About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Sunday, March 13, 2011

Bila kamu memasak dengan ikhlas..

Petang kelmarin tinggal I berdua saja dengan tok di rumah. Sejurus selepas balik dari pejabat, I singgah ke hypermarket, bought some groceries yang dah kekeringan dalam fridge tu. Sebelum tu, had my lunch at Marry Brown..lapar gila! Breakfast meehoon goreng singgit je pagi tu masa di pejabat.

I reached home at around 3.30pm..kesian nenda ku..keseorangan. Sejurus sampai, I tanyakan dia..dah makan ke belum..dah katanya. Nasi goreng yang bonda masak pagi tadi sebelum pegi keja. Aduh..kesiannya. I tanya dia nak makan apa, katanya kenyang lagi. Erm..terus teringat mee kering dalam kabinet dapur. "kakak goreng mee kering, boleh tok?tok makan tak?"..nasib baik lah tok kata I masak apa pun dia makan..ekeke...



Tadaaa..*haha...surprise la sangat..masak tak seberapa pun!

My creation..hehe...I named it, Mee Kering Emergency....haha..boleh? Okey..okey..kita commercialize kan sikit..Emergency Dry Noodle...kihkih! Untuk orang yang jarangggggg memasak like me..ini dah dikira halfway to success tauu...bukan nak show-off, riak atau sebagainya..harap2 entri ni boleh dijadikan pemangkin, supaya I tak meninggalkan dapur..setidak-tidaknya once a week, dapur kat rumah tu I yang sumbangkan asap..kihkih.

Tak susah pun, I celur mee kering tu sebelum fry dengan sayur sawi kecil, put some egg and tomatoes, oyster sauce and chilli sauce..siap lah. Macam biasalah..tok jarang dengan duduk dengan cucu, mesti puji masakan cucu dia sedap kan..I can understand that..dia tak ndak cucu nya dah tak rajin masak lagi lepas tu..kan?kan? Rasanya taktik biasa kaum mak2 dan tok2.

And today, sunday..masih berdua lagi dengan tok. Semua orang pakat pi kerja..and hari ni, I goreng ikan kembung, masak sup sayur dengan tofu & bilis, fry some chicken fingers dan sedikit ayaq asam serta sambal belacan. Disebabkan makan berdua, sedap lah jadinya.

Owh..puas rupanya bila kita memasak dengan ikhlas kan..? Now I know, kenapa masakan ibu tu terasa sangat kesedapannya dan berbeza dengan masakan dan air tangan orang lain...sebab ibu masak kat kita dengan ikhlas. Right..? Ahh..tak pasal-pasal I feeling ibu2...uhuhu...


P/s: I'll be on leave tomorrow. I'll be away..and I still dont know..kemana kaki ni nak melangkah. Mudah-mudahan beroleh ketenangan sementara, I'm restless!

14 comments:

  1. masakan ibu paling sedap kan kak....betul tu..kena masak dengan ikhlas baru sedap...;-)

    ReplyDelete
  2. kesian nenek..bruntung dpt cucu yg perihatin mcm murni....

    ReplyDelete
  3. HONEYBUNNY:
    Bonda akak dah jarang masak kat umah sekarang..so, i really missed her cooking...:(

    NZA:
    banyak lagi akak yang tak dapat saya ceritakan kat sini pasal nenda saya tu..saya yang beruntung masih ada nenda sbnrnya...:)

    ReplyDelete
  4. mesti la sedap cucu kesayanganye masakkann...

    agaknye kak ain masak mesti sedapkan...sebab habis jer anak2 tu makan...hehehe...

    ReplyDelete
  5. salam..
    kesiannya tok kan..
    baguih la cucu nih
    boleh buat menantu
    he he..

    ReplyDelete
  6. AINNORAINI:
    Hehehe...sedap la tu..ibu yang masak..ikhlas untuk anak-anak..itu yang habis licin tu...hehe :)

    ZULKBO:
    hehe..ada sesiapa nak jadi ibu/bapa mertua saya??ekeke....sila angkat tangan..ekeke..

    ReplyDelete
  7. Kenapa bila kakcik masak, kakcik rasa masakan tu tak sedap sedangkan kakcik seorang ibu...hehehe.... :)

    ReplyDelete
  8. Belajar ikhlas, I pun komen ikhlas..

    ReplyDelete
  9. my grandma bab makan tak cerewet. cucu dia je yg makan cerewet.. haha

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..selamat berpergian ya..kemana pun kaki melangkah, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung :-)

    ReplyDelete
  11. KAKCIK:
    Kakcik je yang rasa tak sedap, anak2 dan husband lain pulak rasanya. kalau tak sedap, takde la sental habis.. cuba kakcik tanya husband kakcik...hehe :)meh saya tolong rasa...boleh jugak...

    ZEQ:
    Apa benda sekalipun dalam hidup ni kena ikhlas..tak ada maknanya kalau mulut, akal dan hati tak seiring..kan..:)

    ReplyDelete
  12. BEN:
    U bukan cerewet..u just enjoy ur food..kan??kan? sama macam I kot..ekeke

    SAHROMNASRUDIN:
    Wkmsalam..
    akhirnya plan nak berpergian terbantut,banyak yang saya fikirkan. saya memilih untuk bersantai di rumah sambil menemani nenda...mungkin di lain hari..insyaallah. trima kasih ye..

    ReplyDelete
  13. teringat ttg kes ibu sahabat ayu..
    anaknya asyik kata..mak dia masak sedap2...so..cubalah...
    dan dalam hati ayu berbisik...rasanya biasa2...
    tapi kerana ibunya yang masak,,,,tentulah masakkan itu menjadi lebih enak


    apapun...masakka ibu sendiri yang lebih terbaik. kan??

    ReplyDelete
  14. CITARASA RINDUAN:
    Yes, Ayu..exactly. Bagi orang lain mungkin biasa-biasa..tapi bagi kita, itu lah yang istimewa.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails