About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, March 2, 2011

Mee Kuah, Mee Goreng @ Restoran Noor, Jalan Bagan Luar

Lalala...kan dah kata...weekend je mesti jalan-jalan cari makan. Sabo aje lah..! Takleh nak letak punggung lama-lama kat rumah..ada saja jemputan, undangan, ajakan dan godaan demi godaan, can't resist ok.

First thing first, entry ni berkisar pada program last saturday. Only today berkesempatan nak update memandangkan kesihatan I yang tidak mengizinkan sehari dua ni.

Nah...here it is..at Restoran Noor, Jalan Bagan Luar, Butterworth. Restoran ni located just nearby traffic light junction, Jalan Telaga Air - Jalan Kampung Gajah - Jalan Bagan Luar. Tak susah cari..just facing main road. Maaf, lupa nak snap photo sign board untuk reference u all...:-(

Mee Kuah! RM 4.00 per plate. Seperti warnanya...memang pedas apatah lagi dihidang panas-panas. Kelebihan mee kuah, of course la pada kuah nya kan. Sedap pada selera I..kacang tumbuk pun banyak..yummy! Kemanisan daging dan sedikit udang cukup buat kuah ni manis dengan rasa yang tersendiri..percayalah..! hehe..

Mee goreng nya pun same price. Ini menu bonda & tok. Perut I dah sampai kapasiti, so nak merasa pun macam dah tak boleh lagi dah. Tapi menurut kata bonda, pedas jugak.
Yang ini pulak mee kuah saiz double..harga pun double lah yer. Semua isi kandungan mee pun of course la double. Ini bukan I yang punya ya..tuan-tuan dan puan-puan.

My auntie, bonda & tok..asyik menikmati makanan, tak sedar foto they all telah diambil seorang wartawan tak bertauliah..hehe.
My little cousin..Nasuha. Nampak macam diam malu-malu..tapi dah licin ya u all..hehe.
Nahhhh...ini diaaa...orang yang bertanggungjawab ke atas mee bersaiz double itewww....hehe..tengok oranglah kans...:)

Selain jalan-jalan cari makan ni, mengenyangkan perut, dapat lah jugak we all sesama ahli keluarga menghabiskan masa bersama-sama..hujung minggu je yang ada kan. Lagi pulak, masing-masing sibuk dengan komitmen, bagus jugak dapat jejak makanan best-best dengan family nih!

FYI, Restoran Noor ni dah lama beroperasi. Walaupun kelihatan biasa-biasa saja tapi establish sejak I kecil lagi tau. Masa kecil dulu, arwah abah bila balik dari keja, selang dua tiga hari dalam seminggu mesti beli mee dari restoran ni untuk dibungkus. Koay teow goreng dia memang best, menu yang selalu arwah abah beli habuan makan petang.

Sesiapa yang datang jalan-jalan Butterworth atau hatta hanya lalu sekalipun..u can put this restaurant in your stop-by list..a must try tau!

10 comments:

  1. smbl bc entry ni, idung seperti terbau mee kuah!

    oh!lapaqnya!!!

    ReplyDelete
  2. Nanti bolehlah bawa kakcik makan kuey teow goreng kat situ, ya? :)

    ReplyDelete
  3. BELALANG:
    Tunggu apa lagi..cepat la zass ke sana..bukan jauh pun, BKE kan ada...hehe.

    KAKCIK:
    Insyaallah..boleh, kakcik. Mai la sini sekali lagi...:)

    BEN:
    Okeh...takde hal. April kan..hehe

    ReplyDelete
  4. selamat malam siti murni

    masuk sini kena tahan sikit iman..
    makanan tu..adeh..

    but, thank syaring info..mana tau satu hari kesana..

    ~mimpi indah2 yer~

    ReplyDelete
  5. salam..
    tu dia makan-makan
    rak sembawa pun noh?
    yum..yumm..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..

    first time ke blog ini terus folo..

    meriah la tgk blog nie..meriah dgn makanan..hebat blog ini..keep it up...

    ReplyDelete
  7. CITARASA RINDUAN:
    niat berkongsi info..sharing is caring kan..:) mana tau kot2 nanti Ayu datang sini..at least ada idea kemana nak tuju..kan...:)

    ZULKBO:
    Selalu nak semawa..tapi tak tau la bro zul boleh mai ka dak..hihihi

    ReplyDelete
  8. ZEQ:
    tak tahan pedas ke??hehe...

    SAHROMNASRUDIN:
    terima kasih..melangit pujian tu. Akan berusaha lagi..insyaallah...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails