About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Monday, May 23, 2011

Minum petang menu Peknga di hujung minggu..

Ahad semalam saya kebingungan di rumah, bosan tak tau nak buat apa. Kalau ada kekanda adinda boleh jugak diajak dating, tengok movie Nur Kasih ataupun jalan-jalan tepi pantai sambil kutip kulit siput..bajet romantik la konon! Ajak bonda tengok movie..bonda 50-50 la pulak! Menghadap FB, melayan Cityville dari awal pagi sampai la ke waktu makan tengahari...buatkan saya cuak je, macam tak ada kerja lain saya boleh buat, kan!

Lepas tu terfikir-fikirlah, lama jugak saya tak melawat mak menakan *mak saudara a.k.a auntie Ita yang saya yang baru je menikah hari tu. Lama lepas tu SMS saya berbalas..disuruh datang ke rumah dia. Bak komen chik na di FB saya...eratkan silaturrahim, itu yang lebih baik! :) Tangkas dan agresif lah bonda dan anakanda bersiap-siap..mati kutu duduk di rumah tau! Nak-nak pulak saya dah sihat sikit, mana boleh duduk diam je kan?!


From my home to Sg. Pinang ambil masa tak sampai setengah jam *bukan waktu puncak semasa melintasi Penang Bridge dan Jelutong Expressway. Rupa-rupanya Hyundai Matrix dah siap ambil tempat parking yang selalunya di'reserve' untuk baby black saya..Pakteh & family pun ada sekali! Wah, meriah..saya baru lepas 'bercekau' dengan pak menakan saya tu..last few months..walaupun pedih telinga dan hati saya ni, tapi saya malas mau ambil 'port'. At first, memang saya bengang gila, tapi bila saya fikirkan balik, takde maknanya hidup bermusuhan ni, macammanapun dia pak sedara saya, adik mak..lebih dahsyat lagi, saya tak mau mak bonda yang keras sikit hati nya tu semakin menjauh dengan adiknya, jadi...saya berfikiran positif seolah tak ada apa yang happen.. dah lama saya maafkan pun.

Alhamdulillah...air dicincang memang tak akan putus. Allah memang sayangkan hambanya..permintaan saya yang satu itu ternyata dimakbulkan. Memang meriah lah, orang kata bumi yang panas, bila disimbah hujan, baru terasa kesegarannya. Macam tu jugak lah suasana petang semalam. Keriuhan yang dah beberapa bulan hilang itu, dah kembali semula. Saya senyum dan lega dalam hati..:)

Disebabkan kami tiba lepas waktu makan tengahari..dah masuk waktu minum petang pun..makteh tiba-tiba datang idea nak makan tempek atau orang Kedah panggil 'peknga'. Pancake lah dalam bahasa mat salih nya! Mujur kedai runcit baris hujung rumah tu masih ada kelapa parut yang fresh, dapat la kami merasa air tangan maktehnya. Haha..idea nya asal nak buli si pengantin baru, tapi tak menjadi sebab pada bila-bila masa sekalipun, dia lah tukang masak sejati dalam keluarga. Hasil tangan nya apa yang tak sedap...semuanya sedap belaka!
Kena pulak dengan nescafe o panas-panas...kalau Beto Khusyairi lalu kat belakang pun saya tak perasan! Hahahaha....nasib kau lah Beto!

Apa sekalipun, saya bersyukur..keadaan dah pulih seperti sediakala, bila tengok bonda dan pakteh saya bermaafan semalam..walaupun masih melawak dan bunyi seperti tak serius. Harus difahami, keluarga kami yang kecil ni memang tak boleh serius, sebab pakteh saya tu memang tukang buat lawak..cuma kadang-kadang lawak nya 'overdose' dan boleh menyebabkan ramai yang makan hati! Hehehe..

19 comments:

  1. selamat malam siti..
    first:
    kak ayu rasa lega kerana binda dan pak teh dah berbaik2..

    syukur

    lastly:
    kak ayu gelar lempeng, ada kelapa parut kan??

    nyami

    ReplyDelete
  2. hahaha mak saya pun suka makan peknga tapi tak buat sendiri, makan kat gerai di pasar pagi kat Tmn Samagagah :)

    ReplyDelete
  3. Hello Siti Murni, nice pics....That pancake looks delicious.
    I think tiga keping for me will be fine, ha ha.
    Can see the ladies duduk buka cherita, ya.
    You have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
  4. ingatkan peknga tu nama kedai...hehehe...

    ReplyDelete
  5. sedappkan kak peknga tu...;-)

    iyalah kak...kadang2 orang xperasan yg lawak dia boleh menyebabkan hati orang lain terguris...org ckp..nak berlawak pun berpada2 la kan...;_)

    ReplyDelete
  6. huhuhu...ingatkan apa peknga tuh...

    ReplyDelete
  7. Keluarga yang bahagia memang selalunya tidak akan mudah menaruh dendam.

    Lama sungguh tak dengaq orang sebut PEKNGA nih. Memang sedap Lempeng Kelapa nih. Buat hangus skit, perhhh!

    ehhh pesal pulak nak naya kan Beto saya? Tak bleh laaaa...

    ReplyDelete
  8. CITARASA RINDUAN:
    ya, tepat sekali...tauke restoran mesti terer bab2 makanan nih..memang dipanggil 'lempeng' jugak.
    Alhamdulillah Ayu, memang siti syukur sangat sekarang ni, terasa dah lepas satu bebanan. Selamat malam Ayu...:)

    DINAS:
    ooo..kat sana pun ada rupanya.kalau rasa tak nak buat sendiri nanti, boleh la chek bawak bonda pi cari nanti..lagi kaw kalau ada letak pisang sekali kan..

    ReplyDelete
  9. UNCLE LEE:
    that lady clad in baju kurung is my mom. buka dan tutup cherita lah uncle! hehe..and that pancakes..really lovely, we use grated coconuts..eat it while it hot! U should try...i think u can easily finish more than 3 keping..hehe

    NZA:
    hehe...okay..kak dah tau dah hari ni 'peknga' tu apa kan...itulah untungnya kita Malaysia ni, banyak negeri..banyak jugak istilah nya..

    ReplyDelete
  10. HONEYBUNNY:
    Sedap...kena time breakfast atau minum petang..memang nikmat!
    Itulah, kalau orang yang tak biasa, tak tahan bergurau...memang boleh masam muka berhari-hari.

    EELOBOR:
    haa...sekarang dah tau..tambah lagi satu perkataan baru...

    KAK AZIE:
    Mudah-mudahan begitu lah. Kalau berasa hati pun harap tak simpan lama-lama.
    Oh, part yang hangus sikit tu usah kata...berebut-rebut nak pulak semuanya..
    ehem2...Beto saya jugak okeh..saya lupa sekejap gara-gara makan peknga punya pasal! hehe...

    ReplyDelete
  11. Terliur pulak tengok peknga tu... kalau rajin, baliki nanti nak buat. :)

    ReplyDelete
  12. ooo lempeng rupanya.hihi.sedap2!

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah....
    air di cincang tak akan putus...
    adik beradik pun bukan ramai kan, kalo di buat musuh, sapa yang nk jd saudara dekat kita lg..
    sedih tgk banyak family pecah belah...

    baru pg td aine sarapan peknga! cecah ngan gulai ikan!

    ReplyDelete
  14. kat klang panggil lempeng..kami cicah dgn kelapa parut lg..sedap heheheheee

    ReplyDelete
  15. MIE:
    ya, syukur Alhamdulillah..

    KAKCIK:
    Ada kelapa parut dan tepung kira on je lah kakcik...buat peknga petang ni yer..kopi o jsngan dilupakan..hehe.

    SHARINGINFOZ:
    kat cafe pun sekarang dah ada menu lempeng kelapa ni..cari jangan tak cari..

    ReplyDelete
  16. ZATI:
    Ya, lempeng ni, Jat..orang sini panggil Peknga..macam lawak kan bunyi nya...janji sedap! ye tak..:)

    ARWEEN:
    Betul ainee, tu yang akak kalau boleh taknak masam muka lama2...keluarga bukan besar mana pun. memaafkan tu lagi baik.
    uish..cicah gulai atau sambil tumis..memang kena 'gu' dah tu...

    SAHROM:
    oo..kat sana cicah dengan kelapa parut eh...macam-macam stail lempeng rupanya...

    ReplyDelete
  17. saya selalu panggil bendalah tu lempeng. first time denga 'peknga' huhu.

    have a great day!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails