About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, May 17, 2011

Nak kenalkan U all dengan anak angkat I...

Last sunday, maka bermulalah tugas dan tanggungjawab baru I secara rasminya selama 1 minggu..menjaga 'anak angkat' I ni..

Introducing to u all...Elmo, the sugar glider (SG) ! Baby kesayangan dik na ni sekarang menginap di rumah I..sorry ye, no boutique hotel for u Elmo. Mummy dan daddy kesayangan Elmo hari ni dah berlepas ke Kuching for 1 week holiday, so mummy angkat lah kena jaga dia.

U all kenal ke dia ni..?haa...buat yang tak kenal SG, berikut adalah sedikit info mengenai SG..


sugar glider adalah haiwan marsupial (marsupial bermaksud haiwan mamalia yg mana si betina nya memiliki kantung di perut),berasal dari Australia, dan sebahagian daripada Indonesia dan New Guinea. Haiwan ini bukan tergolong dalam spesies tupai terbang, dan diklasifikasikan sbg haiwan exotik di amerika. Haiwan ini adalah haiwan nocturnal,iaitu berjaga dan mencari makanan pada malam hari dan tidur sepanjang siang.


Nama sugar glider datangnya dari pemakanan mereka yang makan buah-buahan yang manis (SUGAR atau HONEY) dan glider dari tingkah laku mereka yang melompat dan menjunam menggunakan membran yang dinamakan patagium.


Foto-foto Elmo ni I ambil dari album dik na di FB..sorry bebeh..malas mau snap foto baru. Sekejap je rasanya, Elmo now aged 4mths.

Top photo: Elmo tengah main hide & seek kat port kesayangan dia..tempurung kelapa yang diletak dalam cage dia. Suka benar dia lepak dalam tu, sejuk dan gelap agaknya. Dia memang suka gelap dan main pun bila dah gelap, time semua orang dah tido, macam hamster.


Nah..lebih jelas dapat tengok rupa fizikal SG nih! Kot ler lepas ni ada yang teringin nak bela binatang kesayangan ni..harga seekor baby SG ni in average RM 200-RM280. Terbaru, my sis belikan pasangan betina buat Elmo dan diberi nama Elmi..baru je semalam..harga RM 280 including delivery to our door! Elmo dah mula botak menandakan dia dah cukup matang..dah baligh la kiranya..hehe..so, kena cepat-cepat carikan GF untuk dia. Gila siot adik I nih....suka benor dengan pets! Tapi dia comel kan!

Tengok foto ni lagi comel...Elmo tengah makan buah epal! Just take a look the way Elmo took the food...alololo....so cute! Buah adalah makanan ruji si SG ni, selain itu, SG harus diberi makanan berkhasiatnya sendiri dipanggil HPW..diadun dari telur, madu dan bijirin apa tah. Adunan ni memang tak reti nak buat, biasa adik I beli terus dari breeder SG di Sungai Petani. Sikit je pun dia makan..sekali makan 2 sudu..adunan tu letak dalam freezer dan boleh tahan sebulan dua.

Okey, back to fruits..like Elmo..dia suka makan buah plum! *mahal siot...I pun sekali sekala je makan plum tu! Yang lain yang menjadi kegemaran dia buah Lai, Honeydew dan Dragon Fruit. Kalau letak buah betik atau pisang dia buat dek je...hampeh kan?! Buah pun kena fresh, kalau bagi buah yang dah 'lasu'..hmm, dia jeling je, tak ndak makan! Hehehe...sekali tu dia bising masa sis tengah masak..terus kena suap dengan kacang panjang..itu pun dia lantak jugak. Walaupun nampak macam tinggi maintenance nya, tapi si SG ni makan dalam kuantiti yang sedikit. Tak abis pun stok buah dalam freezer tu sebab yang menghabiskan bukan si SG tapi tuannya!!

Ini full set cage Elmo kat rumah adik I. Complete dengan segala toys dia untuk dia memanjat, orang sini cakap 'meragas' dan terbang sana-sini. Dia boleh terbang okeh..entah nak kata dia kategori tupai atau kangaroo..sebab female SG memang ada poket atau kantung kat bahagian perut. Itu u all rajin-rajin kan la diri buat research ye, itupun kalau berminat.

Bila adik I bela Elmo ni..at first, serious takut sebab bunyi menyeringai dan dia menggigit, tapi gigit manja je..macam kena 'tokak' dengan kucing tu..tapi lama-kelamaan makin sayang pulak dengan dia..biasa bila dipanggil, Elmo akan jenguk kepala dari sleeping pouch dia tu. Tak susah nak jaga SG ni kalau kena dengan caranya..baik apa binatang peliharaan pun, kalau kita study segala habit dan pemakanannya, memang tak susah.

Dari sudut agama --
Harus hukumnya memelihara binatang peliharaan seperti burung dan seumpamanya di dalam sangkar untuk melihat kecantikan atau mendengar kemerduan suaranya dengan syarat binatang tersebut diberi makan dan minum dan tidak dizalimi.


23 comments:

  1. IM culas nak pelihara peliharaan ni. Cukuplah masa kecik dulu pelihara ayam, itik, kambing dan ikan lawan!

    ReplyDelete
  2. akak....comeiii la..

    ila macam nak bela ja..tapi xdak sapa nak jaga...hehe..

    dulu nak bela hamster pun mama xbagi..huuh

    ReplyDelete
  3. murni...
    mmg cutenya elmo nie...
    tapi harganya mak datuk..murah ko..
    belum plus aksesory, belum plus makan minum.. adeh!!!

    kena niaga nasi campur setiap hari plus jual utk malam baru boleh lepas.. hehe

    PS; jaga elok2 yer... karang lepas sangkar.... pengsan kamu nak kejar elmo.. hehehhehe (elmo nie jantan kan>>)

    ReplyDelete
  4. comelnya ttp xmampu nk beli...

    ReplyDelete
  5. comey sungguh...rase nak picit2 jer...boleh buat teman bergurau sendakann...

    kalau dpt anak kak ain...habis dikerjakanye...

    ReplyDelete
  6. IM:
    ooh...IM pun ada pelihara ikan laga ya dulu...:) kat umah pun ada...hehe..budak tu IM, bela macam-macam dah rupa pet-zoo rumah tu.

    HONEYBUNNY:
    Mama ila tau le tu, end-up nanti dia yang kena jaga...hehe. Nak bela binatang ni ila kena penuh dedikasi & tanggungjawab, kalau terabai binatang tu dah berdosa...

    ReplyDelete
  7. MIECYBER:
    cute kan...comel je!!!

    CITARASA RINDUAN:
    Hehehe...sampai kena niaga nasi campur lah! Memang tinggi kos nya..tapi kalau Ayu dah bela sepasang esok2 dah beranak pinak..memang balik modal. Cuma buat masa ni, adik memang tak berhajat nak berniaga dengan pet dia ni.

    Memang tak berani nak keluarkan dia dari cage..sekali terlepas mampus siti nak jawab nanti...haha..macam tau2 je Ayu..:)

    AINNORAINI:
    comel kan..budak2 memang suka kak. Adik saya tu sampai warning anak2 buah dia..jgn berani2 nak sentuh kang dia gigit..haha...takut baby dia kena picit la tu..

    ReplyDelete
  8. Sesuai U All, yang sendiri ALL.

    ReplyDelete
  9. comelnya SG ni...geram tengok, anak Chik Na tanya, TUPAI ke mama?

    Depa pun berkenan, dok suruh beli jugak.. Dulu masa sufia 4 tahun, bela hamster jap, lepas tu hilang. Sangkar letak luar rumah, hamster tu pandai buka pintu, lari ntah ke mana :)

    ReplyDelete
  10. Bagusla ada minat memelihara binatang peliharaan, dan dijaga dengan baik.

    Buat hiburan dan teman bila sunyi. Sungguh comel.

    ReplyDelete
  11. salam..
    opocot..!!
    inagtkan tadi anak
    tukus ke ape..besarnya
    mata..comel juga..
    :)

    ReplyDelete
  12. comelnya...dah ada teman mesti meriah rumah kan

    ReplyDelete
  13. Saya ni pembela ikan saja, hehehe

    ReplyDelete
  14. hihihi.setakat ni jat mampu dgn kucing je.jat takut yg kecik2 terhilang dlm rumah yg full ni.susah jat nk cari nanti hihihi

    ReplyDelete
  15. suke tngok tp x brani nk bela
    gelii :P

    ReplyDelete
  16. ZEQ:
    U ni kan..kanda...hmm..kehabisan kata-kata lah..

    CHIK NA:
    Haha...sufia dah berkenan yer...siap la mama sufia. Kalau SG ni sangkar kena letak dalam rumah la chik na..kang terlepas dari sangkar..confirm la takkan jumpa lagi dah..

    KAK AZIE:
    Dik na ni haa...rumah dah macam zoo dah..segala-gala nak dibelanya, abis tu bila nak bercuti takkan nak biar je..kesian binatang2 tu.

    ReplyDelete
  17. ZULKBO:
    Opocot...! melatah rupanya..hehe
    Nak macam tikus jugak kan...tapi tu lah, tang mata dia tu..comel je tengok.

    SAHROM:
    Memang meriah especially lepas tengah malam. Semalam lagi meriah..tak pasal2 kena cari diorang yang terlepas dari sangkar..

    DINAS:
    Bela ikan lagi best pada saya, kak. Saya pun suka ikan. Dalam rumah kalau ada akuarium tenang je rasanya tengok ikan2 berenang...dulu ada, sekarang dah bersara.

    ReplyDelete
  18. ZATI:
    Betul Jat. Binatang kecil2 comel lote ni susah nak cari kalau hilang, mau menangis dibuatnya. Jat bela kucing apa...?

    BAHULU OREN:
    kite yang tolong orang bela ni pun kadang-kadang geli jugak nak pegang, sebab dia melata..hikhik.

    ReplyDelete
  19. NZA:
    tu lah..harganya, saya pun mau fikir berkali-kali ni nak beli..tapi adik ni serius benar nak bela SG ni..

    ReplyDelete
  20. salam
    beshkan kale ada haiwan peliharaan macam kucing nih...leh cari kutu dia..leh gurau2 senda ngan dia...hehehe

    ReplyDelete
  21. ishhh...menatang ni ada org bela erk....baru pertama kali taw ni....ahakz

    ReplyDelete
  22. comel tp yong agak geli nk pegang hehhee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails