About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, February 21, 2011

Hari 'back to nature'...

Tadaaa! hah...surprise la sangat, hehehe! But, surprise la jugak kan..dah beberapa hari tak ber'update'. I sibuk lah u all...*kihkih..bajet businesswoman pulak.

Weekend ada masanya bosan, ada kalanya penuh jadual, macam laut..ada pasang surut. Last weekend kira penuh la jadual appointment, baru je nak sandar belakang *laidback la kunun..dah kena gi sinun, sinin..hmm

Sunday tu, lepas ke rumah mak menakan a.k.a mak sedara a.k.a my auntie Ita kerana menghantar sambal petai buatan tangan bonda yang menjadi favourite dish beliau and family, makanya terlajak lah pula dari Sg. Pinang ke Jln Masjid Negeri.

Beria-ia budak bucuk tu mengajak ke semi d beliau *wekkk...nak muntah..semi d kerajaan negeri yer tuan2 dan puan2. Lepas bersantap makan dan minum petang..cucuq udang dan teh o' panas cap ros, bonda dah mula ber'aktiviti' "kembali ke alam sekitar"..hehe. Sesi mengutip buah belimbing buluh. Ate kome sume penah idak nengok belimbing buluh ni..?? Ce tengok gambor bawah tu..


tadaaaa! *tadaaa lagi...haihh..ni la belimbing buluh. Bayangkan la kalau yang berbuah jenuh berjuntai-juntai tu buah anggur..haih..sudah pasti tidak sempat buah tu nak berjuntai, sudah disambar orang..:)


Sejak dua menjak ni menjadi-jadi pulak berbuahnya. Esok I bercadang nak blend buah ni buat jus, katanya boleh mengawal tekanan darah tinggi. Besides, daun pokok belimbing buluh ni orang kampung guna buat rawat demam panas. Dan insyallah..kalau ada rezeki I nak ajak satu family berkelah bawah pokok ni..hehehe...teduh dan sejuk la u all!! *buang tebiat gamaknya..

Belimbing buluh ni bonda ada jugak guna buat kisar ikan dan udang, sebagai ganti asam jawa. Banyak hidangan kat umah pun bonda dah applies masuk buah belimbing nih, masak asam pedas, masak pindang, kari ikan, gulai lemak...haih..macam-macam lah. Sikit hari lagi mesti cuak asik melantak buah ni...hehehe...sabo aje lah.

Aktiviti 'back to nature' tak berakhir setakat tu saja...ada lagi acara petang tu. Lenguh tangan dah menaip, esok sajalah I buat entri nya ya...:)

Till then...selamat menanam pokok belimbing buluh. Majulah industri belimbing buluh untuk negara...err, sesapa ada lagi petua2, resipi berkaitan belimbing buluh sila majukan cadangan dan pendapat anda di ruangan komen..mekacih..:)

daaa...



P/s: Sedih..walaupun tak pasti kebenaran, tapi naluri wanita selalunya betul.
Mulut kamu mengatakan tidak..tapi mata yang melihat, sebaliknya.
“Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [Al Hujuraat 18].
Kalau memang kamu berniat tidak baik..biarlah Allah saja yang menentukan...:(

13 comments:

  1. selamat malam siti murni..
    patutlah dah 3 hari tak bersiaran...

    tak mengapa...dahulukan yang peting2 jer

    siti...kalau ayu dapat belimbing tu..sure dah masak pelbagai lauk dan sambal..
    nak sebakul ct..

    ReplyDelete
  2. salam..
    ermmm..muda2 dah ada darah tinggi
    ke cik adik? saya cukup suka belimbing ni campur masak lemak ikan talang..yum..yumm

    ReplyDelete
  3. belimbing tu... banyak kat belakang rumah

    ReplyDelete
  4. PANGLIMA MUDA:
    Kalau kena dengan tanah, memang subur dan mudah hidup pokok nya kan...

    ZULKBO:
    Hehehe....tekanan banyak lah bro..nak buat macammana....huhu.
    Yes, buat masak lemak..dengan udang pun boleh.

    CITARASA RINDUAN:
    Ayu...nak ye? boleh..tapi Ayu kena mai sini lah..kalau nak hantar takut rosak di perjalanan je..utara nak ke selatan tuu..hehe

    ReplyDelete
  5. i tak pernah makan belimbing buluh...starfruit biasa pernah la.

    Lepas tu, I rasa pelik bila buah-buahan jadi lauk makanan. Contohnya pajeri nenas, i tak makan..sebab bukan buah boleh mamam macam tu je ke? Hehehe

    ReplyDelete
  6. salam murni lama gilos x jengah sini.. harap2 murni sihat yer.

    mak aii lebat betoi buah belimbing buluh tu geram rasa nyer.. akk mmg suker bngt ngan buah belimbing ni. mcm2 bole masak ngan belimbing ni.. faberet.

    ReplyDelete
  7. banyak buahnye...
    kak ain suke buat sambal belacan belimbing...
    masak gulai pun sedap..dah terliur ni...

    ReplyDelete
  8. salam

    belimbing buluh??saya tak pernah tengok

    ReplyDelete
  9. akak...ila setuju P/S akak bawah tu....

    wah...banyaknya belimbg buluh.....subur2 lak tu..hehhe

    ReplyDelete
  10. LCA:
    Belimbing buluh ni bukan macam belimbing biasa sayang oi..hehehe. rasa dia ada a bit kelat & sangat masam okeh...so u really have to cook it...:) Even kalau nak buat juice sekalipun, u have to add some sugar, at least menipiskan rasa masam kelat2 pahit tu. Err..I pun tak makan pajeri nenas, sha..hee.

    IKIQZANA:
    Salam Kak Zana..sihat alhamdulillah saya ni..:)
    Betul tu kak..asalkan kreatif je..macam2 hidangan boleh buat.

    ReplyDelete
  11. AINNORAINI:
    Yup, terlupa saya nak sebut dalam entry, buat sambal belacan..sedap kan. Tapi saya buat sambal campur belimbing ni versi tanpa belacan....okey la..not bad jugak rasanya.

    IMANSHAH:
    Haaa...sekarang dah tengok...:) tengok betul2...kalau gi pasar cuba cari tengok...ada..tapi jarang2 nak jumpa kot.

    ReplyDelete
  12. HONEYBUNNY:
    Pokok belimbing buluh ni dah lama 'establish' hehehe...itu yang lebat, subur je buah2 dia. setuju??akak 10x setuju...hehehe

    ReplyDelete
  13. geramnya tengok belimbing buluh tu.. buahnya kan main lebat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails