About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, February 6, 2011

I Love You Too

Cuti banyak hari lagi ni wehhh...bosan tahap dewa-dewa dah ni! Risau jugak cuti panjang kalau asyik bertapa dalam rumah. Mana tidaknya, semakin menjadi-jadi aktiviti menambah kalori. Makan..tido..online..baca buku..makan lagi..online..minum..tido..makan lagi...haihh...sungguh tidak menyihatkan. Bukan tak nak keluar, tapi sehari dua ni Penang sesak sangat. So, dari pening sesak dan menyesakkan, the best option is melapuk je la kat rumah walaupun bosannya sampai cecah siling..huhu.

Menu lunch semalam masih selera kampung..

Siput Nangka hasil tangkapan di Pulau Aman -- bonda buat goreng cili dengan serai. Walaupun tak nampak merah, tapi pedas boleh tahan. Bagi mengelakkan dari diperkunun orang, maka I pun menguatkan hati untuk cuba merasai siput nangka tu..yang sebenor nye, I tak makan siput..cepat sakit perut. In the middle (photos) is Gulai Pisang dengan Kacang Dal. Sedap sangat..bonda yang masak kan...I tolong makan je..*anak bertuah! Photo last sekali tu, ikan 'tamban tergeliat' dibuat goreng cili dan bawang..marvellous u all! Overall, selera kampung memang best tapi seriously I tak berani menambah kuantiti nasi putih..so, sepinggan pun dah syukur alhamdulillah.


Tadi cerita pasal keburukan cuti panjang at home..now nak cerita kebaikan pulak...kebaikannya I dah pun habis membaca buku tu..."I Love You Too". Bukan novel cinta yer tuan-tuan dan puan-puan..buku ni I pinjam from my sis, Dik Na. Buku ni mengupas tentang sketsa rumahtangga. The book was written by Badrul Hisham Shaari..and it was really awesome sebab walaupun topik rumahtangga ni adalah topik heavy, tapi gaya penulisannya lebih relax sesuai dengan jiwa muda. Jadi, mesej yang nak disampaikan penulis lebih mudah meresap dalam kepala otak. Sesuai dibaca oleh orang yang nak berkahwin, belum berboyfriend, sudah berkahwin, baik suami mahupun isteri..sangat bermesej and fun too. Boleh gelak-gelak dan ambil tips-tips berguna dari buku ni.

Petang ni, Insyaallah I nak habiskan membaca "Little Pink Raincoat" yang dah lebih sebulan dua terbengkalai gara-gara tak ada mood. U all tengah baca buku ape....share jom..


22 comments:

  1. Hai Siti...I pun x makan siput...rasa pelik. Dulu tak makan kerang, lepas tu terus jadik hantu kerang...tapi SIPUT....hurrmmm....

    ReplyDelete
  2. pun sedang menghabiskan sebijik buku..xhabis2 seminggu dah

    ReplyDelete
  3. salam..
    siti.kita sebaya rupanya..hehehe

    wah..buku??
    ayu pun suka baca..but lebih pada ilmiah or novel.

    nie dok sekodeng novel norhayatie berahim....minta2 cepat2 abis..

    ReplyDelete
  4. Karang buku, bila nak siap, asyik baca buku orang je, khayal pun macam org .hukhu
    apa kelas hari minggu duduk rumah..cian2

    ReplyDelete
  5. LCA:
    Sama taste lah kita..:) kerang buat gulai nenas..or sambal tumis...perghh...:)

    IMANSHAH:
    Baca buku pun kena ambil mood kan...kalau tak kena mood, baca pun tiada penghayatan...

    ReplyDelete
  6. CITARASA RINDUAN:
    Salam Ayu...hehe...itu lah sebaya..:) Ayu pun peminat novel rupanya...mesti banyak buat koleksi ni...

    ZEQ:
    Buku sendiri tergendala..tak berjalan seperti dirancang. Nak saya keluar ke...?bolehhhh.....takde masalah..nanti cakap saya suka merayap pulak..huhu

    ReplyDelete
  7. sehari dua ni stop baca buku jap sb bz surfing n stadi sal binatang eksotik sugar glider.

    entry sugar glider bakal terbit ari ni hehehe..tungguuuu.....

    ReplyDelete
  8. wah, cuti banyak ari lg ngalahkan kita lak dia. hehehe, lemau nanti

    ReplyDelete
  9. Kak Azie baca Sabun Buku jer, bleh gitu? hehehehe

    Bila Mak Tarzan Membebel...

    ReplyDelete
  10. terasa nak makan tapi masih kenyang le pulak

    ReplyDelete
  11. siput nangka? Lala is it? Ooo ade name lain lagi upenye~

    Sedap nampak semua makanan~

    ReplyDelete
  12. salam..
    resepi siput nangka
    tak biasa saya makan
    nampak sedap tu

    ReplyDelete
  13. bahagianya cuti tanpa masalah hidup, ya!

    ReplyDelete
  14. den nak baca post pasal hang plak masak...ada tak.....ahakz...?

    ReplyDelete
  15. NADIA:
    Ooh..ya..sudah nampak nanti I pi tengok..(promote entri nampak..ekeke)

    EELOBOR:
    Nak buat macammana company cina...macam orang mengantuk disorongkan bantal..orang cakap cuti..kita cuti lah..hihi

    ReplyDelete
  16. KAK AZIE:
    Alaaa....takkan sabun buku je. Kak Azie pun peminat novel jugak tuu..

    SHARINGINFOZ:
    Rasa lapar nanti mai balik..ekeke...

    ReplyDelete
  17. MIE:
    Menarik..seronok baca buku ni. Banyak manfaatnya..

    ALEX:
    Adik cakap bukan siput lala..orang tempatan panggil siput hijau jugak.

    ReplyDelete
  18. ZULKBO:
    Rasanya boleh dipelbagaikan lagi resipi tu..buat kari ke maybe..hihi..tapi yang kebiasaannya dibuat goreng cili & serai..simple.

    IM:
    Setiap kita ada masalah yang tersendiri, cuma lagi kita fikirkan, lagi lah serabut. Ada sesetengah masalah, lebih baik kita diam & abaikan..lalui masa yang ada dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  19. JEBATEJA:
    Ooo..hang nak kata aku tak reti masak la tu...nanti hang...hehehe..
    chek masak jugak..tapi time bonda tak ada kat rumah je lah...bonda ada..manja taik kude la...ekekeke...

    ReplyDelete
  20. Siput nangka??? First time ni dengar.. Macam mana rasanya ek, ada macam nangka tak?

    ReplyDelete
  21. KAK NIDA:
    bagi saya yang tak berapa gemar siput ni..memang lah tak berapa sedap, tak kena dengan selera. warna je macam buah nangka kot...hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails