About Me

My photo
Author of this blog, a muslimah, an executive, a daughter, a sister, a leader, the coffee-addict, a book-worm, a traveller, always a listener and story-teller but never attention-seeker!

Tick tock..

Daisypath Wedding tickers

Friday, June 10, 2011

Handsome & romantik macam Seth Tan pun tak ada gunanya kalau......

Salam Jumaat...

Title entry yang berbau emosional..yes, memang saya emosional di hari jumaat, penghulu segala hari ni...:(

10 Jun mengingatkan saya pada seseorang. Relating to title of this entry..memang tak ada gunanya kalau dia handsome, romantik, loving macam Seth Tan tapi perangai mengalahkan syaitonnirojim...! Setuju tak..?

Ooops...don't get me wrong..saya bukan nak mengutuk apatah lagi nak mengumpat Seth Tan sebab saya pun minat bagai nak rak dengan dia..okeh! Tapi, saya terima hakikat..dia hanya pelakon yang melakonkan watak dan saya tak mungkin memiliki Seth Tan yang berjuta peminat tu.

Fine..saya tak nak relate 10th June dalam entry kali ni..nanti ada orang terasa terus ngelat dari jawab SMS yang seminggu dua ni sememangnya tak berbalas. Maklumlah..kena kejar bayar hutang.

Apa yang saya nak kongsikan hari ni ialah supaya kita beringat-ingat walaupun niat kita nak membantu insan yang dalam kesusahan apatah lagi sesama Islam. Buat baik berpada-pada ya. Lebih baik pula jadi orang yang sedikit kedekut dari bermurah hati. Sebab budi yang diberi, tuba pulak yang dibalas, tentu sekali tak adil kan.

Terpengaruh dengan janji manis..ayat power..merayu dan buat muka kesian..RM dipinjamkan. Bukan amaun yang sedikit untuk orang yang berpendapatan sederhana seperti saya, jangkamasa pinjaman setahun. Interest dan insuran saya yang tanggung..dia hutang principal amount saja. Cukup baik saya ni kan. Dah la pinjamkan nama untuk loan..lain2 pun saya kena tanggung.

Awal-awal memang lah bayar prompt..masuk bulan ke5 mula buat perangai. Biarpun dah tak ada apa-apa lagi...hutang tetap hutang! Nak2 pulak dia sendiri yang cakap..janjinya bukan sekadar janji sesama manusia, tapi janji dengan Tuhan. Amanah la kan. Peganglah pada janji...

Namun..dah masuk bulan ke2..hutang dia saya yang kena tanggung! Melampau kan..dah cukup bagus saya tak maki dia..mengenangkan saya ni perempuan..saya tak nak dimalukan dengan perangai kasar & tak sopan sendiri.


Tak pasal-pasal Seth Tan yang jadi mangsa...


Saya harap dia terus stalking saya dan meng'google' nama saya kerana tak ingat URL blog ni lalu terbaca entry ni. Biar dia tahu...ketenangan hati saya dah dikocak oleh perangai tak bertanggungjawab dia. Bagus lah tak berjodoh..memang ada hikmah di sebaliknya. Kalau setakat RM xxx sebulan tak mampu nak settle..bolehkah tanggung nafkah lepas nikah??Boleh??*marahlah, saya tengah persoalkan kemampuan kamu...

Biar romantic, loving, sweet dan handsome dan biar manis ayat, lemah lembut tutur bahasa kamu tu dah serupa "Ustaz Amirul" tapi kamu tak bertanggungjawab. Maaf cakap...kamu memang cakap tak serupa bikin! Semua janji kamu berterabur entah ke mana. Berdakwah macam ustaz..itu dah bagus..tapi kamu tak ada tanggungjawab sesama insan. Kamu lupa adab berhutang. Saya hilang respek. Hilang respek means semua nya sekali turut hilang bersama entry ini. Tak perlu tunggu sampai bulan ke10..sekarang jugak saya decide, saya tak mahu bersuamikan orang macam kamu. Titik!


P/s: saya dan kebodohan! I will never be this stupid again to be lie by such idiot!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails