About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Saturday, March 5, 2011

Penang Sakura..Renung-Renungkan & Selamat Beramal..

Sejurus keluar dari simpang rumah sewaktu hendak ke pejabat pagi tadi, I notice that Penang Sakura is now back..musim berbunga nya menjengah lagi. Sadly, I'm just using my cap ayam handphone to snap this photo..


Alahaii..since the season has come, buat sesiapa yang ada SLR tu boleh la bersiap siaga dengan camera diorang...cantik tau! Pokok Tecoma or Tabebuia Rosea *erk tergeliat lidah nak nyebut ni digelar Penang Sakura. Tak payah pergi Japan okeh..sini pun dah ada..heee :) Sepanjang Jalan Perda Barat, pokok-pokok ni dah mengeluarkan bunga rona pink, pastel purple dan putih. Sejuk mata memandang. Insyaallah..kalau ada rezeki dapat zoom dari dekat pokok sakura ni, I cuba nanti yea..

And sekarang, sedang seronok membaca buku terbaru dipinjam dari arkib Siti Nadia, "Renung-Renungkan & Selamat Beramal". It's a quick reference, tak bosan baca sebab tak ada chapter by chapter. Buku ni ditulis Prof. Madya Hj Md Izzudin Hj Ali. Prof. Izzi ni kalau dengar kat radio or tengok kat tv pun tak bosan dengan celoteh dia. Buku ni pulak memang best sebab menghimpunkan kata-kata motivasi, petikan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Jelas, mudah faham dan font yang digunakan pun 'gedabak', so that takde la susah payah I nak gagau spek mata tika membaca nya..*rabun la katakan..

To my beloved friends..happy weekend, selamat berhujung minggu bersama keluarga :)

Daaa....

"Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim, sesungguhnya ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku) "

Surah Ibrahim 14: 42

(Dipetik dari buku "Renung-Renungkan & Selamat Beramal")

13 comments:

  1. Selamat mebaca dan sekamat menghayati isi kandungan buku itu. :)

    ReplyDelete
  2. hurm suka wanita bernama sakura ok

    ReplyDelete
  3. wah..daku rindu dgn penang,,
    perda barat?
    tempat daku lalu lalang 12 tahun nan lalu...tu kawasan pokok dan hutan yang merimbun..tahun 2001 baru bangunan didirikan..

    ReplyDelete
  4. Bagi saya pinjam pun amal juga..

    ReplyDelete
  5. salam..
    semoga buku tu
    memberikan sesuatu yang menafaat
    buat anda..nampak menarik bukunya

    ReplyDelete
  6. akak...buku tu best..ila pun baru baca...tapi xhabis lagik..heheh...selamat bercuti kak...

    ReplyDelete
  7. apa kata cuba cara nie. parking kereta, dan panjat pokok tuh. pastu snap dekat2 eh....hehehehhe

    ReplyDelete
  8. KAKCIK:
    Terima kasih kakcik..:) mudah2an...

    IMANSHAH:
    Heee...unik dan lembut nama tu. Sesuai untuk watak anime..:)

    ReplyDelete
  9. CITARASA RINDUAN:
    Ayu, teringat kenangan lama la tu..hehe. sekarang dah tak ada hutan, semua dah clear..penuh dengan populasi dan jadi kediaman kedua warga UITM dan PSP.

    ZEQZEQ:
    Boleh, tak ada masalah..mai lah pinjam. Pahala tuu...sapa tak mau.

    ReplyDelete
  10. ZULKBO:
    Thanks bro :) mudah2an dapat la saya manfaatkan...harap2 tak la hari ni baca dan esok lupa...huhu..

    HONEYBUNNY:
    Jom..sama2 baca...selamat bercuti untuk ila jugak...:)

    ReplyDelete
  11. MIECYBER:
    Owh iye ke..kat sini tahun lepas seawal bulan februari bunga sakura dah mula mekar dan lebat, siap ada pesta sakura di Bayan Baru..

    EELOBOR:
    Wahaha....agak2 le incik fizan oi...kang jatuh tergolek patah riuk naya je...hehehe....

    ReplyDelete
  12. Hi Siti, saya suka those sakuras....they're beautiful.
    For us we will not see green grass or leaves till at least April.
    Have fun and keep well. Lee.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails