About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, March 8, 2011

dapur last minit..

Entri tertangguh.

Jika selalu I update makan-makan kat luar, hari ni beza sikit yer..mau update makan-makan ahad lepas at my auntie's place.

Agenda makan-makan ad-hoc, sebab memang tak plan apa-apa pun sebab respon suam-suam kuku from my sis yang sememangnya tak dapat join this family agenda. So, menu nya very innocent and true..menu sehari-hari yang biasa but turn-out to be super duper sedap kerana makan nya secara berjemaah...hehe...hari-hari biasa makan kadang seorang, kadang berdua, kadang bertiga, mana nak datang selera kannn..?

Sup sayur labu manis. Asalnya bonda nak buat penjan atau serawa, tapi memandangkan dah malas nak cari santan, so, akhirnya sup sayur aje lah. Air asam dengan hirisan bawang, belacan, cabai hidup dan cabai melaka, cuma kurang tomato..*hehe..sorrylah..I guna bahasa utara ya..
kalau ada tomato, lagi perghhhh...


Ikan bilis goreng bawang dan cabai. Asalnya bonda minta buat goreng ikan masin or ikan kering, tapi sebab last minit jugak ke kedai, ikan kering pun habis stok, yang ada cuma ikan bilis..ikan bilis pun tibai aje lah!



Ini kari special okeh! Kari ikan merah dan ikan kembung. Petua nya santan sikit je. Kurangkan lemak ye tuan-tuan dan puan-puan. Yang best bila bonda buat kari ikan, mesti tak tinggal letak mentimun selain dari kacang bendi dan tomato. Superb!

Besides plain rice, nasi goreng cina yang bonda masak untuk sarapan pagi tu masih banyak lebih nya..so tapau jugak ke sana. Ulam timun tak dilupakan..habuan cicah dengan sambal belacan.

Walaupun simple, lebih dari cukup buat santapan kami berlima, me, bonda, my auntie Ita, Nasuha her daughter and tok..:-)

See...don't ever judge a book by it's cover. Kita ni bukannya loaded selalu, makan macam manusia lain biasa makan. Ada rezeki lebih, makan lah tempat yang eksklusif sikit..hari biasa..kita tetap orang kebanyakan. Tak kira beras jenis apa yang kita makan, faiza taj mahal, beras siam super, even beras hancur sekali pun..kita semua manusia tetap sama disisiNya okey...*pesanan serampang dua mata.



p/s: 2nd day dilalui dengan tabah. Puas kupujuk, wahai airmata, jangan lagi tumpah...dan alhamdulillah..kekuatan itu datang dariNya. Bersyukur atas rahmat dan kebesaranMu..

19 comments:

  1. chik na kalau makan berjemaah ni walaupun lauk simple tapi boleh terbabas diet dibuatnya :)

    ReplyDelete
  2. dalam banyak2 menu tuh tertarik pada bilis goreng jer....sodap

    ReplyDelete
  3. wah memang wanita sejati..kahakah

    tak reti la nak wat lagu

    ReplyDelete
  4. siti murni--
    sodapnya air tangan rangkuman wanita di rumahmu

    selamat hari wanita

    ReplyDelete
  5. SALAM..
    tu diaaa..
    betul2 sempoi..
    boh dalam tupperwares
    ja noh..?teringat masakan
    mak saya..mak orang Kedah

    ReplyDelete
  6. Yeahhh.. memang orang Utara sebut cili tu sebagai cabai.

    Ayaq Asam tu memang menggoda. Kalu kenduri kahwin di sana, tak sah kalu takdak Ayaq Asam ni, boh belacan lagik! Perhhhh!

    Benar, setuju. Samada kita makan beras jenis apa pun, kita tetap sama..

    Siapalah Kita Untuk Diagungkan...

    ReplyDelete
  7. CHIK NA:
    Bertambah-tambah selera makan kan..? :)

    EELOBOR:
    Itu baru bilis..kalau kena ikan kering..lagi best...:) mak mertua lalu belakang pun tak sedar..ekeke

    ReplyDelete
  8. IMANSHAH:
    Of course la...not auw auw yer..ekeke..
    eleh..merendah diri pulak..boleh tu...ce buat tengok.

    CITARASA RINDUAN:
    Ayu..nak rasa masakan, air tangan Ayu pulak..ibu2 kalau masak memang sedap...:)

    ReplyDelete
  9. LCA:
    Laa...ampa lapaq ka..? kesian kat ampa noo..semalam kami pi blog ampa, kami nampak tosai..kami pun lapaq jugak dengan tiba2..hehe

    ZULKBO:
    Sempoiiii...tang buh tupperware tu pasai tapau dari Bkt Mertajam ke Sg Pinang. Dah sampai Sg. Pinang, malas dah nak hidang dalam pinggan, kang banyak pulak bekas nak kena cuci...yang dalam tupperware tu yg sempoii..
    mak orang kedah rupanya....patut la macam dah besaa ja...hehe

    ReplyDelete
  10. KAK AZIE:
    Bonda dengan mak sedara sorang tu memang pantang lepa dengan belacan, abih tu kita yang dok ada resdong ni kira dok gatai sedia la...jenuh nak garu... tk makan, terliuq sangat...

    ReplyDelete
  11. ehem..nak rasa air tangan daku??
    kena singgah citarasa rinduan nie..heheheh

    ReplyDelete
  12. salam akak...masuk ja sini laporrr terus la ila....hehe...tp setuju kata2 akak tu....kita sebenrnya sama ja kan..nanti ke kubur bawa kain putih jugak....n apa yg ada itulah rezeki untuk kita kan akak....;-)

    ReplyDelete
  13. CITARASA RINDUAN:
    Of course la nak rasa...hehehe..insyaallah..kalau ke Johor ada rezeki, kita berjumpa nooo, di citarasa rinduan...:)hee...

    HONEYBUNNY:
    yes, ila..u got my message! ni yang cayang kat ila nih...:)

    ReplyDelete
  14. tang kari tu memang tak leh tahan....lama den tak makan....

    ReplyDelete
  15. Ehem..beraspadi tanam sendiri, masak sendiri jarang jumpa kini.

    ReplyDelete
  16. JEBATEJA:
    Sila la mai Penang, chek mintak mak tolong buatkan kari....

    ZEQ:
    dulu-dulu, sendiri tanam padi, sendiri tuai..sendiri makan hasil padi..zaman sekarang, kampung pun dah jarang ada.

    ReplyDelete
  17. Hi Siti Murni, next time can jemput saya datang makan? The food look so delicuous, no agenda, ad hoc but sure looks fatastic. Tiga pinggan tentu saya lichin kan, ha ha.
    I love Malay food.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
  18. oooooooooo...sedapnya..lapar la cz belum b.fast.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails