About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, February 4, 2011

Santai Ala Kampung di Pulau Aman

Still remember my entry? last 2 days..? Pasal program yang kononnya laaaagi best...??
Now, here it is..program semalam..santai ala kampung di Pulau Aman.

We all sekeluarga, me, bonda, dik na & her hubby seawal jam 10pagi bertolak ke Jeti Batu Musang which situated in Batu Kawan. Untuk ke Pulau Aman, pengunjung mesti menaiki bot yang perkhidmatannya boleh didapati di Jeti Batu Musang ataupun bagi yang dari Pulau *tanjung orang sini cakap..boleh ambil bot dari Jeti Batu Uban/Gelugor. Mesti yer tuan dan puan-puan..unless kalau tuan-tuan dan puan-puan ada bot persendirian..ekeke.


Tambang pergi balik adalah RM 6.00 seorang. Photos showing sepasang pelancong suami isteri..kihkih..*bajet pelancong la sangat. Malu sungguh rakyat Pulau Pinang..first time nak jejak kaki ke Pulau Aman.

Me & bonda sewaktu dalam bot. Kepada yang mabuk laut, jangan risau. Masa perjalanan cuma lebih kurang 10-15minit bergantung kepada pasang surut laut dan kederasan ombak..*erk, tul ke?

Inilah Jeti Pulau Aman. Jeti ni agak kecil nak dibandingkan dengan jeti baru yang sebenarnya jarang sangat digunakan sebab agak jauh jaraknya dengan kampung. Err..Pulau Aman ni terkenal dengan belacan nya tau..and hasil lautlah of course. Ce ce tengok banner dalam foto tu..


Pulau Aman ni kecil je..cuma berkeluasan 288 ekar. Penduduknya pun tak ramai, in fact diorang ni macam adik beradik and saling kenal mengenali.


Tengok saja jalan dalam pulau ni. Special untuk pejalan kaki, bermotor dan berbasikal sahaja. I memang jatuh cinta dengan Pulau Aman lepas tengok drama tu...kat TV3 just recently.."Seribu Kali Cinta". Memang terasa suasana kampungnya.


Kebanyakan rumah-rumah kampung kat sini dijadikan homestay, sangat cantik u all...:) Dah la memang lama merindukan suasana kampung *terus berangan-angan nak dapat suami yang ada rumah kampung macam ni..hehe..gatai!

Berjalan punya berjalan..sampai la we all ke destinasi target...Restoran Terapung Pulau Aman. Okey..cop..cop..lupa nak cerita pasal misi ke sini...Mission No. 1, bonda teringin sangat nak jalan-jalan Pulau Aman sambil merasai kelazatan makanan spesial yang menjadi trademark Pulau ni. Nak tau apa...tunggu...baca nanti naa...! Mission No. 2, I yang teringin nak cari buah Sukun yang sangat terkenal di Pulau ni.

So, here we are menunggu pesanan makanan untuk tiba....


Meja kat Restoran ni sentiasa dipenuhi pengunjung..kiranya satu family keluar..ada je yang masuk. Tambahan pulak during public holiday ni..ramai la yang ambil peluang datang makan-makan di sini.


Nah...ni diaaaaa....the famous prawn noodle & prawn fried rice.

We all bertiga opt for mee udang while my brother in law chose to try the 'nasi goreng udang'. Sepinggan yang biasa costs us RM 6.00, yang special with more udang costs RM 10.00. What we have on our table is 3 bowl of regular prawn noodle, 1 plate of regular prawn fried rice, 2 glass of Teh O panas & 2 glass of Teh Ais & Teh O Ais..total billed is RM 28.90.

Kenyang menjamu selera, sempat la we all melihat-lihat pekerja kat restoran ni sedang mengopek tiram. Sangat jakun we all..hihi. Nasib baik la they dont mind we all asyik snap photo diorang tengah bekerja. Tak berani nak tanya harga tiram tu. Of course mahal punya!

Now..tahu ape ke nama ni..???hehe...ini la..udang lipan..*ecece..berlagak tahu je I ni. Actually I pun baru je kenal udang lipan ni. People also call them 'udang mentadak' or 'udang ronggeng'. Khabarnya udang ni laaaagi manis berbanding udang biasa & ketam. I pun tak pernah rasa okeh. According to my sister yang sudah arif pasal udang ni berikutan pak mertuanya adalah penggemar udang tegar, udang lipan ni sangat sedap direbus, dibuat mee kuah mahupun digoreng. Tapi haruslah berhati-hati sebab ada sepit yang tajam.

Habis mengkaji kehidupan akuamarin, we all berjalan-jalan keliling kampung dengan harapan dapat la menjejak buah sukun..tapi sayangnya menurut penduduk kampung buah sukun tak jenuh kebelakangan ni..belum musim kot. Kempunan I...huhu..:( Buah sukun buat goreng sodappp tau..buat kerepek laaagi sedap and satu lagi yang sedap kalau buat serawa! Arrrgg..tension, mana nak cari buah sukun nih!! Bagi mengisi masa lapang, 3 anak beranak beserta menantu ni telah bertindak melanun di Pulau Aman yang aman damai ni..hehe..diorang ghairah je mencari siput yang tak diketahui namanya *pada waktu carian di buat.


Port diorang melanun.

Kelihatan sayup-sayup..tapak projek jambatan kedua yang menghubungkan Batu Kawan, Seberang Perai dengan Batu Maung di bahagian Pulau. Cantik jugak photo ni, nasib baik guna handphone cikai je, kalau guna SLR mesti photographer lain takleh cari makan..kihkih...*riak sungguh!

Hasil melanun...hehe..inilah 'catch of the day'. Setelah dirisik-risik, di'interview' penduduk setempat hatta pakcik bot oleh Dik Na..they call this siput as 'Siput Nangka'.

Setelah dimasukkan ke dalam botol bersama-sama air laut Siput Nangka ni mula la memuntahkan segala pasir. Nampak cantik dalam botol..sebab warna nya yang agak unik maybe.

Sementara diorang mencari siput tu tadi, I pulak bajet mak datin la u all..hehe..duduk bawah pokok rhu katik sambil menghirup bayu laut yang tak berapa nak ada...dan menikmati keindahan lagoon. Berhampiran lagoon ni ada beberapa buah chalet betul-betul menghadap lagoon dan port diorang cari siput tadi..chalet tu pun dah penuh dengan pengunjung. Kelihatan jugak sebuah keluarga sibuk menjala ikan di sebelah sana lagoon..wah meriah diorang..satu family tuu..:)

FYI, penduduk kat sini sangat ramah..in fact, orang Penang memang ramah. So, sesiapa yang nak mai bercuti ke sini ala destinasi bajet..sila lah berbuat demikian. Memang best u all..insyaallah, kalau I nak merajuk, mencari ketenangan someday, maybe I akan mai sini seorang diri dan sewa chalet tu semalam dua. Best...:)

Pulau Aman kami tinggalkan at around 2. Bye bye..:) Insyaallah akan menjejakkan kaki ke sini lagi.

To summarize, banyak pengetahuan we all dapat walaupun sekerat hari je di Pulau ni yang sebenarnya banyak lagi tempat menarik untuk dilawati seperti Telaga Emas dan trek hutan nya.
Mee udang nya..I would say, I still prefer the one in Kuala Juru. Dan yang paling bernilai, masa bersama keluarga itulah yang paling bernilai..

So, to all of you out there, cuti ada beberapa hari lagi...bawaklah family berjalan-jalan. Tak semestinya oversea, dalam Malaysia..local place kita pun banyak tempat yang kita belum explore...

13 comments:

  1. 3 tahun di penang, kenapa saya tidak tahu tempat ini yek

    ReplyDelete
  2. mcm best tapi rasanya mcm tak sempat nak gi sana..

    ReplyDelete
  3. nmpk pn dh best tmpt tu....n makanan pn nmpk sedap.

    ReplyDelete
  4. saya pon ada plan nk kesana ,mee udangnyerr menarek dak

    ReplyDelete
  5. keh3..wei..awatt tak mo habaq..hg tak mo join carik siput sb hg bajet muka model! kah3...takot rosakkah muka yu? penat pakai skII u olss!!!!
    tp mmg best kn? (aku smp demam ari ni....)

    ReplyDelete
  6. IMANSHAH:
    Jangankan awak yang 3thn di Penang..kite yg dah 30thn lahir & besar di Penang..ni ler baru jejak kaki ke sini. Penang suruh awak datang jalan2 sampai abis tuu..hihi

    BEN:
    A'ah..kalau nak datang sini at least u kena ada 3 hari kat penang, baru boleh explore sampai puas hati.

    ReplyDelete
  7. NZA:
    Next time kalau datang sini, saya nak cuba mee goreng udang pulak..
    selera masing2 kan..tak sama..ada yang kata sedap, ada yang kata biasa2 saja.

    SHAZRULS:
    To be honest..saya prefer yang Kuala Juru lagi. Kuah nya lebih manis dari yang Pulau Aman. Mee udang yang saya try tu saiz biasa, udang 3 ekor je. Tapi Nasi Goreng Udang tu my in law cakap 'best'..:) Try lah..orang tak leh perkunun..ekeke

    ReplyDelete
  8. NADIA:
    haha...i baru nak recover muka i uols....hehe...dah ler mahai SKII...ekeke..takpa la nanti kalau nak mai lagi i bawak topi pelancong tu...tutup sikit muka i..leh la teman uols melanun lagi..ekeke

    ReplyDelete
  9. Udang Lipan memang sedap, Siti but beware...CHOLESTEROL SUPER HIGH :-)

    ReplyDelete
  10. Waka....waka....cara ayat post ni macam seharian jer duduk sana....ghupernya setengah hari jerk....ahakz...

    ReplyDelete
  11. LCA:
    Ya..betul2..that's what I heard too. Makanan sedap, risiko pun lebih kan..

    JEBATEJA:
    Hehehe....teknik penggunaan ayat tuuu....

    ReplyDelete
  12. mcm best jer tempat tu...
    nnt bile balik kg somi bole ler lajak kesane...

    ReplyDelete
  13. rindunya kat mee udang pulau aman!
    last year aine pi, 2 kali makan mee udang...
    1st makan mee udang berkuah, petang nya pulak makan mee goreng udang! sedap!!!!
    masa tgh hari, nak beli udang lipan, tapi da abeh! :(
    tp mmg best kat sana.. masih terasa kesedapan 'kuih sepit' yang depa juai kat sana!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails