About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, May 6, 2011

Mak, bonda, mama, umi, ibu..or whatever u call them..

Ini bonda I. I panggil bonda dengan panggilan 'mak' di rumah. Sometimes, bila nak manja-manja..I panggil bonda dengan panggilan 'ma'.

It doesnt matter what I called her..she is still my one and only mom I have. Yang melahirkan, menyusukan, membesarkan I dengan penuh kasih sayang..*dan leteran juga, sebab nak mendidik I supaya jadi insan yang lebih baik.



Selama 31 tahun I tak pernah..never ever berenggang dengan mak. Maybe sebab I tak tahan diuji bila duduk berjauhan. Walaupun mak pot pet, bila jauh I sunyi tak dengar pot pet mak. Walaupun terkadang sakit telinga, tapi...bila tak dengar pot pet mak, seperti lagu tanpa irama. Macam tu lah pincang nya kehidupan ni tanpa mak disisi.

Sambal tumis, nasi lemak, roti arab, biskut suji hasil air tangan mak...mana boleh lawan. Tak boleh tanding yang di kedai. Begitulah hebat nya mak sebagai chef yang tak pernah kenal erti cuti, public holiday dan sebagainya.

Namun, mak tak pernah minta penat lelah nya dibayar. Ikhlas betul hati seorang mak. Sedang kita, buat apa sikit pun nak harapkan balasan. Oleh itu, jangan lah berkira, wang ringgit apatah lagi kudrat kita untuk seorang yang bergelar ibu..*pesanan untuk diri sendiri juga.

semakin menginjak usia, semakin I faham...kerana naluri ibu mulai terbit dari dalam diri..*walaupun belum berkahwin apatah lagi bakal menjadi ibu...:(



Dan dalam setiap doaku wahai bonda...daku mengharapkan kesihatan, kesejahteraan dirimu dan semoga dirimu sentiasa dirahmati Allah SWT. Juga semoga dapat terus menabur bakti kepadamu serta menjadi anak yang solehah, permata berharga buatmu.

Terima kasih, mak...love u. Selamat Hari Ibu.

12 comments:

  1. selamat malam murni

    cantik ma kamu..
    setuju dengan entry ini, walau ibu pot.. pet..... tetap kita rindu dengan suara mereka

    selamat hari ibu utk ibu kamu!!

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu untuk bonda akak n seluruh ibu2 d dunia...;-)

    cantik bonda akak...

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Ibu kepada mak Murni....:)

    ReplyDelete
  4. selamat hari ibu buat bonda siti

    ReplyDelete
  5. salam..
    saya selesa memanggil
    ibu saya dengan panggilan
    Mak sahaja..
    :)

    ReplyDelete
  6. dia memang layak jadi mak, jadi bonda dan jadi ma...

    ReplyDelete
  7. eh....eh...nampak muda lah mak hang....apa rahsia erk....

    hang jgn plak kata...hang pun awet muda...ahakz...

    apa pun selamat hari ibu buat semua ibu....

    ReplyDelete
  8. selamat hari ibu untuk semua...dan untuk mak siti murni ye...

    ReplyDelete
  9. Dear All...
    selamat hari ibu dan semoga para ibu sentiasa beroleh rahmat dan sejahtera dariNya..amin.

    ReplyDelete
  10. as-salam.

    "Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah : 216)

    kata ibu itu pasti terkandung sejuta makna kan.. fida follow :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails