Wednesday, March 30, 2011

Fun at the Peak

Entri bakal menjawab misteri kehilangan I weekend yang lepas..*misteri la sangat..Dah 2 hari nak buat entri ni tapi asyik bertangguh. So, hari ni baru la datang mood nak meng'update'.


Spend our weekend for family get together di Genting Highlands. Lawatan kali ke-3 bagi I ke sini, while Dik Na & hubby pula memang dah kerap ke sini..so, boleh dikatakan weekend getaway ni just untuk bonda & adik lelaki I.

Dik Na a.k.a ketua rombongan & bonda a.k.a ahli jawatankuasa tetap f&b..dalam cable car..Genting Skyway. Sila lihat foto bawah..muka cuak lepas bergaduh dengan pelancong arab yang tak reti jaga their kids, sangat tak sopan. Orang Penang cakap 'cempera'..maknanya jakun. Tempat diorang takde skyway tah..suka suki meloncat..jump queue..tendang sana sini..haih..macam nak luku kepala je. Rasanya...majoriti visitor yang dekat stesen kabel tu pakat-pakat menyumpah family arab tu..


Kalau nak diikutkan both bonda and my bro agak keberatan nak datang memandangkan keadaan cuaca yang asyik hujan je, tak seronok nak jalan-jalan kata diorang.

Tapi selepas, dipujuk rayu dan dipaksa akhirnya..hehe...terpaksa la ikut. Alasan yang diguna pakai we all -- dah book hotel room dan dah beli tiket taman tema...muehehe...*idea nakal Dik Na yang dah hampir fed-up sebab susah sangat nak heret diorang jalan-jalan...ekeke.


Alhamdulillah...after 5hrs journey, my in law bertindak sebagai pemandu rasmi a.k.a penolong ketua rombongan...dan dengan berpandukan GPS, selamat lah we all sampai ke destinasi. Sebelum ni, tak pernah drive up here..by coach je. So, pengalaman pertama la pergi sendiri nih.

Foto atas tu, entah apa bonda tengah bebel. Dia memang cuak lepas kena paksa dengan Dik Na for boating nih..hehehe...takut katanya.

And alhamdulillah jugak..selama 2days kat sana, cuaca cerah..tanpa hujan cuma ada masanya sangat 'windy' dan diseliputi kabus tebal..well, dok tanah tinggi kan..hehe.

Sila abaikan perempuan yang nampaknya happy semacam tu..*happy yang u all nampak saja okey..sebenarnya sedang cuba memujuk hati.


Owh..ini budak lelaki yang bercita-cita ingin skodeng awek beliau yang ditinggalkan di Bukit Mertajam..hehehe.


Family kecil we all..:) Bergambar di Dinasourland..


Entah bila masanya perempuan ni ditugaskan memikul ekor dinosaur tu...adess..*tak terpikul bebanan yang ditanggung...hebat sungguh ujian dari Mu.


Second day, selepas buffet breakfast & sebelum check-out, we all jalan-jalan indoor. Bonda nak cari souvenir untuk kawan-kawan tempat kerja katanya...macam biasalah..fridge magnet dan key-chain je yang affordable nak beli pun. Yang lain-lain...expensive okeh.

Bonda dan menantu nya yang suka 'enteprem'..hehe

Kalau dah pergi hujung minggu, maknanya kena sanggup la menunggu lama. Nak 'ride' apa pun kena tunggu at least 15min..tu at least..huhu. Paling tak tahan masa menunggu nak naik 'naga terbang' (Flying Dragon)..mengong sungguh..perut dah la lapar, kena tunggu lebih setengah jam..ride tak sampai berapa minit..adess..geram je.

Masa untuk check-out..rasa macam tak ndak balik pulak. Yelah, mengenangkan esoknya, isnin..kena keja daa....

But alhamdulillah..seberat-berat hati nak balik...bila dah sampai rumah malam hari ahad tu..."home sweet home" jugak. Insyaallah..kalau ada rezeki we all ke Pangkor pulak sebulan dua lagi..insyaallah...:)

Big thanks for my brother in law..Achey. Kesian beliau memandu tanpa diganti second driver, pergi dan balik pulak tu. Ketua rombongan pulak tido separuh perjalanan balik! Thanx, jugak kerana bertindak sebagai penaja bersama. Mesej untuk Dik Na --nanti kita tong-tong duit lagi pergi bercuti ea...hihi...

Tuesday, March 29, 2011

Manifestasi lemahnya seorang hamba

"Wahai Yang Hidup dan Yang Berdiri sendiri! Dengan rahmat-Mu aku memohon bantuan. Perbaikilah urusanku semuanya, dan jangan Kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun."


Riwayat al-Nasa'i dan Ibn Sunni




Friday, March 25, 2011

J.PoPs from J.Co Donuts & Coffee

Pagi jumaat yang indah permai, bos I melangkah masuk office dengan senyuman di wajah sambil menghulur ini kat I...



Tadaaa...! J.PoPs baby donuts from J.Co. Kalau kat Penang cuma boleh dapat di Queensbay Mall je..*nampak sangat semalam bos eating out dengan family kat sana..harus dihindarkan nih..kantoi kang!


Alhamdulillah..rezeki hari jumaat. Walaupun perut baru je dialas nasi putih lauk sambal sotong, keenakan donut J.Co. memang tidak dapat ditepis. Ada 12 variant in 24pcs box. Nama pun baby kan..tak la full sangat tika memakan nya..macam main2 makan..:) Ada a few variant yang I tak pernah rasa...too sweet lah! Orang yang tak suka makan manis, mesti tak gemor jugak nak menelan nyer. But I dont mind..*orang nak please I la tu...last week kan I kena marah buta...ekeke.
Tengok tu, entah-entah bos dah niat baik, I pulak ingat bukan-bukan..haish..Siti Murni..jangan buruk sangka..tak baek! Alah..I bet, the other office di Kulim pun dapat same thing hari ni..haha...topik hangat untuk diperkatakan. Sebab -- bos I ni teramat la jarang nya nak treat staff dengan makan macam ni. Rasanya been ages lah dah tak ada lunch and get together except for our annual buka puasa buffet. Anyway...thanx boss. *dah ucap mekacih kat dia tadi..sambil tersengih dia jalan keluar..next time beli la lagi...

Thursday, March 24, 2011

Result SPM 2010 dah keluar, tapi I pulak jealous lebih-lebih..

Situ sana sini sinun depa dok cerita pasal result SPM keluar semalam nooo...! I sungguh jealous okeh..yes, I'm jealous. Cemburu tengok depa pakat-pakat happy sampai melompat-lompat masa ambil result. Pagi tadi selak-selak The Star, Metro sempat layan photo-photo mereka yang dengan keputusan cemerlang gemilang terbilang tu dan sempat jugak lah I senyum-senyum sendiri. Teringat zaman I dulu...SPM 97..oops..terbocor sudah...!

I pun happy..lompat sikit-sikit saja. Sebab -- result sangat membanggakan. Cuma dalam happy, I dah tau, hasrat I akan mati di situ saja. Tapi, tak mengapa I tak lah sampai menyesal kerana terpaksa menolak tawaran matrikulasi di UUM. At that moment, my family is my concern. Sebagai anak sulung, lahir dari keluarga yang tidak kaya, dan tidak juga susah, I tak sampai hati membebankan arwah abah. Masa tu, we all duduk di kampung dengan rumah kecil tidak seberapa. Adik-adik dua orang masih bersekolah, so, I decided to work. Yes, I'm working then 1 year after that, baru lah I decide to further my study at one of private college yang pada masa tu yurannya tak la membebankan kalau nak dibandingkan dengan yuran untuk pengajian ijazah yang mengambil masa bertahun-tahun. Masa kawan-kawan rapat I grad UUM, UKM, UIA, UPM, UITM..I dah pun masuk tahun ke2 bekerja. Lagi laaa I jealous kan....:-(

Foto kenangan 5PD1 tahun 1997. Siapa pandai sila cari mana satu Siti Murni.


For me, benda yang lepas yang tak berapa best untuk I kenang, cuba I buangkan jauh-jauh. Perasan cemburu dan merasa terasing serta kekurangan nak dibandingkan dengan diorang yang ada ijazah memang tak boleh ditepis. Dulu laa...sekarang dah okey dah..no more terasa2, kau merasa aku pun terasa!

Kenangan masa Form 4-5 dulu lagi la tak dapat dilupakan. The best okeh! :)

Waktu remaja yang tak perlu dihabiskan untuk fikir semua permasalahan berat dalam hidup macam yang dialami sekarang. Abah bagi duit poket..pergi je sekolah, belajar sikit-sikit, nakal lebih-lebih...hehehe..alhamdulillah..result SPM I dan kawan-kawan tak macam budak nakal okey..kihkih. Dan kerajinan ke sekolah tanpa ponteng-memonteng adalah dek kerana inspirasi dari senior-senior yang I minat...hehehe...cinta monyet. Zaman pass2 surat cinta yang disembur minyak wangi atau bedak talkum. Sekali terkantoi dengan cikgu math daaaa.....hehe. Sungguh klasik..tapi manis untuk dikenang.

Tuesday, March 22, 2011

Spanish Omelette bukan Spanish Guitar..

Yeay! Tak susah pun nak buat Spanish Omelette ni... *bukan spanish guitar yang toni braxton nyanyi yer... Pejam mata pun boleh buat.. *kihkih..obvious benor riak nyer..

Actually, semalam nak cari resipi telur puyuh masak rempah..tapi sekali godek-godek kat myresepi.com dapat resipi breakfast daa...resipi dan photo kat situ nampak marvellous sangat sehingga membuatkan I teruja nak mencuba nya.

So here it is..

I prepare as my breakfast this morning. Walaupun tak sehebat yang kat website tu..tapi menjadi lah setelah di 'alter' mengikut bahan yang ada but limited in my fridge.

Macam pizza telur yang tak cukup ketebalan sebab I hanya gunakan 2 biji telur. Ikut resipi kena guna 4 biji telur.
Just fry kentang yang dipotong tak tebal, tak nipis with some onions and add in sausage. Resipi says, guna pepperoni but sausage will do. I gantikan air sejuk & susu segar dengan mayonis masa pukul telur tu. Pour blackpepper powder jugak tau. Lepas tambah sedikit garam and perasa pastu baru masukkan telur yang dikacau tadi dalam pan bersama kentang dan sosej yang sedang digoreng tu. Telur dalam pan tu dimasak 'open bake', tak perlu dialihkan. Just guna api perlahan and tunggu sampai well-cooked.
Rasanya kalau guna susu segar or air sejuk dan tambah kuantiti telur mesti lagi tebal omelette ni and more fluffy kan...:) takpa, ini cubaan pertama and alhamdulillah menjadi. Kenyang jugak omelette ni, makan dengan roti dan sos. :)
Errr...I masih tak jumpa resipi telur puyuh berempah. Sesiapa ada resipi nyer?? Kalau yang tak berempah tapi ada resipi telur puyuh yang sedap tolong la kongsikan....

Friday, March 18, 2011

Nak menghidu wang besor..wang besor!!

Bos belikan I bendalah ni...

Money detector untuk mengesan wang palsu.

Demi membantu I *bantu selamatkan duit syarikat..ekeke. As we all know, fake notes memang ada di pasaran. So, sebagai langkah berjaga-jaga, I dihadiahkan dengan 'desktop machine' ni. Tahniah Siti Murni, hehehe...lepas ni, kalau terlepas wang palsu, selamat lah kamu nak menjawab dengan management.

Hikmahnya, hari ni harus lah I mencari-mencari maklumat berkenaan ciri-ciri keselamatan yang ada pada wang kertas kita. Padan muka I kan...malas sangat nak ambil tau, nah, hari ni rasakan lah. Nasib baik ada website bankinginfo, boleh la jugak dijadikan rujukan. Banyak new terms yang I belajar hari ni. Baru tahu apa dia ciri-ciri PEAK, ciri-ciri LEAD, benang keselamatan, cetakan Intaglio dan watermark pada matawang kita. Hmmm....I soooka..can learn new things! :)

According to the website, jika kita mendapat wang palsu, apa yang perlu kita buat ialah..catit seberapa banyak maklumat tentang wang yang kita terima. This should include, name of the sender, IC (jika ada), plet kenderaan yang dinaiki dan sebolehnya kurangkan sentuhan ke atas wang tersebut, gunakan sampul dan laporkan kepada polis. One thing to remember, wang palsu tidak ada nilainya okey. So, tidak ada istilah 'gantirugi' di sini yer.

Lain-lain maklumat relating to our currency, can simply click here.

U all pernah terima wang palsu?? Apa u all buat dengan wang palsu tu..and how do u know that it's fake? Share kat sini please..boleh la sama-sama kita ambil manfaat dari situ.

Thursday, March 17, 2011

CIMB Community Link Project: Say No To Plastic Bags

Spin punya spin..dapat lah additional recycle shopping bag ni..! Ingatkan spin boleh dapat..wang besor..! wang besor..! Kihkih..angan-angan tak abis-abis cik Siti Murni.

Okey lah, dari dapat satu beg je, at least I dapat dua. Recycle bag ni I dapat menerusi Community Link Project by CIMB Foundation. Rasanya CIMB ada buat di kebanyakan pasaraya hyper. I think this is as part of their CSR, corporate social responsibility. Bagus kan..support to No Plastic Bags. Project ni jugak jointly organised by Penang State Govt & Majlis Perbandaran Seberang Perai.

I entitled untuk take part sebab shopping more than RM 50/- in single receipt and also CIMB cardholder. I suka okey..I semakin suka mengumpul recycle bag ni, dah jadi macam hobi pulak. So far, I dah ada from The Body Shop, Jusco, Steps dan Tesco. Sedang dalam usaha mengumpul lagi, dah semakin ghairah pulak. And...apa opinion u all pasal recycle bag ni...?? ce kongsikan pandangan ngan I...berkesan kah kempen ni?? berbaloikah? atau membebankan kah?

Wednesday, March 16, 2011

Lunch at Swensens, Auto-City

Santapan tengahari tadi di Swensens, Juru Auto-City.

Fish n Chips..kenyang sampai tak habis makan.

Not to be missed -- coffee..*mug tak cun lah! Macam guna mug kat rumah je, not presentable for me.

Soup of the day -- Mushroom Soup. I still prefer tomato soup..:(

Executive Lunch Set by Swensens ni berharga RM 16++. Rasanya..boleh makan dua orang kot...perut kecik..hehe. Makan macam ni tak boleh diamalkan selalu ya...kalau orang open table..then it's fine..:) Swensens as usual memang packed dengan customer especially during lunch hour. Selain set Fish n Chips, they also served black pepper pasta, baked chicken rice & etc as their Executive Lunch Set menu. With additional RM 2.90 you can get a single scoop of ice cream..lalala..!

Semuanya gara-gara tension kena jerit for nothing oleh bos. Breakfast untuk halwa telinga..jeritan bos melalui 2 panggilan telefon seawal jam 9 lebih. Haihhh..sabo aje lah. I tak berdosa, okey...semuanya kerana sikap tak bertanggungjawab rakan sepejabat. Kerja tak selesai..hari ni pulak ambil emergency leave. Kalau tak disebabkan nak melepaskan stress tu, rasanya I lunch kat office je..tapi disebabkan nak protes..ambil lunch satu setengah jam, puas hati. Nasib baik menu lunch sedap.


Monday, March 14, 2011

Malapetaka: Antara Pengajaran dan Kemanusiaan

Just want to share a few pictures from uk.news.yahoo.com. Cukup untuk menceritakan kesengsaraan dari malapetaka gempa dan tsunami.

Pasukan penyelamat Jepun mengalihkan mayat dari timbunan sampah di salah sebuah perkampungan di Saito, in northeastern Japan.


A man walks by Japanese word meaning "food" drawn over fading sign of SOS marked on the ground in Rikuzentakata in Iwate Prefecture Monday, three days after a powerful earthquake and tsunami that hit the country's northeast coast.

No shelter, shortage everywhere..without food and medication. Hanya simpati yang tidak terkata.


Nikkei, harga saham menjunam melebihi 5% dalam masa setengah jam pertama diniagakan hari ini. The Bank of Japan dipetik sebagai berkata akan menyuntik dana $183bn ke pasaran kewangannya untuk mencapai kestabilan pasaran.


The damaged roof of reactor number No. 1 (L) is seen next to an undamaged reactor at the Fukushima Daiichi nuclear plant after an explosion that blew off the upper part of the structure in Fukushima Prefecture, northeastern Japan, March 12, 2011. Japanese authorities battling to contain rising pressure in nuclear reactors damaged by a massive earthquake were forced to release radioactive steam from one plant on March 12, 2011 after evacuating tens of thousands of residents from the area. Kesan jangka panjang -- itu yang paling digeruni..tau kan bahaya radiasi..? Ingat tragedi Chernobyl?? It's worse than this..

Yang terselamat..berpelukan sesama sendiri di salah sebuah penempatan sementara di bandar Otsuchicho, utara Jepun.

Masih mencari..tak berputus harapan. Kental semangat diorang.

Berpantang maut sebelum ajal. Anggota pertahanan Jepun terharu menyelamatkan bayi perempuan berusia 4 bulan di Ishimaki, utara Jepun.

Secanggih mana pun teknologi, tidak ada yang boleh menandingi kekuasaanNya. Kun fayakun..

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar" (Al-Baqarah: 155)



P/s: Kelmarin, hari ini, asyik mengeluh dengan ujian dan kesedihan bertimpa-timpa. Tidakkah kamu bersyukur Siti Murni? Orang lain juga menerima dugaan, mungkin lebih hebat dari kamu.

Sunday, March 13, 2011

Bila kamu memasak dengan ikhlas..

Petang kelmarin tinggal I berdua saja dengan tok di rumah. Sejurus selepas balik dari pejabat, I singgah ke hypermarket, bought some groceries yang dah kekeringan dalam fridge tu. Sebelum tu, had my lunch at Marry Brown..lapar gila! Breakfast meehoon goreng singgit je pagi tu masa di pejabat.

I reached home at around 3.30pm..kesian nenda ku..keseorangan. Sejurus sampai, I tanyakan dia..dah makan ke belum..dah katanya. Nasi goreng yang bonda masak pagi tadi sebelum pegi keja. Aduh..kesiannya. I tanya dia nak makan apa, katanya kenyang lagi. Erm..terus teringat mee kering dalam kabinet dapur. "kakak goreng mee kering, boleh tok?tok makan tak?"..nasib baik lah tok kata I masak apa pun dia makan..ekeke...



Tadaaa..*haha...surprise la sangat..masak tak seberapa pun!

My creation..hehe...I named it, Mee Kering Emergency....haha..boleh? Okey..okey..kita commercialize kan sikit..Emergency Dry Noodle...kihkih! Untuk orang yang jarangggggg memasak like me..ini dah dikira halfway to success tauu...bukan nak show-off, riak atau sebagainya..harap2 entri ni boleh dijadikan pemangkin, supaya I tak meninggalkan dapur..setidak-tidaknya once a week, dapur kat rumah tu I yang sumbangkan asap..kihkih.

Tak susah pun, I celur mee kering tu sebelum fry dengan sayur sawi kecil, put some egg and tomatoes, oyster sauce and chilli sauce..siap lah. Macam biasalah..tok jarang dengan duduk dengan cucu, mesti puji masakan cucu dia sedap kan..I can understand that..dia tak ndak cucu nya dah tak rajin masak lagi lepas tu..kan?kan? Rasanya taktik biasa kaum mak2 dan tok2.

And today, sunday..masih berdua lagi dengan tok. Semua orang pakat pi kerja..and hari ni, I goreng ikan kembung, masak sup sayur dengan tofu & bilis, fry some chicken fingers dan sedikit ayaq asam serta sambal belacan. Disebabkan makan berdua, sedap lah jadinya.

Owh..puas rupanya bila kita memasak dengan ikhlas kan..? Now I know, kenapa masakan ibu tu terasa sangat kesedapannya dan berbeza dengan masakan dan air tangan orang lain...sebab ibu masak kat kita dengan ikhlas. Right..? Ahh..tak pasal-pasal I feeling ibu2...uhuhu...


P/s: I'll be on leave tomorrow. I'll be away..and I still dont know..kemana kaki ni nak melangkah. Mudah-mudahan beroleh ketenangan sementara, I'm restless!

Saturday, March 12, 2011

300th Entry: Tribute to the loved ones

It takes me quite long to publish this entry..my 300th entry in "Sister's Little Diary", earlier known as "Single in the City". And for this past few weeks..I've been thinking to change my blog name again..*sigh..! Hehehe..sungguh tidak tetap fikiran kan?Apakah hati pun sama..?

Okey..okey..back to the topic. I choose "Tribute to the loved ones" as my 300th entry. Those photos, memang dah lama terperam dalam folder 'my blog material', intentionally create this folder on my lappy, so that, I just need to 'godek-godek' photo kat dalam tu..no need to browse here and there, searching for gambar-gambar yang dah ditransfer merata-rata kan..senang!



Bonda...I really love this photo. Sebab: It's really a copy!! I do look like her, right?? Saling tak tumpah kan...ce tengok photo tu..bonda at the age of 20. Just before bonda kawin dengan ayahanda (arwah), comel seperti I..*hehehe..maaf yer, mood perasan sekejap. Sepanjang hari ni, kepala otak I ligat berfikir..about the future. Who will take care of bonda, if I'm gone..? Will she listen to my other siblings if I'm not around??..*bonda pun tak pernah dengar cakap I..huhu..mood sedey pulak.


All this while, semua urusan dalam rumah, I yang handle..from the very tiny things sampai la ke sebesar-besar benda..I don't know, maybe I'm the eldest, so it makes me more or less, bertanggungjawab sepenuhnya for what's happening. I just hope, adik yang bongsu tu boleh jadi more independent..so that, I tak perlu susah hati pasal bonda. Haihh...*sigh again! Susah jadi orang yang 'perfectionist' nih, dia rasa dia je bagus, takde keyakinan kat orang lain..*I ngata diri I sebenarnya, tak harapkan orang lain..dalam semua aspek..buruk benor perangai kan.. Bonda ni habit nya suka memerap dalam bilik, balik dari keja, terperap dalam bilik. Letih katanya. Dah puas jugak I melarang dia kerja, berhenti je..tapi tak mau, cemuih katanya. Sakit kaki dan sendi nya pun makin menjadi-jadi, tapi degil jugak. Pegi hospital sekali dua, bila doc suruh ikut sesi fisioterapi, terus ngelat tak nak pegi..haih...degil kan..? Susah hati I..


Bonda baru saja meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-52 februari lepas. I tak berkesempatan nak buat entry tu, so, I guess, this entry should replace that. And..sebagai anak, tak ada yang lain yang I harapkan..melainkan kesihatan dan kesejahteraan diri bonda. Aminn.


I cuma nak bonda tau...sapa-sapa tolong habaq sat kat bonda...I sayang dia, I cuma nak yang terbaik untuk dia. Being serious is really me, but when I'm lenient to her, it doesnt mean..I did not love her..cuma mahukan dia mendengar nasihat anak-anak..not just me, but my sis and adik bongsu I tu. Siapalah we all tanpa mu Bonda..

Thursday, March 10, 2011

saya sedang lepas geram

Sakit hati okey! Sangat-sangat..!

Entri hari ni adalah entri lepas geram. Maybe ada diantara kawan-kawan yang dah terbaca my status di FB semalam. Next week, I nak cuti mogok selama 2 hari. Sebab: I tak nak face dengan orang yang prejudis pada I. Tak suka okey!

I'm not running away..cuma I kalau dah meluat, menyampah, muka dia pun I tak lalu nak tengok. So what is it all about...?? tuh, nampak foto tu..I paling tak suka bila buat kerja melibatkan figure yang halus mulus pastu kena guna calculator sana sini. But it's fine, sudah tanggungjawab..so, buatlah..kita dibayar gaji untuk itu kan.

Tapi bila kena buat benda yang sama dua tiga kali...mula la menipis kesabaran ni. Bendalah tu collection report yang I submit ke HQ every month. Semua data payment collection & sales, semua dalam report tu. It's just meant for accounts and top management to look through. What happen is..I tak tau la depa buat apa dengan report yang I bagi tu sampai tiap-tiap kali ada saja benda yang I nak kena repeat buat dan present bagi diorang. Sangat melampau. Seolah-olah tak mahu berusaha cari sendiri dan analisa report tu. Pantang ada hidden amount je, nak kena buat explanation dengan list panjang lebar. Sistem database tu dah direka sebegitu rupa, hanya tolak campur bahagi darab...apa yang susah sangat sampai mengharapkan orang lain tolong congak dan buat 'double work'. Bak kata Wan Kamarudin..."apa kejadahnya....??"

Lebih melampau bila dia seolah mempersendakan I bila apa yang dimintak, tak mahu lagi I nak provide. Cukup sudah! Takkan lah selamanya setiap kerja yang rumit, susah..berisiko, semuanya nak dibuang depan muka I kan..?kan? Bagi jawatan admin, tapi segala jenis kerja termasuk account nak tadah depan muka kita..amboi,amboi..banyak segak muka dia!

Lepas ni ambil report tu, rebus dan minum air..kan senang...dua tiga bulan lagi boleh mintak I buat report yang sama lagi...senang hidup orang account. Hujung bulan dapat gaji riban-riban, buat kerja goyang kaki, dok HQ..issue cheque, duit masuk key in masuk accounting system. Lepas tu, figure tak tally boleh cari I lagi. Kan..?owh..indahnya dunia depa...

Tuesday, March 8, 2011

dapur last minit..

Entri tertangguh.

Jika selalu I update makan-makan kat luar, hari ni beza sikit yer..mau update makan-makan ahad lepas at my auntie's place.

Agenda makan-makan ad-hoc, sebab memang tak plan apa-apa pun sebab respon suam-suam kuku from my sis yang sememangnya tak dapat join this family agenda. So, menu nya very innocent and true..menu sehari-hari yang biasa but turn-out to be super duper sedap kerana makan nya secara berjemaah...hehe...hari-hari biasa makan kadang seorang, kadang berdua, kadang bertiga, mana nak datang selera kannn..?

Sup sayur labu manis. Asalnya bonda nak buat penjan atau serawa, tapi memandangkan dah malas nak cari santan, so, akhirnya sup sayur aje lah. Air asam dengan hirisan bawang, belacan, cabai hidup dan cabai melaka, cuma kurang tomato..*hehe..sorrylah..I guna bahasa utara ya..
kalau ada tomato, lagi perghhhh...


Ikan bilis goreng bawang dan cabai. Asalnya bonda minta buat goreng ikan masin or ikan kering, tapi sebab last minit jugak ke kedai, ikan kering pun habis stok, yang ada cuma ikan bilis..ikan bilis pun tibai aje lah!



Ini kari special okeh! Kari ikan merah dan ikan kembung. Petua nya santan sikit je. Kurangkan lemak ye tuan-tuan dan puan-puan. Yang best bila bonda buat kari ikan, mesti tak tinggal letak mentimun selain dari kacang bendi dan tomato. Superb!

Besides plain rice, nasi goreng cina yang bonda masak untuk sarapan pagi tu masih banyak lebih nya..so tapau jugak ke sana. Ulam timun tak dilupakan..habuan cicah dengan sambal belacan.

Walaupun simple, lebih dari cukup buat santapan kami berlima, me, bonda, my auntie Ita, Nasuha her daughter and tok..:-)

See...don't ever judge a book by it's cover. Kita ni bukannya loaded selalu, makan macam manusia lain biasa makan. Ada rezeki lebih, makan lah tempat yang eksklusif sikit..hari biasa..kita tetap orang kebanyakan. Tak kira beras jenis apa yang kita makan, faiza taj mahal, beras siam super, even beras hancur sekali pun..kita semua manusia tetap sama disisiNya okey...*pesanan serampang dua mata.



p/s: 2nd day dilalui dengan tabah. Puas kupujuk, wahai airmata, jangan lagi tumpah...dan alhamdulillah..kekuatan itu datang dariNya. Bersyukur atas rahmat dan kebesaranMu..

Monday, March 7, 2011

Pancit..! Bukan tayar kereta..

Padah lama tak berjogging..sakit-sakit kaki I nih gara-gara jogging terkejut petang semalam..huhu..padan muka..asyik melantak je, tak ingat nak senam, jogging, bakar kalori...sekarang..nah rasakan..!

Dah memang tahu akibatnya..kalau dah biasa berlasak, beraktiviti tiba-tiba ditinggalkan..pancit lah! Tapi, degil + malas...yeah..deserve me right!


Alhamdulillah..2 round padang ni okeh..! Just enough untuk anak dara pemalas a.k.a baloq liat macam I ni. Rasanya kalau maintain lepas ni..3 atau 4 round pun tak jadi masalah..hehe...riak jugak tuu!




Sebelum jogging, biasalah warm-up dulu. Kat Taman Belia ni ada banyak jugak alat-alat senaman. So, kira I dah optimum kan penggunaannya semalam sampai tak kasi can orang lain okeh. Sorry, tak sempat ambil gambar facility kat situ, sibuk bakar kalori okeh!


I kasi can bonda duduk relax kan diri beliau depan water fountain tu..sambil termenung layan blues I guess..ekeke. Yela, lagi bagus dari dia layan blues kat rumah aje..baik ambil angin kat luar sambil teman anaconda nye beriadah. Hehe..


Haippp...I tak kasi can dia relax je okeh..I telah mendera dia buat senaman reflexology ni. Asyik merungut sakit kaki..baik la I paksa-paksa dia okeh..for her own sake.


Kat sini ada facility reflexology path jugak..normally, kalau I datang sini mesti tak miss jalan atas cobblestone tuh..cuma kali ni je tak, sebab dah keletihan sangat.

Cerita pasal reflexology track ni, just nak share with u all, kalau ada yang berminat nak buat..jangkamasa yang perlu diambil lebih kurang 10-20min..not more than that tau. And kalau dah berhenti and nak continue balik kena tunggu at least 4 hour selepas senaman pertama kat track tu. Jangan lupa lepas berjalan-jalan atas track tu, minum segelas dua air suam..barulah dapat buang toksin dan asik urik dalam badan tu. Petua nyer la..ate teman cuma menyampaikan je. Banyak benefit dia sebenarnya..boleh memperbaiki blood circulation jugak. Bukan je orang tua, kita yang muda *muda lagi ker?? ni pun elok buat..tak rugi pun..benda free what..

Pregnant woman tak boleh praktis yang ini yer...tak boleh! no no no..ya!


Sambil tunggu bonda, sempat la update FB dan ushar2 bunting yang digantung tu. Wahh...menarik tu..sempena 'Woman's Day'..ehem2..nampaknya, I kena cari jalan melapangkan diri on 13th March or 20th March nanti..ada Survivor Race lah! Aktiviti macam ni kalau I tinggalkan or skip..confirm..hangat-hangat taik ayam aje lah jadi nya...no no no..I really have to do this! Esok nak call itu number...nak join jugak-jugak.



P/s: tidak perlu ditunjukkan lagi kesedihan. Dah berat hati, sesak dada..membengkak mata. Semuanya sudah tidak ada gunanya. Sudah kuberikan yang terbaik buatmu..tapi jika penghargaan yang kuharapkan..hilang lah semua keikhlasan selama ini. Selebihnya..nilaikan lah sendiri. Hanya pada Dia tempat ku berpaut..menadah tangan dan hanya pada Dia, sujud dan bercucuran airmata. Terima kasih Ammar Yasir..menjadikan aku insan yang berbakti tapi akhirnya lemas kerana budi yang disemai telah merenggut semua keikhlasanmu.

Sunday, March 6, 2011

Itik pulang petang

Petang Ahad, tiap kali menjelang senja, hampir waktu azan maghrib, acapkali terjumpa senario kereta-kereta dipandu perlahan.

Berat hati nak pulangkah? Sebab esoknya dah mula bekerja? Slow driver macam itik pulang petang. Bezanya itik terlenggang-lenggok, slow driver ni pulak, kereta diorang sekejap kiri, sekejap kanan...especially kalau didalam nya ada 'youngster-in-love'...pantang sungguh I.

Tak puas agaknya bercinta sepanjang hari..huhu *statement jealous kah???????


Foto hanya sikit kena mengena dengan entri..


Orang berkejar masa nak sampai rumah, diorang pulak pandu 40km/j. Hello! Jalan kosong beb..trafik yang elok lancar jadi bergerak perlahan macam siput gara-gara awak! Awak je bayar road tax..orang lain free ke?

Moral yang ingin I sampaikan..pandu perlahan biar bertempat. Jangan sampai menyusahkan other road users..jadi pemandu yang bertimbang rasa bukan selfish driver ya...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails