About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, February 16, 2011

TCRS dan bini baru adik..

Sunday, 13th Feb 2011 ~

Tok admitted Hospital Seberang Jaya semalam. Masalah rahim dan penyakit kencing manis. Mujurlah keadaan tok okay, hari ke-2, hari ni, dah boleh discharge. Uruskan hal discharge tok dari sana dan terus dihantar ke rumah bapa saudara. Mood tersentap. Bergaduh kecil jugak dengan pak sedara I tuh..susah la...tak sembuq, asyik pendam, makan hati. Dah sembuq..nampak macam kita pulak yang salah. Hello...I hanya seorang cucu..helping the best as I could. Selebihnya peranan anak-anak la pulak. I did not mention who & who..it applies to all of them. Mudah-mudahan we all adik beradik, me, Ajie and Dik Na tak la seperti diorang bila dah tua-tua nanti. No more further explanation on this...sakit hati! *I snap photo tok, sadly dia marah, tak mau I dok tunjuk-tunjuk merata gambor dier...okeylah tok, ampun...chek tak bubuh kat blog ni pun...


Gara-gara tensi dengan pak sedara I tu..terus ajak bonda santap di TCRS, Jusco. *err..eelobor nanti cakap.."jusco lagi"..maafkan ambe, tak lama lagi kena beli share jusco lah..ekeke!


Wantan Soup, the famous Kuching 3-Layer Tea and Shredded Chicken Noodle at TCRS. Nak makan nasi, macam dah heavy sangat pulak, sebab time pergi tu dah nak dekat senja. Biasa bila senja menjelma..menu makanan dah tak ambil yang heavy. Diet sihat la konon. Hehehe..! Makan memang sedikit sebanyak menyembuhkan tekanan perasaan. Selain makanan fizikal...'santapan rohani' harus dilupa jangan! *bak kata seorang kawan..


Tuesday, 15th Feb 2011 ~

Cuti sempena sambutan Maulidur Rasul. Tahun ni kat area rumah tak banyak dianjurkan perarakan, tak seperti tahun-tahun lepas..kemeriahan terasa. Blok-blok apartmen fasa lain, ada jugak terdengar anjurkan perarakan dan get-together, kenduri gotong-royong.

And alhamdulillah, hari ni, bini baru adik I selamat diserahkan kepada beliau. Setelah bini no. 1, bini no. 2 pun dicuri orang..ini lah bini no. 3 beliau.

Berdegil ndak yang merah jugak. Lantak hang la dik oi...janji hang bayaq instalment tuu..kalau tak ahkakkkkk jugak yang susah. Seriously, memang tak lena tido sejak moto baru dah keluar. Area rumah ni memang terkenal sebagai 'kawasan panas', banyak kes kecurian motosikal.
Pernah sekali, diorang hangkut dengan lori..terlepas pulak lori penyangak tu. dua tiga buah moto jugak yang diorang larikan..dah tu, tak pasal-pasal langgor pulak kereta yang parking berdekatan tempat parking moto tu. Kerja tengah malam...aduhaii penyangak, senang hati je diorang melanun, tak fikir kudrat orang bersusah payah nak beli moto tu.

14 comments:

  1. amboi..byknye bini dia...

    sabar ye...biasa la tu...gaduh2 mcm tu...

    ape2 hal kite makan dulu...sedap wantan soup tu...air tu pun sedap jugak...

    ReplyDelete
  2. selamat malam siti murni

    nampak gayanya..memang siti kena join share ngan jusco...hehehe

    kayo terus..

    PS: kawasan y banyak kes kecurian...tak ada tindakan dr polis atau ketua kawasa/daerah/mukim ker???

    kesiannya..harap2 bini no 3 dia serasi..tak dicolek lagi

    ReplyDelete
  3. den nak tanya....adik hang nak berlumba dgn den tak....ahakz

    ReplyDelete
  4. as a cucu, siti da pun menjalankan tanggongjawab.. chik na selalu ingatkan diri sendiri.. kalu nak anak cucu layan kita dengan baik di kemudian hari..kita as anak n cucu jugak kena buat baik pada parents n tok nenek sementara depa masih hidup:)..banyak banyak bersabar Siti

    ReplyDelete
  5. perghh!!! meletopss la PKA adik akuu...hahaha....takpa2..aku bok keluaq GT pasni..meleleh ayaq lioq wa cakap luu

    ReplyDelete
  6. pewwit...amoi..moto baru..bau kedai lg...plastik pun xbuang ag eh...heheh

    ReplyDelete
  7. Dah namanya penyangak - gamaknya, bangun tido je fikir nak menyamun! :(

    ReplyDelete
  8. hehehe, memang betul kan...kan...kan? ada share ngn partner jepun nie. ahaks... untung nti agih2 yer....

    ReplyDelete
  9. AINNORAINI:
    Kak Ain..marah dia bila saya berseloroh dgn dia..bini je dah 3...belum kawin, beristeri lagi..hehe...

    CITARASA RINDUAN:
    Ayu...pihak berkuasa datang meronda bila kes menjadi-jadi je, ada aduan, ada rondaan. Selebihnya, diorang pun dah pening agaknya dgn penyangak2 tu. RT kat sini pun tenggelam timbul, kejap ada, kejap takde..huhu.

    ReplyDelete
  10. JEBATEJA:
    Hang jangan nak ngada ajak dia berlumba, kang aku tak sekeh kepala dia, aku sekeh hang ja kot..hihi...

    CHIK NA:
    Betul komen chik na tu..dan betul kata pepatah, buat baik dibalas baik..insyaallah. saya pun dah ingatkan adik2, macammana susah sekalipun...kami kena sama2 muafakat,ibu cuma seorang, tok pun yang ini sajalah yang kami ada..

    ReplyDelete
  11. NADIA:
    Toksah la beli GT..beli aje HONDA ICON warna pink tu..very girlish..sesuaaaiii dgn u..hehe

    HONEYBUNNY:
    hehehe...bau kedai kan...??:) plastik tu dah kena koyak depan kedai, malu kata dia...

    ReplyDelete
  12. KAKCIK:
    Ya kan kakcik..senang je hidup diorang, tak bersusah payah macam kita, berpenat lelah cari rezeki. hampes punya penyamun.

    EELOBOR:
    Aminnnn...mudah2an..hehe. Mana tau one day kot2 betul saya ada share ngan hypermarket besor nih...hehe..Jusco jepun punye ea..?hmmm...baru tau...:) heeee

    ReplyDelete
  13. akak, aritu masa hari maulidur rasul, aine nmpak ada org berarak... budak2 sekolah kot... eheheh... smlm pun aine dengaq org tingkat 1 dok selawat ramai2...

    ReplyDelete
  14. AINEE:
    Ada..tapi tak meriah macam tahun2 lepas. Yang berarak pun tak seramai thn lepas....
    owh..malam jumaat selalu ada aktiviti kat situ..buat majlis bacaan yaasin and kalau mlm jumaat tu sesape nak buat kenduri, diorang akan pi rumah kenduri tu baca yaasin kat sana la..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails