About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday: CIMB Aviva Takaful PA SmartPro

Sunday, June 26, 2011

Yee Mee & Koay Teow Kung Fu @ Amariz Cafe, Prangin Mall

Pengalaman pertama ke Vet Clinic kelmarin memang tak dapat dilupakan. Itupun sebab meow2 tak sihat, saya hanya menemankan Dik Na ke Peng Aun Vet Clinic, di Sg. Dua. Ngeri jugak bila tengok anjing Rottweiler di bawa masuk ke klinik yang agak sempit tu..dah la meleleh-leleh air liur dia..yucks! Semua pakat angkat kaki...haha..macam lawak pun ada.

Balik dari klinik, kami bertiga termasuk bonda jalan-jalan sekejap ke Prangin Mall, perut dah lapar..puan besar tu tak masak kelmarin, harus la jalan-jalan cari makan kat luar.

Destinasi kami -- level 1 kompleks berkenaan, seperti dicadangkan Dik Na, we had our early dinner at Amariz Cafe. Cafe ni dah menjadi port kegemaran Dik Na dan kawan-kawan sepejabat untuk makan tengahari..so we just give it a try and turn out to be...okay...! Not bad..dan boleh ada lawatan seterusnya ke sini.


Ini menu saya..Dried Chilli Yee Mee. Costs me RM 5.5o. Lots of chicken, sotong and prawns too..seperti biasa sotong & udang tu saya pass ke pinggan sebelah..cuma kurang sayur hijau. Menu ni agak pedas sebab cili kering tu..tapi best sebab tak kering, agak berkuah.

Bonda & Dik Na opt for same menu..Koay Teow Kung Fu. Saya tak tau lah either tukang masak nya kena berkungfu dulu atau tidak untuk sediakan koay teow ni..tapi siap saya usik bonda, lepas makan mesti terer kung fu..kihkih...siap tarik muka lagi kat saya..hehe! Koay teow kung fu priced at RM 5.00 dan macam biasa jugak, saya mesti cuba try test setiap menu..paling sedap pernah saya rasa! Walaupun serving nya nampak biasa-biasa saja..tapi rasa...walla!


A very 'humble' cafe..simple saja deko nya..tapi bersih! Cafe agak lengang sebab cafe ni biasanya penuh pada hari bekerja saja..agaknya bila weekend orang lebih suka makan fast food kot..! Sebelum lupa, cafe ni menyediakan menu western, sizzling, thai food dan chinese food..macam yang saya makan tu! So, sesiapa yang nak makan halal chinese food, ala cantonese ke hape ke..boleh mai sini..:)

Total bill semalam RM 24.5o with carrot susu & 2 tembikai longan juice. Amariz Cafe ni memang saya nak pergi lagi and try another menu there!

Friday, June 24, 2011

Peminum kopi tegar is going to retire!

Walaupun saya peminum kopi tegar, namun saya harus akur, kopi itu membunuh saya dalam diam...silent killer itself!

Semenjak dua menjak ni saya dah mengurangkan kadar pengambilan kopi..itupun sebab selalu tak sihat. Tekak rasa kering. Sakit kepala tak mahu hilang.

Finally, beransur-ansur saya tinggalkan kopi. Kalau dulu, sehari saya boleh consume maximum 5 cawan kopi! Tak kira lah, nescafe, white coffee, cappucino, mocha mahu pun 'cham'..*mixture of tea & coffee. Now, limit is secawan sehari. Malah...dua tiga hari sekali pun biasa! Alhamdulillah...good what..?!


Untuk mengelakkan pengambilan kopi, saya lebih rela mengeluarkan 'extra spending' just for the beverages itself. Minuman rutin saya termasuklah Nestle Bliss yogurt drink, Ribena, Tropicana Twister *any flavor will do dan yang terbaru...V-Soy Multi Grain.

Baru je kenal V-Soy ni..sedap jugak Saya minum ulang-ulang..tahan dua tiga hari dalam freezer office..office kan second home...! V-Soy ni ada kandungan Purple Brown Rice, ekstrak Malt, Barli dan Black Sesame. Katanya no added preservatives..kata nyer laaa..! Siapa dah cuba...? Siapa belum cuba..sila..saya tak dapat apa-apa komisyen yer..sekadar share apa yang patut..:)



P/s: Menyimpan cinta dan harapan dalam diam juga 'silent killer'!

Thursday, June 23, 2011

Meow-meow ni Hani yang punya! Acu memang tak guna! Hahaha...

Who doesn't love cats...??? Cepat mengaku...! Because I love cats....hehe...Now, I'm introducing u all with my sis latest pet! Perempuan ni sangat gilakan binatang kesayangan, occay! I don't know what to say..so, here it is..tak tahu apa nama dia, tapi her niece call this comel cat..as "Meow-meow"..haha..sempoi!








Actually, sis dan husband telah menculik kucing comel ni dari rumah tok Timah..kata nyer...hehe...rumah mother in law dia lah! Asalnya kucing ni dibela abang ipar dia, tapi disebabkan busy dan selalu jadi mangsa anak kecilnya, Hani..so, both husband and wife berkenaan telah menculik si meow meow ni di suatu malam yang hening! kihkih...

Tu, title atas tu..dialog si Hani lah untuk Acu laki dan Acu perempuan kesayangan dia..sebab dah culik meow-meow yang selalu jadi mangsa libasan dan hempukan dia..ekeke...




Meow-meow ni jatuh kategori DSH (domestic short hair), mamanya siamese..apaknya pulak warga tempatan..ekeke..means dia bukan baka original siamese lagi lah. Tengok je lah lagak dia..suka benor perhati anak ikan dalam balang tu! Silap-silap, ikan tu bakal jadi lauk dia aje lah nanti.


Rumah dik na dah macam mini zoo, dengan 2 ekor Sugar Glider, Ikan Guppy, Ikan Laga dan yang terbaru ni kucing pulak. Saya rasa nak teka..lepas ni mesti dia beli kura-kura ataupun Anggora pulak! Aduhaii..siapa boleh menahan dia..? Nobody can..sebab dia boring sensorang kat umah, tak berteman..haha..sabo aje lah adik saya nih! For meow-meow..husbandnya pun tak kesah, dah memang menjadi kucing kesayangan dia pun. Sebab since dulu sebelum kawin pun siap tido bagai dengan kucing, sampaikan tok Timah kata, kucing tu siap berak kat kepala dia..alahai...




Meow-meow dapat baju raya dia semalam..kihkih...adik saya pun satu hal, manja benor dengan meow-meow ni, pantang nampak aksesori semua nak dibelinya! Meow-meow ni however memang toilet trained, dia berak dalam air je. Kalau tak ada bekas air dalam sangkar dia, dia akan cari toilet...janji basah & ada air..! Hehe...bagus...civilised! Even manusia pun kadang-kadang tak teratur.


Malam pulak pandai cari tempat bermanja. Tido dengan tuan besar dan puan besar kat master bedroom..bawah comforter occay! Atas lantai tak main yer!


Saya kalau nak cerita pe'el si meow-meow ni sampai esok pun tak habis..korang layan kan aje gambar yer..:)

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday...


Senja di Taman Sir Hussien, Greenlane.

Tuesday, June 21, 2011

'anak raja' jalanan..

Takut nak follow dekat-dekat...


Cukup tak suka kalau terserempak dengan lori terlebih muatan. Kali ni dah tukar strategi agaknya..dah berbungkus. Kalau tak silap sebelum ni lori yang carry besi scrap ni terdedah macam tu saja muatannya. And sometimes, serpihan metal scrap tu tercampak ke jalan. Mengundang bahaya pulak kat pengguna jalanraya yang lain...

Mata yang pejam harus dicelik sedikit. Selalu-selalu la sekat 'anak raja' atas jalan ni..diorang tak kesah kot bayar saman..semua tauke besar maa....tarak takut punya..!

Monday, June 20, 2011

Jalan-jalan cari Durian Balik Pulau...

Misi jalan-jalan cari makan *jalan-jalan cari durian di Balik Pulau last saturday! :)
Ada orang tanya kenapa nak makan durian sampai ke Balik Pulau, hmm...kalau sampai ke hujung dunia pun tak mengapa, demi mencari kelainan.


So, berpergianlah kami berdua..me & my sis. Actually sengaja nak mencari originaliti durian Balik Pulau and co-incidence seorang kawan Dik Na, suaminya salah seorang tauke durian kat sana. Beli dengan discounted price lah kan....


Tak susah nak cari gerai No. 111 ni. Letaknya bersebelahan pejabat TNB berhampiran persimpangan Pondok Upeh. Kalau datang dari Jalan Relau /Paya Terubong, gerai ni di sebelah kanan jalan. Dalam foto, di sebelah kiri jalan ada deretan gerai lagi yang menjual durian terbaik di Malaysia.


Disebabkan tak pandai memilih durian, maka haruslah cari orang yang boleh menolong. Nasib baiklah husband kak Ayu yang menjual durian ni tak lokek ilmu..siap ajar lagi macammana nak kenal durian 'Ang He' & 'Ho Lor' yang popular sangat tu..


Durian 'Ho Lor', Ho Lor bermaksud 'labu'. Buahnya bujur, tak bulat macam 'Ang He' (foto bawah). Tekstur berkedut dan padat isinya. Makan seulas pun rasa puas sangat!

'Ang He' atau 'Udang Merah' mempunyai isi yang sangat manis. No wonder la mahal! The flesh is so tender and creamy..

Durian yang berwarna agak coklat tu adalah durian Lipan. Kitorang tak beli durian ni, sebab dah beli 2 biji itu 'Ang He' & 'Ho Lor', plus 3 biji 'Kun Poh'.


Rambutan & manggis turut dijual kat gerai ni. Walaupun saya "hitam-hitam si buah manggis, sungguhpun hitam dipandang manis" ..hehe...tapi saya memang tak makan buah manggis. Bukan selera saya agaknya.

Untuk info, kepada yang nak berkunjung ke gerai ni boleh la reserve at least 1 day in advance so that dapat lah husband kak Ayu ni stand-by durian yang terbaik. Kalau nak nombor pun saya boleh kasi..hehe...mana tau kot2 dapat durian free..ekeke..

Lama jugak kami beromel-omelan kat Gerai 111 tu..siap photoshoot lagi..! Memandangkan hari dah beransur ke senja, kena lah gerak sebelum gelap. Tau ajelah Balik Pulau kalau dah gelap...takut sey! On the way balik..singgah sekejap di Anjung Indah yang sekarang tengah berlangsung Pesta Durian. Kalau tak silap sampai 30 Jun nanti. Ada 4 atau 5 gerai beroperasi hari tu, dan rata-rata pengunjung menaiki kenderaan bukan berplet 'P'..means...orang luar la tu.

Saya kat Anjung Indah..layan pemandangan...cantik woo! Foto tak disengajakan si photographer sedang men'setting' cam beliau!

Panjang sesaknya masa perjalanan balik...dah la pening sebab kepanasan. Air-cond terpaksa di off kan sebab tak nak bau durian melekat dalam si pinky Dik Na. Durian punya pasal...sabo aje lah!

Friday, June 17, 2011

Hot Wheels Collectors

How come...? Cepat jugak dia mengumpul bendalah ni!?! Malu sungguh saya..sebagai kakak saya tak tahu apa benda pun..tiba-tiba dapat tau dah sebanyak ini yang dikumpulnya...koleksi kereta Hot Wheels...aduhaaiiiii adik lelaki ku sorang nih!



Seingat saya, dia ada beli sebuah je dari koleksi kereta ni masa cuti-cuti family kat Genting Highlands last few months. Tup tup..dah ada 14 buah sekarang! Bila masa dia beli..? Itupun sebab dia mintak izin saya nak susun koleksi yang dah banyak tu dekat cabinet ruang tamu..baru la saya tau.

Teringat masa adik hero saya tu waktu kecil dulu...sedari kecil memang minatnya ke arah ini, suka kumpul mainan dan replika kereta. Memang arwah abah, baik saya dan dik na pun selalu menggiatkan dia dengan koleksi mainan nih, tapi geram dengan satu pe'el dia yang susah nak ubah...*sampai sekarang pun ada perangai nih, suka bebal, temper, terus dibaling, campak barang tu..rosak lah! Sudahnya ke tong sampah!

Dan bila dah berpindah..koleksi yang menyusut tu pun semakin hilang entah ke mana. Sehinggalah waktu kami sekeluarga bercuti baru-baru ni. Nampaknya minat lama dah kembali..
apa pun saya bersyukur lah minat nya dengan koleksi replika hot wheels ni, dari dia sibuk nak merempit, melepak tak tentu hala...*nauzubillah..mohon dijauhkan..

Sebagai kakak yang menyokong adiknya..of course la saya siap siaga nak buat kajian mendalam pasal hobi mengumpul kereta hot wheels ni..dengan semangatnya saya tunjukkan website yang berkenaan kat dia. Tapi dengan slumber badaknya dia menjawab, "eleh...orang dah register pun kat website hwcmalaysia tu..Malaysia punya lagi!," Hampeh kan...adoiii, saya jugak yang terkena balik!

Namun..akak tetap cover line okeh..saya buat dhek terus google lagi. Dalam menggoogle tu dapatlah jugak sikit ilmu..hehe..rupa-rupanya memang ada komuniti yang aktif dalam forum dan website..that unites hot wheels car collectors ni. Jangan tak percaya..boleh dikatakan pengumpul nya dari kalangan orang yang berkerjaya. Baca je petikan artikel kosmo online ni. Arkitek, eksekutif...huhu..takjub saya..takjub!

Apa pun..saya kagum dengan orang yang beria-ia mempertahankan minat & hobi yang unik ni. Chaiyoook untuk mereka!!


P/s: Akak nya suka kumpul apa ek..??

Thursday, June 16, 2011

Zespri Gold Kiwi...I Like!!

Cukup layan sentimental..tak boleh diamalkan selalu sebab tak baik untuk kesihatan!

Malam ni jangan sesiapa pun berani-berani kacau tido saya! Saya nak tido awal..lepas isyak, makan ubat batuk terus nak bum...kepala saya dah start ada bulan bintang di atasnya..pening! Betul lah, saya memang tak kesian kan diri sendiri. Lastly tengok...saya jugak yang menanggung!

Sometimes, saya kesian jugak dengan diri saya. Kerana kesian, saya tak pernah lupa pamper diri sendiri dengan apa yang saya nak. Umpamanya..shopping..beli baju online..dan paling sinonim..makan! Hehe..makan untuk hidup! Apa yang terasa nak ditelan tekak..insyaallah..saya tak akan abaikan yang satu ni...

Baru-baru ni saya belajar makan Zespri Gold Kiwi. Sebelum ni cuma biasa beli green kiwi..yang selalu kita tengok isi hijau dan rasanya a bit sour kan...

Last weekend masa jalan-jalan beli barang di Tesco, tergerak hati nak cuba Gold Kiwi pulak! Memang tak menyesal beli. Sekarang dah jadi ketagih pulak!

Tastes really sweet..rasa macam buah tropika kita, mangga! Gold kiwi ni ada sikit beza berbanding kiwi hijau. Kulitnya lebih licin, tak kasar macam kiwi hijau..and one thing, gold kiwi ni ada pointed end..tak bulat macam buah kiwi hijau biasa.

Lepas cuba..saya google info pasal gold kiwi nih, yelah nak share kat korang kan. Gold kiwi ni walaupun dah jadi trademark New Zealand, tapi origin nya dari China. Entahlah diorang kacuk pokok betina dan jantannya sampai la keluar hasil gold kiwi ni.

Kiwi memang banyak nutrien..2 kali ganda Vitamin C berbanding orange, kaya dengan potassium jika nak dibandingkan dengan buah pisang dan tinggi serat fiber sama seperti bran flakes. Ada Vitamin E dan sedikit Vitamin A dan juga magnesium. No wonder la digelar 'superfruit'! Bagus untuk penghadaman jugak tau! Lain-lain info mengenai buah kiwi boleh klik sini.

Buah kiwi ni dulu dikenali sebagai 'Chinese Gooseberry' dan kemudiannya 'Melonette' sebelum nama eksport nya sekarang Kiwi.

Kiwi ni memang agak mahal..tapi rasanya kalau sesekali okay kot noo...hee..:)

Monday, June 13, 2011

Hanya kerana susu..

Exhausted! The fact is..memang saya perlukan rehat. Keletihan menyebabkan saya asyik berhalusinasi benda-benda yang tak sepatutnya.

Ahad semalam sepatutnya saya bermalas-malasan di rumah. Tapi ada saja agenda adik saya dah buat untuk saya..haih..malang sungguh! Berjam jugak saya temankan dia kat kedai aksesori kereta..tinted kereta dan dalam malang itu, saya mendapat pengalaman baru...sewaktu menemankan dia membeli barang keperluan baby untuk kawannya yang baru menimang cahayamata....:) I loike occay!

Sewaktu memilih barang-barang yang nak dibeli tu, barulah saya perasan..(sedar lah sebenarnya...), barangan seperti susu rumusan bayi dan diapers sebenarnya bukanlah murah! Terkejut saya tengok harga susu baby especially...jakun! Kotak kecil Anmum lebih kurang RM 15.00. Dalam tin 650g pula mencecah RM 45.00. Memanglah terkejut..tau-tau saja lah mana pernah saya ambil tau pasal harga barang baby nih!



Terus saya terfikir-fikir sendiri..mampu ke saya nak ada baby..??*macam lah dah nak ada baby sangat...muehehe...merepek Siti Murni nih..

Cuma fikiran dangkal saya saja..kos nya sudah tak seperti zaman adik-adik saya sewaktu baby dahulu. Padanlah rata-rata kawan2 adik saya mengeluh bab susu, pampers, breastpump, kos bersalin, kos perubatan baby kalau demam dan sakit..hmm..dan lain-lain misc jugak lah! Ada bunyi keluhan macam ni..., "hmm...baby I tu..susu lain tak nak minum..nak Enfagrow je..kalau bagi susu jenama lain, dia tak ndak..siap buat perangai lagi" *wah wah..sedap-sedap dia salahkan baby dia..mak branded la katakan...

Sekali lagi..dari sudut pemikiran dangkal saya...

Mungkinkah baby pun pandai memilih jenama? Habis tu..kalau dah ibu bapa nya tak berkeupayaan nak beli susu yang mahal-mahal, baby ni boleh menjerit bagitau, "nak susu anmum jugak!!!" Macam tu ke?

Saya yang belum berkahwin dan belum pernah mengandung apatah lagi mempunyai baby, merasakan...semuanya terletak pada si ibu bapa. Kalau kamu didik dia minum Anmum, Enfagrow dan Enfakid, mesti lah dia dah tak hendak susu lain.

Don't trained ur baby to be a brand victim! Kalau u branded..it doesnt mean u kena turunkan sifat memilih brand kat baby u..it will sooner or later ruined urself! Ukur baju di badan sendiri. Kalau mampu..lebih dari mampu dan tidak pula mengeluh..alhamdulillah...u should proceed with it.

Ada yang cakap...(orang yang cakap..bukan saya!) baby kalau diajar minum susu mahal...cepat cerdik..pemikiran cerdas..! Saya tak taulah sejauhmana kebenarannya..mungkin betul, mungkin kurang tepat..mungkin jugak salah. Anda ada pengalaman...? Meh kongsikan..



p/s:
Masa saya baby bonda bagi susu badan..lepas 1year baru lah saya minum susu dumex. Dah besar ni saya tak boleh pulak minum susu. The only milk I can consume is Anlene, itupun berkira-kira nak beli.

Friday, June 10, 2011

Handsome & romantik macam Seth Tan pun tak ada gunanya kalau......

Salam Jumaat...

Title entry yang berbau emosional..yes, memang saya emosional di hari jumaat, penghulu segala hari ni...:(

10 Jun mengingatkan saya pada seseorang. Relating to title of this entry..memang tak ada gunanya kalau dia handsome, romantik, loving macam Seth Tan tapi perangai mengalahkan syaitonnirojim...! Setuju tak..?

Ooops...don't get me wrong..saya bukan nak mengutuk apatah lagi nak mengumpat Seth Tan sebab saya pun minat bagai nak rak dengan dia..okeh! Tapi, saya terima hakikat..dia hanya pelakon yang melakonkan watak dan saya tak mungkin memiliki Seth Tan yang berjuta peminat tu.

Fine..saya tak nak relate 10th June dalam entry kali ni..nanti ada orang terasa terus ngelat dari jawab SMS yang seminggu dua ni sememangnya tak berbalas. Maklumlah..kena kejar bayar hutang.

Apa yang saya nak kongsikan hari ni ialah supaya kita beringat-ingat walaupun niat kita nak membantu insan yang dalam kesusahan apatah lagi sesama Islam. Buat baik berpada-pada ya. Lebih baik pula jadi orang yang sedikit kedekut dari bermurah hati. Sebab budi yang diberi, tuba pulak yang dibalas, tentu sekali tak adil kan.

Terpengaruh dengan janji manis..ayat power..merayu dan buat muka kesian..RM dipinjamkan. Bukan amaun yang sedikit untuk orang yang berpendapatan sederhana seperti saya, jangkamasa pinjaman setahun. Interest dan insuran saya yang tanggung..dia hutang principal amount saja. Cukup baik saya ni kan. Dah la pinjamkan nama untuk loan..lain2 pun saya kena tanggung.

Awal-awal memang lah bayar prompt..masuk bulan ke5 mula buat perangai. Biarpun dah tak ada apa-apa lagi...hutang tetap hutang! Nak2 pulak dia sendiri yang cakap..janjinya bukan sekadar janji sesama manusia, tapi janji dengan Tuhan. Amanah la kan. Peganglah pada janji...

Namun..dah masuk bulan ke2..hutang dia saya yang kena tanggung! Melampau kan..dah cukup bagus saya tak maki dia..mengenangkan saya ni perempuan..saya tak nak dimalukan dengan perangai kasar & tak sopan sendiri.


Tak pasal-pasal Seth Tan yang jadi mangsa...


Saya harap dia terus stalking saya dan meng'google' nama saya kerana tak ingat URL blog ni lalu terbaca entry ni. Biar dia tahu...ketenangan hati saya dah dikocak oleh perangai tak bertanggungjawab dia. Bagus lah tak berjodoh..memang ada hikmah di sebaliknya. Kalau setakat RM xxx sebulan tak mampu nak settle..bolehkah tanggung nafkah lepas nikah??Boleh??*marahlah, saya tengah persoalkan kemampuan kamu...

Biar romantic, loving, sweet dan handsome dan biar manis ayat, lemah lembut tutur bahasa kamu tu dah serupa "Ustaz Amirul" tapi kamu tak bertanggungjawab. Maaf cakap...kamu memang cakap tak serupa bikin! Semua janji kamu berterabur entah ke mana. Berdakwah macam ustaz..itu dah bagus..tapi kamu tak ada tanggungjawab sesama insan. Kamu lupa adab berhutang. Saya hilang respek. Hilang respek means semua nya sekali turut hilang bersama entry ini. Tak perlu tunggu sampai bulan ke10..sekarang jugak saya decide, saya tak mahu bersuamikan orang macam kamu. Titik!


P/s: saya dan kebodohan! I will never be this stupid again to be lie by such idiot!

Thursday, June 9, 2011

Selera zon selatan la pulak...

Fuhhh...tak padan dengan sakit tekak, teringin yang bukan-bukan Siti Murni nih!

Actually, kering idea bila masuk bab menu especially makan tengahari. Ada masanya, perut dan tekak seakan-akan tak boleh terima nasi..berat! Unless ambil light snack untuk breakfast, maka nya tengahari tu memang akan kebulur, nasi jugak ler jawabnya!

Kelmarin, terlanjur merayap ke Tesco, Alma...beli sundries & stationery untuk kegunaan pejabat, so sempat lah explore food court Tesco. Disebabkan jarang ke Tesco cawangan Alma...so, tak tau pulak akan kewujudan menu Lontong, Soto & Bakso di salah satu gerai kat situ! Walllaaaa! Sebagai peminat lontong yang baru setahun jagung..teruja lah saya! Sedap sangat yang beli kat gerai akak tu semalam.




Pernah jugak bonda sediakan lontong di rumah..(hari raya je la, selalunya...) tapi yang semalam punya lontong memang terbaek! Siap ada tempe lagi! Ahhh...balik cerita kat bonda siap kena geleng kepala..entah kenapa agaknya anakanda nyer tekak macam dah orang selatan..hehe..nasib la mak..anakanda mu ni universal! 1Malaysia la katakan...hehehe...


So..I recommend this food stall, tak ingat gerai no. berapa tapi..memang akak melayu yang berniaga. Harga pun not bad...RM 3.50 penuh mangkok ayun saya tu..hehe..tapau je semalam, balik makan kat pejabat..siap saya show-off kat makcik meja sebelah..*hehe..jahat saya! Tak niat pun sebenarnya...next time saya tapaukan Soto atau Bakso kat dia..


Lepas ni nak belajar masak Soto..Lontong dah reti buat, cuma tak biasa guna tempe. Lalala...teringat bekas boypren orang Johor..asal Felda ttuuuutttt...apa nak buat, rugi la awak kalau saya betul terer masak sambal tempe dan lontong feveret awak tu...lalalala!

Tuesday, June 7, 2011

Chocolate Fair yang indah khabar dari rupa!

Ahad yang hangat...*tak habis-habis lagi dengan bab panas & hangat! Saya dan keluarga merancang nak berkunjung ke Chocolate Fair 2011 di PISA.

Alangkah kuciwa nya hati..masa sampai kat sana jam 5.oo petang apa yang kami dapati, bukannya coklat yang menjadi bahan pameran & jualan utama...tapi daging b*bi..beraneka jenis, berbagai syarikat dan berpuluh booth hampir kesemuanya menjual barangan non-halal. Kan ke baik tak usah letak nama 'Chocolate Fair', tak la konsumer muslim macam kami ni tertipu.

Tak dinafikan..ada la a few booth yang menjual coklat..a few jugak booth oleh syarikat bumiputra...tapi sangat menyedihkan lah! Penyertaan yang tak seberapa dan ada setengah gerai dah pun tutup, sedangkan acara sepatutnya berakhir sebelah malam. The only gerai yang masih ramai adalah gerai Alagappa's. Haihh...geram pun ada!



Kami lupakan kekecewaan di Chocolate Fair. Sejurus shopping barang keperluan dapur di Mydin, Bukit Jambul, terus balik berehat dan malam nya keluar untuk dinner di Kapitan, Chulia Street.


Murtabak dan set tandoori naan jadi pilihan kami sekeluarga.

Tak pernah cuba makan di tingkat atas restoran, kali ni baru berpeluang. Best berbanding tingkat bawah yang agak crowded dan panas. Dari tingkat atas, kalau bernasib baik dapat duduk di meja tepi boleh la tengok night scene sekitar Chulia Street yang berwarna-warni.

Anyway, memang menyesal betul dengan Chocolate Fair tu..nak ambil gambar pun tak sanggup. Asyik daging salai sana sini...kalau tau dari awal lebih baik pergi kat Seri Tanjung Pinang, ada event best..Battle of the Chef..huhu...:( sob sob sob...

Saturday, June 4, 2011

Bukan takat clip Gambit Saifullah je yang hangat....

Hangat...hangat...sungguh hangat dari biasa!! Banyak benor yang menghangatkan saya hari ni. Sehangat fan-page facebook si Gambit Saifullah dengan post dan komen-komen dari 'gambiters' dan parti lawan berkaitan isu clip kontroversi Prema Yin arahannya tu..adehh..macam-macam hal. Korang dah tengok clip Addiction 'hangat' tu ke? *budak-budak bawah umur sila jangan tengok yer..ni bukan kes boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang okeh!

Sungguh tak sesuai lah...rasa macam bukan directed by Malaysian and by Muslim specifically. Naik geli geleman dan sungguh menjatuhkan maruah perempuan lah! Menonjolkan 'keteringinan' yang sangat melampau..it's simply not for muslims..and not for Malaysian.




Okey, tak nak cerita pasal si Gambit ni, mahupun clip hangat dia..ataupun isu caci maki blogger & 'middle-finger' tu k..buat publisiti free je kat dia kans...tak perlu lah kot since si Gambit ni pun dah memaki blogger generally kan...

Saya sebenarnya tengah 'hangat'...hangat yer bukan hangit!

Hangat no. 1 :
Cuaca panas gila...dalam panas terik, matahari menteriak..tup tup boleh hujan dengan lebat nya di petang hari tadi. Pun begitu...bahang panas tetap tak hilang. Air-cond office buat hal..tak terasa lagi dah dingin sampai ke tulang sumsum tu. Balik rumah cooler dalam bilik pun tak dapat memberikan performance yang maksima..aargghh...hangat. *cuba menyejukkan hati yang hangat -- ini baru hangat kat atas dunia ni..nuuu...esok dah kat 'sana'...entah macammana lagi hangat nya...

Hangat no. 2:

Hangat sebab saya diarahkan bertugas di pejabat seharian di public holiday yang hening lagi hangat hari ini. Lebih menghangatkan bila ternampak status update kawan-kawan yang alangkah indah dan bahagianya berlibur dengan family...jealous sangat-sangat!!! Saya tak rehat lagi sepanjang minggu ni, biarpun paperwork tak melambak..buat kerja back-up sales department ni memang sangat menghangatkan hati saya...sebab masa saya banyak paperwork tak ada sorang pun yang kena stay-back untuk back-up kerja saya. Sapa yang tak hangat kalau macam tu kan...? Bukan nak berkira...tapi dah jadi hakikat pulak untuk saya terima...sadis!

Hangat no. 3:

Ada sorang nalllaaa punya mami dok mai buat hangat pulak kat ofis tadi..! Ada ka nak beli lot kedai boleh dok mai buat cempera...complaint itu, complaint ini...dah elok dah chek dok berbahasa basi dengan dia, dia baguih punya dok perlekeh kita. Dia ingat chek tak tau undang-undang Ministry of Housing ka, tak baca Housing Development Act ka dok mai tarbiah pasai kami punya commercial lot...dey! nak beli boleh register dulu..esok-esok dah confirm price kami habaq la..pastu baru decide nak beli atau tak...apa daa dok mai buat siru kat ofis pasal harga yang tak ditetapkan lagi...buat ketegaq tak boleh nak bincang pulak tu..hangat chek..hangat sungguh!!! Dia tak tau yang sebenaqnya...kami semua dah tau price corner lot yang dia tanya tu..RM780K..mami macammana?jadi ka beli??? Harga tu tak boleh nak reveal lagi sebab ada few things yang management perlu consider, yalah memandangkan material price yang semakin menginjak naik harganya dan tak selari pulak dengan kualiti....

Hangat no. 4:
Dan sekarang saya tengah hangat sangat sebab saya dah letih, mata mengantuk tapi jari saya macam tak kering idea lagi nak berenti menaip entry! Juga...jari saya tak boleh nak stop meng'click' link sana sini...adeiiii....macammana ni...haruskah saya tido je dulu dan biarkan diri saya tido kehangatan dalam bilik ni tanpa berblogwalking terlebih dahulu....haruskah..?*nampak gaya macam harus je sambung esok, mata dah kuyu beb..!


Selamat malam semua...esok saya blogwalking..mudah-mudahan dah reda la hangat tu esok ea...
Daaa....nak menyejukkan diri kejap.

Thursday, June 2, 2011

Hikmah di sebalik kesakitan..


Rinduuuuuuuuuuuu...nak buat entry baru. Since last few days..saya hanya mampu melihat entry kawan-kawan..nak baca kepala terasa berat..mood hilang. Nak buat entry baru, terasa kerajinan tersangatlah nipis nya!

Alhamdulillah..keadaan kesihatan saya beransur baik. Setelah ke klinik, hospital, pusat kesihatan dan akhir sekali klinik pakar swasta. Bengkak di kerongkong saya dah semakin pulih rasanya, rasa tak selesa seperti ada tulang terlekat kat tekak tu pun dah berkurang.

Bulan Mei saya asyik bergelumang dengan ubat-ubatan...saya rasa penyakit 'takut ubat' saya pun dah hilang macam tu saja...nak cepat baik punya pasal kan?!...hikhik...mau tak mau saya kena telan jugak...tak kira sebesar mana tablet dan kapsul ubat yang doktor bekalkan...

Saya redha..sepanjang waktu tak sihat tu. Sakit yang saya dapat untuk cuci segala dosa saya..kena sabar dan cuba untuk tidak mengeluh mahupun merungut.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda..
"Tidak ada penyakit, kesedihan dan bahaya yang menimpa seorang mukmin hingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya dengan semua itu"

Apa pun saya bersyukur, sebab adik lelaki, si Aji pun sama..turut tak sihat..dan alhamdulillah..dia pun dah okay sekarang.

Mudah-mudahan lepas ni dapat lah saya berblog dan berblogwalking kembali....Finally, jaga kesihatan..banyakkan ambil buah-buahan dan 'plain water' ya..


p/s: bila kita tidak pernah ditimpa musibah, jangan terlena. Mungkin Allah
‘menghabiskan’ simpanan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails