kampung buah sukun tak jenuh kebelakangan ni..belum musim kot. Kempunan I...huhu..:( Buah sukun buat goreng sodappp tau..buat kerepek laaagi sedap and satu lagi yang sedap kalau buat serawa! Arrrgg..tension, mana nak cari buah sukun nih!! Bagi mengisi masa lapang, 3 anak beranak beserta menantu ni telah bertindak melanun di Pulau Aman yang aman damai ni..hehe..diorang ghairah je mencari siput yang tak diketahui namanya *pada waktu carian di buat.


Port diorang melanun.

Kelihatan sayup-sayup..tapak projek jambatan kedua yang menghubungkan Batu Kawan, Seberang Perai dengan Batu Maung di bahagian Pulau. Cantik jugak photo ni, nasib baik guna handphone cikai je, kalau guna SLR mesti photographer lain takleh cari makan..kihkih...*riak sungguh!

Hasil melanun...hehe..inilah 'catch of the day'. Setelah dirisik-risik, di'interview' penduduk setempat hatta pakcik bot oleh Dik Na..they call this siput as 'Siput Nangka'.

Setelah dimasukkan ke dalam botol bersama-sama air laut Siput Nangka ni mula la memuntahkan segala pasir. Nampak cantik dalam botol..sebab warna nya yang agak unik maybe.

Sementara diorang mencari siput tu tadi, I pulak bajet mak datin la u all..hehe..duduk bawah pokok rhu katik sambil menghirup bayu laut yang tak berapa nak ada...dan menikmati keindahan lagoon. Berhampiran lagoon ni ada beberapa buah chalet betul-betul menghadap lagoon dan port diorang cari siput tadi..chalet tu pun dah penuh dengan pengunjung. Kelihatan jugak sebuah keluarga sibuk menjala ikan di sebelah sana lagoon..wah meriah diorang..satu family tuu..:)

FYI, penduduk kat sini sangat ramah..in fact, orang Penang memang ramah. So, sesiapa yang nak mai bercuti ke sini ala destinasi bajet..sila lah berbuat demikian. Memang best u all..insyaallah, kalau I nak merajuk, mencari ketenangan someday, maybe I akan mai sini seorang diri dan sewa chalet tu semalam dua. Best...:)

Pulau Aman kami tinggalkan at around 2. Bye bye..:) Insyaallah akan menjejakkan kaki ke sini lagi.

To summarize, banyak pengetahuan we all dapat walaupun sekerat hari je di Pulau ni yang sebenarnya banyak lagi tempat menarik untuk dilawati seperti Telaga Emas dan trek hutan nya.
Mee udang nya..I would say, I still prefer the one in Kuala Juru. Dan yang paling bernilai, masa bersama keluarga itulah yang paling bernilai..

So, to all of you out there, cuti ada beberapa hari lagi...bawaklah family berjalan-jalan. Tak semestinya oversea, dalam Malaysia..local place kita pun banyak tempat yang kita belum explore...

Thursday, February 3, 2011

Pi bagi ang-pow kat Tesco..

Seronok 'on the road' hari ni. Jalan tak sesak seperti kebiasaannya. Pun begitu, destinasi meronda cuma sekitar Perai & Seberang Jaya sahaja..sebab esok insyaallah ada program santai yang laaaaagi best...tungguuuuuu...hihi.

If not because barang keperluan dapur yang dah habis licin, frozen food yang dah kontang dalam fridge tu..memang I malas nak keluar. Kalau boleh nak reeeeeehat je kat rumah sepanjang hari ni..tapi tu lah..dah memang terlajak haribulan buat routine shopping kali ni. So, terpaksa la pi bagi ang-pow kat Tesco tu! hehe...

Erk..bonda pakai kaler merah..sempena CNY ke..hehehe..tak berani tanya, kang kena sekeh!


Untuk bulan ni, it's just me and mak bonda je yang turun shopping. Tu..bonda tengah concentrate pilih bawang besor..anakanda nya??tengah boring...itu yang boleh terpegang handphone, lalu ter'snap' gambar bonda. Mujur bonda tak perasan..kalau tak sahih kena dengar pot pet pot pet...ekeke..:) Tesco masih dipenuhi ramai pelanggan melayu & india..pelanggan cina pulak boleh dibilang dengan jari..sibuk beraya...hee :)


Betapa penat dan letih Natrah berperang emosi. Sang arjuna dambaan hati memberi harapan lalu terus berdiam diri. Sabar, doa yang tidak putus dan perlukah harapan ini disimpan lagi? Atau bakal bertaburan kah semua butir-butir kesabaran itu? Sabar Natrah..tawakal..jangan diulang kekhilafan yang dulu..


Wednesday, February 2, 2011

so what..?!

Layan mood sensitif sebentar..

1. Buat macammana sekali pun..usaha lah dengan pelbagai cara untuk memenangi hati orang, hakikatnya kita tidak akan pernah bisa memuaskan hati sesiapa jua pun. Kadang-kadang bukan pujian or compliments yang kita harapkan..hanyalah sebuah pengertian. Sekurang-kurangnya terasa diri kita dihargai. Tapi apa yang kita dapat hanyalah kritikan dan kutukan.


2. Kenapa tiba-tiba I pulak yang cemburu kan kemesraan iteww..? Orang kata, cemburu tandanya sayang...akan tetapi macammana pulak timbulnya sayang. Perhatian yang sudah mula beralih arah..I tertanya-tanya..kemana hilangnya dia. Menjauhkan diri, merajuk? Patutnya I yang merajuk...lambat pick-up..esok melepas! Atau mungkinkah I yang dulu gigit jari...waa..komplikated...! Mencik! As usual I akan belagak tak ada apa2 happen...lalala.



Ehem ehem...tune balik to normal mood..

Makan jom..




Hari Isnin..menu makan tengahari nye adalah "Mee Goreng Udang". Dibeli di Warung Pak Su, Kuala Juru..RM10.00 sebungkus with 5 ekor udang yang boleh tahan besau. Menu 2 atau 3 kali je dalam setahun, tak boleh diamalkan dalam kadar yang kerap kerana dikhuatiri boleh merabakkan poket dan menyebabkan resdung semakin kronik.



Hari Rabu..lunch sekali lagi di tapau oleh encik 'site supervisor' segar dan panas-panas dari Warung Kelapa Sawit, Jalan Tok Kangar. Nah...nasi putih, bawal goreng panas & sayur kacang panjang goreng. RM6.00 sahaja...kenyangnya sampai ke saat ini...alhamdulillah *jangan jadi manusia yang tak tahu bersyukur...

Konklusi hari ini...

I tidak pernah mengkritik sesiapa secara terbuka..for me..u buat hal u, I buat hal I. Selagi hidup I tak menyusahkan hidup u, tak meminta-minta duit ringgit, penat lelah atau pengorbanan masa dari u....selagi itulah u r supposed to let me go through my life dengan amannya. I don't need your criticsm..yang sangat tak membina tapi hanya melemahkan semangat hidup orang lain. I live my life as it is..I appreciate my life & what I have..jangan cemburu atau hasad dengki lalu mengkritik. Hakikatnya..kita semua adalah sama..hanyalah Hamba di sisiNya.

Redha lah...dan I juga sedang belajar tentang apa itu REDHA.

Tuesday, February 1, 2011

Alkisah Roti Benggali

Dapat jugak I menghilangkan kempunan...Roti Benggali cicah kuah kari. Perghhh....mak mentua lalu ikot belakang pun tak sedaq...ekeke..*mak mentua la sangattttt! Dalam banyak-banyak menu..boleh pulak I dok teringin nak makan Roti Benggali nih..haih..kritikal je bunyi nya.

Okeh, back to the past..nama Roti Benggali ni dipercayai berasal dari nama "Roti Penggali". Just co-incidence, kita yang melayu ni panggil roti benggali lantaran pelopor roti ni di Malaysia and specifically Penang adalah seorang india muslim yang berasal dari Madras, India.

"Penggali" dalam bahasa tamil nya membawa maksud "Pemegang Saham", "Shareholder". Sheik Mohd Ismail yang telah mai ke Penang seawal tahun 1932 telah mengasaskan perniagaan berbentuk koperasi di Georgetown dan telah membawa sekali kepakaran membuat Roti penggali ni. In 1964, secara rasminya nama bisnes roti Penggali telah ditukar kepada Ismalia Bakery yang letaknya di Transfer Road *maaf ler, lama tak pergi Transfer Road, so tak pasti ada lagi ke tak kedai tu..rasa ada lagi kot..


U all, ingat lagi tak mamak yang jual roti naik moto keliling kampung dulu2 masa kita kecik-kecik tu?? Alah..ala-ala bakeri bergerak tu..?? Haaa...sungguh nostalgia kan. Sekarang pun ada lagi, cuma dah tak se'fofular' dulu. Nak mudah beli je roti benggali kat mamak tu. Dulu kalau dapat beli roti benggali sapu ngan kaya tu dah kira best sangat dah. Lepas main tuju kasut di petang hari..dengar je loceng mamak roti tu lari ler kite serbu moto mamak tu..baru berapa sen sangat, guna duit yang mak & abah kasi buat belanja kat 'sekolah arab'..at last, habuan mamak roti tu lah..haha! *poyo jer...

Mengenangkan lama sangat dah tak pekena Roti Benggali tu lah, ke'teringin'an I ni menjadi-jadi. Akhirnya, dapat jugak roti yang 'fluffy' dan sangat-sangat I idamkan tu..hehe.

Nostalgia roti benggali u all...? Share lah...boleh kita gelak sama-sama.



photo credit: http://www.journeymalaysia.com/MI_penang2.htm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails