About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Thursday, March 10, 2011

saya sedang lepas geram

Sakit hati okey! Sangat-sangat..!

Entri hari ni adalah entri lepas geram. Maybe ada diantara kawan-kawan yang dah terbaca my status di FB semalam. Next week, I nak cuti mogok selama 2 hari. Sebab: I tak nak face dengan orang yang prejudis pada I. Tak suka okey!

I'm not running away..cuma I kalau dah meluat, menyampah, muka dia pun I tak lalu nak tengok. So what is it all about...?? tuh, nampak foto tu..I paling tak suka bila buat kerja melibatkan figure yang halus mulus pastu kena guna calculator sana sini. But it's fine, sudah tanggungjawab..so, buatlah..kita dibayar gaji untuk itu kan.

Tapi bila kena buat benda yang sama dua tiga kali...mula la menipis kesabaran ni. Bendalah tu collection report yang I submit ke HQ every month. Semua data payment collection & sales, semua dalam report tu. It's just meant for accounts and top management to look through. What happen is..I tak tau la depa buat apa dengan report yang I bagi tu sampai tiap-tiap kali ada saja benda yang I nak kena repeat buat dan present bagi diorang. Sangat melampau. Seolah-olah tak mahu berusaha cari sendiri dan analisa report tu. Pantang ada hidden amount je, nak kena buat explanation dengan list panjang lebar. Sistem database tu dah direka sebegitu rupa, hanya tolak campur bahagi darab...apa yang susah sangat sampai mengharapkan orang lain tolong congak dan buat 'double work'. Bak kata Wan Kamarudin..."apa kejadahnya....??"

Lebih melampau bila dia seolah mempersendakan I bila apa yang dimintak, tak mahu lagi I nak provide. Cukup sudah! Takkan lah selamanya setiap kerja yang rumit, susah..berisiko, semuanya nak dibuang depan muka I kan..?kan? Bagi jawatan admin, tapi segala jenis kerja termasuk account nak tadah depan muka kita..amboi,amboi..banyak segak muka dia!

Lepas ni ambil report tu, rebus dan minum air..kan senang...dua tiga bulan lagi boleh mintak I buat report yang sama lagi...senang hidup orang account. Hujung bulan dapat gaji riban-riban, buat kerja goyang kaki, dok HQ..issue cheque, duit masuk key in masuk accounting system. Lepas tu, figure tak tally boleh cari I lagi. Kan..?owh..indahnya dunia depa...

15 comments:

  1. sabar, sabar .. orang kata sabar itu separuh dari sabariah ! hehe


    ok ok .. saya simpati.

    ReplyDelete
  2. opp!!! sudah hangin satu badan ye...

    sabar...ye...bawak bersabar...biasa la tu..adat berkerja...layan jer la...

    ReplyDelete
  3. Tak payah sabar, Siti..buat je apa yang you nak buat...

    Mood: Menabur petrol pada api yang marak...

    ReplyDelete
  4. sabo sabor,

    lupa nak pesan tadi dah record tak cara cara melepas geram?

    ReplyDelete
  5. tambahan

    i kalau dah benci, bumbung rumah dia pun i tak nak tengok..huhu

    ReplyDelete
  6. AL-LAVENDARI:
    Terima kasih pakngah..terharu..ada orang kesiankan saya. setidak-tidak appreciate la saya yang dah 8tahun berkhidmat kan....:(

    AINNORAINI:
    Kak Ain..adat bekerja tu kita faham, tapi susah sangat nak terima hakikat, tiada justifikasi dari pengurusan..tak aci!

    ReplyDelete
  7. LCA:
    Owh..I suka mood curah petrol tu..hehe. I ni kadang-kadang emo je lebih, dalam protes, keja still on..:)

    ZEQ:
    Harap-harap tak ada yang record masa siti melepaskan geram di office semalam..nanti diorang upload masuk youtube, tak pasal-pasal kena masuk board meeting..hihi..

    ReplyDelete
  8. IMANSHAH:
    Hehehe...jangan kan nak tengok bumbung rumah dia yang tinggi melayut tu..jalan depan rumah dia pun saya tak ndak lalu...tauu...hehe

    ReplyDelete
  9. arghhh..sabar cari pasal dengan akak neh..meh cne ila tumpang marah..akak...suka statemnt akak kata " banyak segak muka dia"hehheh

    ReplyDelete
  10. gitulh kerja..trkdg buat kita hepi, enjoy n trkdg stress thp maksimum......

    ReplyDelete
  11. aku dah mula rasa gementar dgn hang ni......garang rupanya hang ni....jom den belaja tea 3 layer.....jom...jom....

    ReplyDelete
  12. memang tension gak dengan org macam tu

    ReplyDelete
  13. HONEYBUNNY:
    Selalu kalau marah sikit-sikit, akak sebut, "banyak ensem muka dia"..tapi kelmarin banyak marahnya...so dah tukar jadi "segak"..orang Kedah suka sebut segak...dan bila sebut tu..tone kena kasaq sikit...baru mengancam...betui dak?hihihi

    NZA:
    Nasib baik la boleh lepas geram kat blog ni kan...hehe..dah hilang sikit geram saya

    ReplyDelete
  14. JEBATEJA:
    Chek memang garang okeh..hang baru tau ka...?hehehe....betui ni nak belanja 3 layer tea...??chek tunggu ni..hang tak mai..siappp hang...

    SHARINGINFOZ:
    Tension kan..?seolah-olah semua benda nak kita buat dan 'hidangkan' depan dia..

    CHIK NA:
    Sebab masih ada sabar saya lepas geram kat sini je..kalau dah habis semua sabar tu..agaknya saya letak surat aje lah kot..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails